@churalliya

Monday, May 13, 2013

Wawa oh Wawa.. mama asyik pikirkan kamoo

Follow up check-up wawa dengan Dr. Syed Jefrizal di KPJ Sabtu lepas..


Result semua ok.. Batuk wawa dah tak de.. Kahak pun menghilang.. Berat pun menaik.. Doktor cakap sesetengah budak seminggu dok spital berat badan ada yang menurun..

Ohh lupa nak bagi tau.. ada yang tanya apa sebab wawa masuk hospital? Sebenarnya wawa kena bronchitis.. bukannya pneumococcal.. Cadang nak amek vaksin pneumococcal tak lama lagi..

Vaksin Pneumococcal dah dijadualkan selepas 2 minggu nanti.. Berborak dengan doktor pasal vaksin-vaksin ni semua dan mekchu dapat satu info baru daripada doktor iaitu vaksin Rotavirus mengandungi DNA babi.. Ya betul, doktor ada siap tunjuk buku dia dan...... dan... dannnnn.... gulp!!! Telan air liur mengenangkan tindakan diri sendiri.. Cepat2 doktor menenangkan mekchu dan menyakinkan diri bahawa kalau kita tak tahu tak apa.. Benda dah berlalu dan kena hati2 lepas ni.. Dia sekadar menyampaikan maklumat sahaja..

Dan tanggungjawab mekchu pula ingin menyampaikan pada kawan2 semua bahawa vaksin Rotavirus mengandungi DNA babi.. Hati-hati ye kawan-kawan..

Balik tu keceriaan wawa teserlah bila dapat naik kenderaan abam mi dia..


Keek mereka naik kenderaan itu.. semakin sarat dengan penumpang..



Sementara dorang main, mekchu pun buat kan puree untuk wawa.. Tak bagi dia makan sejak keluar hospital hari tu.. nak bagi dia betul2 elok dulu..

Puree kentang.. tapi dia tak nak makan laaa... sebelum warded dulu puree apricot... pun tak mo makan jugak.. 

Mekchu pun satu! Anak no.2 baru nak mengada nak memuree konon.. Yang abam mi dulu tak de pun tu semua.. main bedal je bubur nasik dengan carrot kentang semua.. elok je abam mi makan.. besar bagai johan jugak..

Kali ni ngengada nak ber-baby bullet konon, ber-puree bagai.. langsung wawa tak nak makan.. nampak nya kena buat bubur nasik jugak nampaknya.. ikut perut makpak budak ni jugak.. nak kena carik nasik..

Perasan lepas bagi dia makan, wawa macam dah start batuk semula..

Sejak 2-3 malam lepas, kami dah mula pasangkan ekon semula.. sejak cuaca yang makin panas membahang.. Sejak discharge hari tu papajib terbalik kan bateri remote ekon.. abam mi memang akan marah kalo tido dalam kepanasan.. bila bg tau ekon rosak, baru dia boleh terima.. tapi sebaliknya kami pulak yang tak menahan panas.. hahaha...

Lepas tu makin perasan wawa dah start kong kong semula...

Malam tadi makin menjadi-jadi pulak batuk dia.. kong kong kong.. sampai marah2 sebab tak dapat tido.. bila dia tak tido, maka satu rumah pun tak tido..

Ohh mama risau kan kamoo lah dik..


Ohhh wawa, jangan lah batuk2 lagi.. jangan lah bagi mama risau lagi.. memang fobia bila anak batuk batuk ni.. macam2 yang dipikirkan nyaa..

Korang mari lah share tips dan petua nak hilangkan batuk anak.. dan hilangkan kahak jugak.. ada baca pasal garlic steaming tu tapi tak tahu nak mulakan dari mana..


by mekchuN (^_^)

Thursday, May 9, 2013

Nak tengok hasil pembikinan Short Film kami takkkk?

Nak tak?? nak takkkkk????

Kami diberikan nama Ribu Ribu Tahniah Production.. comel bukan?

Siapa sangka dalam masa 2 hari 1 malam, kami berjaya hasilkan short film siap dengan editing sekali.. clap clap clap..

Pagi hari pertama belajar teknik2 dan peranan setiap produksi yang terlibat, siapa jadi director, siapa jadi pelakon, siapa jadi cameraman etc etc... buat story board, planning dan macam2 lagi lah... petang dan malam pulak gi shoooting. Nak shooting kat mana.. nak shooting apa..

