@churalliya

Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Ketagihan

Kami ketagihan dengan minuman ini...

nescafe shake with ice cream

Kedai mapley kat bawah opis ni memang tempat lepak kegemaran papajib.. Regular customer sangat siang malam pagi petang kat situ... Sampai tahap papajib belum duduk lagi teh tarik dah ada atas meja.. gituuuuu...

Sekarang dah jadi port binik dia jugak sejak dah ada menu air baru nih...

"mama tak kisah kalau papa ajak mama minum kat sarip petang ni... mama ok aje..."
"tak nak laa.. papa tak sihat"

Tak pe, kalau papa tak sihat, mama dah ada geng baru lepak sarip...

geng pakai shawl.. kak jeng dan kak piah... kikiki

Sekarang petang2 lepas keje kalau teragak nak mengeshake, maka mekchu akan roger kawan2 yang sama mengalami masalah ketagihan tersebut...



Bukan sekali. Tetapi banyak kali :)

nampak lelehan dia tu?

gambar kak jeng.. dia kan memang hebat mengedit... 

Rasa dia? mabelessssss.... Pernah order kat mapley lain tapi tak sesedap sarip ni punya...

Orang seremban, kalau nak rasa sila ke Restoran Shariffdeen (sarip) sana.. Kat depan perodua bawah Wisma Negeri sana tu... nanti bagi tau korang repeat ke idok... hahaha..

Dan kalau pergi, jangan lupa mintak nescafe shake letak ice cream tau...


Sekarang dah up... no more menge-teh, tapi menge-shake.. hahahaha..


by mekchuN (^_^)

Friday, January 10, 2014

Di kala orang lain dah ber #pandora

Mekchu masih setia dengan 916.. nak menangis ke nak suka pun tatau..

Papajib ada hint nak belanja bini dia spa lepas berhempas pulas jaga wawa seminggu kat ward dulu.. Dengan terpaksa amek cuti separuh gaji lagi kan... Pikir2 balik dari belanja spa lebih baik belanja benda yang boleh jadi kenangan.. Kalau spa sejam dua aje shiok, masuk jam seterusnya dah mula sakit2 badan balik kan...

Apa kata pujuk papajib kata nak gelang baru... ohsem sangat dari belanja spa terus dapat gelang kan..

Mekchu nak #pandora.. NAK NAK NAK...

"Pandora tu apa?"
"Jap mama wassap gambar.."

Nak eksplen pasal #pandora mcm susah pulak kan.. Wassap gambar aje.. Dia tak tanya lebih2 pulak. Setuju letew nak belikan bini #pandora...

Hari tu ada pegi alamanda tunjuk la kedai #pandora kat papajib.. Sikit pun dia tak nak masuk.. Selangkah pun tak nak... sanggup tunggu luar je.. Punya lah kan.. dalam hati dah tau dia mesti tak suka..

"Dari beli gelang ni lebih baik beli emas.."

Hapeee? bukan mekchu yang cakap.. papajib yang cakap gitu.. Kecik kedai #pandora, kedai habib mekchu tadahkan... Dah orang nak belanja kan, kita kena lah ikut..

Dan ini lah hasilnya...

oro italian design.. ku rela korbankan #pandora 

Kawan-kawan rekues share harga dan close up gambar.. harga tak perlu lah ye... Close up gambar aje kat sini..

suka sangat design ni sbb ia macam ada spring toing toing tak sakit tangan.. nak dukung wawa pun tak de masalah.. kunci dia pun besar, yakin sikit nak pakai hari2..

Dan sempat add on cincin ni..


Ini macam berbaloi-baloi.. hikhikhik... Sesuai untuk perempuan kurus yang ganas yang pemalas bukak pakai bukak pakai macam mekchu ni..

Terima kasih papajib jib jib... Berbaloi tau tahun ni mandikan bini papa ni dengan emas berlian.. Dia nak kena bangun memasak pagi2.. hahahaha alasan tak bleh blah...

Tapi #pandora tu tetap nak merasa jugak.. Bulan depan dapat duit kutu.. lalalalala..

#pandora kak jeng.. cantik kan.. dah la tangan dia putih melepak pakai pulak pink2 gini aduhai merenyuk kolar baju je la jawabnyaa... 

