@churalliya

Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

Himpunan Entry Bandung di sini....

Korang kalau nak carik entry yang dulu2, boleh je Ctrl + F dan taip aje apa benda yang korang nak carik..

Atau nak cari dari kotak search kat atas tu pun buleh...
Atau cuba cari melalui Labels kat tepi sebelah kanan tu pun can..
Pandai2 la ikut jalan mana yang senang...

Tapi untuk entry Bandung (ada yang rekues suruh mekchu letak kat tepi satu satu nak kasi senang nak carik katanya) mekchu dah letak dah kat sebelah tepi tu.. suka tak???

perasan ke idok kat belah tepi tu?

Link List yang bukan2 ku dah delete.. ntahapaapantah letak Segmen Mari Kenali Mekchu konon... hahahaha.. itu masa mula2 buat blog.. kengkonon nak bagi uols senang nak kenal mekchu.. Pas tu link list Tutorial celah gigi tu pun ku dah delete!! Buat menyemak je.. bukan best sangat pun tutorial tu..

Kalo tak nak pegi Bandung dalam masa terdekat tak ape, mekchu memang sayang korang lebih... memang mekchu biarkan aje kat tepi tu sampailah agak2 mata ni dah menyampah tengok... nanti lagi 2-3 hari nak pegi pun boleh masuk sini dah terus klik klik klik aje..

Daaaaa....


by mekchuN (^_^)

Monday, October 21, 2013

Penyediaan bubur anak ketika pergi bercuti

Risaukan bagaimana nak sediakan bubur anak ketika bercuti jauh? Risau tiada makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak sepanjang waktu bercuti?

Kalau korang ada perasaan tu, syabasssss... korang adalah ibu yang prihatin..

Secara jujurnya mekchu memang tak pernah terpikir nak masak bubur kat hotel.. nak angkut slow cooker naik kapal terbang.. terus pikir penyelesaian yang mudah iaitu bagi makan roti atau nasi dengan sup atau biskut.. Kenyang ke budak tu? jeng jeng jeng...

Bagi hotel yang ada sediakan menu bubur, beruntung lah.. tapi macam mana nak tahu hotel tu ada masak bubur ke tak? ada nombor chef dia tak?

Maka, meh sini mekchu share macam mana mekchu sediakan bubur wawa masa kat Bandung hari tu.. ini pun sebab ada yang minta share kan.. cehhhh perasan hebat sangat ni... ehemmmm!! walhal faridah (opismate) yang ajar satu per satu sehari sebelum ke Bandung..


Perkara yang perlu disediakan :
1. Slow cooker size kecil. Tak berat, tak ringan. Sedang2.. Nak travel sekali dengan kotak pun boleh, nak buang kotak pun boleh.
2. Beras anak secukupnya
3. Lauk. Kalau nak aeroplane dicadangkan agar gunakan ikan bilis yang digoreng dan diblend halus. Senang nak bawak. Kalau naik kereta, boleh je kalau nak bawak ayam atau ikan yang dah direbus. Letak bersama dengan ice pax.
4. Sayur. Balut cantik2 dalam paper.. Sampai je hotel sumbat masuk dalam peties dia..
5. Bawang goreng (add on)
6. Senduk/sudu

Dah.. tu aje bahan nya..

Cara sedia bubur :
1. Malam sebelum tidur basuh beras dan masuk kan ke dalam slow cooker.. Biarkan hingga ke pagi.. Pastikan air tak terlalu banyak macam kita masak bubur kat atas api tu..
2. Pagi tu mesti beras tu akan kembang. Baru masuk kan ikan bilis/ayam/sayur
3. Kacau-kacau dan siapppp....

Dah.. itu aje.. Selamat mencuba.. (kembang kempis idong perasan macam hebat sangat dah ni) hezzz hezz hezzzz...

Mekchu letak label entry ni dibawah tajuk 'resepi'.. Kesian ada 2 entry je setakat ni...

by mekchuN (^_^)

Tuesday, October 8, 2013

Bandung Day 4 : Aria Jeans, Pasar Baru (repeat) & Kartika Sari

Harap ni entry last pasal Bandung.. (rasanya draf hari tu panjang sikit ayat intro.. ntah mana peginyaa terdelete kot.. bila edit guna talipon gini laa.. lintang pukang.. iols kan kat hospital lagi)

Pagi hari ke-4 sambung mempacking barang2 kecik yg tertinggal.. Selagi tak abis mandi pagi, selagi tu lah akan ada barang yg tak abis packing... alamak, kantoi la pulak gi b/fast tak mandi...

Lepas b/fast papajib, abam mi & azuan pegi satu kedai jeans ni.. Aria Jeans. Semalam pergi kedai ni tapi dah tutup.. So pak supir tunjuk aje tempatnya.. Dekat je ngan hotel.. Dorang menapak je ke kedai pagi tu.. Dia bukan kedai sebenarnya, tapi dorang panggil factory..

