@churalliya

Thursday, September 1, 2016

KESAN NEGATIF PENGAMBILAN KAFEIN

Bahaya Kopi Kerana Kandungan Kafein
--------------------------------------------------------
Kopi sangat terkenal dengan kandungan kafein yang tinggi. Sesetengah orang berpendapat bahawa kopi sangat bagus kerana antioksida.
Kafein adalah salah satu bahan rangsangan dan zatnya akan meningkatkan aliran darah dan denyutan jantung. Boleh didapati daripada tumbuh-tumbuhan bijirin seperti kopi, guarana, daun teh dan sebagainya.
Pengambilan kafein yang berlebihan boleh menyebabkan kesan-kesan negatif.


Kesan Negatif Pengambilan Kafein
----------------------------------------------
- Denyutan jantung meningkat dan laju kerana darah dipam dengan cepat.
- Mempengaruhi sistem saraf iaitu anggota tubuh badan menjadi terketar-ketar.
- Kerap membuang air besar dan kecil serta boleh menyebabkan dehidrasi
- Penyebab sakit kepala atau migrain
- Pengambilan kafein oleh ibu hamil secara berlebihan boleh menyebabkan keguguran.
- Boleh menyebabkan terhasilnya asid yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.
- Mengganggu proses pencernaan.
- Mengganggu penyerapan suplemen.
- Ibu menyusu tidak digalakkan minum minuman berkafein kerana boleh menyebabkan susu merudum tapi tiada kajian boleh dibuktikan setakat ini.


by mekchuN (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...