@churalliya

Showing posts with label Maternity Support Belt. Show all posts
Showing posts with label Maternity Support Belt. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Anda masih boleh dapatkan Maternity Support Belt

Walau pun dalam pantang, Maternity Support Belt masih boleh di dapati dengan 3 langkah mudah..

1. Sila E-mel saya di churalliya@gmail.com atau facebook https://www.facebook.com/suraya.mazni. Nyatakan size anda. M dari 80cm - 100cm dan L dari 90cm - 115 cm.. Jangan risau sebab belt tu jenis lekat2 tu.. so boleh adjust ikut kebesaran perut kita..

2. Nanti saya akan reply beserta no akaun supplier. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB atau Maybank sahaja. Harga belt adalah RM199.90 dan tidak termasuk postage.. Sila tambah RM7 untuk semenanjung dan RM10 untuk Sabah dan Sarawak.

3. Sila maklumkan semula setelah pembayaran dibuat.. Nyatakan sekali alamat dan no. telefon bagi tujuan penghantaran. Saya akan terus memaklumkan kepada supplier dan penghantaran akan dilakukan secepat mungkin.

Terima kasih kepada yang telah mencuba :)


Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung 
http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt 
http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Ibu mengandung juga berhak untuk kelihatan cantik dan berseri

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Wednesday, October 3, 2012

Ibu mengandung juga berhak untuk kelihatan cantik dan berseri

Isu Maternity Support Belt bulan September lepas di dalam majalah Pa&Ma.. ye, agak terlewatkan untuk up kan entry ni.. tetapi kawan-kawan masih boleh je dapatkan info-info penting tu di sini..


Terus selak muka surat 32...
sila klik untuk membaca dengan lebih selesa.. ada banyak sangat info kat situ.. 

Untuk makluman kawan-kawan, belt yang mekchu dok gebang-gebang sebelum ni adalah dari supplier yang sama dengan apa yang tertera di situ ~ AppleRed Healthcare Services


Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah mencuba Maternity Support Belt ini.. moga dapat membantu kita 'membawa perut' yang makin lama makin besar itu.. 

Kepada kawan-kawan lain yang masih berkira-kira dan bercadang untuk mencuba, boleh emel mekchu di churalliya@gmail.com atau kat facebook pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni. Nanti mekchu akan guide bagaimana pembelian boleh dilakukan.. Harga bagi setiap satu masih lagi RM199.90 (tidak termasuk pos)


Mekchu sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu bakal ibu di luar sana.. Boleh baca kembali entry-entry lepas di sini..

Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Tuesday, September 18, 2012

Maternity Support Belt yang banyak membantu

Nak buat pengakuan kat sini.. Mari dekat, mari rapat..

Bila kandungan dah cecah 30 minggu dan ke atas ni kan, memang terasa berat sangat-sangat berat nak bawak perut kan.. terasa tulang belakang dah melengkung ke dalam sampai kalo letak rim 17 inci pun muat.. hahahaha.. bila jalan pulak perut yang ke depan 3 inci, baru lah badan menyusul kemudian..

Haish... tapi tak baik mengeluh kan.. bukan kah pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang paling best yang perlu diingat oleh setiap bakal ibu?

Bila dah sakit2 belakang dan sakit2 di bahagian bawah (mekchu memang tiada masalah sakit bawah sebelum ni.. tapi dah katanya mengandung, perempuan yg sihat macam mana pun memang akan mengalami ketidakselesaan di bahagian bawah.. apatah lagi kalau memang ada masalah uri di bawah tu kan..tak dapat bayangkan dia punya double tripple sakit tu), terus pakai Maternity Support Belt yang memang dah jadi kawan baik sejak kandungan berumur 6 bulan hari tu..

Bila pakai, terasa ringan sangat nak bawak perut..


Ini masa 32 minggu.. memang kena pakai Maternity Support Belt terutama kalau perlukan perjalanan yang jauh yang kena duduk lama dalam kereta.. masa ni nak pegi open house raya hari tu.. berderet2 open house nya.. jadi, siap2 pakai perisai agar tak mengganggu keseronokan makan-makan :D

Mekchu sekadar berkongsi pengalaman dan ingin membantu bakal ibu di luar sana..

Jadikan lah Maternity Support Belt sebagai kawan baik sewaktu mengandung http://churalliya.blogspot.com/2012/07/jadikan-maternity-support-belt-sebagai.html

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt http://churalliya.blogspot.com/2012/07/pengalaman-sendiri-ketika-memakai.html

Tutorial memakai Maternity Support Belt
http://churalliya.blogspot.com/2012/08/tutorial-memakai-maternity-support-belt.html

Copy paste dari entry lepas...

Pasaran Maternity Support Belt ini masih baru di Malaysia. Oleh kerana itu, harga masih rendah iaitu hanya RM199.90 sahaja. Memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G tetapi tak semuanya mempunyai stok. Kalau ada pun mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih tinggi daripada itu. Di antara distributor yang ada adalah AppleRED Healthcare Services.

Disarankan kepada ibu yang kandungannya mencecah 6 bulan ke atas kerana waktu itu sudah mula terasa pertambahan berat yang ketara kan..