Mekchu dan wawa tak ikut.. nak sambung packing.. Tapi sebelum tu, layan amek gambar dengan kecibung wawa ni dulu..

jumpsuit dan kasut dari Anakecil.. sebab comel lalu terus pakai.. nasib lah kulit wawa ni tak alergic apa2.. risau jugak..

Wawa tido aje, terus mekchu sambung packing..

Tengah memijak2 sambil melompat2 atas bag (nak kasi betul2 compress sbb tak lepas nak zip) dapat wassap gambar ni..




Papajib suruh pilih nak kaler apa.. papajib amek kaler kuning dan royal blue.. Terus setuju nak kaler itu jugak.. Royal blue mekchu dah ada.. tapi itu jegging. Kan ketat........ yang ini nanti boleh la tempah loose sikit.. Lepas tu mekchu add on kaler pink jugak :)

suka sebab mekchu punya terlebih satu.. kain jeans lembut..

Papajib dah mula menggila carik seluar blocking ni.. chop bukan mekchu yg pengaruh ok.. dia terpengaruh dengan sendiri.. seluar bunga2 mekchu pun dia nak terai sarung... teringin la tew nak ada seluar bunga2.. Senang nak bawak gi men golp.. tapi yang jual seluar blocking ni cutting bawah dia kecik.. takut bila jalan mengepit je nanti.. hahahaha... tu yang beli kain dan boleh tempah sendiri tu.. 

Sebenarnya, kat situ pun boleh siap tempah.. Orang tu kata petang tu dah boleh datang ambil.. tapi flight kitorang petang tu.. memang tak sempat.. Kalau tau, hari 1st hari tu dah datang sini.. So, korang kalau berminat nak cari kain jeans blocking sila masukkan Aria Jeans ni di hari pertama/kedua ke dalam itinerary bandung korang nanti...

Bila dah balik seremban, dah tatau nak tempah kat mana.. Kedai otai repair jeans kat bazar yg selalu kami pergi tu tak amek tempahan jeans rupanya.. kawan2 seremban, tau tak kat mana nak tempah jeans selain Victor?

Harga? papajib ada bagi tau harga dia tapi mekchu lupa.. murah rasanya sebab kalo mahal tak hingin papajib tu membeli..

ini rupa depan kedai tu.. kalau berminat boleh amek alamat seperti di atas..

Lepas je dorang balik bilik, kena selesaikan masalah nak sumbat kain seluar tu pulak..

Setel semua, turun lah kami ke lobi dengan bag yang dah beranak pinak. Siap dapat anak angkat lagi (kotak)

abam mi pun pakai t-shirt dari Anakecil jugak.. sejak kawan dengan adam, dah pandai pakai cap terbalik :)

Masa pak supir masukkan bag2 kami dalam kereta kan, masa ni mekchu berdoa aje supaya muat.. supaya pak supir tak perlu patah semula gi tukar kereta yang lebih besar.. supaya kami tak tertinggal flight.. 2-3 kali jugak dia keluar masuk kan bag.. akhirnya muat.... pfttttt... memang pandai betul dia susun..

sedih pulak tengok azuan yg macam kelemasan dikelilingi bag.. nmpak hujung kepala aje kat belakang tu....

Keluar je hotel, kami ke Pasar Baru semula.. Scha ada hajat yang tak dapat hari tu... hahaha alasan jual nama orang.. mekchu pun sama.. lupa nak membeli beberapa keperluan..

Kami ke kedai Sir Cinta tu aje. yang kat parking lot yang mekchu ada cerita tu.. tak masuk kat dalam pon sebab kalo dah masuk dalam tu panjang ceritanya nanti... takut tak sempat nak kejar flight..

wawa baru bangun tido..

kan dah kata.. jgn risau kedai2 kat sana memang tak kedekut kerusi.. senang nak lepaskan lelah..

Apa persamaan kami dalam gambar di atas? Ya betul, 3-3 pun pakai baju baru.. ehemmmmmmmm........

Pasar Baru dan Rumah Mode adalah 2 destinasi yang kerap akan minta di-repeat.. Jadi bersiap sedialah.. Kalau boleh jangan ada perangai me-repeat ni. Kalau boleh la kan.. hahaha mekchu memang tak boleh. tetapi sebaliknya kalau boleh lagi nak mintak pak supir hantar ke Rumah Mode hari tu.. melampau pulak tak ingat nak balik ke weiiiii?

Kat sana dua hari berturut kami makan kuih banderas ni.. bunyinya kena teran sebutan banderas tu sikit.. sekali cuba, terus terkenyam... hari berikutnya minta pak supir carik kan lagi kat tepi2 jalan tu..

 kena cuba.. senang je nak ingat nama kuih ni.. ingat antonio banderas :)

Rasa dia dari tepung beras campur kelapa pas tu yang kat luar tu rangup.. wawa ngan am pun suka.. kena lah korek isi dia buat suap kat dorang.. yang kami ni makan kulit luar tu aje.. hari 1st tak cukup.. nasib jumpa lagi dan makan lah sampai kembong.. Kalau jumpa kuih ni kena cuba ok..

