@churalliya

Wednesday, August 17, 2011

Dah siap belikan lauk untuk emak

Emak mekchu kalo kat blog ni lebih dikenali sbg nenek labu.. jgn pertikaikan kenapa sebab nama tu mi-cah yang bagi.. ada yang kata macam nama watak dalam fairy tales..

Hari ni ada iftar kat luar dengan kawan-kawan bola Penghulu Cantik papa-jit (aduh, macam-macam nama lah ko ni mekchu) Masalahnya, cantikkah penghulu itu? hahahaha..

Nenek labu tak nak follow kali ni.. dan mekchu dah siap-siap belikan dia lauk untuk berbuka.. selalu memang dia masak, tapi hari ni mekchu soh dia relek.. kesian penat jaga mi-cah yang dah super duper lasak sekarang...
dan lauk hari ini.. gulai lemak peria ikan bawal 2 ketul dengan terung masak cili.. lauk faberet dia tu.. jadi lah untuk makan sorang.. 

2-2 lauk tu hanya RM6 sajork.. murah kan... nak belikan kuih dia tak bagi. Katanya kuih yang jual tu semua tak sedap dan mahal pulak tu.. orang pandai buat kuih mcm tu lah kan.. semua tak sedap.. cuba kalo anak dia ni, semua pun sodap.. hahaha..

Lepas tu dapat murtabak raja dari kelantan.. dengar cerita ramai yang mengidam murtabak raja asli dari kelantan ni.. hohoho.. sori, mekchu dapat dulu...



ingatkan dapat esok.. sekali petang ni jugak abang pos laju dah hantar.. thanks tinie.. 

Cop, tinie tak jual murtabak raja ni okeh.. dia memang suka bagi kat kawan-kawan.. jangan pulak korang tulis kat wall dia kata nak beli murtabak.. hahaha.. nak beli baju caftan tak pe.. kan tinie kan..

Boleh lah berbuka di luar dengan senang hati.. tapi perasaan risau tinggalkan emak sorang-sorang kat rumah tu tetap ada.. Macam mana pun sebagai anak, tetap risau.. Semoga Dia melindungi kami sekeluarga..

10 comments:

syawalsimpsons said...

X NAK AJAK SUE KE MEK CHU...KIKIKIKI

~~@lyci@~~ said...

bapak murahhh.. ni tapau kat cafe ker.. tingat aku gulai telur itik + pucuk ubi.. feveret aku dulu tu huhu..

AKO @ retna said...

murtabak raja?
apa yg beza nya ye?
siyes, pestime dengo...

Nini D.. said...

moga nek labu berbuka dengan berselera sekali :)

eB ezrin said...

:)... murtabak? pergh :)

Pepel BoNda AmaNi said...

yup btoi tue...nak berbuka kat luar..tapi bila pikir pasal mak kat umah..langsung cam..aduhhhhhh....nak enjoy lelebey pun xbrapa nak best kan...naluri seorang anak yang dah bergelar mak nie lain kan...

Aleyn said...

Murtabak my feveret

Mimy Hamid said...

murtabak raja pehhhhhhhh nanti tayang ok bagi aku meleleh..dah 2 kali kirim orang asik takde je..bensiiiii...teringat2 murtabak raja yang tebal dan rasa sedap itu..damnnn..mula la tekak ni..aduhaii

Bitt (double IS) said...

wowww mcm mana pulak rupa murtabak tuhh...

CuTeMiUt78 said...

eemm murtabak raja?? siap pos tu... camne la rupanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...