@churalliya

Tuesday, October 30, 2012

Pengalaman Bersalinkan Najwa

Nasib dah ada entry turun tanda tu.. So, x de la panjang berjela sangat nak kena mengarang..

Nak start kat mana erk? Ok, nak kasi senang cerita kita start dengan sampai kat hospital pada malam turun tanda tu..

Pagi tu doktor dah pesan suruh datang semula lepas magrib.. walau pun memang tak de rasa sakit sangat, kami pergi jugak ke hospital.. Itu pun siap tunggu mi-cah tido dulu.. Dari pagi selepas turun tanda sehingga petang dan membawa ke malam tak rasa cemas langsung sebab tak sakit apa.. Sampai hospital dalam jam 9 malam dan terus ke Labour Room..

Prosedur yang sama macam siang hari tadi.. Pakai tali pinggang nak monitor heartbeat baby dan contraction.. Masih boleh senyum2 sebab memang tak sakit.. kiranya macam redha je lah terbaring kat situ.. Terima je kalo disuruh balik ke rumah semula..

suasana dalam labour room.. bilik no.1..

haaa.. ngko senyum2 lah.. tunggu lah kejap lagi.. 

Monitor dalam sejam gitu, ada lah nampak contraction.. tapi tak kuat sangat dan tak consistant.. ada la dalam 10 minit sekali, pas tu 15 minit sekali, 7 minit sekali.. Masih boleh layan cerita ummi aida dengan johan  ashaari si pengembala kambing malam tu.. hahahaha..

dah pandai baca graf sendiri.. mmg bacaan tak banyak yang tinggi.. heartbeat baby ok 140 ke atas.. 

Jam 11.30 malam, sempat lagi update status "rasa-rasanya tak sempat 21.10.12".. teringin jugak nak dapat tarikh cantik.. tapi memandangkan lagi setengah jam je kan, konpem lah tak sempat.. tak kan nak paksa jugak..

Jam 11.55 malam doktor sampai (dia smpai lewat berdasarkan pemantauan dari nurse jugak). Datang2 je terus check bukaan bawah dan bagi tau dah bukak 4cm.. What?? sakit2 manjer gitu pun dah terbukak 4cm ke? Ohhh hebat jugak diri ini (berkata dalam hati).. Doktor nak pecahkan air ketuban, tapi dia rasa baby masih tinggi lagi.. So, dia minta nurse bagi ubat berak je.. 1st time tengok ubat berak orang besar.. Dan perlukah aku dinodai melalui lubang 'itu' juga? My oh my..

Ehhhh, masa doktor check bukaan bawah tu kan, ya ampunnnn sakit bangat.. Selamba dia je korek2.. Check je boleh tak? tak payah korek-korek? Kononnya perasaan paling sakit setakat hari itu.. Tak tahu lepas tu akan datang perasaan sakit yang benar-benar sakit...

Lepas tu doktor balik.. Tapi sempatlah tanya bila agaknya boleh beranak.. dan doktor kata mungkin awal pagi nanti.. ohhh ok (dalam hati, hoiiiiii lambat nyaaaa)..

Tunggu papa-jit balik makan.. bleh pulak dia gi makan masa doktor sampai tadi.. So, mengadu kat bbm sajork.. Jam 12.30 malam macam tu baru panggil nurse cakap dah ready nak amek ubat berak.. huhuhu.. 1st timer pakai ubat berak memang mengerikan.. Ingatkan dalam 5 minit macam tu baru ada rasa nak berak..rupanya dan-dan lepas masukkan, terus nak terberrrrrr...... Memang dahsyat penangan ubat berak itu..

Dalam keadaan berak sambil sakit contraction.. ngko nak berak pun rasa takut2..

