@churalliya

Monday, January 21, 2013

Kami praktik kan tips ini ~ Tips Tinggalkan Anak Kali Pertama di Tadika/Sekolah

Kami tidak lah sehebat mana.. Masih punya banyak kelemahan .. Kawan-kawan semua adalah kekuatan kami dalam bab menguruskan anak ke sekolah ni..

Bila kami praktik kan tips yang diforwardkan oleh seorang rakan ni (thanks rozette), memang ianya sangat membantu.. Mekchu tak akan share tips yang tak best.. hanya yang best-best belaka dalam blog ni.. hahaha.. (ada ke tips yang tak best?)

Ya, memang agak terlambat nak share.. tak pe la, mungkin boleh digunakan untuk anak-anak yang akan masuk sekolah tahun depan..

Tip tinggalkan anak kali pertama di tadika / sekolah:

1. Bercerita tentang keseronokan bersekolah.
Seminggu sebelum sekolah dibuka, ambil masa melawat sekolah dan berkenalan dengan guru-guru mereka. Bacakan buku-buku cerita tentang keseronokan bersekolah seperti 'The first day of school by Toby Forward' dan sebagainya. Ini meningkatkan imaginasi kanak-kanak bahawa sekolah itu tempat yang seronok, ramai kawan dan banyak permainan.

2. Beritahu rutin harian si kecil.
Menerangkan kepada mereka apa yang mereka akan lakukan sepanjang hari membantu mengurangkan kebimbangan kanak-kanak. Ini kerana mereka tahu apa yang akan mereka buat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tidak tahu apa yang mereka bakal lakukan di satu tempat yang asing bagi mereka, anak-anak ini cenderung untuk menangis & meraung-raung. Tangisan & raungan ini menunjukkan tahap kebimbangan mereka untuk ditinggalkan di tempat asing tersebut.

3. Beritahu masa spesifik kita akan kembali mengambil mereka.
Sebagai contoh, "Ibu akan ambil Aiman selepas Aiman makan petang nanti." atau "Ibu akan ambil Aina selepas Aina buat kerja-kerja mewarna tengahari nanti".

4. Konsisten dengan rutin selamat tinggal anda.
Salam, peluk dan cium si anak dengan segera. Kemudian terus lepaskan kepada guru yang bertugas. Nampak mudah, bukan? Namun, hakikatnya, ia sukar dilakukan.

Jangan menangguh walaupun sekejap, kerana ia akan memberi peluang untuk anak memanipulasikan anda dengan tangisan & 'tantrum' yang membuat anda tidak sampai hati untuk meninggalkan si kecil. Terus tinggalkan si kecil walaupun ianya sedang menangis.

Ini juga memberi mesej pada anak ini bahawa; "Walaupun aku menangis, ibu & ayah tetap tinggalkan aku..Oh! Buat apalah aku menangis..."

5. Beri sepenuhnya kepercayaan kepada guru.
Guru anak anda adalah terlatih, telah diberi kursus untuk menangani tingkah laku kanak-kanak. Berikan kepercayaan anda 100% terhadap guru. Mereka tahu tugas & tanggungjawab mereka.

6. Bayangkan anak sedang berseronok, mudah diurus & mengikut rutin di tadika / taska.

InsyaALLAH, apa yang kita bayangkan & doakan, pastinya itu yang akan berlaku. Ingat! Apabila anda tinggalkan si kecil yang sedang menangis, tangisan itu hanya sementara. Setelah anda berlalu dalam beberapa ketika, tangisan itu akan terhenti dengan sendirinya. Tetapi, selagi anda berat lepaskan sikecil dan bimbang tak tentu arah... selagi itulah tangisannya akan berterusan.

Ada juga ibu / ayah yang akan menelefon pihak sekolah sejam sekali untuk bertanyakan hal anak mereka. Perbuatan ini hanya mengganggu dan membuatkan orang tidak suka. Telefon sekali sahaja pada waktu rehat atau makan, itu sudah cukup memberi maklumat kepada kita bagaimana keadaan anak-anak kita.

7. Berikan pujian kepada si kecil setelah anda mengambilnya dari sekolah. Ingat! Pujian harus spesifik. Sebagai contoh, "Ibu kagum dengan keberanian Aiman. Macam itulah anak ibu. Berani, seronok belajar bersama kawan dan senyum-senyum pula tu..." Sebut yang baik-baik sahaja.


Anda pasti menjadi ibu & ayah yang bahagia dan tidak risau-risau lagi.

Tips nombor 4 tu sangat2 mencabar untuk dilakukan... papa-jib je yang boleh buat sebab tu dia ditugaskan untuk hantar anak pagi-pagi ke sekolah..


Selamat mencuba dan semoga berjaya :D
  
by mekchuN (^_^)

4 comments:

syawalsimpsons said...

yee...tiada lagi nuffnang X...kikiki...info yang baik ni

amirah said...

memang susahhhh...nak anta pi umah opah pun meraung, inikan pulak sekolah...owhh tak pat nak imejin lg

nad said...

Alhamdulillah, itu yg kami praktikkan...

Unknown said...

batul betul betul!!! tapi kang ada mak2 yang ikut sama nangis bila tengok anak nangis. muhahhahaha!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...