@churalliya

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Musim

Beberapa minggu yang lalu..

Lama dah tak makan nasi minyak... dan lama dah tak makan roti jala cicah kuah kari...

#ootd pegi kenduri kawin.. sepersalinan kurung kedah moden dari matase sutera.. dah banyak kali pakai, tapi ni pertama kali pakai dengan baheera shawl pun dari matase sutera... 

amek aura manis si anak.. 

Tak bleh amek gambar dari tepi.. sebab nanti nampak sekeping sangat...

Ini wedding kakak kepada tuan faizal yak ni suami kepada ila dan kawan kepada papajib iaitu kawan2 masuk balairong seri :D.. haaaaa tak payah ulang baca ayat tu pun tak pe...

beradik superman ditemui.. karok sampai hang laptop... dahsyat sangat tarikkkkkk...

abam mi tak de sebab ikut maksu, kakak bella pegi giant.. boleh berkepak ketiak sikit.. sikit je.. 

Habis je makan nasi minyak dan karok, makan roti jala cicah kuah kari pulak... ada kenduri tunang si anim (adik ipar deqna) petang tu..

dah la jarang dapat bergambar berdua.. bila ada chance gitu pulak kekdahnyaa.....

dengan ipar duai dan yang ditunangkan hari tu... 

Kepada yang berkahwin, selamat pengantin baru..
Kepada yang bertunang, selamat bertunang...

Musim kan...


by mekchuN (^_^)

Monday, October 1, 2012

Penyakit Fenkkkkk pulak

Ini cerita minggu lepas yang tak lepas-lepas lagi..

Ada wedding sepupu papa-jit kat Seremban.. dan mengambil peluang pakai baju raya 20 by Rizalman yang beli bulan puasa hari tu, tapi tak pakai-pakai (sbb tak de acara yang sesuai)..

Masa beli tu tengah pegnen 7 bulan rasanya.. masa tu kain boleh kancing lagi.. sekali bila pakai nak masuk 9 bulan, terus tak bleh kancing ngkoo.. nasib design baju tu besooo.. nak pakai jugak.. nanti bleh buat perbandingan ketika mengandung dan ketika selim.. ehemmmmm...

 ni sebelum keluar.. ingatkan nak amek gambar dengan abg long.. tapi alahaiiiiii.. marah nya diaaaaa...

Memang ada letak status fb pagi tu kata nak pakai baju raya Rizalman gi kenduri kawin.. mustahil pulak ipar duai ku baca status tu..

Bila sampai je rumah kenduri, terus masing2 menjerit sbb semua pun pakai baju kaler pink.. dah la tu pink yang plain cuma tone kaler je sedikit berbeda.. harus bergambar... dengan pengantin jumpa pun tidak.. hohoho.. memang tak rancang.. sebab mekchu dari rumah seremban, kak eliz dari KL dan dekna dari Pilah..

 ni kaler sebenar.. yang hari tu dah diedit kat Instagram..

 ada orang rekues amek gambar dari atas.. tak nak nampak leher berlapis katanya.. hahaha.. 

 ini apa kes la pulak.. 

masih di dalam mood photoshoot.. kah kah kah.. 

Dan gambar-gambar dari Instagram..



Perasan tak munge-munge hitam kat lengan baju tu... penat taw mak buyong menjahit..

Sunday, May 20, 2012

Umur KAMI sudah 7 tahun

Sebelum taip tajuk tu, sempat double check kira dengan jari sekali lagi sebab macam tak percaya sudah 7 tahun.

20.05.2005 ~ 20.05.2012 = 7 tahun. Betul kan?

gmbr edit sendiri.. kata pegi training photohop :)Ohhh gelang tu dah hilang. Mintak ganti tp dapat yang halussssssssss je..

 malam nikah sebelum kena angkat naik 'kapal'

sang arjuna yang kurus keding

dan sang dara yang manis.. hahahaha pitammmm

Dulu mana de amek gambar kat sawah padi semua.. dapat backdrop pelesu pun dah cukup baik..

Lepas tu gi horneymoon kat cameron. Dapat prezen horneymoon pakage kat Strawberry Park. Wallaweiii.. Part tabur2 bunga atas katil dan dalam bath tub mmg terbaekkk... hahahaha tiba2 yg ko nak flash back ni kenapa?

Carik gmbr masa pegi honeymoon tapi tak de. Jumpa gambar masa 2007 ni aje. Dan itu lah kali terakhir kami sampai sana.. 

Dan setelah 5 tahun tak jejek sana, kami memutuskan untuk celebrate 7th anniversary kat Cameron je.. huuuyeahhhh.. harap2 sejuk lagi.. tak jauh, dan tak dekat sgt.. sesuwei untuk bawak feremfuan fragile ini berjalan-jalan..