Tapi tak mustahil mekchu dah ada depan kedai #pandora (sambil duit kutu dalam wallet) lepas tu dia melencong pegi beli kasut.. Macam perlu ke nak beli #pandora ni? Pakai ke nanti?

Ia bukan lah satu keperluan, tetapi ia adalah kepuasan.. (amboi kemain ayat penutup dia..)


by mekchuN (^_^)

Tuesday, September 24, 2013

Awek SPM dan abang angkatnya

Hari ni cobaan pakai bawal berlayer... terus declare macam muka budak 17 tahun nak amek paper last SPM hari ni.. tapi ismyda cakap macam budak nak pegi mengaji.. hermmm...

ini lah awek tu..

Petang tu dia dapat wassap dari abang angkat dia..


Kahkahkah...

Ooooo dah upgrade.. Dulu tayang sikat coklat.. sekarang tayang buku ASB ye bang...


by mekchuN (^_^)

Friday, September 20, 2013

Lalalalala


It's Friday evening...

Lalalalala...

Happy weekend uols.. LOVE.

by mekchuN (^_^)

Friday, August 23, 2013

Masalah dan penyelesaian

Masalah :


Dan penyelesaian :


Watch Storage Box 10 slot RM75 beli kat MyDeal..

Lega bijik mata bila semua dah well organize.. 10 slot tak cukup sebab jam abam mi je dah 5 slot.. pas tu cadang nak tambah baby-G lagi.. seronok pulak pakai baby-G pegi opis.. kalau ternampak lagi yang ada jual storage box ni sila maklumkan kepada mekchu ok..


by mekchuN (^_^)

Monday, June 3, 2013

Jangan Malas

Bila dah 2-3 hari membawa kepada 4 hari tak update blog rasa seronok pulak.. tapi uols pun tawu kan blog ni umpama menu yang berasaskan nasi kepada mekchu..

Sehari dua tak dapat nasi boleh tahan lagi.. cuba kalau 3-4 hari tak makan nasi.. mau gigil satu badan.. haa sama lah kalau 3-4 hari tak update blog.. ni tengah gigil la ni..

Nak cerita apa pun dah tatau.. hahaha... nampak sangat janji update kan...

ada budak mandi pukul 11.30pagi akibat mama dia dah gila pada #candycrushsaga.. 

Selalu update blog time lunch kat opis.. sekarang time lunch belasah main #candycrushsaga.. haaa rasakan!!!

Kitew dah level namploh.. korang?


by mekchuN (^_^)

Wednesday, May 29, 2013

Candy Crush Saga.. Sungguh kuat pengaruh kamu!

Selama ni mekchu akan membebel sendiri setiap kali ada orang cuba invite untuk play game berhantu ini..

Dan sekarang tidak lagi.. Sebaliknya, please please bagi saya nyawa... hahaha

tu la dia.. sudah terjebak... sampai level 14 terus habis nyawa.. 

Mekchu ada ramai pakar rujuk kat opis.. maka perjalanan menjadi semakin mudah..

Beberapa jam selepas...

ku sudah di level 17 sambil mengharapkan lebih ramai kawan yang memberikan nyawa..

Ingat candy crush, tolong ingat nak bagi nyawa pada mekchu ok..

Maafkan mama, wawa (@_@)


by mekchuN (^_^)

Thursday, April 18, 2013

Kalau lah make up semudah #perfect365

Bila mama dah ada anak dara...


Dan mama dia pun haruslah nak mencuba jugak..


Kemain bulu mata ia.. Paling suka sebab boleh mancungkan hidung :D

Dah, jangan terpedaya... kalau nak jugak pegi install app perferct365 sekarang..

Selamat berbulu mata lentik uols..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, January 23, 2013

Ini bukan puting biasa

Lima minit jugak nak buat tajuk sebab konfius puting atau puting bersama N di tengah.. hahaha.. sekarang ni semua pun nak isu khennnnn...

Kawan-kawan FB dan IG dah pernah tengok gambar ni :D


Kikikiki.. comel kan mereka terutama baby paling tua tu..

Itu sebenarnya bukan puting biasa.. tapi adalah gula-gula..


perisa strawberry lagik... 

Papa-jib beli masa outstation kat Melaka hari tu.. 

