@churalliya

Thursday, March 29, 2012

10 weeks ~ gambar baby dan perut

Mmg perlu amek gambar sambil letak tangan mcm tu. Hewhewhew.. Baru lah nmpk mcm mengandung.

Kalo jalan kat mana2 pun mesti buat mcm tu. Untuk mengelakkan orang salah sangka sama ada dia ni makan banyak atau mmg mengandung. Hahaha..

Ok, dah masuk 10 minggu dan baby semua ok. Alhamdulillah. Mabuk tu masih ada dan kadang2 bercampur dengan emosi yang tak terkawal.. Mudah menangis dan mudah terasa jugak.

Doakan semuanya baik-baik belaka smpai bersalin nanti.

Buat masa ni mekchu mmg tak sempat lah nak jenguk dan komen blog kawan2 semua. Betapa rindu nak baca cerita korang :( kadang2 sampai terbawak dlm mimpi...

Monday, March 26, 2012

Sudah mendobi baju uniform

Amek cuti hari ni. Mi-cah tak de siapa nak jaga. Nenek labu demam lepas blk umrah. Atok dan nenek pilah dah balik pilah.

Alang2 cuti, terajin pulak nak mendobi baju 'uniform'. Macam banyak. Memang ingatkan banyak. Rupanya hanya ada 5 baju helai baju mexi senteng (cam tu ke eja?), 2 blouse dan 1 skirt. Ishhh mcm tak percaya. Oooo lupa, dulu mekchu disponser.. Kikikiki..

Mekchu kalo pegnen mmg suka pakai baju mexi, beranginnnn je.. Tak suka ada penghalang kat perut. Rasa macam sesak nafas.

Dengan entry ini, maka boleh membuktikan kat papa-jit bahawa baju pegnen memang perlu ditop-up!! Yeyyyyy..

Korang pernah dgr tak, kalau nak anak jantina yg berbeza dgn anak sebelum, kita kena tukar SEMUA baju masa mengandung? Maknanya kena beli semua yang baru. Fakta atau auta?

Friday, March 23, 2012

Kena jugak

Sejak mabuk teruk ni dah pencen bawak mi-cah pegi playground. Papa dia lah yg take over. Nak pulak 2 minggu nenek labu pegi umrah ni kami tinggal di rumah seremban. Kemain ligat lah mi-cah pagi petang ajak main gelongsor. Rumah sekangkang kera je dgn kompleks sukan tu.

Kalo mlm lagi lah ramai umat kat sini. Sini semua pun ada. Erobik pun ada pagi petang. Cuma dilarang join je sekarang ni.

Mlm ni papa-jit ada game bola. Mi-cah nak ikut. Adoi, dia heret mama dia sekali. Moncong2 jugaklah bersiap.

Smpai je gelongsor, mi-cah dah dpt kawan. Abg aiman yg rajin melayan dia. Pandai ko carik kawan ye. Ensem pulak tu. Fuhhhhh.. Selamat mama ko dari kena layan.

Ehhh.. Panjang pulak membebel malam ni.. Esok nenek labu balik dari umrah. Yeyyyy!!!!

Thursday, March 22, 2012

Anggerik Shoppe



by mekchuN (^_^)

Tuesday, March 20, 2012

Ragam mi-cah

Memang betul lah orang-orang tua cakap.. Yang abang/kakak mesti akan meragam bila dia tahu dia nak dapat adik.. Mula-mula kami tak percaya sebab tengok mi-cah relek aje.. tak de apa-apa ragam atau perubahan pun..

Sehingga lah pada suatu hari.

1. Dia amek telur ayam 2 bijik siap dengan sudu. Elok duduk atas sofa sambil pecah kan telur ayam atas sofa tu.. Dia cakap lambat sangat nak tunggu ayam menetas.. Dia tak sabar nak tengok anak ayam.. Nak marah ada, kelakar pun ada.. Nenek labu lah yang kena basuh sofa masa tu..

2. Dia amek gunting, lepas tu gunting bulu minah-munah (kucing).. Habis togel bulu kat kaki minah.. ke munah? hanya mi-cah yang kenal mana satu minah mana satu munah..

