@churalliya

Showing posts with label hijabista. Show all posts
Showing posts with label hijabista. Show all posts

Monday, November 3, 2014

Review BOKITTA Hijab

Segala jenis tudung yang retis jual mekchu nak torai...

Dah lama haku aim tudung BOKITTA ni.. tiap kali aim bila tanya sold out.. cisss x de rejeki.. kebetulan tengah2 scroll talipon nampak @bokittavoila update design baru.. malatops!!

Pe benda BOKITTA ni??

Tudung neelopa.. haaaaa pantang kan dengar retis jual barang, semua nak beli.. dengan harapan bila pakai akan jadi cantik macam retis.. hahahaha

katun pakai

model pakai

mekchu pakai.. choiiiii tak sama langsung macam neelopa.. hahahaha

Tak jadi macam neelopa tu belakang cerita.. yang penting SELESA...

Sesuai sangat kalau nak pakai untuk keluar berjalan dari pagi sampai malam.. macam mekchu kebetulan nak pegi kelantan baru2 ni.. mekchu kalau pegi travel bawak budak memang cam laa... tak akan pakai shawl punya.. mekchu senang untuk berbawal.. iron.. sarung.. pin.. siappp...

Tapi BOKITTA ni lagik senang uols.. tak payah iron.. tak payah pin.. bila siap dah serupa pakai shawl... naisss tak naiss la kan...

Mula-mula mekchu tak paham macam mana di katakan tak perlu guna pin, tapi pakai serupa shawl pulak kekdahnya.. nak tanya malewwww.. hahahaha... tak pe, kita try je beli.. nak jugak tau apa yang best tu..

Bila belek2 instagram, lagik tak paham pasal V maxi la, chic laa.. ape ke benda tu? rupanya saiz.. hahaha baru lah ku paham....

saiz untuk BOKITTA


Jadi 1st try mekchu cuba saiz Voila, design Jungle Leave. Harga untuk Voila ni RM109, Voila Maxi RM119.. Disebabkan harga yang ehemmmmm jugak, kita cuba selai ni dulu tengok cemana...

 BOKITTA di datangkan bersekali dengan inner... so jangan jakun macam mekchu tau.. mekchu baru tahu bila dapat..

 ini layer luar.. kat dalam siap full lining tau... material chiffon yang sangat best.. kat bawah dagu siap ada getah untuk keselesaan

 kat belah tepi pulak dah siap2 dijahit berlayer2 macam kita pakai shawl tu... 

So, sebenarnya kita main sarung aje... dia dah siap jahitkan tudung tu seumpama shawl.. Seriusly tak payah cermin pun ko dah mampu pakai tudung ni....

Dan point yang agak penting jugak iaitu TAK PAYAH IRON.. hewhewhew.. mekchu suka sangat point ni.. ko lipat lah cemana pun.. keluar dari bag terus sarung aje nok...

Review sikit...

 awning jenis muncung.. konpem nampak runcing punya lah..  

 pandangan sisi.. 

nampak kan layer-layer dia tu... serupa lilit shawl kan.. 

lepas ni memang akan pilih BOKITTA untuk trip dengan family.. exp klau ada budak kecibung tu... 

Mekchu beli dari instagram.. Korang search aje BOKITTA dan follow la mana2 yang korang suka..

Ni bukan entry sponser makanya mekchu tak de la letak mana2 spesific link.. choiii sangat... Mekchu dah jatuh chenta dengan BOKITTA sebab tu mekchu review kat sini..

Sesambil nak abiskan entry review ni, terbeli lagik sekali BOKITTA.. jangan salahkan neelopa ye.. salahkan diri sendiri dulu..

my 2nd BOKITTA.. in majestic.. kali ni nak try cutting Voila Maxi pulak RM119.. 

Puasa jap dari beli tudung online selama 28 hari... Lepas tu baru boleh aktif semula..

Yang benar,
Adik neelopa


by mekchuN (^_^)

Wednesday, June 25, 2014

Tudung cun, material berkualiti dari Princessrack by puterimona

(Sticky entry for 48 hours)

Korang setuju tak kalau mekchu cakap, susah senang nak pakai shawl ni adalah berdasarkan kualiti/material kain yang digunakan? Kalau kain jenis licin dan nipis, maka bangun lah awal setengah jam dari kebiasaan.. Kalau kain jenis berkualiti, tak banyak songeh nak bentuk, sap sap soyyyy je dah siap....

