Kat situ ada tempat khas untuk teropong bintang, planet, bulan.. sangat istimewa... Hanya satu di Malaysia..
Berat hati jugak nak minta ijin papajib nak pergi bengkel.. walau hanya 3 hari 2 malam, tapi beliau kena rancang perjalanan seharian dengan details seminggu lebih awal.. kan dah keje Tampin, balik keje pukul 5.30 petang.. Jadi urusan hantar dan amek abang mi dari sekolah kenalah rancang betul2..
Tahniah papa.. urusan anak2 berjalan lancar.. hujung tahun ni mama banyak training kat luar tau.. so practise make perfect.. LOL
Hari pertama bengkel dah nampak kerut2 di dahi bila penceramah terangkan apa yang patut dan apa yang tak patut buat.. Pedulik la dengan kerja semua tu.. kerja sampai bila pun tak akan habis.. mekchu bukan nak cerita pasal kerja pun kat sini.. Buat masa ni tak minat..
Mekchu nak cerita pasal kejadian selepas waktu bengkel.. satu-satu nya tempat untuk luahkan perasaan...
tengok ni... sunset dari tirai kamar sambil2 layan rindu awak 200% dengan piah.. Subhanallah.. cantiknyaaaaa....
Tak payah turun tepi pantai pun.. selak langsir je.. sangat cantik bukan..
Malam sambung bengkel..
team operasi di kaplai oleh incik bosh yang pakai baju hijau tu...
Tiba-tiba dah hari ke-2.. Selamat Pagi Podiksen...
menikmati teh tarik yang super sedap.. lunch carik teh tarik, dinner pun carik jugak..
mekap telur kita jap.. hahaha mekchu ada telur?
di sebalik tabir.. hahaha dan itu lah yang macam korang nampak kat IG mekchu tu..
Hari ke-2 pun berlangsung baik-baik aje.. ni selepas bengkel abis untuk hari ke-2..
bersama penceramah dari SIRIM..
Ehhh mekchu tak bagi tahu pun bengkel apa kan... Biar lah rahsia.. hahaha...
cubaan menahan planet marikh dari jatuh menimpa bumi.. yang tengah tu nampak sangat serik tak mampu menahan planet dari gugur ke bumi.. hahaha
ai ai captain...
Petang tu.. tengah golek2 atas katil (ye la, hari biasa tak dapat nak golek2).. Tiba2 rumet buat perangai
"su nak naik banana boat tak?"
"hahhhh... bila?"
"sekarang... jom..."
"jom"
"jommmmm... saya call budak2 ni... "
"jommmm"
Idea giler betul dia ni... Dengar dia call bilik demi bilik.. setiap perbualan ada ayat ni "jumpa kat bawah dalam masa 5 minit..."
Wahhhh gilerrr ahh semangat... mekchu terus lompat katil dan termenung depan bag.. cisssss baju renang terlupa bawak.. pakai je la apa yang ada...
Ok mengaku.. mekchu tak pernah naik banana boat sepanyang hayat.. hahaha kesian tak? patut menjadi sejarah jugak ni... berani-berani takut..
Dan baru tahu kita boleh tahan banana boat tepi pantai macam tahan bas.. hahaha.. Kalau tidak jauh ke depan sana kena menapak...
lama tengok gambar ni.. pelik kenapa yang kat tengah tu macam padat semacam... hahahaha rupanya ada 7 seat je banana boat ni.. kami ada 8 orang.. tu kak sham kat tengah kena berpaut pada dahan yang kukuh kat depan dia..
Adik tu bagi tau tak payah basah pun tak pe.. dan haruslah kami memilih yang tidak basah.. nak keliling pulau sikit aje.. lepas tu balik.. tak nak lama-lama sebab nak rasa naik banana boat aje..
Sudahnya, tak de makna tak basah.. di 'kona baring' nya banana kami. Terus la jatuh dalam laut.. cisssss tau tak kita tak pandai berenang... hahahaha.. Sebenarnya mekchu dah lama tak mandi laut.. tak suka mandi laut sebab leceh nak salin2 baju, tak suka lekit2 air masin semua tu..
Mmmmmm.. tak nak mandi laut yeeee.... tak nak lekit-lekit yeeee.... kim salam!!
mandi di sisi matahari terbenam... lamanya tak bau air laut...
Malam, sambung bengkel lagi...
kahkahkahkah.. gambar untuk tatapan pembaca blog aje.. penat sangat naik banana boat kot..
Malam tu ada lagi aktiviti menanti kat sana... Kami mendaki anak 132 anak tangga untuk ke puncak.. Kat atas tu ada teropong besar. Paling besar kat Malaysia.. Teropong ini lah digunakan untuk melihat anak bulan syawal, nak tengok gerhana bulan, gerhana matahari, kejadian planet yang jarang2 berlaku..
Bangga jugak lah sebab dah sampai sini.. Mula2 ada briefing sikit pasal tempat tu.. hari tu mekchu ingat, tapi bila nak update blog lupa dah segala info.. hahahaha
teropong ni ada nama khas.. apa ntah.. yang tahu teropong ni super duper hebat..
bergambar dengan teropong..
sementara nak tunggu masa yang sesuai untuk teropong..
Kalau hari hujan dan awan tebal, memang tak boleh nak teropong apa.. tak nampak apa.. malam tu pun sebenarnya tiada kejadian istimewa yang berlaku.. setakat kami dapat teropong bintang aje..
Mekchu dapat tengok bintang berkelip.. kerlipan yang macam percikan bunga api tu.. cantik tau.. mekchu percaya pencipta lagu twinkle little star tu dah pernah tengok bintang berkelip guna teropong.. hahahah... memang gitu lah bintang berkelip. Masa teropong tu siap buat gaya twinkle twinkle little star...
Persoalan..Betul ke bintang ada 5 bucu?
Dan persoalan lagi... bulan ada cahaya ke tidak? Bulan tak de cahaya ok.. Bulan menyerap cahaya daripada mahatari... haaaaa macam2 jugak sempat belajar kat situ.. seronok jugak kan belajar astronomi ni..
serius.. meneropong bintang di langit..
Kalau dapat pergi masa gerhana bulan atau matahari atau pergerakan planet2 yang lain memang best..
dapat tengok bintang pun dah rasa best...
Cantik tau kat sana.. korang kalau nak expose pada anak-anak pasal planet, angkasa, milkyway ni semua, mekchu suggest tempat ni.. selain dapat mandi kolam, mandi laut semua tu, anak2 boleh tahu something new... mana nak dapat hotel ada fasiliti ni..
Hari last...
Rabbit terbang ni hanya boleh jumpa kat podiksen. Dia hanya akan muncul selepas tamatnya bengkel..
Hahahahaha...
Pitam kalau dibiarkan dia lebih lama di sana..
7 comments:
hahaha...rabbit terbang eksaited bengkel dh abis...
seronoknya
hahahhahha..ada rabbit terbang lagi tu..
Time bengkel je sebenarnya kita dpt rehat su..lps tu kembali kpd asal. Hehehe
ehh, samalah.. hujung2 tahun mmg byk bengkel dan kursus kan..
Comelnya rabbit terbanggg!!!! Hehe
akakakkakakakaka adoiii macam2 gaya motivasi selepas berbengkel ehh...
Post a Comment