@churalliya

Wednesday, December 7, 2011

Tips Untuk Mendapatkan Buffered (BE) Earning daripada Nuffnang

Ok, tips ini amat berguna untuk diri sendiri dan untak kawan-kawan juga.. Bila terbaca sesuatu yang bagus, mesti lah rasa nak share kan..

Copy daripada ceeramoon adik kesayangan kak jemm. ehhh betul ke kesayangan? Hai ceera :)

Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut : -

- Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

 - Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

- Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

- Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging!

Thara Sofian
Talent Manager


Kat blog mekchu ni ada 3 iklan.. SATU : semestinya nuffnang. DUA : kotak2 yang bersusun kat atas tu daripada ChurpChurp (adik beradik kepada nuffnang jugak). dan KETIGA : iklan banner daripada blogger. Yang KETIGA tu tak boleh nak buang pulak. Sebab itu salah satu sumber pendapatan jugak tu :)

Jadi, sila lah check semula blog korang. Kat mana korang tepekkan Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle nuffnang tu.. harap2 dah sesuai tempatnya.. dan jangan lupa edit survey jugak. Kalau nak baca kesimpulan sila baca kat entry ceera ni http://c33ram00n.blogspot.com/2011/12/tips-cara-dapatkan-buffered-earning.html

Senyum :)

10 comments:

puanstoberi said...

Huhu. Lama da tk dpt BE nih.. acena?? hikss

Unknown said...

semput2 je BE nak sangkut kat blog sya...huhuuu

Fiza Rahman said...

Thank for the info mekchu. Haruslah kemas kini survey slalu.

Mimy Hamid said...

aku dah baca dulu kat blog ceera smbg ke mekchu lak...yer baru aku tau aku gagal bab survey baiklah pasni gigih klik survey

eisyaawie said...

nak tepek banner yg tengah tue paling susah....sampai skarang x bleh buat lai... pening tgk link...
huhuhu

Bitt (double IS) said...

owhh gituw...pening i u..hehehhe

Anis Azalea said...

thanks for sharing. puas jugak masukkan iklan nuffnang ni bila tukar new template. hehe

mama tisya said...

byk tul be kt blog ceera kn

Sue said...

kita baru jer lahir, baru 2 hari. still new kat blogging world ni.hihihi...harap2 nantti2 dapat la gak. meh add kita & checkout blog aye yer.

Nida said...

adeiii.. Kak Nida ni nuffnang ke apa ke memang tak faham sesangat sebenaunya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...