Mekchu pakai tudung belum sampai setahun lagi.. Tapi alhamdulillah, berkat rajin membeli tudung dari pelbagai jenis material telah mengajar mekchu mana yang boleh repeat order dan mana yang cukuplah hanya sekali...

Serius, kalau shawl tu jenis letak je kat kepala dah terus terbentuk memang terus jatuh chentaaaaa.... tak payah susah-susah siap buat memek muka nak bentuk kan tudung, siap tip puhhhh fuhhhhh nak tegakkan muncung tudung... kahkahkah... ini skill sejak azali kan.. kadang tudung tu ok je, tetap nak kena tiup muncung atas tu... Siapa pernah buat? Sila mengaku!!!

Mekchu dah jumpa material shawl paling best... Dari Princessrack by puterimona.. Material tudung memang tak tipu... sagat berkualiti dan senang nak pakai...

Meh mekchu bawak korang tengok serba sikit shawl yang ada di Princessrack

***************
::: Princess Zahra :::

Cutting : Long n Wide Shawl (Plain)
Material : High Quality Heavy Chiffon
Height x Width : approx 1.8M X 28 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM35/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Adleeya :::

Cutting : Half moon Princess
Material : High Quality Glitter Chiffon Crepe
Height x Width : approx 1.5M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM39/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Ella (Denim) :::

Cutting : Wide Shawl
Material : Denim (high Quality, Soft and Heavy Cotton)
Height x Width : approx 2M X 28 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM39/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Mya (Printed) :::

Cutting : Long n Wide Shawl
Material : Satin Crepe Paisley
Height x Width : approx 2M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM35/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

::: Princess Sofea (3 colors) :::

Cutting : Wide Shawl
Material : High Quality Heavy Chiffon
Height x Width : approx 1.8M X 30 INCH
Colors may slightly differ from original due to lighting
Price : RM45/pc (exclude postage)
BUY 3 for FREE Postage!
*********************

Sangat mabeles kannnn.... juling-juling bijik mata tengok... 

Mekchu dah ada satu.. type Princess Adleeya.. Dia jenis glitter tapi tak over... 

 yaaa... glitter tu tak over tapi mekchu yang over... hahaha... 

Cutting dia sedang elok labuh tutup dada... suka pasal half moon sebab nampak kemas depan belakang... tak susah nak melilit.. Dapat pulak high quality glitter chiffon crepe lagi lak malatop...

depan kedai mamak pun buleh... tudung cantik punya pasal, terus lah fefelling tantek jugak.. 

Paling suka pasal shawl ni apa tau... bila berjalan, nanti shawl yang belah belakang tu terbuai-buai... mekchu memang saje je toleh kiri lepas tu cepat2 toleh kanan...toleh kanan lepas tu cepat2 toleh kiri...  tebiat kat opis.. hahaha nak shawl tu bergoyang punya pasal... 

Ni zoom dekat kalau nak tengok material dia... 

harus lah orenje....cantik... memang cantik... 

Tak boleh nak cakap cantik macam mana lagik dah.. Korang pegi lah cuba sendiri... Dah nak dekat raya ni.. Kang abis jangan nak mengadu domba dengan mekchu... 

Kalau yang sedang berkira-kira nak tukar imej dari tudung sarung kepada shawl tapi tak tahu nak pilih shawl yang mana... haaaaaaaa ninnnnn diaaaa... Cuba beli dari Princessrack by puterimona ni... Memang tak akan menyesal...

Kalau nak contact sila kan melalui salah satu alternatif di bawah...

E-mel : princessrack79@gmail.com
Wassap/SMS : 011-16366387


Kalau tak de niat nak membeli sekarang, LIKE je dulu page Princessrack by puterimona ... kalau ada yang berkenan, rembat terus... Kalau dah LIKE page tu nanti senang nak dapat update... sambil dalam hati tu berdoa ada tudung baru yang cun-cun masuk sempena raya nanti...

Selamat berseri-seri uols...


by mekchuN (^_^)

Monday, December 2, 2013

Tudung awning dalam Tupperware

Scroll dan scroll laju-laju kat fb.. Laju cemana pun bila sesuatu yang menangkap mata, konpem jejari tu akan berhenti jugak kan...


