@churalliya

Showing posts with label kecantikan. Show all posts
Showing posts with label kecantikan. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Buang tebiat mekap2 kat opis

Opismate nak cuba try test mekap dia yang baru beli online.. Nak test mekap tu lekat ke tidak, kaler cantik ke tidak.. Dengar je nak test mekap terus laju2 volunter nak jadi model..

Ismy (opismate) yang serba boleh.. dari memasak, memekap semua pun dia hebat..

Sebelum.


Semasa..


Dan selepas...


Nampak beza ke idok?

Semua mesti jawab YAAAAAAA beramai-ramai kan... Mekchu kan jarang mekap2 ni.. sesekali kena tenyeh macam tu harus la nampak lain..

Nah ni ada lagi..


Bila dah cantik2 (cantik kerrrrrr?), abis keje terus balik rumah.. tak de pulak yang menjemput makan2 raya petang tu..

Teringin nak mekap2 pegi opis.. Agaknya kalo nak mekap cenggini kan, pukul berapa kena bangun erk? nampak senang je bila ismy mekapkan.. 10 minit je kot siappppp... kalo mekchu, kena mekap malam, pas tu bawak tido.. pagi tu tinggal panaskan aje... hahahahaha.....


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 20, 2013

Nak Color Blocking jugekkkk

Ingatkan tak nak terjebak..

Tapi mampu ke ngko cakap tak minat dengan kaler-kaler ni semua? Cantik sangat kot..

Kalau lah dapat pakai sekali dengan aksesori semua tu.. tapi mekchu tak suka tukar2 pakai gelang, rantai, ni semua... simple is me :D Gambar adalah dari @colortreepants

Ini semua neelofa punya pasal... itu la bahana bila follow artis kat Instagram..


Tetap nak follow retis kannnnn.... hahahaha... Dan dari tak nak terus jadi nakk nakkk nakkkkkkkk..

setakat ini je dulu.. color coklat ngan merah-pink tu aje yang pernah pakai.. 

Beli merata.. Kuning belang harimau tu legging adidas beli kat al-ikhsan. Papa-jib belikan suruh mekchu rajin jogging.. Bawak jogging kendian, bawak pegi jalan2 je dulu.. hahahaha.. Hijau tu voir beli kat sogo, coklat tu cotton levis beli kat sogo jugak.. jengging mustard yellow ngan merah2 pink tu beli online..

Next will be turqoise, lime green, purple n orange.. *sambil gosok-gosok tangan tanda tak sabar..


by mekchuN (^_^)

Wednesday, February 6, 2013

Kitew dh sarung baju itew

Bila sarung, mulut terus sepi tanpa kata.. hanya tangan yang laju menjalankan tugas mengambil henfon..


cantik ke idok?

Hijau tu bukan towel, tapi pario.. Hahahaha kelakar pulak bila baca komen kat instagram..

[ @ ] churalliya Me in azorias outfit. Terus terasa gojes walau belum mandi.. Tak sangka sesaiz dgn keknis (^_^) #azorias


Jom follow mekchu kat Instagram :D

by mekchuN (^_^)

Thursday, October 4, 2012

Mengandung tetapi ingin ber Poplook?

Ramai yang tanyakan pasal dress poplook.. yang tanya semua pun perempuan yang mengandung.. mekchu syak korang mesti malas nak beli baju mengandung kan.. dah la mahal, pas tu tak bleh pakai lepas selim nanti..

Mekchu pun agak lambat baru nak berani mencuba.. selama ni asyik dengar je dan terus buat andaian "alaaaa.. baju tu tak sesuai lah utk org mengandung.. macam kelakar je...kesian pada perut kot"

Bila baca entry noknoks mona ni terus segala-galanya berubah.. terus nak mencuba walau perut yang semakin membesar..

Mula-mula beli yang kaler biru - Crimped Chiffon Maxi ni dulu.. suka sebab design dia yang kedut2 tu boleh menyorokkan perut (mungkin).. walau dah tahu design dia ada getah di perut..

Dan bila perempuan mengandung 33 minggu memakainyaaaa...

 abg man glamer masuk blog kuning oren :) disebabkan dia pakai baju same kaler masa jamuan hari raya dulu.. 

 nampak kan getah kat perut tu kejap naik, kejap turun? sepatutnya getah tu di pinggang, tapi perempuan mengandung mana ada pinggang.. itu yang tak tentu arah kejap atas, kejap bawah.. 

kalau nak nampak ok, kena cover tangan macam ni.. tapi larat ke nak buat gaya gitu sepanjang masa... pegi toilet tangan gitu, pegi pantry tangan gitu.. pegi cafe pun tangan gitu... hahahaha.. buang tebiat namanya... 