Dan segala-galanya bermula selepas pulangnya dari toilet.. jeng jeng jeng (sambil betulkan kedudukan dan letup2 kan jari untuk sambung menaip)

Sakit contraction yang semakin kerap.. kejap2 dia datang.. kejap2 dia datang.. masa tu dah pandai bajet bila contraction tu nak datang.. Dah siap kena tukar baju masa ni.. Nurse datang tanya nak amek apa2 injection tak.. Injection yang dimaksudkan bukan epidural.. tapi injection yang kasi kita mengantuk tu.. ntah apa namanya..

Mekchu cakap NAK, tapi papa-jit kata suruh cuba tahan dulu.. Ok, setuju macam tu.. Bila contraction datang, mekchu just sedut gas tu aje.. Ya, hanya berbekalkan gas khayal sepanjang nak beranak!! and no injection at all!!

Bila contraction makin kuat, mula la nak menangis.. Sampai tersumbat hidung.. Dah la susah nak sedut gas.. kena sedut pakai mulut.. padan lah muka..

Bila tak tahan sangat, mintak nurse injection.. Nurse check dah bukak 6cm.. dan kata tak boleh amek injection tu sebab takut terus tido masa nak push.. dah lambat sgt, lagi pun progress bukaan bawah agak cepat..

Makin lama makin sakit.. dan sakit dan SAKIT!!! penangan ubat berak kah? hanya berbekalkan gas tu aje malam tu.. Gas tu kan bukan kasi tahan sakit tau, dia kasik kita lalok.. dia macam kawal minda kita (kecuali pendengaran).. Sakit tu memang akan terasa. Sakit yang original ok..

Kita macam khayal.. agaknya kalo mat pet dapat gas tu mesti dia suka.. hahaha.. bila sakit tu datang sedut dalam2, lepas.. sedut lagi, lepas.. kadang2 kita terlupa sebab lalok.. tapi pendengaran masih jelas.. apa yang nurse cakap, yang papa-jit cakap mekchu masih dengar dan ikut arahan sangat.. Suruh sedut mekchu sedut, suruh tarik napas mekchu ikut.. sbb kita tak akan terpikir benda lain dah..

Masa tu kan, mulut tak henti2 mintak maaf kat papa-jit.. mintak maaf sambil menangis.. hahahaha.. hadoiii...

Dalam pukul 1 lebih rasanya dah bukak 7cm.. Terpandang nurse dah siap2 peralatan.. contraction pun makin kuat.. Terus papa-jit suruh minum air selusuh.. tak dapat minum abis sbb sakit..

Lepas tuuuuu.......... dengar nurse pesan kalo nak berak bagi tahu.. terus 'nurseeeeee, nak berakkkkkkkkk'.. nurse korek2 lagi, tapi dah tak rasa apa sbb sakit contraction tu menyelubungi segalanya.. ko korek lah macam mana pun, aku dah tak kisah... Sedut gas, makin lalok.. makin lalok..

Yang mekchu ingat mekchu cakap lagi 'nak berakkkkkkk'... 'nak doktorrrrrrr'.. 'mana doktorrrrrrrrrrr......' sambil meneran manjer.. dan terus terasa air panas keluar.. yep, air ketuban dah pecah... terasa air tu keluar setiap kali contraction datang..

Masa tu dah tak keruan.. tangan kiri pegang gas, tangan kanan pegang papa-jit.. kejap dia kena tolak, kejap kena tarik.. kejap tu kena genggam... hahahaha.. paling ingat dia mengaduh sakit masa mekchu pulas kulit kat siku dia.. tapi kira ok tau sebab mekchu dah siap2 potong kuku petang tu.. tak mau peristiwa mintak ketip kuku kat nurse berulang..

Tak tahu apa yang terjadi lepas tu.. mekchu khayal menyedut gas.. doa apa yang mekchu baca pun tak ingat.. segala-galanya khayal.. tapi khayal yang sekejap aje.. ada kala bila dah ting tong sangat nak pegang gas pun tak larat..

Terasa kaki dah kena ikat.. dan nurse cakap 'awak dah nak bersalin ni.. sedut gas.. sedut gas..' terus mekchu jawab 'nak doktor intannnnn.. cepatttttt'.. 