Jika berminat, boleh e-mel saya terus di churalliya@gmail.com atau kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Monday, August 13, 2012

Tutorial memakai Maternity Support Belt

Ada banyak bentuk Maternity Support Belt yang terdapat di pasaran. Secara asasnya terdiri daripada 3 item yang utama iaitu Abdominal Lift, Belt dan Top Strap. Kalau beli Maternity Support Belt yang mekchu pakai tu, korang memang akan dapat 3 item ini..

Abdominal Lift

Belt

Top Strap

CARA MEMAKAI (dipakai terus pada kulit)

 1. Abdominal Lift di pakai mengelilingi pinggang dan terletak dibahagian bawah rahim kita tu.. tempat yang kita rasakan paling berat nak bawa.. Di sini lah pentingnya bagi wanita yang mengalami uri di bahagian bawah. Abdominal Lift sangat bagus untuk membantu meringankan rasa sakit ketika bergerak.

2. Belt ini pula dipakai di atas Abdominal Lift tadi. Ia sangat penting untuk menyokong bahagian belakang badan kita yang membawa 'muatan' berat. Memang sangat membantu ketika kita duduk dalam tempoh yang lama. Saya pakai belt ini ke atas sedikit mengikut kesesuaian. 

Sewaktu nak pakai belt ni, dicadangkan supaya bengkok kan sedikit lutut untuk mendapatkan pemakaian yang lebih selesa.


3. Bila dah dapat sokongan di bahagian bawah, bahagian atas juga perlukan sokongan. Top Straps ini berfungsi untuk menyokong perut supaya lebih selesa. Mungkin sesetengah produk lain yang tidak didatangkan sekali dengan Top Strapes ini.. 

Pasaran Maternity Support Belt ini masih baru di Malaysia. Oleh kerana itu, harga masih rendah iaitu hanya RM199.90 sahaja. Memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G tetapi tak semuanya mempunyai stok. Kalau ada pun mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih tinggi daripada itu. Di antara distributor yang ada adalah AppleRED Healthcare Services.

Disarankan kepada ibu yang kandungannya mencecah 6 bulan ke atas kerana waktu itu sudah mula terasa pertambahan berat yang ketara kan..

Jika berminat, boleh e-mel saya terus di churalliya@gmail.com atau kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

Thursday, July 26, 2012

Pengalaman sendiri ketika memakai Maternity Support Belt

Dah janji kan nak buat testimonial..

Baiklah, baru-baru ni mekchu ada buat entry pasal mari mengenali kawan baik mekchu ketika mengandung iaitu Maternity Support Belt. So, kali ni nak dedahkan pulak pengalaman sendiri bila dah pakai 'kawan baik' ni..

Tak perlu nak bangun awal 10 atau 20 minit semata-mata nak pakai 'kawan baik' ni.. Sambil2 panas enjin keta pun sempat pakai kot.. korang mekap lagi lama taw..


Bila dah masuk 6 bulan ni, berat betul nak bawak perut bila berjalan.. itu belum masuk 3rd trimester.. kalau lah perut ni boleh bukak dan pasang :D

Baru-baru ni ada sesi Executive Talk kat bawah opis ni.. dengar je 'talk' dah agak mesti lama punya kena duduk kan.. kalo dah duduk lama tu konpem lah sakit pinggang.. mekchu dah ambil langkah bijak.. hari tu datang keje dengan berbekalkan 'kawan baik' :) siiiikiiiit pun tak heran orang tu nak bagi talk berapa lama pun.. tiba2 je 'ehhh dah habis?'.. walhal ada la dekat 3 jam kot duduk dalam tu.. apa ada hal, pinggang mekchu telah dilindungi... ngeeee ^_^

Lepas tu tak de rasa trauma rasa nak wiwi selalu.. risau jugak kalau kena keluar masuk asyik nak wiwi kan..dah lah duduk bahagian tengah kategori hadapannlah jugak.. kalo nak keluar boleh mengganggu perasaan orang lain kot.. asyik pandang ngkooo je keluar masuk pegi toilet.. tapi sepanjang 3 jam tu tak de rasa langsung perasaan nak wiwi.. hebat hebat...

ce carik mekchu.. itu kalo asyik bangun duduk pegi toilet, konpem ramai yang tension :D

Pakai terus sampai ke petang.. waktu solat pun pakai dan memang terasa kelainan sangat sangat.. bila bangun duduk masa solat tu laju je.. kalau tidak mekchu perasan jugak bila tahyat awal nak bangun balik tu agak mengambil masa jugak.. tapi bila pakai 'kawan baik' ni, laju macam anak dara.. ehhhhh?

Lagi satu kan, bila pakai 'kawan baik' ni nak monitor pergerakan baby pun senang.. sebab dia kan ngam-ngam kat perut, so mudah untuk rasa bila baby tu bergerak.. memang satu kelegaan bila tahu anak kita kat dalam tu sihat dan aktif kannn...

Terima kasih Maternity Support Belt.. mekchu memang telah jatuh chenta pada nya..