Ini mekchu bila dah selim nanti.. hahahaha #pitammmmm....


Lepas tu macam tak cukup satu.. terus terrrrr order lagi selai tapi kali ni yang tak de getah.. Suri Print Maxi Dress - Grey Polka

dah selim nanti boleh pakai dengan belt.. penjimatan berganda.. 

 
memang selesa... tak yah nak cover-cover getah..

Lepas tu kan. mata ada terjeling2 lagi (setiap Selasa dan Khamis jam 11.00 pagi akan ada update baru di poplook).. Tapi istigfar banyak-banyak.. dah nak hujung sangat ni kan.. rugi lah kalo beli banyak-banyak.. cukup lah 2 helai plus baju pegnen dah banyak :(

yang ini sesuai utk perempuan mengandung sbb tak de getah.. tp design dia agak menggelebeh pulak.. ada tali ikat kat pinggang yang boleh bukak-bukak..

yang ini memang gerammmm je tengok.. tapi confius dengan tali kat pinggang tu boleh bukak ke tidak.. 

Tips dari mekchu (dah last2 baru nak bagi tips), kalau nak beli dress poplook (khas untuk ibu mengandung), sila pastikan design tak de getah kat perut dan cutting tu biar lah jenis yang loose sikit.. sbb ada yang cutting ngam2 badan.. nanti takut tetas kat perut... hihihihi..

Dah dah la tu.. bukan apa.. kalo beli memang lah tak rugi.. lagi pun harga dia tak sampai seratus pun kan.. lagi murah dari blause mengandung.. itu belum campur skirt mengandung lagi..

Tapi disebabkan lepas bersalin nanti nak mengepam dan menyusu, celah mana mekchu nak selak? ce cakap!!! lepas setahun dua baru boleh pakai balik.. time tu ntah zaman boblook ke apa.. tsk tsk..

Wednesday, August 8, 2012

Baju raya saya dari Rizalman

Ehem ehem.. ok, sila ehem ehem kuat lagi..

Siapa sangka rezeki mak buyong ni dapat pakai baju dari Rizalman kan.. tak perlu tunggu jadi retis baru dapat pakai dari pereka tersohor negara tu..

Pernah dengar 20 by Rizalman? haaaaa.. sekarang boleh didapati di kebanyakan cawangan Tesco di seluruh negara. Disebabkan baju tu dijual di Tesco lah maka mekchu dapat merasa nak pakai.. kalo baju eksklusif dari butik dia tak merasa la noks.. meleleh air liur anak nanti..

Mula-mula ternampak gambar ni dari blog Su n Syawal yang sibuk dok mencanang baju ni cantik.. dia pun tengah pegnen.. haishhh pengaruh rakan blog sungguh tau..


Cuba cakap hati yang mana dapat menahan bila tengok baju gojes ni.. mula lah meronta tak keruan.. nak nak pulak design tu teramat lah sesuai untuk ibu mengandung kan.. tp model kurus pun boleh pakai.. maknanya lepas beranak nanti mekchu pun akan cantik macam model tu.. ehhh?

Terus ajak papa-jit gi Tesco Seremban 2.. yada yada yada.. dia senyum bila tengok binik dia mengenakan baju dari Rizalman walau pun sedang mengandung.. tapi dia kembali masam bila tengok pada harga.. hahahaha.. tak pe, mekchu tahu macam mana nak uruskan..

ye la, mekchu pakai tak cantik macam model tu pakai sebab tak de rama2 biru kat kepala.. korang tunggu lah lepas pantang nanti.. 

Cutting dia agak kecik.. mekchu pakai tu pun size L.. compare dgn M lebih kurang.. tapi bila tengok kat bahu ok ngam, so decide amek L memandangkan perut yg semakin membesoooo.. kain adalah dari lycra..

Ada banyak lagi design yang malatops.. korang bleh gugel je. tapi saje2 nak panaskan hati korang jugak, mekchu tepek 2 keping gambar ni.. buwahahahaha (gelak jahat!!)



Koleksi yang mencerminkan perjalanan pereka tersebut selama 20 tahun dalam industri fesyen menampilkan 12 pasang baju kurung dan kebaya moden dalam warna-warna yang sofistikated, penampilan yang elegan dan siluet yang menarik. -utusan

Now everyone can wear Rizalman..

