@churalliya

Wednesday, February 26, 2014

Macam mana najmi terbuka hati nak makan di sekolah

(entry sambungan dari Kenapa abang mi tak suka makan di sekolah. Entry makan pun ada sambungan ke?)

Mekchu hantar abang mi macam biasa sampai pintu kelas.. Sekali cikgu datang dan borak2 pasal kes abang mi tak nak makan..

Cikgu : "semalam saya siap koyakkan sikit roti telur dan cakap kalau najmi sayangkan mama, najmi kena makan sikit.."
mekchu : "oooo patut lah ada luak sikit roti telur tu"

Cikgu bercerita lagi...
cikgu : "kenapa najmi tak nak makan ni.. kesian mama penat dia masak tau..."
abang mi : DIAM
cikgu : "errrmmm? kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : DIAM lagi
cikgu : "kesian tau mama pagi2 masak kan bekal, najmi tak nak makan. kenapa?"
abang mi : "mi tengah fikirkan jawapan ni cikgu"
cikgu : "cuba bagi tahu cikgu kenapa najmi tak nak makan"
abang mi : "sebab perut mi ni ada angin jahat......"

Terus cikgu gelak...

Ok, mengaku memang perkataan angin jahat tu mekchu yang wujudkan... dah tu tatau nak eksplen macam mana lagi kat dia...

Sekali datang cikgu besar (pra) dan terus mekchu kena sekolah kat situ jugak pagi tu...

cikgu besar : "tak baik sebenarnya cakap angin jahat pada budak2 umur macam dorang ni"
mekchu : SENGIH
cikgu besar : "budak2 ni ada minda.. minda mereka sedang dalam proses berfikir mana yang elok mana yang tidak.. kalau kita bagi tahu alasan macam tu tak baik kan..."
mekchu : SENGIH lagi
cikgu besar : "kita patut cakap macam ni... makcik tukang masak kantin tu orang Islam. Dia bersih. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia masak sedap. Makcik tu dah lama kerja memasak kat sekolah... blaa.. bla... blaaa..."
Masa ni mekchu dah blushingggggggggggg
mekchu : "Ok cikgu, nanti saya ekspen dengan najmi sama macam apa yang cikgu cakap tu. Terima kasih ya cikgu. Saya akan cuba pujuk najmi lagi"

Terus blah masuk opis... Merah punch card ku akibat kena sekolah di sekolah anak...

Dan mekchu cuba ceritakan dan jelaskan dengan abang mi sebijik macam apa yang cikgu besar tu cakap... dan alhamdulillah, minggu lepas dia ada bagi tahu dia ada cuba makan mee goreng kat sekolah...

abang mi : "mama... mama....... tadi kan mi makan mee goreng kat sekolah.. sedap lah mama...."
mekchu : "haaaa... kan mama dah kata. Makcik kantin tu orang Islam. Dia masak sedap. Dia basuh tangan sebelum masak. Dia pembersih tak macam mapley" ~ yang hujung tu mekchu tambah
abang mi : "minggu depan cikgu kata mama tak payah masak bekal mi... Mi nak cuba makan kat kantin sekolah"

Ternyata jauh sangat bezanya kualiti ayat seorang ibu muda dengan ayat cikgu besar kan... Mereka memang sangat berkemahiran dalam psikologi anak.. Terbaekkkk...

hari pertama ke sekolah tanpa bag bekal.. 

Sepanjang hari mekchu berdebar dan tak sabar nak tunggu abang mi balik sekolah..


"mama, mi makan masakan makcik kantin kat sekolah tadi... mi tambah ikan 2 kali!! sedap lah makcik kantin masak.. bukan macam mama masak"

Dah pulak.... sempat ngko kenakan mama kannnnnnnnnn......

ini minggu ke-2 tanpa bag bekal

abang mi : mama dah tak payah masak bekal ni tau.... 
mekchu : sampai bila? 
abang mi : SELAMANYA.......

Syukur... syukur... syukur... Tiada paksaan... Keinginan itu datang dengan sendiri...

Atau mungkin juga abang mi ada 'pendorong' atau erti kata lain 'pemberi semangat' di sekolah?... Dia selalu sebut nama batrisya. Apakah??


by mekchuN (^_^)

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya dia

Rizziela said...

Alhamdullilah..senang keje mama

mikamusz said...

Batrisya?? siapa itu Batrisya, pelakon? pelawak? penyanyi?
hahahaha
all the best abg mi, so tahun depan sure mama tak yah risau sebab abg MI akan makan kat sekolah dengan 'DUIT' yang mama ngan papa bagi pulak, mesti lagi enjoy..

Emmy said...

Pulak. Ok lah ok lah. Cikgu menang. Tapi air tangan ibu jauh lebih berkat kn dr makcik kantin. Huhu. Selamat dah xpyh mama mi or papa jib buatkn bekal lg dah haha

Nad MamaZN said...

Amboi batrisya :p
Zakwan masih setia dgn radiah dr skolah lama walau aisyah selalu tlg dia kt skolah baru haha..!

Good boy najmi

syawalsimpsons said...

batrisya..menantu kaa....seseklai mama kena kan..kesian mama..kikikiki...mmg ayat untuk bebudak ni memainkan peranan kan

.::WaNiE::. said...

kelakar la najmi tengah fikir jawapan hahahaha

batrisya???

apakahhhh hahahaha

jeng jeng jeng.. bila entry batrisya nak keluar

.::WaNiE::. said...

kelakar la najmi tengah fikir jawapan hahahaha

batrisya???

apakahhhh hahahaha

jeng jeng jeng.. bila entry batrisya nak keluar

* nauzalurun said...

wakakaka festaim aku dengar mama pun kena sekolah dgn cikgu...so cute

Suliana said...

haha.. kesian last2 mama nya juga yg kena. tapi kan kak, elok juga klu ibu masak utk anak. lagi berkat sambil masak tu selawat2. cuma kita lah yg terkejar2 masa.. :-)

QasehnyaRania said...

oo begini kesahnya ye.
update citer sapa batrisya mekchu. hihi

mummy_ayu said...

Ha ha ha....ada batrisya lagi

Bitt (double IS) said...

abg najmi mkn kat sekolah la...mcm2 ada...akekekkee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...