Tiba2 ternampak doktor intan dah ada kat depan.. terus terdengar semua mengira 1....2....3... PUSHHHHH.. ohhh masa yang ditunggu2... cara push? belasah... nurse ada kat sebelah tolong ajarkan... yang mekchu ingat, nafas mekchu boleh tahan panjang okehhhhh... sekali push tak keluar...

Lepas tu dengar lagi... 1......2.....3....... PUSHHHHHHHH.... sekali lagi mengeluarkan segala tenaga untuk push sekuat hati... panjangggggggggg nafas ku... tak keluar lagi.. kali ketiga... baru je nak push, terus terasa benda panas keluar dan terus nampak baby kat atas perut..

Masa tu kan, (alaaaaa, taip sambil menangis boleh?) terus rasa macam satu bebanan yang kita bawak selama ni keluar.. Allahuakhbar... maha besar kuasaMu ya Allah.. dan mekchu nampak air mata papa-jit pagi tu..

Lepas nurse tunjukkan jantina baby, papa-jit tak henti2 ucap terima kasih.. apa lagi, terus sambung menangis.. rasa macam nak buat filem hindustan pun ada.. tapi cerita tak abis lagi.. uri, darah semua blom keluar lagi... ko hentikan lah nak berdrama kat situ ok..

Terus rasa sakit semula... rasanya doktor tengah keluarkan uri dan darah beku kot.. doktor nak jahit dan sempat mintak doktor ubat bius.. dan mekchu terasa ada air sejuk mengalir.. rupanya mekchu tertendang doktor masa dia nak cucuk ubat bius.. terus jahit tanpa bius.. padan muka aku kaki tak boleh duduk diam..

Sakit oiii kena jahit.. tapi sakit lagi masa nak beranak tu.. Dapat 3 jahitan.. huk huk..

Bila baby dah bersih, nurse letak semula atas dada untuk di iqamatkan.. tengok je baby, menangis lagi.. masa ni dah selesai semua..

ini lah gambar yang di share oleh papa-jit kat wall dia.. tayang jugak lah gambar ni kat blog.. kenangan terindah.. muka asli selepas push dan menangis.. 

Tuala putih tu tuala lap selsema.. hahahaha..

Pengalaman berharga sebab mekchu boleh ingat, lihat dan dengar dengan jelas apa yang berlaku.. Masa papa-jit nak iqamatkan baby, sempat lagi capai camera kat sebelah..

disebabkan tanpa sebarang ubat, maka kali ni mekchu berpeluang dengar papa-jit iqamatkan baby.. alhamdulillah... dan menangis lagi.. 

Masa lahir yang sebenar adalah 1.55 pagi.. Kiranya hanya sejam setengah bermula dengan masukkan ubat berak.. Segala-galanya seperti mimpi..

Lepas tolak ke wad, terus tak boleh tido.. sbb tak dapat sebarang ubat untuk tido.. buntang je bijik mata.. terasa2 lagi contraction kat perut.. jam 4 pagi macam tu, borak2 ngan papa-jit.. flash back apa yang berlaku masa kat labour room.. macam2 yang diboraknya.. dan diakhiri dengan dialog dari mekchu "papa, mama tak nak beranak lagi tau... sakitttttttt......".. dan papa-jit buat derk je dengan statement itu dan pura2 tido...

Maka, berakhir lah segala penantian... Syukur diatas kurniaan zuriat kedua kami ini..


Dan ini lah Najwa kami dan Najwa yang ditunggu-tunggu oleh kawan-kawan semua.. Allahuakhbar!!!

36 comments:

nad said...

Noak nanges bila tgk muke merah mekchu..
Tapi rase nak preknen lagi bila tgk najwa..!!!

Tahniah mekchu!
Micah plak cemane?