Harga? harga adalah dari RM180 - RM250.. tapi rasanya tak jumpa pon yang RM180 tu.. ngeee..


Dan baju mekchu tu RM250.. papa-jit offer as birthday prezen.. haruslah angguk laju-laju kan.. lagi pun x de idea lah nak mintak hadiah apa.. (baik nye ngkooo pompuannnnnnn)

Pas tu kan, tiba2 terus terpikir bahawasanya akan ramai yang menggayakan baju yang sama hari raya nanti.. ye la, beli kat Tesco pada harga yang berpatutan, konpem lah ramai yang terjah sana.. Ini pun mekchu saje2 lambat publish sebab biar bila korang pegi, baju tu dah sold out.. buwahahaharinakhujan..

Jadinya, sebagai langkah bijak (lah sangat) mekchu tambah munge-munge di tangan supaya bila jumpa orang pakai baju sama nanti boleh lah angkat tangan tinggi2 sbg menyatakan "pehlissss, baju kita TAK sama okeyyyy"

Itu yang muncul entry menjahit kat kedai tu.. hahahaha..


Bini papa-jit.. oh bini papa-jit (sambil menggeleng-gelengkan kepala)


Friday, December 30, 2011

Melangsaikan hutang review pasal seluar itu

Dalam kepala memang ingat.. tapi tak terluah dengan kata-kata je lagi.. Segala persoalan kawan2 mengenai seluar tu mekchu dah jawab dalam hati.. hahahaha..

Mesti dah lupa.. tak pe, mekchu ingat.. dan kembali ke sini untuk menjawab persoalan kawan-kawan..

Seluar itu?
Seluar mana?
Seluar ini..

 

Dah ingat seluar mana?

itu janji manis mekchu pada Mei 2011 yang lalu.. Disember 2011 baru nak jawab.

Ok seluar tu beli kat NICHII Alamanda. Harga dalam RM69 sajork.. Tak ingat sangat tp tak sampai RM70 pun rasanya.. Ye la, beli lama sudah..

SUKA sebab dia tak melekap macam legging.. dia ala-ala aladin sikit tapi ada grip kat kaki.. getah grip tu tak de pun mengganggu peredaran darah sampai kaki ko jadi lebam.. hahahaha..

SUKA lagi sebab dia jenis kain (kain tak keras dan tak lembut). Nak bersila dalam kereta pun selesa.. ehhh, mekchu kalo dalam kereta mmg duduk bersila.. bukan dlm keta je kot, atas kerusi nak makan pun bersila jugak.. ehh kat kerusi opis pun bersila jugak :) Kat kerusi kantin je belum mampu nak bersila lagi..

 
 
Harap menjawab persoalan 6 bulan lepas :)


Bertambah SUKA sebab lelemak TIDAK akan kelihatan bergegaran ketika berlari mengejar anak ;p

Kalau korang perasan kan, mekchu ni jenis tak suka pakai jeans.. Jeans terakhir dibeli sebelum mengandung tahun 2007.. Mcm nak let go.. Siapa maun? (semua pun ko nak let-go kan)

Tuesday, December 20, 2011

Tidak menggatal lagi

Perasaaan gatal-gatal yang meyerang muka hari tu dah hilang.. Daripada komen kawan2 semua, petang tu jugak mekchu pegi redah hujan carik buah kelapa muda.. kedai yang ke-5 baru jumpa.. Lepas tu rasa tak puas hati.. Malam tu jugak terus pegi klinik sebab tak tahan 'mengenyam' punya pasal.. Papa-jit outstation (lagi?) masa tu.. Tak kuasa nak tunggu dia..

 sebelum.. menggerutu.. scary pulak bila bayangkan.. 

hari ini.. lega sangat bila dah kembali cantik.. hahahahaha #pitammmm.. baru kena uji sekejap dah menggelabah.. 

Pegi klinik biasa aje.. Doktor kata kulit mekchu elergik.. sebab kalau campak mesti demam dan mesti ada bintik-bintik kat badan jugak.. Tanya ada pakai apa2 kosmetik baru ke? hahaha dah agak soalan tu akan ditanya dan awal2 lagi memang dah sediakan jawapan..

