@churalliya

Tuesday, August 26, 2014

Up cerita raya 2014

Mengambil kesempatan hari terakhir Syawal untuk publish entry raya... Mujur masih dalam bulan Syawal... masih sedang elok la tuh nak up cerita raya.. rasanya macam nak senapas kan je entry raya kat sini.. nak pudat semua masuk kat sini aje... boleh je kannnn...

Tahun ni malam raya dan pagi raya di Labu.. Walau pun hari2 balik Labu, raya tetap kena ikut giliran.. Kalau tak de kami, emak sorang2 pulak kat rumah tu.. Akak ngan abang raya di rumah mertua masing-masing dulu.. Cenggitu lah tiap2 tahun... tak dapat sama2 dengan kaklong dan abang ngah pagi raya tu... Pengorbanan untuk emak namanya...

Gambar-gambar pagi raya sementara tunggu papajib ngan abang mi solat raya..

 gambar pertama adalah gambar selfie dengan nenek labu.. 

 kemudian gi tangkap budak kecik ni.. bagus, elok pulak lekat turban atas kepala dia pagi tu.. 

 gambar ni kan, mekchu nak crop lepas tu nak buat bookmark!! eee geram lak haku!!

 yeyyyy.. abang ngan papa dah balik semayang raya... yeyyyyyy.... 

hermmm.. macam tu lah.. reaksi abang bila ketika sayang.. ketika marah toksah bagi tau.. 

Kendian, pegi melawat kubur arwah abah dan sesi bermaafan.. Hanya kami...

 ni bukan lakonan tau.. ini betul2.. sayu sangat bila salam dan peluk emak.. adik doakan emak sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati dunia dan akhirat... 

 lepas tu turn abg mi.. dah ajar kat dia nak cakap macam mana bila salam ngan nenek.. sampai je turn terus blur.. tu mintak simpati tak ingat dialog la tu.. 

 kendian budak kecik ni pulak... turban dah hilang

 last sekali turn papajib.. haaaaa yang ini baru betul lakonan.. hihihihi... 

 begitu lah family kecil kami di pagi raya..

Mekchu kan, boleh control lagi bila salam ngan nenek labu.. tapi bila salam ngan papajib kenot kontrol anymore laaa... sedih sampai tesedu sedan.. itu pun tak abis cakap.. sebab tak boleh nak cakap lagi dah... tekak dah perit sangat.. pelokkkk aje lah... orang banyak dosa memang gitu ke?

Patut kena ada sesi mintak maaf dalam bilik tidur... Part II.. hahahaha... Maafkan segala kesilapan, kekasaran, kemarahan, kedegilan, kecomelan mama pada papa selama ni.. ehhh yang last tu macam tak kena pulak...

Lepas tu bergambar sefamily.. apa yang ada je la pagi tu.

3 generasi

 cubaan bergambar 1 family... tak de yang senonoh

abang mi yg sentiasa berperangai kalau minta amek gambar... sebelum tu gambar bertiga aje.. 

baju mekchu kain nya beli di pritilulu... batil shawl beli dari matase sutera...

Tragis tau di sebalik persiapan baju raya tahun ni.. baju raya pertama tu yang penting sebenarnya kan... sebab nak sedondon..

Papajib la... dia tak nak ada baju melayu baru tahun ni.. nak pakai yang tahun lepas punya.. kaler shocking pink tu.. tak nak membazir banyak2 baju melayu, tak selalu pakai katanya... alaaaa, cakap je la papa suka kaler pink kan kan kannnnn... hihihihi...

Disebabkan papajib tak nak ada baju melayu baru, jadi kena pikirkan tema yang ada kaitan dengan shocking pink ni... mekchu nak recycle baju raya tahun lepas? memang tak la kan.. dah alang2 budak-budak baju tak muat, so lets think....

Nasib lah jumpa kain baju kaler shocking pink, kain biru ni.. fuhhh lega sangat... kain biru tu kan 2 meter.. kaw team dengan tailor mintak buatkan wawa punya kain jugak.. so ini lah hasilnya tema kontra kami tahun ni...

hihihi... masih berusaha nak dapatkan yang terbaik.. 

Elok je setel bergambar, abang mekchu pun sampai... dan saudara mara dah mula datang beraya...

 tu abang mekchu baju nya ntah ke mana dah... 

Tak lama lepas tu akak mekchu pulak balik... ok la tu ada yang tolong tengok kan nenek labu.. tak de la dia sorang2... cuma kami ni aje la yang tak dapat jumpa dorang lama-lama...

Jam 3 petang macam tu gerak dah balik Pilah pulak.. nasib lah jalan clear.. bagus sangat.. cemas jugak baca status masing2 sangkut kat bukit putus.. itu keadaan biasa menjelang hari raya kan.. tapi tak biasa bagi kami.. 5 keta berderet tak bergerak pun dah declare jem...

Gambar kat pilah tak banyak.. ini je yang ada.. uncut!!

gambar ni mekchu memang tak share kat mana-mana.. khas utk reader blog ni aje.. hahaha korang bagi lah caption sendiri kat gambar ni.. 

Raya ke-2 di sekitar Pilah







Raya ke-3 di Melaka







Raya ke-4 di Seremban



Raya ke-5 dah tak ingat apa jadik... hahahaha itu lah bahana bila pemalas nak update blog..

Dah kat bawah ni gambar raya setelah dicampur aduk kan..





Memang bercampau baur... hahaha.. gambar yang lain entah mana.. ni je yang selamat transfer dalam laptop ni...

Ok, bye.


by mekchuN (^_^)

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

seronoknya

InaAchik said...

vouge vouge baju ko mok! simple yg kurlas sgt! ;)
si kenit mata sepet paling win comel dia!

acik watie said...

Cantik gambar 1 family mekchu tapi apa pasal papajib pakai kasut kaler hijau? Kasut raya ke tu?

Chekgu Azrine said...

baju raya sis yang oren coklat lawa sangat...

kemahen sakan raya ye..
raya kat mana2 pun jammed kan??

amirah said...

cantik2 la baju raya mekchu.....cool...baju dak2 kecik berdua tu pun comelll

mama_onie said...

Gojes sangat!!!

Bitt (double IS) said...

cantik arrr turban wawa....like 1000x kalau boleh :)

i dah tukar link...jemput singgah yer http://bitttravel.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...