Chekpid said...

aku plak sayu tengok ko nanges merah2 hidung gitu. Anak anugerah tak terhingga dariNYA, kan...jawapan taknak beranak tu klise la mekchu..nak2 lepas bersalin gitu...tunggu la anak dah setahun dua..baru sesuai pikior nak tambah lagi ke dak...anw, tahniah my preng. sepasang dah anak ko

Suliana said...

sedih pulak baca. touching.. alhamdulillah dah selamat dah kak.. najwa pun comel sangat..

Dee said...

mekchu..dee baca smpi nangis2 tau..pastu ketawa...pastu nangis..dh mcm org mereng mati laki kt depan pc ni..hahaha..

yelah..dee tak pernah rasa lahirkan baby secara normal..dua2 czer..pengalaman tu kan berbeza..

apapun..tahniah..najwa sweet sgt..cute..geram..semua adalah..

amaniammar said...

Ala..seronok dgr pengalaman mekchu...
kita yg bca jd cam ada je kt labour room tu tau..
gas tu sy pakai msa 1st bb...mmg le lalok semacam..
tu r Anugerah dan Jihad kita kaum ibu..camne mak kita branakan kita dulu skrang kita dah rasa..

hihihi...Najwa je erk...plan nak buh S kan..
nnti setiasa le update ttg Najwa's milestone plak..dari saat kelahiran sampai besar cam micha tau...

Selamat Berpantang

SURIA AMANDA said...

wow...pengalaman indah...caner i nak beranak lagi ni...dah 8 tahun my dania dah..maknanya dah 7 thn x beranak..cik abg...moh kahwin cepat...dah gatal nak beranak sekali lagi ni..jeles ngan mekchu..

kontahadif said...

mekchu...ku bace dgn debaran hokey..mengikot rentak cerite ko...hihihihihi

najwa comey.....jd gf bebeh Q ye najwa...

=)

nak bb gallll...errrr

^_*

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

tahniah mekchu.. rasa tringin sgt pulak nak laluinya lagi.. sakit sgt yg tapi tak serik2 dirasai..hehehe

Imaan09 said...

huwaaaa..kisah2 bersalin ni sentiasa membuatkan kita nak nanges kan.. tahniah skali lagi

QasehnyaRania said...

kenangan terindah..
sedih, suka, gembira..
nway tahniah mekchu dan keluarga..
alhamdulillah dengan kurniaan-Nya ;)

kim salam ngn najwa yer ;)

syawalsimpsons said...

dengan perasan yang bercampor2 ni...baca entry mekchu ni tau...apa full name najwa ni...mi cah guano..excited tak...

mikamusz said...

Syukur Sue, semua dah selamat.. Insya Allah, aku bakal menyusul bulan 5 tahun depan. doakan yang terbaik ek..

shuhadah Zainol said...

sonok tau baca pengalaman org bersalin.. hihihi...

najwa sgttttttt comel !! tahniah sekali lagi mekchuuu...:)

watyz said...

kite pon nanges baca ni... :(
tp x pe sakit yg berbaloi kan... :)

Unknown said...

tengok muka mekchu merah2 gitu mmg teringat sakit masa nak beranak, tapi akhir nyer mamavogue operate jua..huhu!

mujur baca kat opis, kalau tak dah berjurai gak airmataku..

ps: pasni try beranak style Dr Halina, dalam air..hii

SYANI said...

Seriau pulak baca cerita mekcu.. lagi 5 bulan turn saya lak... berdebarnya...

[leily.laily] said...

tahniah mek chu...
dh dpt sepasang..
tp siyes ngeri gak baca diari kali ni..
adesss.... takut pun ade ni.. huhuhuh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

MekChu, tahniah dari akak, ALhamdulillah, bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW

amirah said...

waaaaa...rasa cam nak nangis gak byk entry ni....teringat2 masa brsalin aritu...huhuhu...syukur semuanya dh selamat...