3. Dia amek ridsect dan spray kat mulut dia.. buat macam papa-jit spay ubat ketiak.. hadoiiiiii lepas tu lari2 basuh mulut sebab dia kata pedas.. terus nenek labu suruh kumur-kumur sebaldi air..

4. Dia selamba-derk pegi kencing atas sofa depan, lepas tu atas katil.. Dia kata dia tak kencing pun.. Itu air tumpah.. Tapi bau semerbak abang mi-cah oiiii... apa lagi, kena marah lah dengan papa-jit dia.. terus amek tuala basah, lap sampai hilang bau.. Sambil lap, sambil cakap ampunnn...

5. Dia masuk kan segumpal surat khabar kat dalam toilet bowl, pas tu dia berak.. kah kah kah.. ce cakap siapa yang sanggup nak keluarkan surat khabar tu? atok pilah jugak yang selamatkan keadaan..

6. Kalau tanya najmi sayang adik tak.. dia akan jawab "tak.... nanti mi nak tumbuk muka dia" hahahaha.. ye la kan, dekat 4 tahun dimanja dan disayang.. 

7. Sekarang asyik nak melekap dengan papa-jit dia aje.. semua pun nak papa yang buatkan.. kalo lepas mandi kadang-kadang dia lupa mekchu pakaikan spenda dia, sanggup dia bukak balik nak papa yang pakaikan... bagus anak bagus... dapatlah mama ko rehat lebih daripada biasa..

 dia tetap Adiwira Dewata di hati kami.. gambar baru tak de.. guna yg lama aje.. 

Semalam masa pegi scan, mi-cah ikut masuk sekali.. dia pun nak baring atas katil tu sekali.. dan pertama kali dia tengok baby dalam perut.. eksplain sikit dengan dia apa benda semua tu.. lepas je keluar bilik doktor, dia cium perut moncit ku.. ohhh Tuhan, mula lah rasa nak menangis.. sangat touching..

Friday, March 16, 2012

Tanda-tanda perasan diri tu mengandung

Kali ni memang dapat rasa diri tu mengandung awal-awal lagi.. Macam-macam perkara pelik yang terjadi..

1. Cepat penat. Time rehat je mula la amek bantal tido atas meja. Sudahnya mengadoi sakit leher. Bila malam pulak tak sabar nak tido.. Penat tak tentu arah.. Bukan nya buat kerja berat pun.. Tepat pukul 10 mesti dah naik katil dan mintak papa-jit tengok2 kan mi-cah..

2. Kuat makan. Ini memang nampak ketara sebab mekchu ni kan bukan golongan pemakan sangat. Bila perut tu kejap2 lapar, kejap2 pedih terasa pelik jugak.. Mana pegi makanan yang aku makan tadi.. Hahahaha.. Sanggup turun kantin pukul 4 petang carik burger ayam special :D

3. Sakit tetek. Sakit dia kan macam nak period kan. Bila dah 5-6 hari pun masih sakit2 mekchu dah syak sesuatu.. Sakit yang bila terkena tuala mandi pun rasa macam nak sepak orang..

4. Pening kepala nyut nyut nyut. Sampai perlukan bantuan untuk picit kepala, melarat ke leher dan seterusnya bahu.. hahahaha kalau ada bibik best ohhh dia urut.. Ini guna pengurut amatur sajork.. sampai naik kusut rambut dia kerjakan..

5. Bersifat pemalas.. Ohhh inilah sifat yang ditunjukkan sejak awal lagi.. hahahaha.. segala-galanya pun malas. Lepas ni harapkan keajaiban je nak update blog..

6. Perut moncit kaw-kaw. Kalau nak period memang perut moncit.. Tapi tak seteruk ini.. Kalau tidak boleh jugak tarik nafas kasik perut kelihatan kempis.. Tapi kali ni nak tarik nafas pun tak de tenaga.. Sudahnya lantak ngko lah nak moncit ke apa ke..

7. Lewat period. Tiap2 bulan memang dia akan datang tepat pada tarikhnya.. Bila dah lewat 2 hari pun dah mula syak sesuatu. Terus beli 3 test kit!! Over sikit disitu..