Tahun ni kena kuarantin. Tak boleh jalan2 obersi lagik. Ngko pujuk lah cemana pun, papa-jit mmg tak akan luluskan.. Nasiblah dulu sempat jugak 2 tahun berturut-turut :)

Terima kasih papa kerana menjadikan ikatan perkahwinan kita semakin hari semakin teguh seteguhnya binaan Taj Mahal.. ehhh tahun depan kalo dapat pegi tgk Taj Mahal pun best jugak nih ;p

Thursday, November 24, 2011

ber-PINK-kini

Tercapai jugak hasrat nak sama-sama pakai baju kaler pink :)

Sebenarnya mekchu yang lebih-lebih hober nak pakai baju pink Matase Sutera hari tu..ehh, bukan memang selalu hober ke? terus teringat yang papa-jit baru beli t-shirt golf kaler pink.. hahaha.. tak sangka dia bawak balik t-shirt pink.. terasa mcm......... ohh suami ku yang jambu..

"mama, kenapa buai ni tak gerak-gerak mama?"
"sabar... mama tengah control ayu ni.. kan papa tengah amek gambar kita tuu"

Tapi gambar bertiga tak de.. rugi ohh.. sebab mi-cah mengadessss tak nak masuk dalam gambar. Sebaliknya dia yang nak snap kan gambar..
sibuk ok suruh mama ngan papa posing..

Kadang2 dia siap suruh ikut buat memek muka.. kalau tak ikut dia marah.. dan gambar2 tu of kos tak bleh masuk dalam blog.. kenot.. kenot..

 kalo paksa gaya itu lah budak kecik tu.. tak ikhlas.. korang tengok belt mi-cah.. hebat kannnn... macam orang tua!!

Tali pinggang tu sebenarnya papa-jit punya.. tapi sekarang mi-cah dah boleh pakai.. tapi kena la adjust dulu.. suka pulak tengok mi-cah sebab nampak memang mcm dah besar sangat..

our lovely pumpkin at 3y 4m


seriusnya i'm so in love with the pink sutera :)

kena ugut apa ntah masa ni.. terus dia nak amek gambar sama-sama.. style sekarang buat muka penyet macam tu..

Ok, sebenarnya kitorang kat majlis kenduri kawin anak buah.. tapi gambar pengantin secebis pun tak de... perangai buruk tu yang susah nak elak laaa.. Sampai terus carik makanan, pas tu salam pengantin. Pastu carik tempat lepak sampai emak panggil balik..

Berbalik kepada baju pink tu.. otw balik seremban (kendurinya kat setapak) kami singgah mapley putrajaya. Mi-cah baek pulak lentok kat mekchu.. kedut2 okehhh baju gejos mama ko.. tapi anak punya pasal ahkak redha kedut.. jangan tetas sudaaaa...


Kan ke susah nak makan roti cheese nan kalo gaya itu.. kot kecik lagi bleh gak lipat2 kan dia.. ini dah panjang dah.. so, makan dengan sebelah tangan ni aje.. Hujan lebat masa tu. Lapar.

Keburukan lantak rebut2 roti cheese nan ayam tandori ngan papa-jit.. kedekut nak order 2.. tengah suap-suap tu tertumpah pulak kuah kari kat kain.. aduhhhhhhhhh.... kotoran kuah kari susah nak hilang kan.. time tu mekchu relek je. dalam hati balik nanti bleh cuci..

Tiba-tiba papa-jit terus berhenti makan dan bangun.. datang semula bawak air sabun di tangan.. terus sapukan air sabun kat kesan kuah kari tadi tu dan gosok-gosok dengan tangan.. hahahaha.. terkedu!!

Sesungguhnya dia pun ada perasaan sayang dan suka dengan baju pink Matase Sutera itu, tapi tak pernah ucap dengan kata-kata ^.^

Thursday, September 22, 2011

Melaram pegi dinner.. Kelas ko jah..

Untung kan sape yang ada suku kata JAH pada nama.. glamer yuuu...

Baju adalah dari Matase Sutera, henbeg dari kak jem dan rambut dari One Team Saloon.. hahaha.. ada kedengaran bunyik macam retis kena interview atas kapet merah tak?

Jangan nak berangan.... Baju tu di BELI dari Matase Sutera, henbeg tu di PREZEN dari kak jem dan rambut itu di BAYAR sendiri..

Dah siap-siap semua (mekap sendiri.. berpeluh mak) maka ke MECC lah kita.. apa ntah nama dewan tu, yang kat MATRADE, Jalan Duta tu.. 

sambil melayan kebosanan.. jalan penuh dengan kenderaan.. agak tertekan jugak walau pun tak bawak anak.. acane tu? 