Sebelum terus ke airport, kami singgah di Kartika Sari dulu.. misi nak membeli brownies kukus dan pisang keju.. Itu adalah benda yang selalu disebut kawan2...

Pastikan singgah di Kartika Sari hari last korang kat sana.. kedai dia otw ke airport tu.. konpem sempat punya jangan risau..

sesi soal jawab dengan penjual tu.. maklum la, mekchu tak pernah tengok rupa brownies tu.. bila tanya haaa hambek kemain banyak perisa dia bagi.. dah la konpius tatau nak yang beli mana.. 

serius dalam dilema.. nak try semua takut tak abis pulak.. tau je la kat rumah tu mekchu sorang je penggemar kek ni.. itu pun tak de la addicted sangat.. 

Sudahnya beli 1 kotak brownies kukus perisa original dan 1 kotak pisang keju.. dah tu bila sampai rumah terus menyesal sendiri kepada tak beli lebih.. sebab rasa dia sangat sedappppppp... patut lah penjual tu pelik mekchu beli sikit.. Rp35,000 je satu kotak.. Dalam RM10-15 je pon..

Korang kalau dah sampai Kartika Sari ni, sila lah beli lebih dari 1.. memang tak akan menyesal.. percaya lah cakap mekchu ni.. memang mula2 risau takut cepat muak.. tapi tidak sama sekali..

memang mekchu sorang je yang ngadap... tak share dgn orang lain pun.. nasib nenek labu, papajib dan abam mi bukan penggemar kek.. pesaing terdekat wawa aje.. 

Sesiapa yang nak ke Bandung (terutama kawan2 di sekitar Seremban) tooolong bg tau mekchu ok.. sebab nak kirim kek ni.. senang nak pick-up.. Kalo kawan2 di bandaraya KL tu mcm susah pulak nak kirim, nak kena pos bagai..

Hari tu ada member papajib ke Bandung.. hati dah berbunga riang.. tapi dia tak sempat pulak nak belikan sebab dia amek pakej Bandung-Jakarta.. tak pe la, tak de jeki...

Setel beli kek, terus lah kami ke airport.. itu kira last destinasi la tu.. uhukkkk :(

Jejak je airport dia, kembali tercengang-cengang.. terperanjat2 jugak sebab tiba2 dah kena beratur, tiba2 dah kena scan bag semua.. Papajib lah yang serik nak kena angkut bag tu satu2 naik ke atas sementara nak dapatkan troli.. dah la semua bertangga.. dengan stroller wawa lagi.. dia tido time ni.. azuan & scha relek je.. sikit je barangnya...

itu lah dia.. datang dengan 2 bag besar biru dan merah kat bawah tu aje (dalam keadaan separa penuh).. bila balik sendiri mau ingat.. 

setel check-in.. 

Kat belakang tu toilet ye.. Sila membuang siap2 di situ.. mekchu pergi keluar masuk pun masih ramai.. Kengkonon nak gi toilet kat area bording nanti..

Siap boleh layan minum nescafe ais kat sini sementara tggu flight.. dengan yakin sekali nak membuang kat toilet 'lagi satu'..

Sekali tiba masa naik atas nak bording tiba2 je dah kena beratur.. tiba2 dah sampai kat pintu.. omaiiiiiii mana nak carik toilet... demmit!!!! pundi kencing dah penuh...

saya ambil gambar dia...

Dan bila saya toleh..

 dia pula ambil gambar saya... hahaha nasib ada gambar kat airport bandung.. dah la masa sampai hari tu menonong masing2 masuk ke dalam...

Bai bai Bandung.. Till we meet again..

Elok je signal pasang belt tu padam, terus orang yg pertama bangun carik toilet.. lepas tu macam nak pitam sebab kena jalan dalam keadaan goyang2.. nak kencing dalam keadaan goyang2 jugak.. kena carik paip air dalam keadaan goyang2 jugak.. nasib tak blueekkkkk  kat dalam tu... paras caffein dah naik sampai kepala la tu..

Pening pulak kepala.. sebab tu mekchu tak nak apply jadi stewarders.. hahahahaha..

papajib relek2 aje dokong wawa jalan2 dalam tu.. idok lerrrrr nak muntohhhhhh.... 

Lepas dapat makan, baru lah ok.. oooooooo nak kena isi rupanya perut ni...

baru lah boleh senyum... abam mi dah mengantuk masa ni.. biarkan dia kat tepi tu..

kecibung wawa pulak baru bangun.. memang tak tido la jawabnyaaaa.. baru plan nak membuta dalam flight.. 

baru 2 orang ok.. baru 2... 

Percutian dan destinasi yang bukan mekchu rancang tapi best...

korang.... nanti kumpul2 duit kita buat trip lagi ok.. 