Itu je apa yang teringat. Sekarang muntah-muntah, loya semua memang sedang hebat berlaku.. budak-budak kat opis dah faham sangat kalo jalan laju-laju nak pegi toilet tu kan.. hahaha.. semua memberikan laluan.. kalau dalam kereta tu, banyak kali jugak mintak berhenti kat tepi jalan sebab tak tahan nak muntah..
 itu gambar beberapa tahun lepas yang di design oleh sir capo grande.. kah kah kah... kalau korang perasan ada tanda soal kat situ.. dan sekarang baru lah gambar ni rasa macam 'hidup'..

Mekchu teringin nak update kenangan mengandung kali ni.. Masa mi-cah dulu tak de blog lagi :) tapi kemalasan tu memang tak boleh nak elak kan.. Orang lain pun mengandung jugak, tapi tak de pulak menggeletis macam ni..

Wednesday, March 14, 2012

Giliran emak ke Umrah

Tercapai jugak hasrat nak hantar emak ke umrah.. Walau pun kami belum pernah pegi, janji lepaskan emak dulu.. Emak pergi dengan family akak..

Pagi tu berkumpul kat rumah akak dulu..

pertama kali ni nak berpisah dengan emak lama-lama.. sayu pulak rasa.. 

Kalau kat dalam blog ni kadang2 mekchu panggil nenek labu :) sebab mi-cah yang panggil macam tu..

pengira bag yang berjaya.. ada 4. lagi 2 dah sumbat dalam keta.. 

lepak-lepak kat luar sementara tunggu alphard transformers.. kehlassss nenek labu naik alphard.. jangan tak percaya, mi-cah pun naik alphard jugak tinggalkan kami.. tsk tsk..

cuti sekolah kali ni no more HK, korea, beijing, UK ok... ke umrah lagi bagusss...

Banyak jugak kereta yg konvoi ke KLIA.. sebab keluarga abg ipar pun berkumpul sama pagi tu.. Awal jugak sampai KLIA pagi tu.. flight dorang jam 3 petang..

tiba-tiba mekchu dah bertukar... jangan tengok dahi luas ku.. letak jugak gambar ni sebab mi-cah comel sangat :)

dan mekchu bersama tudung yang dah dibetul kan.. hahahaha...

Ramai sangat rombongan yang nak menunaikan umrah.. musim kan sekarang ni.. Mereka di bawah Andalusia Travel & Tours.. ada lagi travel ajen yang lain.. mmg penuh KLIA..

Lepak-lepak sambil tengok jam.. uisshhh mmg lama lagi nak tunggu pukul 3.. terus masing2 buat haluan masing2.. itu yang terjumpa abg aaron ajis tu.. 

gambar terkini mereka yang sentiasa di hati ku..

Tunggu aaron ajis sudah, layan anak main playground sudah, tgk aeroplane kat Anjung Tinjau sudah... selebihnya sambung melepak sambil asyik2 pesan minta doakan kami bila sampai sana.. selang 10 minit pesan lagi.. ye lah kan, nak dapat peluang berdoa sendiri depan kaabah entah bila..

hujung sekali tu adalah mak mertua akak.. maknanya akak ke sana bersama 2 orang emak..

Pukul 2 petang macam tu, dorang semua mula turun bawah.. masa tu macam nak menangis.. tapi ku tahannnn jebat!!!

semoga mereka pergi dan kembali dengan selamat... dapat menunaikan umrah dengan sempurna.. amin... 

Sekarang dah 5 hari mereka di sana.. dan mekchu dah mula rindukan masakan nenek labu.. uuuuUuuuUuu...

Ehhh... siapa yang jaga mi-cah selama 2 minggu nih?

Monday, March 12, 2012

Jumpa Hero Malaya

Sabtu lepas. Di KLIA.

Keluar dari toilet, papa-jit ajak lepak kat KFC. Katanya kat sana ada playground. Elok sangat lah tu.. Sebelum mi-cah meragam, elok sangat lah seronok kan diri dia dulu..

Tak sempat sampai KFC pun.. suku jalan je kot, ternampak orang tengah shooting.. shooting bikin pilem, bukan shooting orang menembak tau.. selalu pandang sebelah mata je lah kan.. tengok2 retis mana sudah lah kot.. sekali... sekali ngkoooooooo.... sekaliiiiiiii abang aaron ajis tuuuuu.. OMGucci!!!!