Dan gambar ni korang tak pernah tengok kat mana-mana pon.. 


Hahahaha.. lepas amek gambar terus rasa pening kepala sebab paksa buntangkan mata.. Siapa kata letak gambar bajet comel je kat blog?

Amacam? agak-agak mengigau tak malam ni? hahahaha...


by mekchuN (^_^)

Friday, October 12, 2012

Sekadar berkongsi kejayaan seorang rakan..

Sangat bangga dengan kejayaan seorang rakan yang sama-sama belajar masa kat UUM dulu.. Kalau sebut Matase Sutera korang konpem kenal dengan owner dia yang comey lotey ni hah...

Very proud of you my dear fren Tinie Mainy..




Tapi dia tak de pulak ceritakan bisness Matase Sutera di situ.. mmg fokus pada bisness minyak masak dan batu bata.. Dan bertambah best bila mekchu sendiri dah pernah lawat kilang dia tahun lepas.. 

Semoga pembakar semangat kepada rakan-rakan lain yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan.. Amin...


Tuesday, September 11, 2012

Kalau salah naik lagi RM500


Dulu sebelah tangan je mendail.. sekarang duit dah semakin banyak, terus kiri kanan mendail..

Apa tidaknya, dah teka bunyi kat radio Era tu dah cecah rm27K noks.. kalau salah, naik rm500 terus.. siapa yang tak bling bling bling bijik mata nak mencuba kan.. masih bunyi yang sama.. dan masih tak de orang yang meneka bunyi yang kami nak teka tu..

Mekchu suka mencuba.. sebab kalau tak cuba kita tak tahu kan..

Kalo dapat lah kan, nak beli apa erk? kereta? mungkin tidak.. kami nak beli tanah :D


Thursday, August 2, 2012

Gila menjahit pulak sekarang

Semalam. Lepas keje papa-jit balik Labu amek mi-cah sebab nak berbuka puasa kat luar.. Bleh lak mi-cah tido petang tu.. So, agak mengambil masa jugak nak siapkan dia dan nak sampai Seremban semula..

Dah congak masa. Masa tu jam 5.30 ptg.. Bulan puasa semua pakat balik awal..

Ini kalo tunggu kat opis, mau nya keras sorang diri.. Dapat idea nak mencari 'sesuatu' di bandar sana.. Cepat je dapat idea minta tumpang opismate terus ke depan kedai.. thanks salmi..

Dan tersenyum lebar bila dapat apa yang dihajati..

Mekchu nak menjahit.. hahahaha... memasak pun tak seberapa, nak menjahit pulak dia kan.. Tak keruan ni sebab baju raya tak de yang bling-bling.. Nak tempah kat lieza pun dah lambat sangat.. tak raya pulak bini boss tu nanti..

So, decide nak tambahkan bunga-bunga chenta je kasik baju nampak berseri.. nak bermanik memang surrender..

Siap membeli 10 minit je pon.. Ada lagi sejam lebih kurang nak tunggu hero2 tu sampai.. 

keadaan ibu mengandung yang menggunakan masa yang ada sebaik mungkin.. kat kedai bunga pun jadik..

Nampak ada kerusi kat kedai tu.. terus mintak izin nak duduk situ sambil tangan laju je keluarkan alatan menjahit.. jangan terpedaya. benang, jarum, gunting semua tu sebenarnya memang baru je beli kat situ..

Dapat lah siapkan 3 kuntum bunga sementara tunggu papa-jit sampai.. mana nak chaikkkk? (mana nak carik?)

Ehh, kata baju kaler cekelat kan tahun ni.. tiba2 dah tukar hot pink... Baju cekelat tu dah start jahit jugak, tapi separuh jalan.. belum siap yang itu dah start dengan baju pink pulak..

Hadoiiiii.... biarkan dia sementara tengah bersemangat tu..


Thursday, July 12, 2012

Semangat nak menang 17K

Kami (laki-bini) memang peminat setia JOHARA pagi di Era.. memang menceriakan pagi kami.. kadang2 tergelak sampai meleleh air mata.. sengal btol dorang tu.. paling suka of kos lah watak mak jemah.. konpem terkekek gelak.. Siapa yang cantik, siapa yang manissssss? haa jawab..