Pagi esok bangun pagi je abam mi tanya pasal adam.. Adam pulak tya pasal abang kekemi dia.. hahaha comel kan dia panggil nama tu.. abang kekemi... awwwwww...

dah sampai LCCT

Apaaa? adik nak naik eroplane lagi? nanti kita pegi lagi yeee...

Nota Kaki :
1. Kalau teringin nak beli kain jeans blocking tu, boleh ke Aria Jeans. Dicadangkan supaya pergi pada hari pertama/kedua korang sampai.. sebab boleh tempah terus.. hari last dah boleh pakai pegi Kartika Sari :)

2. Kartika Sari kena pergi last day.. Dan sila beli brownies kukus dia lebih daripada 1 kotak. Sesuai untuk dijadikan sebagai souviner untuk bos, family dan mekchu juga (^_^)

3. Dah sampai airport, pegi toilet yang ada kat bawah tu siap2.. jangan ada niat nak menyimpan tak bagus untuk kesihatan

Maka dengan itu mekchu tamatkan entry percutian ke Bandung ni (6-9 sept 2013).. Nanti mekchu letak kan semua link supaya senang kawan2 nak refer ok.. Tak menunjuk kan.. tak de kannn kannn kannnnnnn? Dia belum cuba torai test baca cara mekchu share info, dah tuduh yang bukan-bukan...

What eva!!!

Dan akhir sekali, terima kasih papa atas percutian ini.. Laf u deep deep..


by mekchuN (^_^)

Monday, September 30, 2013

Bandung Day 3 (Part II) : Restoran Padang, Rumah Mode (repeat), Paris Van Java & Collector Parfume

bersambung dari entry Bandung Day 3 (Part I) : Anakecil, Terminal Tas & Jln Cihampelas

Nasib lah papajib dan semua setuju nak terus pegi makan. Azuan & scha tak de hal. Yang papajib tu kemain beno shopping nya.. Kalau ikutkan dia nak terus ke Rumah Mode lepas tu baru makan.. huiiiiii tak dapek do.. perut ni dah lama pedih... Papajib tu perut dia lain sikit spesisnya.. makan sekali, boleh tahan berejam-rejam.. mekchu ni kena isi selalu, tapi sikit-sikit.. Sikit? ye la ambek la sikit..

Maka ke Restoran Sederhana (Nasi Padang) lah kami... kat sebelah Rumah Mode tu aje.. orang dok cakap nasi padang je kan, nak jugak la merasa...

Sampai je sini, wawa dan am tido... dapat lah mama dorang makan dengan bahagia...

 memang benar..... ngko belum pun cecah bontot 15 pinggan lauk dah terhidang depan korang... siap lengkap dengan dessert.. tak perlu kata apa-apa... kalo usik baru bayar.. pistol tu tidak termasuk dlm pakej. Itu menan abam mi yang ke-3 utk hari tu..

Dah la serba salah nak makan.. kena pulak bincang dulu nak usik yang ni ke idok.. kalau ada yang kata nak, baru lah berani usik.. hahahaha.. cari penyakit jugak makan cara ini.. kami usik dalam 4-5 pinggan aje.. lepas tu ayam goreng kami mintak tambah..

Abam mi dengan adam kemain lagi memuji kicap dia sedap.. hahaha dalam banyak2 lauk tu, kicap dia yang menjadi pojaan.. sampai naik flight balik makan nasi lemak abam mi masih bercakap pasal kicap dia.. hahaha.. kalo ada jual, nak jugak mama belikan..

teh botol ni lagend.. kena try walau pun rasa dia teh O kosong..

Alhamdulillah.. kenyang... ehhh mekchu tak bagi tau pun total harga makanan kat sana kan... ya, betul sebab bukan mekchu yang bayar makanya mekchu tak tahu harga.. tapi tak de la mahal sangat.. macam makanan nasi padang ni dalam RM50 je untuk 4 orang makan.. yang makan kat The Valley & Kampung Daun tu dalam seratus plus plus untuk 4 orang..

Perut dah kenyang, maka hati pun senang..

Bila korang keluar je dari restoran ni, siap sedialah dengan penjual2 FM, bag kecik, keychain ni semua akan mengerumuni korang.. dia akan follow sampai dah masuk dalam kereta.. sambil buat muka sedih.. tak boleh la tengok.. dah beli banyak kat Pasar Baru hari tu, tapi beli jugak FM kat situ.. Dah la sebeban FM nya..

Korang kalo tak nak beli, sila berkeras.. kami tak boleh.. part tu memang lemah sikit.. tak pe la, kawan2 jugak yang untung kan dapat FM :D

Kendian, repeat semula Rumah Mode.. kat sebelah restoran tu aje.. jangan jalan kaki tau.. kena naik kereta jugak.. merana kalo jalan kaki...