Terus betulkan tudung yang memang senget sejak sampai KLIA.. hahahaha over sangat..

ada norman hakim dengan sorang pompuan tu.. mekchu suspek dia jadi watak penggoda..

Glowing sangat muka abg aaron.. masa tu dorang tengah menghadap lampu.. wallaweeiiiiii memang terserlah.... sangat osem...

Terus kaki melekat kat situ.. tak tahu nak keluarkan camera ke henfon.. sempat fikir, kalo camera memang senang nak snap, tapi tak boleh upload facebook.. hahahaa... suruh papa-jit tunggu, tapi dia malas nak layan..

Nasiblah ramai anak buah kat sana.. tolong cover.. hahahaha.. habis je main suluh-suluh muka terus aaron lesap.. tinggal norman aje kat situ.. alaaaaa, aii nak aaron jugak.. tak pe, sanggup tunggu aaron.. suspek dia gi smooking.. asyik suspek je lah ko mekchu..

family abang dengan norman.. mekchu tak nak amek gambar dgn norman.. berlagak sungguh.. dia bawak anak sulung dia (baju hitam)

Sambung tunggu aaron.. masa tu lupa suami dan anak.. tak lama lepas tu akak ipar jerit dah suruh siap sedia.. dia nak pegi tahan aaron.. pergghh dia memang terrrbaek.. masa tu kami je, orang lain tak dapat pun bergambar ngan aaron..

Dan hasilnya...
 Korang nampak ke mekchu? 

Lepas tu menyesal kenapa tak bergambar berdua.. alahaiiii rugi tersangat rugiiiiii... tapi tak pe, dapat salam dengan abg aaron ajis pun dah cukup buat mekchu gumbira.. siap lompat-lompat tu.. hahahaha terlupa diri sedang mengandung...


Lepas tu senyummmmmm memanjang.. berkat dapat salam, mekchu tak muntah pun sampai ke malam :D

Lepas tu baru teringatkan suami dan anak.. rupanya dorang tengah layan kepala kat Anjung Tinjau... terus dapatkan mereka sambil kerek tunjuk gambar dengan papa-jit.. dia siiikiiiiit pun tak heran.. hahahaha...

terus check tweeter @Aaron535Aziz dan nampak dia ada share gambar.. harus terus reply tweeter dia kata nak fly sama-sama.. hahaha..

Rasanya kalo retis lain tak de lah meroyan sampai macam ni.. tapi hero malaya yang sorang ni, hilang kawalan emosi jadinya.. saya vote abg aaron jadi retis paling fofular tahun 2011 :D

Ehhh.. apa kitorang buat kat KLIA akan bersambung kemudian...

Monday, March 5, 2012

Alhamdulillah, Najmi akan jadi abang

Sebenarnya tak nak buat entry ni.. Seboleh-boleh menahan diri dari buat entry ni. Mungkin terlalu awal.. Tapi kat dalam facebook dah terlepas cakap pulak.. Ingatkan tak de yang perasan pasal 'little bean' tu.. hahaha.. terus terusan semua dah tahu.. Susah kan nak sorok berita gembira macam ni.. mekchu adalah mekchu..

Tak aci lah bagi tau kat facebook je kan.. sebab mekchu 88x lebih sayangkan blog ni berbanding facebook :D

Sebenarnya juga, masa baru tahu pegnen dalam 4 minggu ++ dulu dah terpaksa bagi tahu AJK Sukan.. susah gile nak bagi tahu.. berat mulut sebab mekchu telah dipilih oleh Ketua Kontijen Sukan sendiri untuk jadi urusetia di Sarawak.. aduhaiii, serba salah sangat.. Tapi memang terpaksa bagi tahu. Kalau tak bagi tahu memang mekchu sedang berada di Sarawak sekarang untuk Sukan SUK Se-Malaysia.. lebih baik beri tahu awal supaya mereka boleh buat plan B.. tak suka sebenarnya menyusahkan orang lain atas sebab ketidakbolehan diri.. Terima kasih semua kerana memahami diri ini..