Tengok kaler cantik2 satu hal.. tengok susun atur yang kemas pun satu hal jugak.. Sekali baca caption 'Preloved Fareeda' memang jadik hal lah kannnn...

Hahahaha.... 

Kesian, orang len dah nak let go fareeda, mekchu baru nak torai.. Nak beli fareeda yang baru memang nan hado laaaa.. Mahal kot... Bila eli jual preloved gini, ku tak lepaskan peluang.. Eli, mekchu pinjam gambar :D

Bisik-bisik ngan eli, terus setuju beli 2 helai.. kemain sangat kan... kata nak torai.. tapi sampai 2 helai..

beli tudung, dapat tupperware.. ini dinamakan tudung dalam tupperware

Tudung awning kena lah jaga kan.. bagus btol dak eli ni, mekchu tak terpikir nak letak dalam tupperware gitu.. Dah la free postage.. dapat murah lak tu.. Macih banyak2 eli..

Terus pakai.. kendian basuh :)

bila ada budak kecik ni, kalau boleh nak yang ringkas tapi vougue.. hahaha.. kadang2 pakai shawl sambil ada budak kecik ni boleh sakit leher dibuatnya.. nak control shawl dari senget punya penangan.. pernah nak migrain dalam kereta jugak akibat leher tak boleh pusing 180 darjah.. kahkahkah... 
 
tapi, kena la terima hakikat bahawasanya tudung awning memang tak boleh nak sorok pipi.. memang kembung semacam.. kalau lah puan paridah dapat panjangkan sikit awning sampai ke bawah telinga kan molek.. semua pasti akan nampak selimmmmm aje... tapi tak pe la, itu trade mark paridah nak buat cemana.. ngko sorang tak efek pun bisnes dia..

Setelah 2 hari berturut pakai paridah, esok kembali lah kepada shawl semula..

Sekarang dah faham kenapa orang pompuan suka shopping tudung..
Sekarang dah mengerti kenapa satu baju nak kena ada 5-6 lai tudung..
Sekarang dah memahami kenapa lemari baju orang pompuan cepat roboh.. hahaha...

Mulai hari ini, secara otomatik entry cakap manis tak nak beli shawl/tudung terbatal dengan sendiri..

Sekarang nak tanya kat mana nak carik hanger ketip ketip gantung tudung tu?

by mekchuN (^_^)

Monday, October 28, 2013

Murah rezeki sejak berhijab

Alhamdulillah... syukur dikelilingi kawan-kawan yang sangat manis macam candycrush!!

Sejak berhijab ni, mekchu dapat banyak sangat prezen dari kawan2.. minggu awal2 dulu boleh dikatakan hari2 abang posmen datang hantar kat opis.. hari2 ku terasa sangat indah..

Tak kira lah pemberian itu yang terpakai, atau belum berpakai atau yang masih baru dari kedai.. semua pun masih elok cantik lagi.. dan paling penting niat tu ikhlas sebagai tanda sokongan mekchu dah berhijrah..

Nak tepuk bahu sambil cakap kemon mekchu, kemon mekchu.. kipidap mekchu.... memang tak dapat la kan.... Dengan cara terperanjat-peranjat macam ni sebenarnya lagi memainkan peranan sebenarnya.. lagi touching.. lagi senang nak menangis juga.. hahaha aii ni kan mudah cembeng orangnyaa...

Setiap pemberian kawan-kawan mekchu ada publish kat instagram.. Kat blog ni nak buat entry pulak supaya senang nak kenang nanti.. ada yang dah pakai, ada yang belum sempat nak pakai lagi.. InsyaAllah, mekchu akan pakai semua nya andai berkesempatan..


ni dari syikin ibrahim.. dulu silent reader sekarang dia dah berani bersuara :) 
**************************************************************************************

ini pulak dari zura alycia.. siap bagi sekali dengan FM dan duit raya najmi & najwa.. 
**************************************************************************************


ini dari mak tang Puteri Mona.. masa dapat ni dia dalam pantang.. pun sempat soh tok laki dia gi pos.. bukak je bungkusan terus rasa nak meleleh air mata.. 
**************************************************************************************


yang belah atas pemberian Mimie Qirana yang bersuara sedap... sejak dah pindah pejabat agama ni rekues dia nyanyi lagu sepohon kayu tak dapat2 lagi..