Org seremban mmg tak bleh jumpa kereta byk2 atas jalan macam tu.. meroyannn... sebab tak biasa kan.. terasa lemassss sangat... tersengguk-sengguk mcm siput.. dan cepat panas juga.. hahaha..

Apabila dah lambat, sampai-sampai je duduk dan terus makan.. ko jangan cuba mengades nak keluarkan camera snappo gambar2 tgh makan.. sambil berbisik dalam hati "org sebelah nak mengutuk la tu.. makanan dinner pon nak amek gambar" 

Bila majlis dah habis, dan kelihatan ramai yg keluarkan camera, baru lah berani2 gajah nak bergambar.. dan dalam hati mmg nak masuk contest Matase Sutera.. doa banyak2 mintak gambar cantik dan molek..


 gambar separuh? no no no.. tak sesuai utk dipertandingkan..

gambar dengan lampu aladin ni? kelabu asap!!

dan yang ini tanpa flash lagi teruk.. so, kena berusaha lagi untuk dapatkan yang terang dan jelas hanya berbekalkan lumix compact

yang ini? pun tak berkenan di hati..

and finally, gambar ini yang dipertaruhkan.. nampak terang daripada lain2.. dan ada suami di situ.. moga2 lebih diberkati... amin...

Itu bukan kepak rama-rama okeh.. hahahaa kelakar pulak bila ramai yg komen kata mekchu pakai kepak rama-rama sebelah depan.. kenapa tak pakai kat belakang.. warna merah tu dalam gambar nampak sama sangat dan susah nak bezakan mana lengan mekchu dan mana dada papa-jit.. kira macam lenganku di dalam dada mu.. hahahaha...

 fuhhh.. nasib baik ada gambar pengantin.. last minute sebelum pengantin balik!!

sape pengantin ni? pengantin pompuan tu anak kepada boss besarrrrr papa-jit..

dan masih tak puas hati.. dalam lif pun nak jugak.. 

Dan malam tu tamatlah sesi makan-makan kami kali ke-6.. penat.. sendat.. padat.. ketat..

Eh, korang dah vote ke gambar rama-rama besar di dada tu? kalau belum amat dialu-alukan vote DISINI..

Monday, June 20, 2011

Senahsirap kawin, hazry pun kawin..

Maka, tamatlah musim kenduri kawin.. banyak kenduri kawin yang pegi, tapi mekchu nak cerita pasal senahsirap ngan hazry je sebab dorang special skit di mataku.. ngeee...

special lah sebab 2-2 orang tu pekerja yang seangkatan kat opis nih.. tapi senahsirap bukan kawin ngan hazry.. senahsirap kawin ngan laki dia, hazry kawin ngan bini dia.. pangggg 3 hingga 4 kali nak?

Kenduri senahsirap sebelum mekchu pegi kelantan lagik (punyalah berjaman kan).. kenduri dia t/hari tu, petang tu mekchu pegi kelantan.. saje nak tunggu kenduri hazry selesai, senang wat entry sekali harung.. hahahaha...

Ok, ini masa kenduri senahsirap, kalau tak silap 29 Mei hari tu..

 kepanasan yang keterikan.. tak boleh bukak mata... 

selamat pengantin baru.. kenduri yang sangat meriah.. ramai sangat orang.. tak sempat nak bergambar ngan pengantin.. pandang dari jauh je.. sambil dalam hati cakap selamat pengantin baru senahsirap :)

tapi pelik sebab tak nampak pulak air sirap masa tu.. hehe.. senahsirap (bukan nama sebenar) suka sangat dengan air sirap.. 

lepas makan, salam2 kejap ngan pengantin, kitowang pun bergerak pulang (ni yg malas ni... ayat mcm dalam novel kasih yang suci je ni..) kat sebelah parking tu adalah Muzium Adat.. nama je orang nogori, tapi tak pernah masuk.. nnti malu pulak kalo orang tya apa ada kat dalam tu.. so, dapat idea singgah jap kat kat sana.. sheeejuk sikit.. hahaha.. 

oii oii orang nogori.. korang pun patut masuk ke Muzium Adat, Jelebu ni taw.. 

mama-chu pakai tengkolok.. hahaha.. tgk dari luar pun dah tau muzium ni penuh dengan adat tradisi negeri sembilan..

muzium ni sangat canggih.. tak sama dengan muzium yang pernah mekchu masuk.. apa yang canggih, kena la pegi sendiri..



agak-agak dah kering peluh, kitowang pun balik lah.. jgn kata perbuatan itu keji.. at least kitowang dah berjaya menjejak kan kaki kat dalam tu taw.. mmg pakej tu, makan nasi minyak dan masuk muzium :)

Pas tu 18 Jun hari tu kenduri hazry pulak.. senahsirap ngan hazry ni duduk sebelah2 je kat opis ni, kawin pun sebelah-sebelah bulan je..

dengan filzah yang menten comel.. ya, mi-cah diabaikan sekejap di situ..

pas tu nisa jeles.. dia pun nak jugak.. dorang ni adik-adik praktikal kat opis mekchu dan batch yang paling rapat ngan kitowang sampai lah sekarang.. 
 