Lewat 2-3 hari dah suspek sesuatu.. tak pernah lewat pun.. terus beli tester sekali 4.. hahahaha tamak sangat.. tiap2 hari test dan nampak line tu sangat blur.. masa tu terus buat entry 'rasa-rasa' yang menjadi kemarahan ramai.. hahahaha.. korang marah kat luar je, tapi sayang kat dalam kannnnn..

Tak lama lepas tu jumpa doktor dan scan.. nampak ada sac je.. tak nampak apa-apa lagi masa tu.. baru 5 minggu..

 Ni belum nampak 'little bean' pun lagi.. sebab awal sangat kan.. tapi untuk kepuasan hati, nampak sac macam tu pun dah legaaaaaa....

Mekchu ni jenis yang tak boleh nak tahan diri dari pegi scan.. selalunya doktor akan minta datang bila kandungan dah masuk 8 minggu, ada 12 minggu.. tp mekchu 5 minggu pun dah tak sabarrrr sangat.. kalau boleh nak pinjam mesin scan tu bawak balik rumah.. hari-hari rasa macam nak scan..

Dan jangan tak tahu, bila dah scan tu kan, mekchu masih buat urine test lagi tau.. hati ni risau sangat sebab pernah kehilangan beberapa kali dulu kan.. walau pun tahu keputusannya tetap sama.. isshhh perasaan kehilangan tu adalah perasaan yang paling pedih kalau diingatkan..

ini entah kali ke berapa test.. tak ingat sebab selang 3-4 hari mesti test.. amek tester yang paling murah je pon..

Minggu depan tu mengadap doktor nak scan lagi.. selagi tak nampak 'little bean' kat dalam kantung tu, selagi itu lah tak sedap hati..

Alhamdulillah, our 'little bean' with heartbeat.. 

Gambar tu dah kedut-kedut sebab simpan dalam handbag.. perasan tak bukan main besar kantung tu kan.. baby nye kecikkkkkkkkk aje.. patut lah perut 6 minggu dah macam 16 minggu..

Perubahan yang mendadak sekarang ni.. semuanya mahu membesar bagai johan.. kalau masa mi-cah dulu mekchu relek-relek aje.. dah 8 minggu pun tak mabuk apa pun.. kali ni, baru 6 minggu dah ulang alik menghadap sinki.. dulu 4 bulan pun menten pakai kebaya lagi, sekarang baru 6 minggu ++ perut moncit bukan main..

dah blur kan tahap 10 pixel.. hahaha.. tapi itu lah hakikat.. gambar terkini lepas check-up minggu lepas.. itu belum gambar duduk kat kerusi lagi.. #mimpingeri

InsyaAllah, due penghujung Oktober nanti.. ramai kan kawan-kawan yang pregnen sempena tahun naga ni.. Alhamdulillah.. masa mengandungkan mi-cah dulu tak de blog lagi.. sebab itu excited dan terpanjang sikit entry kali ni..

Harap mekchu tidak mengguris sesiapa dengan entry sebegini.. kami juga adalah pasangan yang susah untuk mendapat zuriat.. 3 tahun 2 bulan kahwin baru dapat anak pertama dan ketika anak pertama berusia 3 tahun 7 bulan baru diizinkan untuk mengandung kali ke-2.. Jadi, mekchu terrrrrrrramat memahami perasaan ITU.. bersabarlah wahai rakan-rakan.. percaya pada-Nya dan berDOAlah, berUSAHAlah dan berTAWAKALlah.. InsyaAllah..

Friday, March 2, 2012

Hadiah Hari Lahir yang paling bermakna

Hari ni birthday papa-jit.. Memang tak sempat nak buat apa2 persediaan memandangkan mood malas sedang menguasai diri sekarang.
Apa yg penting kami 2-2 apply cuti. Lagi pun ada check-up..
Gambar tu. Itu lah hadiah yg paling istimewa dan bermakna sempena birthday papa-jit yang ke-33 tahun ni.. Alamak, terbagi tau umur pulak..
Dah lama impikan nak bagi hadiah sekeping kertas hitam mcm tu dan Alhamdulillah, tahun ini impian itu menjadi kenyataan..
Selamat hari lahir Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, PMC. Hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...