@churalliya

Sunday, August 7, 2011

Nilai Sebuah entry "Dia.... Suraya"

Tak macam tahun2 sudah, tarikh 6 ogos je mesti dia akan call dan akan ada team koir dia tolong nyanyikan lagu Happy Birthday kat mekchu.. tapi tahun ni lain sikit sebab dia karang sebuah entry.. bulan puasa katanya, anak2 tak larat nak menyanyi.. best erkk ada anak2 yg dah besar.. bila bday member je, boleh tuju lagu birthday secara live..

Dan ini copy paste dari Sejuta Wajah..


Mula-mula saya kenal dia masa dia datang bilik saya masa kami buat Matrik dekat Kolej Mara.Dia datang dengan Musz,nak guna pc saya yang super lambat tu...Bilik dia atas bilik saya jek..tapi saya segan nak tegur dia,sebab dia glamer..hehe...Tapi,macam biasa,saya kan baik hati,easygoing,kawan orang tak Pilih bulu, biasanya orang glamer macam mana pun mesti tegur saya..hehe..(Sila gelak ya..hihi)

Masuk degree,boleh pulak saya satu Kolej dengan dia,saya biasalah,tak kesah dicampakkan kemana..boleh hidup..Dia selalu tegur saya,ajak saya pergi makan sama-sama..Sampailah musim. Piala Dunia 1998,rupa-rupanya dia pun kaki bola!Sama-sama suka usha anak ikan dalam team,saat orang lain tergila-gilakan David Beckham,sokong England separuh mati!Saya ajak dia minat team saya,Italy,kitorang antara die hard fan Paolo Maldinilah konon-kononnya!

Lepas tu terus kamceng..makan sepinggan,tidur sebantal,lipstick sama-sama kaler,sama-sama menjerit macam orang sasau kalau Ada cerita baru kena ngorat dengan senior,sama-sama kaki berangan,sama2 ting-tongl tulis 'wish' lepas tu tanam(tepengaruhlah sangat cerita2 Meg Ryan 2 org ni!),yang lawak,lepas dah tanam,sampailah seKarang tak ingat tanam dekat mana!Macam-macam kenangan,yang manis...pahit..semua kitorang dah rasa...Ada lagi tau..sama2 kaki suka lepak dekat tasik belakang Kolej,sama2 suka tengok bulan,bintang,sama2 pegi kembara naik keretapi,pergi Perak,panjat Bukit,piknik...HEAVENnya...zaman remaja kamikan???Sama2 suka masuk hutan mini dekat universiti,konon2 jadi Fantagiro dalam Final Fantasy..kot2 boleh jump a Prince Charming..sekali jumpa lotong mata biru..haha..Lagi2...wah..pagi ni banyak pulak otak ni ingat balk cerita2 lama kan...masa2 zaman freshie dulu2,petang2 kami jogging keliling Padang Golf,pergi gym..angkat berat konon2..pastu bila balik mesti Ada orang phewwwittt...haha..saham tengah naik kan?

Walau nampak ayu,saya dengan dia,pun selalu jugak langgar peraturan,dekat Kolej ada dusun buah-buahan,buah rambutan ada,mempelam,ciku,dll...tau apa kami buat?Kami pergi panjat pokok rambutan,walau dilarang masuk(pelik x bagi masuk,habis tu tanam takkan nak bagi orang luar rasa,bagilah penuntut yang sengkek macam kami ni makan,barulah betul,banyak vitamin,kurang risiko demam,study mantap,jimat ubat Pusat Kesihatan,ish..ish..yg itupun diorang ni susah nak fikir kan..fikir semua asyik masuk poket masing2 jek..ish...ish..)Bukan main banyak rambutan kami angkut,ramai lagi yang pergi,bila balik,jangan tamak,habis satu floor dekat Kolej,kitorang share,wahhh...semua suka..kan?