 
 

ramai lagi yang beratur kat tepi tu tunggu turn nak bergambar ngan pengantin.. hazry mcm paham2 je masa tu.. dia yang panggil mekchu amek gambar dan terus 'sailang' tetamu yang lain.. hahaha..

baju korang sangat cantik.. kenapa time mekchu dulu tak de yang cenggini?

Selamat Pengantin Baru senahsirap dan hazry.. (ingat taw, senahsirap kawin ngan laki dia dan hazry kawin ngan bini dia) & welcome to the group lah.. lepas ni boleh lah bukak cerita nak masak apa untuk bukak puasa :) ini tidak, asyik cerita #maharajalawak je kan.. hahaha..

Tuesday, January 4, 2011

Kasut crocs, jaime dan cina makan kambing..

Mula-mula tayang muka budak ensem ni..
ensem kan dia.. geram.. cepat2 lah dpt baby girl.. mau masuk meminang..

ok, terus masuk cerita sebenar..

Apa perasaan korang kalo terpaksa pakai kasut crocs dengan baju kurung, kebaya, kedah?

Tau la itu kasut crocs kegemaran... tp tak smpai tahap nak pakai dgn baju kurung kedah.. hadoi.. tak sanggup..

Cam tu la kalo balik umah sban.. ada je benda yg tertinggal.. Bleh plak tak perasan tak bawak kasut tumit tinggi yg sesuai dgn upacara baju kurung.. kemain beria pilih baju apa nak pakai (baju kurung kedah tu adalah baju 4 thn lepas) sekali kasut pulak x de..


kat umah sban tu yg ada hanya lah selipar putih vincci yg dah menjalani proses luluhawa.. hahaha.. muka moncong2 bawak jugak selipar putih tu masuk keta utk sedapkan hati..

Kalau bukan isteri kepada somebody, dah gasak dah pakai.. tp mengenangkan aku adalah isteri dia, imej kena ado.. hahaha.. siapa dia tu yg ko beria2 sangat ni? mekchu.. mekchu.. itu belum jadik datin lagi tu..

misi mencari kasut ad-hoc bermula..

malas sbnarnya nak beli kasut baru sbb pikir kasut kat rumah dah berlambak.. ceh.. masa ni sedar diri pulak ckp kasut dah byk... sbnarnya dalam hati nak mintak bawak gi jasko.. tapi takut nak cakap sbb jasko jauh...

serius suspen bila bro.john bawak carik kedai kasut tau.. alamak, kena beli kasut laju-laju.. tak suka tau kena paksa-paksa beli dan pakai ni.. kat mana lah kedai bertuah dia nak bawak.. ini kalo byk bunyik, konpem kena tnggal kat tepi jalan..

kedai fun cheng fesyen pun fun cheng fesyen la.. haaaa hambek kasut 12 hengget... tak smpai 2 minit dah smpai dlm keta balik.. gile memaksa dan terpaksa... hahaha...


masuk2 je keta "waaaahhhh... antik nye acut mama" tatau la apa dia dah manderemkan anak dia soh pujuk hati mama-chu yg lara ini...


tu dia kasut 12 hengget... hanya di fun cheng fesyen..


bukan apa, mekchu akan rasa pelik kalo tak pakai pakaian yg proper ke majlis org.. mmg la pakai selipar pun boleh, tp mekchu rasa mcm tak hormat majlis org..


selamat smpai rumah ita dgn kasut baru itu.. ada majlis cukur jambul & aqiqah hero dia si jaime yg hensem.. ita, anak ko mmg ensem..


najmi & jaime.. nama dah nak sama.. najmi excited main masak2.. asalkan nmpk menan, semua dia bedal..

jaime 9 bulan.. mmg sukar nak kawal bila nak gunting rambut dia..

the hero, azlan, ita, mi-cah & me..

thanks babe.. kambing golek tu mmg terrbaek!! tadi masa borak ngan ita, kelakar pulak bila mak dia ingatkan mekchu ni cina & tak bagi makan kambing qiqah tu.. hahahaha.. ita, sib baik mak ko tak tarik pinggan kambing golek atas meja kan.. kalo tak, dah lari2 manja masuk dalam keta tau.. hahaha..

oo... cina makan kambing ye...

gambar ni dicurik dengan izin..


nota daripada kaki : papa-jit, apalah kiranya kalau mengekalkan penyimpanan sepasang kasut tumit isteri mu dalam kereta... 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...