Wawa sambung tido tak bangun2 lagi.. Besyukur. Dan sekali lagi bersyukur bila abam mi kata tak nak ikut.. nak main dengan adam dalam kereta.. Aishah & azuan tak nak turun.. Kami ni aje yang nak pegi semula atas sebab frust hari sebelum tu tak dapat membeli.. barang dah survey, tinggal capai aje..

 wawa yang seakan memahami.. elok je tido sepanjang makan dan menyelesaikan misi di Rumah Mode..

 paling tak tahan part kalo bertangga.. kat sana tak stroller friendly.. pastikan tangan hasben korang betul2 pejal dan kental ok..

Kali ni kami hanya masuk ke store baju dia aje.. kedai henbag dan kasut tak pegi lagi dah..

Sampai je kat dalam, terus masing-masing berpecah.. nanti lagi setengah jam jumpa depan cashier.. itu tips untuk menjimatkan masa.. Tak perlu nak ngekor bontot masing-masing.. Belum sempat papajib habis cakap, mekchu dah hilang.. hahahaha dasar nak balas dendam sangat tu...

Target nak cari baju lengan panjang.. Maklum ler, stok baju dalam lemari kat rumah semuanya pendek nampak ketiak. Nak pakai dengan cargidan semua tebal2 macam nak pakai dalam salji.. Cari punya cari, tak banyak yang berkenan.. ada la selai dua.. Bila tunjuk dengan papajib dia geleng, terus letak semula..

Pas tu cari blouse biru semalam tu.. sekali dah habissss.. arghh tidakkkkkkkkk... kenapa? kenapa? kalo tau mekchu sorok kat tempat yang susah nak jumpa.. Dalam keterujaan memilih tu, hati tu risau dengan keadaan abam mi sebenarnya.. hati ibu ni kan memang sentiasa terkenang anak.. ntah meraung ke dia, melalak ke dia.. tapi setakat risau gitu aje la...

Kali ni sempat tawaf keliling.. sampai ke department budak.. maklum la keadaan tenang tanpa abam mi.. wawa pulak tido.. nak membeli tapi baru je beli sebakul pagi tadi.. buat syarat amek selai baju wawa.. hahahaha best betul jadi wawa...

Baju budak lebih kurang sama dengan Anakecil.. tengok harga, tapi tak pandai nak beza mana yang mahal, mana yang murah.. hahaha.. apsal la nilai duit dorang banyak sangat nombor kosong?

 ini benar-benar candid... kita punya lah shiok menebar baju sekali memang ada dengar ketik, ketik (bunyi camera).. tak de la heran mana.. sekali makin dekat pulak bunyi ketik ni.. angkat muka dan argghhhhh papajib jahattttttt.....

Rumah Mode ni banyak baju2 branded yang murah.. nak kata reject tak nampak pulak macam reject.. kalau pandai pilih, memang nampak macam beli kat butik.. Macam biasa, mana yang papajib kata tak cantik mekchu tolak tepi.. sebab papajib nak bayar, so kena lah akur cakap dia... hahahaha...

Tiba masa, berjumpa lah sepasang suami isteri di depan cashier.. dah capai kata sepakat, papajib pegi bayar dan mekchu tunggu kat luar.. Dalam tu padat. Hujung minggu memang ramai... Kalau nak selesa, pergi lah hari biasa..

Sementara tu tunggu kat luar.. Boleh tahan lama jugak menunggu.. ni macam bukan pegi bayar je.. tapi macam sambung shopping.. Bukan bleh percaya papajib tu.. hahahaha..

dari mula sampai lah selesai... sporting betul kamu ni dik... opsssss lupa nak bawak seluar dia.. cekci nampak pampers...

top dari baajookoo.. pantang retis jual, semua pun pompuan ni nak beli.. baju dia pelik tapi selesa..

masing-masing tersenyum keriangan... 

gambar gembira... 

dah jom kembali ke kereta... 

Ngam-ngam pukul 6 kami keluar dari situ.. Rumah Mode, kami pasti akan kembali...

Sampai je kereta abam mi elok aje... mama memang selalu bayangkan yang bukan-bukan.. Dia ada nangis kejap sebab boring adam tido.. nasib kejap je..

Tak terhenti setakat di situ.. Maklum la, hari last dapat shopping kan, kena setel kan semua jugak..

Azuan rekues nak pegi Paris Van Java.. waahhhh masa survey tak de pulak terbaca pasal tempat ni.. excited.. dah ala-ala Van Diesel je namanya.. konpem heibat..

Paris Van Java ni shopping complex yang sangat sangat besar.. dari hujung sana ke hujung sana besarnyaaaa (efek kepoci tunjuk hujung ke hujung). Bila tengok bangunan dia kusssssss semangat.. Ini kalau turun konpem jalan sambil seret kaki je ni.. Jadi mekchu & scha membiarkan suami2 je yang turun tengok apa yang menarik.. Kami tunggu dalam kereta aje sambil bergossip...

Sempat pesan ngan papajib soh amek gambar banyak2..




