@churalliya

Tuesday, April 8, 2014

Langkawi D2 : bla, bra, bla & Parasailing

Nak fokus cerita pasal parasailing semata kali ni.. Sebab yang lain-lain dah habis cerita kat sini hari tu..

#1sttimekatanya. Kena teruja lebih..

Masih di hari ke-dua... Najmi asyik merungut bila nak mandi laut... Tak padan dengan demam pagi tu... Ada masa sikit petang tu, papajib bawak pegi area Pantai Chenang sana..

Tapi dia parking kat Pantai Tengah.. mekchu pun tatau ada banyak pantai kat sana.. bila nak add location kat instagram baru lah ku tahu... Sepanjang-panjang pantai tu nampak payung terbang.. macam2 kaler.. Gerammmm....

Sebelum keberanian sampai, jalan-jalan sepak-sepak pasir macam biasa tepi pantai.. sambil jakun tengok orang berparasailing dari dekat... Wawa tido dalam keta.. Nenek labu tak larat nak turun lagi dah.. Dia temankan budak kecibung tu..

 captured by abam mi.. sekeping ni aje yang dia boleh tolong katanya... 

memang bersepah payung besar kat atas sana.. 

Dalam 5 ke 10 minit dok perati minah-minah arab kat sana naik dan turun macam tak de perasaan, tiba2 terdetik hati nak naik... Ajak papajib sama.. tapi dia kata nak jaga anak mandi laut.. Ok, fine..

Tak tahu lah dari mana datangnya keberanian nak naik Parasailing ni.. memang berani secara tiba-tiba sangat ni.. Terus bayar aje RM60 kat adik tu..

Sekali lagi ajak papajib naik sama.. Kan boleh naik 2 orang.. Tapi dia kata dia tak pandai nak landing.. nanti takut landing atas pokok.. kahkahkah.. satu lagi alasan tak boleh blah... Kalau tak de papajib kat situ, tak de siapa pulak yang nak amek video mekchu ni kan.. Tak pe, nanti papa belajar landing ehh..

siap lambai2 kat papajib tu... hahaha..

lepas tu terus cuak.. hahahaha...

Korang nampak tak tali kat montot mekchu tu tak betul? Adik tu ikat tali tinggi sangat.. Dia tak dapat bezakan antara montot dan peha ke apa ni.....

Bila naik sepatutnya kita relek je boleh duduk atas tali tu.. dah tali tu tinggi, mekchu macam berdiri je kat atas sana.. sakit woiii pinggang dan perut ni.. macam buat push up 88 kali..

Bila kat atas tu..... adik tu siap pelik
"kak, kenapa akak duduk tinggi sangat ni? orang lain rendah aje"
"akak ko ni bukan duduk dik oiii.. akak tengah berdiri ni.."
"hahh?"
"tali ni kenapa tak letak betul kat bontot akak?"

"ohhh akak tarik je la tali ni.. boleh betulkan"
"nak tarik macam mana?"
"akak lepas la tangan.. betulkan tali ni"
"ko gile nak suruh akk lepaskan tangan.."
"tak de apa-apa la kak.. lepas je tangan"
"tak pe la dik.. akak sanggup berdiri kat atas awan ni dari lepaskan tangan.........."

Ni ada video nya.. korang layan aje lah.. kelakooooo...

video
Dia ingat kita tiap2 hari naik benda ni kot.. tiba2 je dah terbang.. Papajib siap Bismillahirohmanirohim kat tepi.. #parasailing #holidaymekchu — at Pantai Tengah, Langkawi


That's me... Yeah it's me.... Ohhh oooolala.. A ahhh mekchu la tu.. iyeeeee itu mekchu.. (^_^)
8 hari 8 malam la korang akan tgk gmbr mekchu ber-parasailing.. hahaha sangat bangga dengan diri sendiri.. Asyik2 tepuk bahu sendiri cakap well done pada diri sendiri.. #parasailing #holidaymekchu


video
"Mama nak mendarat.... mama nak mendarat..."

Budak tu suruh mekchu lari masa mendarat.. ngko tengok la. Punya menurut arahan kaki belum cecah tanah dan mula mengayuh.. kahkahkah #parasailing#holidaymekchu — at Pantai Tengah, Langkawi

video

Lepas turun parasailing kena temuramah pulak... hahahaha... 
Itu memang real me.. memang tak pura2 berani.. memang penakut sebenarnya.. memang isshhhhhh memang laaaa dia ni!!!
"mama mi hebat....." kata abang mi disisi (•_^) #parasailing #holidaymekchu — atPantai Tengah, Langkawi

Memang pengalaman sangat lah... Perasaan? tak de perasaan bila nak naik.. menggeletar apabila turun... 

aksi pompuan kerek yang boleh berdiri atas udara... kahkahkah... 


Korang kalau ada peluang nanti try laaa.. Sekali pun jadi laaa.. Kalau tanya mekchu nak naik lagi tak? Ya, mekchu akan naik lagi dengan syarat papajib naik sama..

Kali ni kalo naik mekchu ingat nak #selfie kat atas sana.. chewahhhh...


by mekchuN (^_^)

13 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bestnya

CikLily Putih said...

bestkan parasailing. kite pernah naik dulu masa trip ke Penang kat ferringhi memang terbaek ko..

syawalsimpsons said...

hahahahha...ada hati nak selfie tu....adoi mesti best kan mekchu naik sana kan

salwana nordin @ che'wa said...

bestnya naik benda alah ni ha..tak penah langsung try ok!

best..best..best...

therosputih said...

org sebelah tgk aku lain macam senyum gelak guling2 sambil tgk phone, video perstaim mekchu punya pasal...

Ayang Noorainie said...

hahahaaa...senyum sendiri tgk gelagat mekcu..dialog pasal tali kat bontot tu pon kelakar..rela berdiri dr lepas tangan ye..

mcm nak try je nanti..

Azura Aziz said...

video last tu aku tau kau xberani sbenarnya hehe.. but goodb trying.. tu blum masuk fear actor lg kan kan..

amirah said...

perghhh...macho gila...best best best...

mama_onie said...

Tatutttttt.... fuhhhh nak kena try gek ni...

Nad MamaZN said...

hahaha bravo bravo!
bangga ngan mekchu!

kayyana said...

tabik spring !!!!

anakomak said...

part perbualan kat atas tu mmg klakar.. hahaha..

syabas mekcu!
bukan senang nak berdiri di langit terbentang luas :p

Bitt (doubeIS) said...

dari awal naik sampai turun....so memang menjerit je ke mekchu? akekekekkee tapi salut la naik gak ye dakk hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...