Bukan perasan pun kalo pakai.. dan tidak akan menjadikan perut bertambah besar atau bertambah kecik pon.. nama pun SUPPORT kan.. Jadi, ia hanyalah untuk MENYOKONG atau perkataan sama erti MEMBANTU.. ya, membantu ibu-ibu mengandung dalam menjalani kehidupan/aktiviti harian supaya lebih selesa...

Harga bagi satu set adalah RM199.90 sahaja. Harga itu sebenarnya sangat istimewa tau.. Belt ni memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G dan agak susah jugak nak dapatkan stok. Kalau survey kebanyakan harga yang agak tinggi dari itu. Kalau berminat, boleh e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. Kita boleh borak2 panjang kat sana.. Kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh.. https://www.facebook.com/suraya.mazni

Jadi kalau ada kaum bapak-bapak disini, sila hadiahkan Maternity Support Belt ini kepada isteri anda.. nanti kalo si isteri dah mogok tak nak beranak lagi baru tau.. apa salahnya kalau tunjukkan sikap kasih sayang dan menghargai isteri anda time2 dia sarat.. tak kesian ke tengok orang rumah tercungap-cungap membawa perut?

Pesanan mekchu, cuba jadikan Matternity Support Belt sebagai kawan baik semasa mengandung.. korang memang tidak akan menyesal..

Peace uols...


Monday, July 16, 2012

Jadikan Maternity Support Belt sebagai kawan baik semasa mengandung

(Sticky entry for 48 hours)

Badan mekchu ni kan kurus (lah sangat).. memang terasa lah perubahan yang drastik bila mengandung.. Kaki yang kecik, perut yang kempis dan pinggang yang ramping sebelum ni mengalami perubahan mendadak.. ce bayangkan..

Dan mekchu pasti bila dah masuk 3rd trimester mesti ramai ibu-ibu yang sudah mula rasa kurang selesa.. terutama bila perlukan pergerakan yang banyak.. dan bila malam tu mula lah mintak bantuan urutan di situ dan di sini.. kannnn kannnn..

Macam mekchu kalo kat opis memang bangun-duduk, duduk-bangun aje kijenya sebab cecah je montot kat kosi dah bunyik tipon ada orang mintak tolong.. lepas tu semua pun jenis urgent kannn.. so kena lah bangun carik technican untuk resQ.. bila dah galak sangat bangun-duduk, duduk-bangun macam tu, memang terasa sengal kat bahagian bawah.. sampai kadang2 tu kena pegang perut sambil berjalan :(

Syukur sebab mekchu telah diperkenalkan dengan satu produk ni oleh seorang kawan.. Maternity Support Belt yang memang sangat membantu.. lajuuu je pergerakan tanpa mengadoi sana, mengadoi sini..

Jadi nak share dengan kawan-kawan mengenai Maternity Support Belt ni..


Memang disarankan oleh kebanyakan doktor (O&G) bagi mereka yang mengalami sakit di bahagian belakang, uri terletak di bawah, yang kerap buang air kecil, mengelakkan kelahiran bayi sebelum masa dan yang penting untuk keselesaan membuat kerja harian.

Maternity Support Belt ni membantu para ibu menyokong pertambahan berat baby dan pembesaran perut dengan cara semulajadi. Bila pakai je, otomatik akan jadi selesa.. macam ada org yang tolong bawak kan perut kekdahnya :D

Atau dalam bahasa omputih lebih kurang macam ni bila mekchu translate :)
♥ Ease the strain of pregnancy, be pregnant and comfortable too
♥ Lifts the abdomen to achieve relief from sagging weight and leg pain
♥ Expands to accommodate baby's growth
♥ Helps relieve discomfort in your back, abdomen and legs
♥ Prevention of the pre-term contractions

Di datangkan dengan 3 item.

 1. Abdominal Lift

 2. Belt

3. Top Strap

Cara pemakaian pulak sangat senang.. sap sap soi je dah siap...




Kena pakai direct dengan kulit tau.. jangan risau, tak perasan pun bila pakai baju.. Terdapat dalam 2 saiz.


Pakai lah berapa lama pun yang kita suka.. jangan risau, tak efek langsung pada baby sebab ini bukan produk yang ada infrared ke apa.. Ini hanya produk untuk sokongan sahaja..

Mekchu sendiri dah cuba dalam 2 minggu macam tu.. memang terasa kelainan dan buat kerja pun serba pantas.. nak jalan kepit pun boleh.. tak macam ibu penguin lagi :D

Harga bagi satu set adalah RM199.90 sahaja. Kalau berminat untuk dapatkan Maternity Support Belt ni, boleh e-mel mekchu di churalliya@gmail.com. Kita boleh borak2 panjang kat sana.

Memang berbaloi demi kesihatan kita semasa mengandung.. Tak de siapa yang boleh bantu semasa ketidak selesaan kita tu. Husband? Dia tolong tengok boleh lah.. yang membawak perut tu kita..

Mekchu dah jadi kan Maternity Support Belt ni sebagai kawan baik.. Next entry mekchu akan share pengalaman dan perubahan bila pakai 'kawan baik' ni..

Check it ouuuutttttt...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...