Mekchu kalo shopping complex ni kureng sikit.. sebab kat Malaysia pun banyak kan.. Harga dah tentu lebih kurang sama aje.. tapi kalau nak turun tengok tak de salah pon... At least bila orang tanya pasal Paris Van Java ngko boleh jawab. Tak pun ngko boleh kerek sebab dah pernah sampai sana.. hahaha isshhh mekchu ke yang cakap tu.. astagfirullah..

Suami-suami pun tak lama mana kat dalam tu.. dorang pun tak larat nak menapak kot.. Tak lama lepas tu papajib balik dengan membawa pritzel auntie annes.. Apa lagi, terus menerkam!! Ce kalo bawak balik baju, konpem tak sambut kepulangan sebegitu rupa.. Saat ni makanan lebih penting dari segala..

Haipppp... belum habis lagi.. Hari ke-3 memang banyak tempat yang kami pergi.. Pergi je semua.. Nak tunggu sampai Bandung lagi entah bila..

Last sekali kami ke Collector Parfume.. Ya, ini destinasi terakhir kami hari tu.. letih membaca? mekchu lagi lapan kali ganda letih menapak.. yang mengarang ni pun 8x2 lebih penat dari lain2.. korang kalo tak baca, siap la!! hingin haku nak share lagik....

Masa ni kan, rindu tilam bantal tok sah cakap la.. rindu dengan cewek tukang urut tu jugak..


Tak de pulak buat homework nak carik parfume bau apa.. bila sampai je sana, semua nama parfume dah tak ingat.. yang ingat bentuk botol aje.. Parfume kat rumah tu ada lagi.. tapi nak jugak ada parfume Bandung..

dapat pulak list parfume dengan nama gitu aje.. kalo ada gambar boleh gak agak2... gasak lah beli mana yang wangi... 

bukan kitorang punya semua tu.. besekali dengan kiriman kawan-kawan... 

Kalau sesiapa penggemar parfume, boleh la datang sini.. Bau dia boleh tahan lasting.. Boleh la nak pakai buat basahan... abam mi pun dapat 1 botol. Dia pilih sendiri bau apa ntah..

Lepas tu terus mintak pak supir hantar balik hotel.. homaiiiiii tak larat sangat dah... lembik....

Kalau dah penat, nak keluar makan pun tak selera.. papajib je tapaw makan malam tu.. sebab tu korang nampak entry makan hanya sekali dalam sehari.. sebab memang kami makan sekali sehari pun.. maksud makan yang betul2 makan tu...

hero yang merangkap banker kesayangan :)

Malam tu, lepas je budak2 tido kami pun projek.. Projek kemas barang weiiiii... mana nak sumbat barang2 yang beranak pinak ni.. Papajib siap minta tolong pak guard carik kan kotak kosong..

memang tak muat... kena tapaw dalam kotak jugak...

Tak tunjuk satu-satu sebab tak nak ada yang mengatakan mekchu ni nak menunjuk.. maka mekchu tunjuk bunjut2 bag tu aje..

Esok dah nak balik... alaaaaaaaaa :(

Nota Kaki :
1. Kena cuba makanan Padang.. ada beberapa tempat. Tapi kalau nak senang, pegi kat sebelah Rumah Mode tu.. Ingat tau, kalau usik baru bayar... Jangan pulak pegi marah orang tu sebab letak macam2 lauk yang tak order atas meja..

2. Rumah Mode (again) kena pergi.. Bagus kalau dapat pergi hari biasa sebab hujung minggu ramai..

3. Kalau setakat percutian 4 hari 3 malam, Paris Van Java tak perlu lah pergi.. shopping complex sama je macam kat sini..

4. Peminat minyak wangi, boleh la ke Collector Parfume.. Cakap je ngan pak supir tu, konpem dia tahu punya..

5. Tangkuban Perahu? ehh tak de pun gambar kat Tangkuban Perahu kan... hohohoho... memang kami tak plan nak ke sana walau pun itu adalah tempat wajib pergi kalau ke Bandung.. sebab? Sebabnya nak ke sana dah memakan masa 2-3 jam.. kali lah 2 untuk kembali semula.. dah habis 1 hari yang berharga.. Nak naik bukit dengan mengendong anak pun salah satu faktor yang perlu dititikberatkan.. Lagi pun misi kami ke Bandung untuk shopping.. maka hanya tempat2 shopping yang mekchu share dengan kawan2 kat sini... Mungkin kalau ada rezeki, next trip.. InsyaAllah..

Next entry last day.. oiii tak sabar nak abiskan pengembaraan...

by mekchuN (^_^)

Thursday, September 26, 2013

Bandung Day 3 (Part I) : Anakecil, Terminal Tas & Jln Cihampelas

Pagi tu kemain cargas bangun pagi dan bersiap.. maklum la, malam tu kan dah kena urut 1 badan.. terasa darah mengalir lancar je dalam badan ni..

