Emak dia kat rumah ni pulak yang debor lebih.. macam lah anak tu nak amek SPM..
Isshhh tak boleh laa... kita tahu kan setakat mana pencapaian anak kita.. jadi memang akan rasa cemas tak tentu arah..
Bulan lepas abang mi amek exam untuk masuk Darjah 1.. sekolah dia ni dahsyat.. nak masuk pra sekolah kena amek exam.. nak masuk Darjah 1 pun kena exam jugak.. Exam penggal ke-2 memang sah sah lah kena amek jugak..
Risau kalau dia tak dapat sambung pengajian kat sekolah yang sama.. sekolah ni dekat dengan opis dan mekchu rasa selesa bila hantar anak kat situ... kat mana la abang mi nak sekolah nanti kan... Cuba tak nak pikir yang bukan-bukan, tapi tak mampu.. pikiran tu nak jugak pikir yang bukan-bukan...
Macam mana tak risau... Lepas exam nak masuk Darjah 1 hari tu mekchu ada training seminggu kat Midvalley.. so balik dari training tu baru dapat tanya khabar exam dari dia...
"abang..... macam mana exam abang hari ni?"
"biasa-biasa aje mama...."
"abang boleh jawab tak?'
"Jawi je mi tak boleh jawab....
"waaahhh good boy lah anak mama ni..."
Happy lah kan, jawi je yang dia tak dapat jawab....
Esok tu papajib tanya mekchu...
"mama, ada tanya abang pasal exam dia semalam?"
"dah.... dia kata jawi je yang tak dapat jawab"
"mmmmmmm.... dengan papa dia kata bahasa melayu tak dapat jawab, bahasa inggeris tak dapat jawab, matematik tak dapat jawab....."
"haaaahhhhhhhh"
Pandai ngko jaga hati mama kan abanggggggggggggg.....
Ni pulak beberapa hari lepas exam masuk Darjah 1.. Masuk je dalam kereta terus abang mi bercerita...
"mama... mama nak tau tak markah paling tinggi exam hari tu dalam kelas mi?"
"mesti lah mama nak tau.. berapa?
"89 je..."
"ehhhh ok lah tu.. abang punya markah berapa?"
"15"
"HAHHHHHH???"
"ehhhh tak.. tak... 16"
"HAAAHHHHHHHH!!!"
"kenapa mama?"
"abang, 16 ke 60?"
"Ehhhhh tak la mama... mi bergurau aje...."
Tak ke sakit jantung bila dengar? Boleh pulak dia bergurau benda2 macam ni...
Tapi mekchu tetap letak kan kepercayaan bahawa budak2 tak pandai menipu...
imej terkini
Mama sentiasa doakan abang berjaya dunia akhirat.. Walau selasak mana abang, walau senakal mana abang, walau sedegil mana pun abang..... abang tetap anak mama yang tidak ternilai harganyaaa...
InsyaAllah ada rezeki abang di sekolah Abim tu.. InsyaAllah... mama doakan yang terbaik untuk abang tembam mama.... Ok, mama cuba tak pikir yang bukan-bukan dan abang pun tolong jangan bergurau yang bukan-bukan ok....
8 comments:
nanti tengok report card baru tahu markah yg sebenar...tp buat masa nie biar abang mie enjoy life dia...hihihi...sabar yer mama...
amboi pacak nye rambut!
tersengeh jap dgn ayat mekcu,"menyambung pengajian.." hehehe mcm nak masuk U kat obersea pulak. mmg besar harapan mama ni abg mi..boleh pulak dia bergurau senda camtu. hahaha
haha.. sama mcm Adam, siap dah ckp dia dpt no 1.. adoi konfident lebih..
hhhaaaaaaaaaaaaa..ini mmg klako!
bole terbayang2 muka panik mekchu tu ha hhhiiii
sama la anak saya pun gitu..ada 2 org lg nk exam tp mcm biasa kita yg nebes, depa bole main game lg #urutdada
hihihi...gurau kasau tau abam mi ni...mmng leh sakit jntung kdng2..hihihi..abam mi gerenti terer punya...
loyar buruk macam papajib jugak
in shaa Allah.oke tu.mama jgn risau lebey2 k. :)
Post a Comment