@churalliya

Monday, November 5, 2012

Nama penuh NAJWA dan kontroversi disebalik nama itu

Ngko.... tak hagak-hagak bagi tajuk macam anak tu retis...

Dari dalam perut lagi nak letak nama NAJWA.


Ramai yang tanya apa nama penuh baby.. baekkkkk lah... Nama anak dara saya adalah NAJWA SYAHIRA BINTI MOHAMAD NAJIB.. Najwa bermaksud berbisik/berbisik-bisikan dan Syahira bermaksud mahsyur... InsyaAllah...

Dan menyentuh mengenai nama NAJWA pulak.. Sejak mengandung abg long mi-cah lagi.. kalo boy nak NAJMI, kalo gegirl nak NAJWA.. tahun 2008, masa tu tak dgr pulak pasal isu nama najwa tak baik, itu ini, situ sini...

Baru-baru ni pulak isu ni timbul.. mengikut dalam islam, maksud nama NAJWA adalah berbisik/berbisik-bisikan.. dan ada pulak pengamal perubatan islam yang kata nama NAJWA tu tak berapa baik.. mekchu percaya ramai yang dah baca...

Ramai kawan-kawan yang bagi link dan berkongsi mengenai isu ini.. terima kasih..

Kami telah bertanyakan dengan ustaz dan menurut ustaz, sesuatu nama itu bergantung bagaimana ejaannya dalam jawi.. dalam rumi ejaannya masih sama..

Kita sebagai seorang Muslim, tidaklah boleh mempercayai perkara ini 100 % kerana Allah itu Maha Berkuasa dan kita wajib mempercayai pada qada’ dan qadar… segalanya dalam ketentuan-Nya. Tetapi kita juga telah diamanahkan-Nya supaya sentiasa menuntut dan mengkaji ilmu Allah yang maha luas ini.

mekchu bersama d'double NAJ.. tu sorang lagi NAJ yang amek kan gambar.. 

Najmi Syahputra... dan...

Najwa Syahira..

Alhamdulillah, 2 amanah Allah ini harus dijaga dan dididik dengan sempurna.. Semoga anak-anak ini menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi kebanggaan mama & papa suatu hari nanti... Amin...

24 comments:

nad said...

pasal nama tak elok tu..
yg kata jin suka nama2 tu..
saya pun ada terbaca
zakwan pun ada dalam senarai..



syawalsimpsons said...

ya sokong..time sue taruk nama izz dani aqlan tu pon mak tanya...aqlan tu ejanyer dalam jawi cam ne...mmmm....

yana said...

Nice combination of mama n papa..

Dee said...

moga Najwa menjadi anak yg solehah..

dee rasa ok je kot...kita mesti nak yg terbaik utk anak kita kan..

ayunidati said...

cantik nama tu... dua dua pun best namanya....

ayunidati said...

tahniah...

SURIA AMANDA said...

Semoga Najwa membesar menjadi anak yang solehah...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Selamat melihat dunia, Najwa Shahira...

puan nina said...

olololo..comelnya..nama pun sedap :)

ingat nak soh letak Syafiqah ;p hehe

mamyharraz said...

ohh Najwa semoga kamu menjadi anak yg solehah buat mama dan papa.
comelnya kamu anak..

Aini said...

Najwa comel lote sangt!

Unknown said...

Comelnya najwa..selimut dia pon cantek. Hihi oot!

Unknown said...

Comel nama dorg..insya allah kalau dididik dgn sempurna...sempurnalah anak ni kan.

Mimy Hamid said...

2 naj yang comel...anak ko mmg gebu tau ...nama ada makna tp aku pernah dgr ustaz lain lak cakap...as long ada maksud

Unknown said...

Dah lengkap sepasang yer mekchu! Tumpang gembira semiga anak2 mekchu menjadi anak yg soleh dan solehah.. Nama dorang pon best!

therosputih said...

semoga dua2 naj nih jadik anak yang soleh dan solehah...coming soon, another naj jugak...=) ekekekeke

Chik Att said...

Tahniah buat mekchu dan suami . Permata hati yang ditunggu ......
Semoga menjadi anak yang solehah ...

Najwa tu bukan nama bunga ke ...hehkkkk hekkkk

Kalau ajwa ~ nama kurma nabi.

Apa pun ..... anak itu seumpama kain putih........
Tahniah tahniah ...

Waney Zainuddin said...

Nyenyak nyer najwa tido dlm selimut tu :)

shaza said...

betul mekchu.. kita tak boleh nilaikan seseorang tu berdasarkan nama sahaja.. yang penting didikan agama yang sempurna.. nama pun tak semestinya dari bahasa arab, bahasa lain pun boleh asalkan elok maknanya..

Intan ~ Nur Azlina said...

tahniah mekchu..
semoga adik beradik ni menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibubapa.

Lynn Huraiza said...

mekchu dah dapat sepasang dah...alhamdulillah...

Hida Kadiso said...

yang penting anak tu soleh dan solehah kan.. =D

Myalycia said...

comeyyy nama tu.. sok dh besar bole jd penyanyi mcm najwa latif hehe..

CaDLyNN said...

2-2 comei gebus! gewam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...