Sekarang teka bunyi dah sampai 17K.. masih tiada yang dapat teka bunyi tu.. tapi kami tahuuuu bunyi apa (agaknya lah) sebab belum ada orang yang teka bunyi tu lagik..

Dan tetiap pagi dengar je isyarat memanggil, terus laju dail.. tak pernah nya dapat.. hukk alohhh.. tapi semalam dapat ringing tapi tak de orang angkat lah pulek..

Line busy memanjang.. bila dapat ringing tu cemas pulak tiba2.. 

Aisehmen, kenapa pulak mekchu harus share peluang ni ngan korang kan.. habis lah makin ramai pencabar macam ni.. ngeh ngeh ngeh... pencabar nak dapatkan ammar #devajudikinabalu dah kurang, pencabar teka bunyi pulak yang bertambah :D

Mana nak chaikkk (mana nak carik) duit banyak macam nih weiiii!!

Monday, March 12, 2012

Jumpa Hero Malaya

Sabtu lepas. Di KLIA.

Keluar dari toilet, papa-jit ajak lepak kat KFC. Katanya kat sana ada playground. Elok sangat lah tu.. Sebelum mi-cah meragam, elok sangat lah seronok kan diri dia dulu..

Tak sempat sampai KFC pun.. suku jalan je kot, ternampak orang tengah shooting.. shooting bikin pilem, bukan shooting orang menembak tau.. selalu pandang sebelah mata je lah kan.. tengok2 retis mana sudah lah kot.. sekali... sekali ngkoooooooo.... sekaliiiiiiii abang aaron ajis tuuuuu.. OMGucci!!!!

Terus betulkan tudung yang memang senget sejak sampai KLIA.. hahahaha over sangat..

ada norman hakim dengan sorang pompuan tu.. mekchu suspek dia jadi watak penggoda..

Glowing sangat muka abg aaron.. masa tu dorang tengah menghadap lampu.. wallaweeiiiiii memang terserlah.... sangat osem...

Terus kaki melekat kat situ.. tak tahu nak keluarkan camera ke henfon.. sempat fikir, kalo camera memang senang nak snap, tapi tak boleh upload facebook.. hahahaa... suruh papa-jit tunggu, tapi dia malas nak layan..

Nasiblah ramai anak buah kat sana.. tolong cover.. hahahaha.. habis je main suluh-suluh muka terus aaron lesap.. tinggal norman aje kat situ.. alaaaaa, aii nak aaron jugak.. tak pe, sanggup tunggu aaron.. suspek dia gi smooking.. asyik suspek je lah ko mekchu..

family abang dengan norman.. mekchu tak nak amek gambar dgn norman.. berlagak sungguh.. dia bawak anak sulung dia (baju hitam)

Sambung tunggu aaron.. masa tu lupa suami dan anak.. tak lama lepas tu akak ipar jerit dah suruh siap sedia.. dia nak pegi tahan aaron.. pergghh dia memang terrrbaek.. masa tu kami je, orang lain tak dapat pun bergambar ngan aaron..

Dan hasilnya...
 Korang nampak ke mekchu? 

Lepas tu menyesal kenapa tak bergambar berdua.. alahaiiii rugi tersangat rugiiiiii... tapi tak pe, dapat salam dengan abg aaron ajis pun dah cukup buat mekchu gumbira.. siap lompat-lompat tu.. hahahaha terlupa diri sedang mengandung...


Lepas tu senyummmmmm memanjang.. berkat dapat salam, mekchu tak muntah pun sampai ke malam :D

Lepas tu baru teringatkan suami dan anak.. rupanya dorang tengah layan kepala kat Anjung Tinjau... terus dapatkan mereka sambil kerek tunjuk gambar dengan papa-jit.. dia siiikiiiiit pun tak heran.. hahahaha...

terus check tweeter @Aaron535Aziz dan nampak dia ada share gambar.. harus terus reply tweeter dia kata nak fly sama-sama.. hahaha..

Rasanya kalo retis lain tak de lah meroyan sampai macam ni.. tapi hero malaya yang sorang ni, hilang kawalan emosi jadinya.. saya vote abg aaron jadi retis paling fofular tahun 2011 :D

Ehhh.. apa kitorang buat kat KLIA akan bersambung kemudian...