Baru-baru ni dia datang Kelantan,apalagi,saya pon memang bersungguh bawak dia kehulu-hilir,dah nama BFF...salah satu tempat best,saya bawak dia pergi Ladang Tembikai,kebetulan tembikai baru mask,sakanlah geng2 pecinta alam macam kami ni kutip tembikai ..dekat situ memang dah jadi macam artis dah dia..,berkilau flash camera,klik sana,klik sini,amik gambar dia,maklum tuan badan fotogenik,Dan tak disangka-sangka,salah satu gambar masuk inTrend ..tahniah buat si Dia...makin meletup blog Churalliya

Dialah Suraya..kawan ketawa,menangis,kawan susah,senang...Dan hari ni 6 Ogos 2011...genaplah Suraya tiga puluh dua tahun,32 ya!Jangan ingat 23...muka memang nampak muda,tapi sebenar dah masuk Big Three O punya geng! Saya doakan Suraya Akan berjaya mencapai cita-citanya,dilimpahkan dengan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,bahagia dengan apa sahaja Suraya buat,Dan sentiasa jadi BFF saya walau usia dia cecah berpuluh-puluh lagi tahun...InsyaAllah.

P/s Buat Suraya,atas masalah yg terpaksa Dan tidak dapat dielakkan,maaf,gambar masih lagi tidak boleh dimuatnaik..Tapi ingatan itu semua lagi bermakna Dari gambar kan? 


Yana, terima kasih kerana masih memelihara persahabatan kita....

22 comments:

ratusiput said...

wah mekchu terharunye....ratu pun tak pernah ade kawan yg wish sampai cmtu...

Iyiana said...

Wow.. BFF for eternity.

syawalsimpsons said...

alamak...serius...touching la baca ni mekchu...mmmm....bestnyer dapat BFF gitu kan...leh x nk kata terkena tempias gak....suraya gak diri ini...kkkiiiiikkkkkki

Unknown said...

happy birthday mekchu!

ch@ said...

sweetnya memory mekchu. takde pula org nak buat memory mcm ni dgn kita. hehehe. interframe. Happy Birthday Mekchu.

CaDLyNN said...

untungnye mekchu ade BFF cmtu..
bestkan bile kenang zaman muda mudi..
esp time blaja..mmg byk kenangan..boleh senyum sorg2 bile ingt semua tu..

therosputih said...

mekchu....sooooo sad bace entry nih...thanks pada kawan mekchu itu, yana...

hmmmm....*sedih...

marinahunny said...

kwn menangis sukar di cari mekchu..

shaza said...

sangat menyentuh hati.. walau jauh di mata tapi dekat di hati kan..

Scha406 said...

so sweet :)

♥MAMASYAZA♥ said...

birthday mekchu sama tarikh ngan adik akak, si angah. happy belated birthday. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki n happy selalu

cik hani said...

huhu.sweetnya ada BFF camni kak. :)

Nini D.. said...

tacing sangat....bertuah mekchu.moga Allah lindungin ukhwah persahabatan mekchu & kak Yana

Arizakiah said...

Rasa nak nangis bila baca entri mekchu...

Kenangan......biarpun pahit sangat manis untuk dikenang.....

mikamusz said...

Terselit Nama aku dlm entry yana.. Aku kan selalu heret ko kemana- mana masa matrik... Thank to yana sbb tlg Jaga n temankan ko masa kat MISC...

mama_onie said...

Terlepas lak nak wish beday..
Happy belated besday mekchu

mama_onie said...

Terlepas lak nak wish beday..
Happy belated beday mekchu

Chekpid said...

sentap la baca en3 ni..rasa macam aku ada sekali time ko muda2 dulu...anw, happy belated birthday. 32 eh, ok la tu.maintain lagik

amirah said...

awww sweetnyaa..

Pepel BoNda AmaNi said...

touching sangat.....terharu kan....bila di hargai oleh sahabat...

yana said...

Wah...mcm manalah agknya hari2 meksu dpt komen bnyk2 ni ek..mcm selebriti pon ade jgk rasanya..tp thx buat semua yg doakan persahabatan ini..Ada jgk yg pg blog org yg mendayu2 tu...hrp terhibur baca entry saya yg suka meleleh jek tu..

Anis Azalea said...

mmg touching entry ni. i rasa u lebih rasa dihargai berbanding muka keluar majalah. sahabat baik sukar dicari, musuh jangan dicari..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...