@churalliya

Monday, March 14, 2016

Masuk Istana Tahun 2016

Masuk je.. Bukan dapat pingat pon...

Papajib : mama dah tempah baju ke masuk istana?
Mekchu : hahhhh? mama dapat pingat ke?
Papajib : ~senyum~
Papajib : papa yang dapat...
Mekchu : hahhhh? dapat lagi? habis tu turn mama bila?

Hahahahahaha...

Begitu lah... tiap2 tahun simpan impian nak dikurniakan pingat darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan... tapi lom ada joki lagi bak kata orang noghori.. soba yo laaa...

ni lah poms yang teringiiiinnnn sangat nak dapat pingat tu... 

Gambar first lebih afdhal letak gambar sendiri...

Lepas-lepas tu biarlah gambar mekchu jugak.. hahahaha


tengah pakaikan pin tempat nak sangkut pingat nanti.. 

dengan mark adam versi pakai songkok.. hahahaha

Tahun ni kemeriahan nak bergambar tu kureng skit... sebab kawan-kawan yang selalu masuk istana sama-sama tak datang pulak.. nak bergambar dengan papajib sekeping dua dia layan la.. kalau nak lagi.. nak lagi..... memang terus jadik beron...

Kat dalam Balairong dah la duduk dengan orang yang tak kenal.. Nak main talipon line tak de coverage.. adoiiii laaa... lama jugak sementara menunggu turn papajib...

So memang tak de sekeping pun gambar dalam balairong nampaknya tahun ni.. dah la duduk asing-asing..

lepas makan... ni je lah sekeping yang ada..

nana menyanyi masa makan.. terus pegi belakang pentas jap nak jumpa juara gegar vaganza ni..

Tahun ni papajib teringin nak bergambar dalam Balairong Seri.. kat belah depan tu..

Ni sementara beratur tunggu turn.. punya lah panjang..




mekchu suruh papajib beli gambar ni sebab ada mekchu.. mana bleh nak frame gambar dia sorang-sorang kannnn..

Tahniah papajib bersama pingat kedua beliau

hari tu mekchu pakai shawl, blouse, skirt dan necklace dari Matase Sutera... sangat suka dengan design dan material kali ni... 

Ok dah.. gambar dah habis.. So cerita pun kena lah habis jugak...

Al-fatihah kepada Putera bongsu Tuanku Muhriz Tuanku Munawir iaitu Almarhum Tunku Ali Hussein Saifuddin Al-Amin yang mangkat sehari selepas itu..


by mekchuN (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...