Anak-anak pun bangun ceria dapat recharge battery.. Mak pak dia lagi lah bertambah ceria bila tengok anak2 ceria kan.. berdoa supaya mood anak2 baik sampai misi selesai.. hari ni last day nak shooping pun.. esok dah nak balik..


burppp... sy dah breakfast.. kena siap mkn kenyang2.. mama tu kalo dh shopping mmg tak ingat nak bagi sy makan... (^_^)

Kecibung wawa dah selesai b/fast.. hari ke-3 suapkan dia bubur nasi kat cafe aje.. mama tak masak sendiri lagi dah.. tak menjadi pulak bila masak guna slow cooker tu.. banyak sangat letak air kot..

Itu yang hari ke-3 decide bagi wawa makan bubur cafe aje.. Lepas tu aishah siap tapaw bubur untuk am dan untuk wawa sekali.. tak terpikir nak bawak termos kecik letak bubur tu.. ye la, asyik pikir nak shopping apa aje..

ehhhh bak sini candu saya.. candu saya ni tak boleh share.. saya tak boleh tido tanpa candu saya.. 

arrrrrrr abang adam skodeng saya....... dah sorang je gegirl.. kena la buli.. ada abang pun tolong pandang aje.. hahahaha.. kita doakan auntie aishah dapat gegirl boleh kawan dengan wawa nanti ok..

Destinasi kami yang pertama di hari ke-3 adalah Anakecil.. kepada mummies yang ada anak dari baby sampai berumur 7-8 tahun, WAJIB pergi!

wawa ketiduran selepas penat kena buli.. hahaha.. time tido wawa memang lintang pukang.. tapi mekchu suka sebab dia mesti tido bila sampai tempat shopping..

Factory outlet untuk baju budak kat Bandung ni memang banyak.. Tapi Anakecil adalah salah satu yang direkemen kan.. kalau ada masa nak survey, boleh lah gi survey.. Macam mekchu memang tak de masa nak survey2 ni..

Meroyan tengok baju-baju budak kat dalam tu.. yang paling geram bila tengok baju yang kecik2 tu.. ehh memang kecik betul size dia.. bila angkat confius ini untuk anak manusia atau anak kucing?.. sebab terlalu comel.. hohoho tak baik kan samakan anak dengan kucing oiiii...

Mula-mula mekchu masuk kat bhgn budak lelaki.. capai selai dua letak balik.. capai lagi letak balik.. ternyata hati tu dah mengenyam nak gi tengok baju gegirl.. let go aje tugas carik baju abam mi kat papajib.. mekchu carik wawa punya, papajib carik abam mi punya.. Jumpa kat cashier dan berbincang di situ.. yang ni ok tak? yang ni nak beli tak?

Begituuuuu.....

menggila tengok dress wawa.. tengok jumpsuit pun menggila jugak.. baju tidur pun sama.. masuk je semua dalam bakul.. nanti kita tapis..

Lama jugak masing-masing kat dalam tu.. maklumlah destinasi pertama dan masih bertenaga.. tambahan pulak memang menjadi kegemaran beli baju2 budak kannnnn...

Mekchu pilih design yang cantik2 aje.. yang macam susah jumpa kat Malaysia ni.. yang macam carik kat online pun tak de macam tu.. lepas tu pilih harga yang bawah dari rp100,000. Makna dia bawah dari RM30 la.. cehhhh terror dah culculate kan.. Hahaha.. Yang atas dari tu, mekchu letak balik..

habis je membeli, bangun lah si kecik ni.. timing baik la dik.. 

satu bakul tu aje yang melepasi tapisan keselamatan.. hahahaha.. kalo ikut nafsu semua pun nak beli kan.. 

robot hitam tu menan pertama abam mi di hari ke-3.. 

rest kejap.. ibu-ibu melepaskan lelah lenguh ketiak tebar dan pilih baju.. hahahaha.. 

Dekat 2 jam jugak kot.. ke tak sampai? ke lebih dari tu? ntah tak toleh jam langsung...

Memang mula2 plan tak nak bawak banyak baju budak2 dari rumah.. konon nak beli dari sana aje.. tapi tak berani la nak amek risiko.. bawak je secukupnya.. bukan besar sangat portion baju budak kalo sumbat dalam bag tu.. Kami tak berani lagi buat macam tu.. Tapi kalau nak beli yang baru, tinggalkan satu bag terus! hahahaha.. Ngeri pulak bila teringat dulu pegi holiday tapi tak bawak bag baju! Denggggg... Menangis nak kena beli baju luar dalam..

Setel di Anakecil, setel hilangkan lenguh ketiak kami terus ke Terminal Tas, Bags & Shoes. Kat belah mana tatau. Ni minta pak supir yang bawakkan. Sebab tak jumpa lagi henbag dan wallet pojaan hati..