Myalycia said...

bila bc entry ni, teringat-ingat pulak mcm mana aku bersalinkan adam dulu.. sebjik mcm kisah kau ni.. cumanya kau bersalin pukul 1 lebih, aku pukul 6 lebih.. sakit dekat 6 jam huhu... pastu aku xbg en ajip duduk kat sebelah aku time ebrsalin, sbb dia mabuk darah.. kang tak pasal2 dia yg pengsan hehe..

tapi sememangnya pengalam paling berharga dlm hidup kitakan..

Anis Azalea said...

menitik gak airmata aku

Najwa.H said...

Tahniah mekchu dah sepasang...


**kami pun mcm nk tutup kedai dah....huhu. cukup dulu sepasang.

therosputih said...

syukur
terharu
sedih
kagum
bangga
kelakar
takut

macam2 ada mekchu, doa sentiasa mengiringi mekchu sehinggalah dapat tahu najwa selamat dilahirkan...alhamdulillah...syukur semua selamat...

wildcutecat said...

bila bace, teringat lak kenangan beranakkan arissa dulu. tapi gas lalok tu memang bestkan mekchu. memang lalok abis.

Azfaliza Abd Latif said...

aku baca entry ni sambil meleleh2 air mata...terharu weh...apa2 pun, alhamdulillah...semuanya dah selamat...

Bitt (double IS) said...

dengan penuh perasan dok baca ni..meleleh jugak air mata sambil tergelak sikit2...

alhamdulillah & congratulations mekchu...tu ayat selalu cakap masa lepas bersalin...huhhh sampai sekarang dok rasa bila org mempersoalkan tambah satu lagi...akekekkekekke

Bitt (double IS) said...

dengan penuh perasan dok baca ni..meleleh jugak air mata sambil tergelak sikit2...

alhamdulillah & congratulations mekchu...tu ayat selalu cakap masa lepas bersalin...huhhh sampai sekarang dok rasa bila org mempersoalkan tambah satu lagi...akekekkekekke

Unknown said...

salam kenal...
rasa sebabklah plak baca entry nie,takut pun ade hi hi...apalah citer saya plak yea nanti.....

kayyana said...

akak kne gunting ke? takutnye kak... alahai.. akak dah lepas dah.. doakan yana plak ye.. semoga yana mudah bersalin dan tak sakit .. hihih. bleh?

uMMisYa said...

salam. akak baca pengalaman awak, buat akak dah terbayang2 segala pengalaman bersalain 4 orang anak dan ni nak masuk 5..aduhai..dah byg sakitnya..tu baru bygkan je..x sanggup rasanya nk tempuh..

Tahniah ya dah dpt sepasang..boleh rehat lama..hehe..tp jgn lama sgt nanti jadi mcm akak,6 tahun rehat skali ter-xcident pregnant azab macam anak sulong lak,lagi teruk dari anak sulung..hehe

enol said...

Samala mcm aku beranakkan Ainaa dulu....cuma bezanye laki aku pegang gas spi aku lalok....nak suh cabut pun x sempat nak bg tau hahahaha...... Lalok la aku disitu mcm mat pet hahahahewwww

enol said...

Samala mcm aku beranakkan Ainaa dulu....cuma bezanye laki aku pegang gas spi aku lalok....nak suh cabut pun x sempat nak bg tau hahahaha...... Lalok la aku disitu mcm mat pet hahahahewwww

Puteri Satu said...

Hahhaa.. akak pulak terkelu baca satu persatu citer su ni... sakit sekejap jek kan tak lama... yang kesian klu sakit sehari semalam tuh ler... hik hik... tak per... lepas najwa 4 tahun nanti.. confirm teringin nak baby lagi... hi hihi

CuTeMiUt78 said...

aaduuuuhhhh sgt2 toouching bla baca n3 kali ni.. alhamdulilah semuanya dah selamat.. tahniah mekchu

NeenaAnuar said...

bestnya baca pengalaman mekchu nie! walaupun sakit.. tapi hilang segala kesakitan bile dah lihat baby diatas pangkuan kan! :)

QasehnyaRania said...

singgah memalam bc kenangan bersalin mekchu :)
tetiba nebes la pulak. hikhik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...