Dan hari kedua adalah untuk editing video semata. Kami guna software Final Cut Pro X..

Bagus sangat Final Cut Pro X ni derr.. suruh la boss korang beli.. senang nak wat video korporat nanti.. hahahaha habis semua pun pengaruh korang mntak boss beli :)

Sekarang tahu dah cemana susah payah mau bikin pilem.. itu baru 2 minit lebih.. belum 2 jam lebih.. hahahaha.. berlolah main campak2 kertas nak hasilkan yang terbaik..

Team Ribu Ribu Tahniah adalah yang terbaik.. ehh cikgu yang mengajar pun terbaik jugak..

Ni mekchu ada record dari keek.. ada part I sampai part III. itu pun tak semua dapat record sebab 36 saat aje kan.. Di sampaing nak promote #keek @churalliya :) lai lai lai.. meh follow..

Btw, video direkodkan menggunakan camera Canon EOS 5D Mark II.. canggih wok! Model tak cantik pun tak pe.. hasil nya tetap cantik..

Part I

Suka tulisan intro KEHIDUPAN yang menggunakan teknik stop motion ala-ala iklan Digi Aizat tukar2 t-shirt tu.. dan retis tu? ohhh maafkan dia sebab retis tidak didatangkan bersama mekap retis nyaa... hohohodoh..

Part II

Cuba dengar suara narator tu.. sangat sesuai dengan penceritaan yang cuba disampaikan.. dengan sengau2 selsema beliau.. memang sangat cocok..

Part III

Aiii like ribu ribu masa slow motion baling kertas tu.. aksi seorang yang sedang marah lah konon.. padahal  tergelak gelak sebelum dan selepas.. mulut tu asyik nak bercakappppp aje.. Penat cikgu suruh diam..

Ok, yang Part III tu kena tengok sampai abis.. wajib tengok sampai abis..

Sedikit di sebalik tabir (konon)




Ehhh rasa macam ada banyak lagi.. ada tengok kat camera mana ntah hari tu.. banyak na camera.. ni semua copy dari phone aje..

Ok, nanti mekchu bg link dari youtube lak..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 8, 2013

Pengalaman sepanjang 6 hari itu

Tu la... heboh sangat dah lama tak tido otel kan.. haaaaa hambek 6 malam tido di hospital ala-ala otel lapan bintang...

Entry untuk kenangan kami..
  • Malam pertama (30 April - Selasa)

Campak je bag dari training, terus bawak wawa ke emergency.. lepas x-ray doctor explain ada jangkitan kuman di paru-paru sebelah kanan wawa..

Buat influenza test semua dan alhamdulillah negative..

Terus warded kat wad orang dewasa (8 orang sebilik) sebab pediatric ward fullla fullaaaa... tak pe la, yang penting wawa dapat dipantau..

  • Hari Pertama (1st May - Rabu)
 wawa bermata bengkak.. lemah btol dia masa ni.. 

 tido aje.. susu memang tak nak masa ni.. risau sampai kena pam dan simpan EBM kat hospital..

Kena amek neb 4 jam sekali, antibiotic 6 jam sekali.. makan ubat pun 6 jam sekali.. dah bleh hafal..

lepak sama-sama.. ruangan yang kecil tetap dikongsi bersama.. 

Menjelang petang tu, dah boleh pindah ke wad kanak-kanak 2 beded untuk 2 malam.. senang la nak doktor n nurse nak monitor..

turn mereka pulak melepak..

Ehhh dok spital ni asyik nak tidoooo aje kije nya kan... celik je mata tengok makanan dah sampai.. yang tadi pun blom sempat proses lagi.. 

Hari pertama ni wawa memang lemah.. merengek je.. suara pun dah hilang.. 

  • Hari Kedua (2nd May - Khamis)
baru lah nampak ceria bila abam mi datang melawat lepas balik sekolah..

doktor gelak bila dia datang tengok wawa tido gaya ni.. saya dah tak sanggup mama.... 

Kesian anak mama.. kita yang tengok pun alahaiiiiii... macam kita pulak yang nak demam..

Tapi bila tiba part makan, kembali segar.. hahaha dasar..

sedappppp... part makanan mmg best.. paling excited bila dapat menu nak pilih untuk hari esok..