Bag, kasut memang melambak.. pun masih tak mampu mencengkam hati.. Orang lelaki biasa lah, mesti pelik.. Banyak2 bag macam ni pun tak de yang berkenannnn? Mekchu kalo part henbag ni memang cerewet sikit.. Just beli wallet nenek labu je kat sini.. Wallet mekchu pun dah koyak rabak. Tapi tak pe la, masih boleh pakai lagi..

Elok je keluar dari Terminal Tas ni, tengok2 papajib dah menghilangkan diri.. kat luar2 tu ada banyak kedai bundle.. kesukaan dia la tu.. lama jugak menunggu dalam keta.. nasib ekon pak supir ni power..

 sambil tu aishah keluarkan bubur yang tapaw kat hotel pagi tu dan suapkan kat 2-2 budak tecik ni.. dah macam mak tiri suapkan anak dah.. hahaha.. thanks scha.. bebas dari kelaparan wawa hari tu.. 

 saya yang dah kenyang... 

Setengah jam lepas tu muncul papajib tersengih-sengih.. rupanya dia dah selamat berjalan-jalan kat area situ.. Lepas tu paksa mekchu & scha jalan2 jugak.. apa lagi, cargas lah kami keluar tinggalkan mereka dan anak2..

jumpa satu blouse yang sangat cantik kat dalam Passion ni.. tak sabar pulak nak pakai.. tapi kena lining dulu kat bhgn lengan sebab design berlobang-lobang nampak ketiak.. nanti dah pakai mekchu tayang.. 

Ada banyak lagi factory outlet kat sebelah2 tu. Tapi kami tak masuk pun.. Papajib rekemen sini, maka kami masuk sini aje lah.. Passion ni kalau tak pegi pun tak pe.. Sebab dah alang-alang pak supir bawak ke Terminal Tas, itu yang masuk sini..

Destinasi seterusnya adalah Jalan Cihampelas.. Destinasi semua tu dekat2 aje.. cuma jalan yang penuh kenderaan so jadi macam lama sikit.. Paling lama pun dalam 30 minit je pon..

kemain happy abam mi sampai sini.. sebab dia nampak superhero dia tergantung kat atas tu.. 

ini adalah gambar kami yang paling ok sepajang kat sana.. selebihnya abam mi buat perangai atau pun wawa tido.. 

Jalan Cihampelas ni banyak jual pakaian dari charactor marvel macam spiderman, superman, ironman. hulk. Dragon ball pun ada.. ohh goku (love). Dia deretan kedai sepanjang jalan tu.. Ada kedai yang ada ekon dan ada yang pakai kipas sajork.. Maka bertahan lah...

Malam sebelum tu kami lalu kat sini.. tengok macam heppening je kan.. Bila pergi indah khabar dari rupa.. tak menarik sangat sebenarnya.. Tapi papajib ada misi penting dia kat sini..

nak carik clutch bag.. kawan-kawan kirim katanyaaaa...

Kemain sangat ia... Rupanya macam2 dia dah target nak beli.. Mekchu je yang melopong2 tak de arah tujuan.. patut lah beria bawak family pegi Bandung..

Mekchu tak kuasa nak follow.. masuk 1 kedai aje lepas tu terus tunggu dalam kereta jaga budak-budak.. Kat situ boleh tahan panas.. tak bleh bawak stroller lak tu sebab banyak tangga.. Mungkin kalau pergi waktu malam best kot.. tak panas dan boleh mengawal anak2 dalam keadaan tenang..

Lama oii papajib ni shopping.. Boleh tahan laki aku ni sesekali kalau dapat lepas berhopping.. mekchu tak beli apa pun kat sini.. mungkin sebab perut dah lapar, maka nafsu membeli tu terpadam sementara..

Lebih setengah jam jugak lepak dalam kereta.. Tak selesai shopping lagi.. Nak pegi join dia takut pulak nak lintas jalan tu.. kereta berhimpit2.. kecut2 perut ni tengok kereta lalu sejengkal je dengan kereta sebelah..

Bila nampak je bayang papajib, terus merayu kat dia soh bawak pegi makan....

"papa, dah sudah ke? nak pergi mana pulak lepas ni? Kita pergi makan yeeee..pleaseeeeee?"
 Selalu kan, Dia tanya. Dia jawab semula... 

* bersambung

UPDATE (mak lupa nak tinggalkan nota kaki)

Nota Kaki :
1. Kepada yang target nak menambah koleksi baju anak, Anakecil adalah sangat direkemenkan.. Fasiliti kat sana tip top.. Toilet bersih, tempat duduk banyak, playground budak pun ada kat situ.. pegi! jangan tak pegi!

2. Terminal Tas tu tak payah pergi lah.. bag banyak stok design lama.. banyak yang dah berhabuk tak terjaga sebab dah bag terlalu banyak sangat kot. Tapi kalo nak carik bag untuk buat basahan boleh la try ke sana.

3. Kalau nak pegi Jalan Cihempalas, sila pergi waktu malam. Waktu siang tidak disarankan sebab tak berapa selesa. Kalau malam lebih happening.



by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...