Wednesday, February 8, 2012

Anda wanita berumur 30 tahun ke atas? Haaaaaaa baca nih..

Kes Pertama
Pakar penyelidik kecantikan berpendapat wanita berusia akhir 20-an dan awal 30-an berada di garis puncak kesempurnaan dan lebih menawan berbanding gadis berusia 18 atau 19 tahun.

Hasil tinjauan pendapat 2,000 lelaki dan wanita, baru-baru ini mendapati kecantikan seseorang itu ditafsir berdasarkan kepada personaliti dan penampilannya. Saintis juga pernah berkata kecantikan itu sebenarnya bergantung kepada mata yang melihat.

Antara selebriti yang berusia 31 tahun dan dianggap berada di garis puncak kesempurnaan termasuklah pengacara TV, Christine Bleakley dan pengadil program Strictly Come Dancing iaitu Alesha Dixon serta Danielle Lineker.

Kebanyakan wanita British yang mencecah usia 30 tahun sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Lebih ramai berpendapat wanita mencapai kecantikan sempurna pada usia 31 tahun.
70 peratus responden mentafsirkan seseorang itu cantik apabila dia berkeyakinan, 67 peratus pula mengatakan kecantikan itu mempunyai wajah yang menawan sementara 47 peratus mentafsir kecantikan dengan tampil bergaya. - Agensi

*****

Kes Kedua

LOS ANGELES: Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai ‘99 Wanita Paling Diingini’ selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini. 

Malah, ketika pelakon Modern Family itu yang berusia 39 tahun terpilih, pelakon terkenal seperti Jennifer Aniston dan Angelina Jolie yang lebih muda dan glamor tidak langsung masuk dalam senarai itu.
Vergara menduduki tempat ke-3 senarai berkenaan tahun lalu. Malah, pemenang tahun lalu, Blake Lively berada di tempat ke-31 kali ini.

Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10).

Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: “Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya.”

Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12). 


Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012.

Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu.

Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar.

Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14. – Agensi 


*****

Kita memang bukanlah secantik Alesha Dixon atau Danielle Lineker atau Sofea Vergara, tapi sekurang-kurangnya sudah terbukti bahawa di Eropah sana wanita berumur di atas 30 tahun adalah semakin mantappppp...

Tak mustahil kita pun boleh menjadi sihat, cantik dan mantap macam dorang jugak.. kannnn... ye faham, dorang banyak duit.. semua pun boleh kelihatan cantik.. kita cantik kan lah diri kita dari dalam.. boleh jugak kan.. (ayat tak nak kalah)

Sebagai kata-kata semangat pada kaum wanita yang serik melakukan kerja rumah dalam pada masa yang sama bekerja juga..

So, let's chill  \(^o^)/

(kalau ada jumpa artikel berkaitan pasal ni, sila sambung menjadi kes ketiga, keempat dan seterusnya)

Saturday, February 4, 2012

Seremban di landa banjir kilat

Khamis lepas hujan lebat kemain.. time tu mekchu sedar hujan.. sedar jugak bunyi petir berdentum.. tp sesungguhnya tido sambil tarik selimut lagik best.. boss pernah kata, kalau mc buat cara mc..

Tiba2 tengok kat fb ramai pulak yang share gambar/video pasal seremban di landa banjir kilat.. sejak 32 tahun ni rasanya tak pernah alami atau dengar.. hahaha ok mungkin angka tu tipu.. tapi memang jarang lah dengar seremban sebuah bandar yang relek-relek ni dilanda banjir kilat kan..

Pada mekchu dah cukup teruk dah tu..

 
Maaf lah ye mekchu curik gmbar kat fb.. maklumlah, orang mc mana dapat peluang nak amek gambar detik2 macam ni kan..

Kat atas tu memang gambar ditengah-tengah bandar seremban.. orang seremban harus familiar dengan tempat tu..

Yang kat bawah ni pulak kat stesen komuter.. tak pasti itu laluan keretapi atau laluan air :)


 

Yang pasti, staff Jabatan Pengairan Dan Saliran akan ada misi penting untuk tahun 2012 nih.. konpem kena sediakan macam2 paper untuk menjawab!!

Haaaa... jawab!!!! jawab!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...