  • Hari Ketiga (3rd May - Jumaat)
Masih menyedut gas setiap 4 jam.. 

Wawa dah mula kena buat suction.. kena puasa 2 jam sebelum wat suction.. Nurse kata kahak wawa masih pekat..

Papajib sehari sampai 3 x ulang alik hospital.. paling happy bila dia datang bawak mangkuk tingkat :)

perut tersenyum riang... menu hospital disebat, masakan nenek labu disumbat.. 

Dan lewat malam tu kami dapat tukar ke single room.. ohhhh malam tu lena btol mekchu tido.. dan wawa pulak dah kurang meragam.. mungkin sebab dia dah mula nak minum susu.. perut dah tak lapar.. kahak pun dah disedut.. dah mula lega agaknya..

  • Hari keempat (4th May - Sabtu)
berasa hairan dan sedih.. roti? jerrrr? kenapa roti? bukan dah order mee hailam ke semalam?

Siap jumpa dengan nurse minta dia tengok semula menu.. mungkin mee hailam itu sedang berada di bilik lama kami.. perut sedikit kecewa...

Hahahahaha...

wawa nampak dah mula ceria.. dia dah mula nak senyum.. dah mula minum susu.. 

 pelawat setia.. bergelimpangan masing-masing atas katil tu.. 

tapi mekchu lagi suka lepak atas sofa ni.. 

abang yang tak tak muak-muak bagi semangat pada adik.. 

"alaa sayang sayang abang...."
"jangan nangis.. jangan nangis.."
"abang ada.. abang ada.."

"A...DIIKKKKKKK!!!!" abang jerit kalau adik terus menangis.. hahaha

Memang urat stress menjadi longgar bila mereka datang melawat.. rasa macam tak mo bagi dorang balik rumah..

petang tu papajib paksa mekchu turun bawah minum teh tarik..

Hahahaha... Masuk 5 hari tak jumpa matahari dah mula terasa sengal2 badan.. Amek kesempatan kejap gi cap teh kat mapley bawah tu.. ohhhh nekmatnyaaaa teh tarikkkk...

bila tinggal berdua dgn wawa, camwhore aje lah kejenya... 

Suka sbb dia excited bila tengok muka sendiri..

Malam tu papajib tido hospital.. sebab pagi2 lepas subuh nanti nak balik pilah mengundi.. cepat skit kalo gerak dari hospital..

Yeyyy suka sebab ada rumet.. Malam tu rumet datang bawak megi sup.. tapi......

tak de bekas nak makan.. mintak ngan nurse pun tak de jugak.. sudahnya besen lap wawa jadi penyelesaian.. gulppppp!!

Selamat pun dalam perut.. bila nurse masuk check wawa pandai pulak masing2 malu.. hahahaha..

  • Hari ke-lima (5th May- Ahad) = Hari PRU13
wawa yg kelegaan selepas suction.. 

Nurse bg tau kahak dah mula cair dan kuantiti pun dah kurang dari hari sebelum.. Doktor pulak bg tau bila kahak dah cair dan kuantiti kurang adalah tanda2 boleh balik rumah.. 

Kuman yang dah mati akan menghasilkan kahak.. baby akan batuk untuk keluarkan kahak dari paru-paru.. dia akan telan semula sebab tak pandai buang. kahak yang ditelan akan keluar melalui najis dia.. suction adalah salah satu alternatif untuk mengeluarkan kahak dengan lebih cepat.. bukan untuk menyeksa anak.. please think the positive way dear.. 

Pagi tu mintak permission doktor untuk balik mengundi sekejap.. Doktor pesan soh balik mengundi sahaja.. jangan balik rumah :D

selesai tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. 



Singgah tapaw makanan aje.. lepas tu balik semula ke hospital.. doktor tak bagi wawa keluar jumpa orang ramai lagi sbb baru nak baik kan..

Dan aktiviti petang macam biasa...

 mau naik ke bulan..

dah boleh harap bagi nep kat adik.. sebab dah selalu sangat nampak kami buat macam tu kat adik dia.. 



Bila malam je mesti bosan.. bila bosan mesti layan keek.. hahaha.. ntah berapa banyak keek sejak dok spital..



lepak kat lobi lif sementara nak tunggu wawa betul2 mengantuk..

Bila budak tu elok tido dikejutkan sebab penakut tak de kawan nak borak.. bila budak tu ajak main tak larat pulak nak melayan.. 

