@churalliya

Tuesday, August 30, 2011

Dugaan kami di malam raya

Lepas balik dari jasko, hantar altis kat car wash.. esok kan nak raya.. car wash tu dekat-dekat kampung aje.. sekali ramai lah pulak.. so, tinggalkan kejap dan janji pukul 7 malam datang balik..

Pukul 7 kami datang sana kereta tu belum cuci pun lagi.. memang banyak pun kereta tengah Q.. janji pukul 8.30 malam pulak.. ok, fine.. masa tu dalam hati ada sedikit rasa macam tak sedap hati.. rasa macam ada yang tak kena.. tapi tak tahu apa..

Berbuka macam biasa kat rumah nenek labu.. dan terasa happy sangat sebab hari terakhir berpuasa kami dapat berkumpul ramai-ramai buat pertama kali untuk ramadhan kali ni.. lepas berbuka main bunga api, mercun.. macam korang jugak la.. lawan-lawan dengan kampung sebelah sape lagik power...

Nak dekat kol 9 papa-jit ajak gi amek kereta.. kitorang naik kenari.. mi-cah ikut sama.. bila sampai je kat simpang car wash tu (bersebelahan dengan caltex) dada tu dah berdebar sikit sebab tak nampak altis kat situ.. hanya ada wira merah dengan BLM putih.. tapi masih tak nak fikir yang bukan-bukan..

Papa-jit turun kenari, terus terjah tokeh car wash tanya mana kereta.. sepasang suami isteri india.. si isteri cakap kereta ada.. asyik ulang kata kereta ada.. sampai kena tempik lah dengan papa-jit sebab katanya ada, tapi tak nampak bayang.. sambil ada lagi sebuah kereta merc baru sampai.. turun-turun je kereta, owner merc tu bagi tau altis dah laju ke depan.. tak sempat kejar..

Memang sah altis kena curi.. ya, sesuatu yang paling mekchu takuti kini benar-benar terjadi.. kereta hilang di car wash..

Malam raya, kereta kami di curi.. malam raya okeh... papa-jit dah mencangkung kat situ dan mekchu tangan dah gigil pegang tipon.. cari phone book tak jumpa.. lutut ni lemah sangat.. kedua-dua mencangkung kat situ.. ada jugak orang2 kampung kat situ yang call minta bantuan.. mekchu nak call polis pun tak ingat nombor.. siap tanya acik kat situ bape nombor polis..lepas tu blur tatau nak call siapa lagi sebab semua nombor dalam tipon mekchu tu nombor lama kawan-kawan.. masa tu kan, tatau nak cakap la.. rasa menyesal sbb tak update nombor kawan-kawan..

Dah call polis, terus call abg ipar pulak.. hanya dia je yang boleh harap dalam keadaan cemas dan panik macam tu.. mintak tolong dia datang car wash dan bawakkan tipon papa-jit.. selalu nak call sape2 memang tya papa-jit.. bila tipon dia dah tertinggal kat rumah, itu yang blur..

Sekejap lepas tu datang kereta peronda polis.. kira 2% dah lega sebab sekurang-kurangnya aduan mekchu dah disebarkan.. harapan masa tu polis buat road block kat semua simpang yang menghala ke KL..

Menurut owner car wash tu, yang larikan kereta tu adalah anak dia sendiri.. macam dah tak betul sangat la.. mak dia mintak tlg alihkan kereta ke tepi tapi dia terus reverse dan bawak laju2 keluar simpang terus ke arah nilai.. masa tu jugak ada member kat kampung ni nampak.. kira betul2 depan mata.. suspek macam lain terus member kitorang tu kejar dgn merc tadi tu tapi mamat tu laju sangat..

Altis tu baru baru lepas eksiden.. jangan terjadi yang bukan-bukan pada altis tu lagi..

Kami terus buat report di balai polis pasal kehilangan kereta.. terasa hari raya kami dah habis setakat malam itu.. tak de semangat nak terus beraya lagi.. pengumuman pun tak sempat dengar.. takbir raya pun belum sempat dengar..

Dalam pukul 11 malam, kami pun balik rumah dulu sehingga ada call dari pihak polis.. masa papa-jit singgah belikan mi-cah air kotak, mekchu terdengar takbir raya di radio.. masa tu laju je air mata ni mengalir.. terus rasa sadih sangat... ketika orang lain sibuk bertakbir bersama-sama di rumah, kami hanya mendengarnya di radio.. kali ni hati ini sangat sayu bila mendengarkan takbir.. dan hati itu sangat berterima kasih kerana sekali lagi kami dipilih untuk menerima ujian dari-Nya..

Bersambung....

(ada ke orang buat entry pagi-pagi raya?)

10 comments:

Lynn Abd Latib said...

Smg cepat2 ketemu hdknya
jgn sdh2 ok.

Suhaimi Salleh said...

sabar der. dugaan tue. insyaAllah ada hikmah dia. hopefully keta ok

puanstoberi said...

oh. masa MEkchu tulis status kat FB da agak misti ada something valued yg ilang.

Apa pun, sabar yer. Dugaan ni namanya.

CaDLyNN said...

mekchu..sabar ye..dugaan tu..lin pon penah terhilangkan kete ayah masa keje..lin paham.. :(

MiYOKO SuKi said...

arap bersabar ye mekchu...mlm raya tuuu....

mama_onie said...

Sabar Sue harap dpt semula altis..

Nisa_Hardzir said...

sy ingat umah kak sue kne masuk pencurik..tp kete da dpt kan..alhamdulillah...selamat hari raya kak sue :)

♥MAMASYAZA♥ said...

pergghhh hilang kereta kat car wash, memang menakutkan bila dengar.
semoga mek chu tabah hadapi dugaan tuhan

NeenaAnuar said...

ya ampunn.. memang dugaan betoi nie.. uhuhu... harap mekchu dpt jumpa semula kereta mekchu tuu... tak sabar nak tunggu sambungan kepada citer yg penuh suspen nie..

my dad memang dari dulu tak penah kasik tinggalkan kunci kereta kat car wash.. sanggup lah kami tunggu sampai kereta tu basuh walaupun berjam.. takpe.. lepas nie hope mekchu & papajit lebih berhati-hati ye.. pasti ade hikmah yg tersembunyi disebaliknya..

syawalsimpsons said...

sedeynyer mek chu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...