Yang belah bawah tu pemberian sahabat dulu kini dan selamanya, rosnizam mat a.k.a ms_onie... tudung tu special sebab dia bawak sendiri masa datang raya hari tu.. Hadiah birthday mekchu.. awwwww....
**************************************************************************************

shawl ni pulak dari kawan papajib kawan ku jua.. hahahaha.. shacip.. tergelak-gelak baca notes dia kelam kabut gi buat pos laju.. macam2 tau korang ni.. alahai, buat susah2 aje.. 
**************************************************************************************


haaa.. shawl pink dan biru ni lain pulak ceritanya.. malam tu nini D siap2 wassap bagi tau esok mekchu dapat parcel tapi bukan atas nama dia.. alaaaaa, baru nak felling ada secret admirer kannnn... gojes sangat shawl tu.. 
**************************************************************************************

Shawl hijau prezen dari owner Pritilulu.. mekchu ada beli 2-3 tudung kat kedai dia baru2 ni.. tak sangka pulak bila nak balik tu dia selitkan sekali shawl hijau ni kat dalam bag.. adoi kak, baik nya kamoo... dia kata sebagai tanda sokongan selepas berhijab.. Alhamdulillah..
**************************************************************************************


@ ] churalliya Dia panggil kite ranggi.. sbb tu prezenkan tudung jeans ni.. mahal kot kak tudung #pearlhaya ni. Tak pernah ada dlm koleksi lagi. Terima kasih byk2.. akk dh ceriakan hari sy. Sy doakan akk terus suksessss.. amin.. - dari senior sekolah ku kak zie..


terus declare tudung feberet walau pun korang nak kata kepala besar...

**************************************************************************************
yang ini lain.. ini bukan kategori prezen.. sebab kalau prezen ni kita macam seprise berdebar2 tatau apa isi kat dalam kan.. shawl ni mekchu memang dah siap2 order online bila tahu papajib outstation kat KB hari tu.. mekchu order, tapi papajib yang bayar.. hahaha.. harus pandai amek kesempatan lorrr...

Ternyata ramai yang sokong sejak mekchu pakai tudung ni.. tak tahu lah macam mana nak cakap. Terharu sangat.. Sangat! Ingat lagi tak masa nak mula kerja lepas cuti raya dulu tu mekchu hanya ada 5 helai tudung aje? Tuhan telah permudahkan perjalanan hamba-Nya.. Syukur..

Dari 5 helai, sekarang dah jadi hampir 50 helai.. Perlu declare DILARANG membeli sebarang jenis shawl/tudung lagi dah lepas ni... Berkuat kuasa pada tarikh entry ini dipublish :)


by mekchuN (^_^)

Tuesday, September 3, 2013

Buang tebiat mekap2 kat opis

Opismate nak cuba try test mekap dia yang baru beli online.. Nak test mekap tu lekat ke tidak, kaler cantik ke tidak.. Dengar je nak test mekap terus laju2 volunter nak jadi model..

Ismy (opismate) yang serba boleh.. dari memasak, memekap semua pun dia hebat..

Sebelum.


Semasa..


Dan selepas...


Nampak beza ke idok?

Semua mesti jawab YAAAAAAA beramai-ramai kan... Mekchu kan jarang mekap2 ni.. sesekali kena tenyeh macam tu harus la nampak lain..

Nah ni ada lagi..


Bila dah cantik2 (cantik kerrrrrr?), abis keje terus balik rumah.. tak de pulak yang menjemput makan2 raya petang tu..

Teringin nak mekap2 pegi opis.. Agaknya kalo nak mekap cenggini kan, pukul berapa kena bangun erk? nampak senang je bila ismy mekapkan.. 10 minit je kot siappppp... kalo mekchu, kena mekap malam, pas tu bawak tido.. pagi tu tinggal panaskan aje... hahahahaha.....


by mekchuN (^_^)

Thursday, August 29, 2013

3 cara lilitan shawl yang simple dan menjadi kegemaran pegi keje

Mekchu setakat ni memang pakai shawl.. Sebelum mula bertudung lagi dah study cara lilit shawl kat utiub.. hari2 ku tengok.. sampai hafal baru puas hati..

