@churalliya

Tuesday, November 3, 2009

27 oct '09 : Majlis Santapan Diraja

kali ni kena karang sendiri sbb dlm portal NS x de lak cerita psl santapan nih.. nih yg malas mengarang ayat nih...

benda ni dah seminggu berlalu.. tak ingat sgt apa dah jadi.. maklum la, mak kan tak suka makan kismis....

apa yg sue ingat, kitowang semua mmg rasa x sabar nak kasik habis majlis nih.. rasa mcm nak celebrate kat mapley je mlm tu tau.. kitowang yg terlibat kat penghujung jln ni dah rasa mcm nih, mcm mana la perasaan dorang yg terlibat dr awal thn hari tu erkk.. harus gi bercuti kat pangkor laut ni..


dah ready nak 'menguruskan' tetamu


posing jap, tak ramai lagik yg sampai..



mlm tu pakai bj hitam tu lagik.. kenapa? sbb arahan la.. dr 2 hari punya amatan, masalah problem mesti akan jadik lagik masa mlm santapan ni.. mmg dah dpt rasa dah.. kami yg 'usherer' ni hanya jlnkan tugas dlm dewan banquet tu je.. kalo dah number seat bertindan mmg haru.. lagik haru kalo kedudukan tetamu kehormat tidak di susun mengikut seniority.. yg panglima tentera duduk kat belakang, si polan ni pulak yg dpt duduk dpn tuanku.. mmg haru.. sape nak jawab tu? sue nyorok belakang pintu je..


majlis santapan bermula..


habuan telinga

di sebabkan byk kerusi yg kosong mlm tu, maka kitowang diarahkan untuk memenuhkan kerusi atau dgn kata lain nya dpt bersantap dgn tuanku mlm tu.. makanan?? ya ampun...... kembang tekak... makan sambil tidur.. dlm hati "bila la nak habis ni.. " selang 5 minit tgk menu..


lobster salad with mango lime vinaigrette and mizuna salad


seared scallops with herbs and garlic tossed angel hair pasta (rambut si pari-pari?)


half way makan.. perut dah tak boleh terima lagik..


veloute of carrots with chive cream


calamansi lemon grass sherbet with pomelo (rasanya terrrrrrrsangat masammmmm)


jap.. amek gmbr dulu.. ntah bila lagik dpt mkn kat sini... ngan kapten amin & kapten yus


slow cooked wagyu tenderloin premium grade 8 with beef jus creamy potato gratin, green asparagus, carrots and eringi (kemain panjang nama.. lebih 18 patah perkataan..)


mille feuille of chocolate and strawberry vanilla bean mousse and mocca ice cream (mmg lalu makan ice cream dia je)


leicester cheddar
camemberi
stilton
accompanied with apple and pear chutney
caramelized nuts, raisins and crisp water crackers (makan kismis sebijik..)


sib baik ada air2 nih mengubat tekak ku yg mengembang


acara kemuncak masa pertunjukan bunga api... petanda nak bg tau org kg yg Tuanku dah selamat ditabalkan menjadi Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan..

tak boleh nak balik terus.. kena tggu semua org2 kenamaan dan VVVIP balik dulu.. last2 kol 2pagi gak smpai rumah dan beradu dgn nyenyak nya......


ngan teammate


ok.. last.. last!!


overall mmg berterima kasih sgt la kpd yg memilih tuan hamba utk bertugas sepanjang majlis ni.. mula2 mmg mcm menyumpah seranah.. dan tetiba realized semua ni adalah satu pengalaman yg sgt 'indah' dan susah nak dpt.. mungkinkah akan berulang???

2 comments:

mummy Darin said...

takpelah sue, pengalaman tu, susah nak dapat..berbaloi - baloi ko keje kat SUK.. dapat gak berbakti pada tanah tumpah darah sendiri..kan..kan..kan...

QASEHNYA RANIA said...

mak aiii..nama menu kew main lagi..pjg berjela-jela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...