  • Hari ke-6 (6th May - Isnin)
Pagi-pagi buat suction lagi dan kahak semakin cair.. hati mama semakin riang..

Masuk hari ke-5 macam tu, nurse datang letak ubat je dalam bekas nep tu.. pas tu nnti kita sendiri lah yang bagi nep pada wawa.. ubat makan pun mekchu bg sendiri.. dah sonang kojo nurse.. antibiotics pun dah tak yah masuk kat tangan lagi sebab jarum wawa dah leaking.. cont ubat makan je..

kakak-kakak wawa yang menjalankan tugas.. 

Jam 2.30 ptg doktor datang dan mengesahkan yang wawa dah boleh balik.. yahooooo... seronok sangat.. Walau pun excited, kami tak terus packing barang sebab dah dinasihatkan begitu.. kalau terus packing nanti jadi tension sebab nak tunggu bill adalah tersangat lama....

last day baru teringat nak tayang gambar menu.. ohh rugi pulak tak dapat menjeleskan korang dari awal.. 

last menu adalah fish n chip.. nasib sempat tunggu dinner...

Menjelang magrib, baru lah bill setel dan boleh balik.. Alhamdulillah wawa ada insurans sejak dari dalam perut lagi.. kalo nak bayar biil 6 hari tu memang kami tak mampu..

Dan entry kenangan 6 hari ini diakhiri dengan keek khas ini.. hahahaha.. lagi banyak kali tengok lagi nak tergelak...



Mama & papa sentiasa doakan wawa (dan abam mi jugak) akan dilimpahi kesihatan yang baik selamanya.. Amin...


by mekchuN (^_^)

Tuesday, May 7, 2013

Alhamdulillah.. adik wawa dah discharge

6 hari 6 malam kat hospital boleh jadi mengong jugak.. makan tido, tido makan aje keje mama dia..

Lepas magrib malam tadi wawa dah boleh balik rumah.. Alhamdulillah...


Terima kasih semua kerana mendoakan wawa..

Tiada yang lebih menggembirakan selain dari melihat anak-anak sihat.. Bersyukur di atas ujian ini..


by mekchuN (^_^)

Saturday, May 4, 2013

Orang lain dah sibuk2 balik kampung nak mengundi

Masih di hospital di kala orang lain dah sampai kampung halaman masing-masing untuk mengundi..

Wawa dah nampak ok dari hari sebelum.. Dia dah boleh tersenyum ikhlas bila kita agah dia.. dan dia dah boleh menyusu macam biasa.. Alhamdulillah..

Tapi batuk dan kahak masih banyak lagi.. Kami di sini untuk continue antibiotics, nep & suction sampai kuman betul2 mati dan wawa dah bebas dari kahak.. Tatau la lagi berapa hari..





Adik cepat sembuh ye.. mama tak sabar nak ber-gwiyomi dengan adik :)







Dan ini hari yang ke-4.. dah dapat pindah bilik single.. lena btol mama tido..

Cepat sembuh ye dik.. mama nak balik mengundi..


by mekchuN (^_^)

Thursday, May 2, 2013

Akibat batuk yang berpanjangan

Campak je bag dari trining kat PD, mandi solat semua terus bawak wawa gi hospital...

Baru 1 malam mama tinggalkan wawa.. dah demam panas.. kesian kamu dik..

Kali ni bawak ke KPJ pulak (since pergi columbia minggu lepas tapi tak elok2 jugak batuknya). Dah bawak baju extra wawa kalau2 admitted..

Memang sah kena admit.. buat x-ray semua nampak ada jangkitan kuman kat paru2 belah kanan dia..

so selepas kena tinggal 1 malam, wawa ajak mama check-in kat hospital pulak..

Kesian kecik2 dah kena cucuk.. adoiii bergenang jugak air mata bila tengok doktor cucuk tangan wawa..

Sekarang masih di hospital menjaga anak..




ubat. neb. suction. antibiotic hari2.. sampai tido pun dah gaya macam tu.. 

Doakan yang terbik untuk wawa ye auntie2 comel semua.. Biar wawa cepat sembuh dan boleh balik.. Mama dah rindukan tilam dan bantal busuk kat rumah tu..

Tiba-tiba badan ni rasa macam nak demam pulak.. Ya Allah, kuatkan semangatku demi untuk anak-anak..


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...