Tak kan lah baru ada niat dalam hati nak tukar bedak MAC dah tumbuh ruam kot? kah kah kah..

krim sapu yang banyak membantu.. ada jugak ubat tahan gatal (malam lain, siang lain) dengan antibiotik.. 

Lagi satu doktor kata kulit mekchu kering.. memang perasan lah waktu tu ada bahagian yang menggelupas terutamanya kat bawah hidung.. bila senyum rasa tegang kat muka.. tapi apa kaitan kulit kering dengan ruam?

Terima kasih tuan doktor kerana telah membuatkan tidur malam ku kembali lena :)

Tuesday, September 27, 2011

Ce cite pasal rambut masa kat Pangkor hari tu

Ingatkan nak rahasia.. tapi tak sanggup lak rasanya buat-buat konon-konon tak perasan komen kawan-kawan semua.. hahaha, mekchu baca satu per satu ok.. cuma reply dalam hati aje.. ala, korang sgt pandai mencari dimana mekchu kalo nak dapatkan sesuatu..  BBM boleh, e-mel boleh, facebook boleh, twitter boleh.. kannnnn..... saje je la tuh kalo nak merajuk...

Tentang rambut itu.. hahaha.. ye la, memang nak cerita pasal rambut kat pangkor hari tu.. ingatkan korang tak perasan.. rupanya ramai jugak yg tegur dan sukakan nya.. mekchu ni lagik doplohlapan kali suka....

Ok, rambut itu adalah tiruan.. tiruan yang bermaksud rambut sendiri, tapi ditiruankan.. ehhh? tapi yang penting bukan rambut pelesu okehhhh.... 


Malam sebelum gi pangkor hari tu kan ke ada dinner.. so, alang-alang mahu ke dinner kan.. sudah lama tak ngengadess gi saloon cuci sambil curly-curly kan rambut.. dan berkekalan pulak membawa ke pangkor..

Cuci + curly rambut adalah RM30 sahaja...


Dan pabila malam, rambut adalah kelihatan sangatlah rapi sampai mekchu saje goyang-goyangkan kepala laju-laju ke kiri dan kanan nak kasik dia nampak original (katanyaaaa).. 

Masa nak ek pangkor tu, atas feri kena tiup angin bukan main kuat pun rambut masih menten disitu.. redha je kalo rambut kembali lurus... 

dah smpai pangkor rupanya makin cantik.. hahahaha (hambek puji rambut sendiri) curly2 cenggini lah yang mekchu suka..

Terpaksalah berbengkel dgn rambut cantik.. hahahaha.. tapi rambut mekchu ni tahan setakat 2 hari je nok.. selebihnya dia dah kembali ke bentuk asal..

Sementara masih kerinting, terus BBM papa-jit dengan menyatakan hasrat...

Tapi sampai sekarang dia tak reply.. hari tu buat2 tipon hang.. kali ni dia buat2 facebook kena hacked.. hahaha tp mmg facebook dia kena hacked pon.. tak kan tak tengok balik wall lepas2 kan.. saje je tau...

2nd day ikat half.. masa ni dah nak lurus sikit-sikit.. tp masih boleh bertahan...

dan masuk hari ke-3, harus la lurus balik..

Bagi mekchu, rambut curly lagi senang nak uruskan.. setakat 2 hari tu boleh tahan lagi la... tak payah sikat pon.. serius bangun tido tak yah sikat langsung... cuma sikat jambul depan tu aje.. sikat pun ngan jari pas tu siap!!! pas tu yang best bila ikat rambut, konpem dia tak melucut ke bawah.. selama ni mekchu ikat rambut geram je.. tiba2 getah/sepit rambut dah ada kat bawah...

rugi pulak tak amek gambar banyak-banyak.. terpaksa lah ulang tayang...

Tapi ramai yang kata maintenance rambut curly ni susah.. nak kena letak minyak rmbut, gel, spray etc etc.. dah la mekchu jenis ngam2 hooo bila nak punch card pagi-pagi tu kan.. itu pun sikat rambut kat opis.. hahahaha... 

Ada tak sape2 yang berpengalaman buat curly hair ni.. pengalaman daripada lurus menjadi curly.. cane cara penjagaan dan kesabaran korang.. bape lama boleh kekal? mekchu tau neena gonjeng ada jawapannya.. tapi rambut dia memang asal pun dah cantik curly2.. 

Entah kenapa tiba-tiba nak felling macam #noraelena... hahaha.. dia kan rambut lurus, pas tu bila curly kan nampak manis.. manisnya #noraelena itu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...