@churalliya

Monday, August 13, 2012

Tutorial memakai Maternity Support Belt

Ada banyak bentuk Maternity Support Belt yang terdapat di pasaran. Secara asasnya terdiri daripada 3 item yang utama iaitu Abdominal Lift, Belt dan Top Strap. Kalau beli Maternity Support Belt yang mekchu pakai tu, korang memang akan dapat 3 item ini..

Abdominal Lift

Belt

Top Strap

CARA MEMAKAI (dipakai terus pada kulit)

 1. Abdominal Lift di pakai mengelilingi pinggang dan terletak dibahagian bawah rahim kita tu.. tempat yang kita rasakan paling berat nak bawa.. Di sini lah pentingnya bagi wanita yang mengalami uri di bahagian bawah. Abdominal Lift sangat bagus untuk membantu meringankan rasa sakit ketika bergerak.

2. Belt ini pula dipakai di atas Abdominal Lift tadi. Ia sangat penting untuk menyokong bahagian belakang badan kita yang membawa 'muatan' berat. Memang sangat membantu ketika kita duduk dalam tempoh yang lama. Saya pakai belt ini ke atas sedikit mengikut kesesuaian. 

Sewaktu nak pakai belt ni, dicadangkan supaya bengkok kan sedikit lutut untuk mendapatkan pemakaian yang lebih selesa.


3. Bila dah dapat sokongan di bahagian bawah, bahagian atas juga perlukan sokongan. Top Straps ini berfungsi untuk menyokong perut supaya lebih selesa. Mungkin sesetengah produk lain yang tidak didatangkan sekali dengan Top Strapes ini.. 

Pasaran Maternity Support Belt ini masih baru di Malaysia. Oleh kerana itu, harga masih rendah iaitu hanya RM199.90 sahaja. Memang dicadangkan oleh kebanyakan doktor O&G tetapi tak semuanya mempunyai stok. Kalau ada pun mungkin boleh didapati dengan harga yang lebih tinggi daripada itu. Di antara distributor yang ada adalah AppleRED Healthcare Services.

Disarankan kepada ibu yang kandungannya mencecah 6 bulan ke atas kerana waktu itu sudah mula terasa pertambahan berat yang ketara kan..

Jika berminat, boleh e-mel saya terus di churalliya@gmail.com atau kalau segan nak e-mel, kita borak kat fb pun boleh https://www.facebook.com/suraya.mazni

Tempoh mengandung sepatutnya merupakan tempoh yang indah untuk dikenang, bukan menyakitkan :)

2 comments:

Mimy Hamid said...

kenapa masa aku pregnant tak de benda alah ni...aku beli baby love nya maternity support jek...ni lagi best

Aleyn said...

Hehe...cute

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...