Jadi, kalau nak pegi keje tu harus lah guna cara lilitan paling confiden.. jangan sesekali pagi tu ngko nak cuba cara lilitan baru.. memang terbelit lah jawabnyaaaa....

Cara pertama yang menjadi kegemaran adalah pin di belakang.. Cara ni memang nampak kemas.. Inner tak perlu yang muncung.. inner biasa..




Kalau pin kat belakang, memang depan tak boleh buat muncung.. memang dia akan melekap di dahi.. beruntung lah mekchu yang berdahi jendul dan luas ni.. bila melekap separuh dahi pun masih boleh nampak dahi lagi.. eehhh lebar nya dahi ngko... kahkahkah keturunan......

Yang tak suka bila pin belakang ni...

Anak2 rambut kat atas telinga mudah nak keluar.. mekchu kan rambut licin.. bila lepas cuci tu kan, ya ampun susahnya nak uruskan.. rasa macam nak cukur je anak2 rambut ni.. last2 gi amek gel rambut papajib, ku selak kan anak-anak rambut tu dengan gel tu ke atas... haaa kerassss lah ko di situ.. tak boleh keluar2 lagi..

Lagi satu yang tak best bila pin belakang ni.. nanti shawl kat belah bawah telinga senang nak terkelepet dan berkedut.. kalo tak nak bagi kedut, kena letak peniti.. haaaa tu yg jadi banyak peniti tu.. kalo ada wawa mekchu tak pakai gaya ini.. merbahaya....

Ada lagi yang tak best bila pin belakang ni... leher ko akan kelihatan seperti robot.. sebab nanti sebelah pendek atau panjang akan dibawa ke belakang leher.. jadinya agak mengganggu tolehan ke kiri dan kanan.. bila orang panggil, satu badan kena pusing.. dan agak mengganggu jugak nak bawak keta.. mudah mengalami sakit tengkuk jugak..

Haaaa.. banyak yang tak best dari best pulak ni.. tapi tetap suka cara ini..

Cara kedua : Pin di bawah dagu..

Kalau cara pin bawah dagu ni mekchu akan gunakan bersama inner magic.. Macam-macam kaler ada.. suka sebab bleh wat blocking.. berguna sekiranya tak de kaler shawl yang mecing dengan baju tetapi kaler inner adalah mecing.. hahaha..




Dah kenapa bergambar gaya katak bobok................

Cara pin bawah dagu ni memang selesa.. sebab tak mengganggu pergerakan leher.. paling pantas nak siap.. cuma mekchu tak suka ada pin bawah dagu sebab gatal2 nok...

Cara ketiga : Pin celah rahang.. 

Ok, baru tahu rahang tak de celah... hahaha..

Cara ni baru sekali try dan walaweiii.. paling mudah dan menepati citarasa.. bawah dagu tak gatal.. belakang leher pun tak terganggu..

gambar ni.. hahahaha.. pada mata kasar memang nampak ok ok belaka.. 

Sebaliknya ce tengok betul2.. lilitan kat belah atas tu dah jatuh.. tu nampak dah terkulai pada pin tu aje.. instagram memang akan menampak kan diri tu cun cun dan manis manis belaka..

Dah sampai kat meja baru perasan.. derrrrrr tudung dah terkulai.. lupa nak pin sebelah kiri kepala.. punya lah konfiden dalam lif tadi.. hahahaha..

Ok, sampai meja benda pertama yang dibuat adalah capai cermin.. kalo dulu sikat rambut.. sekarang betulkan shawl.. orang sebelah hari2 dok menjeling.. mihmihmihmih...


Lagi satu suka sebab bleh buat gaya hoodie yang terlebih kat bawah dagu tu tanpa perlu guna inner neck.. alaaa apa ntah nama gaya tu.. tak tahu..

Ramai yang minta mekchu buat tutorial.. honestly mekchu darah gemuruh nak buat tutorial lilit shawl.. ku tak pandai dan tak layak untuk otai2 semua... Cukup lah setakat tunjuk gambar apa beza hasil daripada cara lilitan shawl ok..

Mekchu memang belajar kat youtube semata.. tak de adik, kakak, sepupu, sepapat yang ajar pun.. from zero.. dan masih terkepit-kepit lagi.. belum terror pun lagi...

Kita sama-sama belajar ok..


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...