@churalliya

Monday, August 22, 2011

Jalan-jalan dan terjumpa blogger

Singgah ke midvalley (lagi?) sebelum Majlis Iftar dengan budak-budak Kelab Potong, UUM.. cadang nak ke OU.. tapi keluar pun dah lambat, maka ke midV sajork..

Jalan-jalan kalau ada yang berkenan.. nampaknya keramaian orang kat sana telah membantutkan selera mekchu nak bershopping.. rimas lah kalo dah sampai main laga-laga montot..

Masuk vincci cari kasut.. kalau jumpa yang berkenan boleh pakai discount birthday card hari tu.. nak capai kasut pun berebut ngan orang sebelah.. terus rasa geram.. tiba-tiba ternampak awek santek dan macam kenal.. tak payah pikir lama kat mana kenal dia sebab memang kenal.. haha. cane nak cakap erk.. kan sesetengah orang tu kalo jumpa, senyum.. salam.. muah muah pipi kiri kanan.. pas tu tension sendiri "kat mana aku kenal dia erkkk.."

tapi sebelum tu sempat pusing seround kot-kot salah orang.. 

"sha kan?"
"ehhh.. mekchuuuuu..."
(lebih kurang)

terus legaaaaaa sebab tak salah orang.. dan masing-masing pantas kuarkan camera.. kat dalam tu jugak amek gambar.. tak agak-agak.. sedangkan orang tengah ramai tu,.. pedulik!!

gelak-gelak kejap.. borak-borak kejap.. sha kata nak jumpa ngan mi-cah kat luar..terus tinggalkan amoi yang tgh mencari kasut saiz 6 tadi..


seronoknya dapat jumpa sha in person.. admire dia sebab dia cantik... tgk gmbr kat blog pun dah tau dia cantik.. bila jumpa, memang sah dia cantik.. tp pelik sebab selalu cakap diri sendiri gemok.. dah kurus cemana lagik dik oii..

dan memalukan, mi-cah tgh bad mood dan dia buat perangai pulak.. tak pandai jaga imej mama langsung.. hehe.. sorry ehh sha dgn perangai anak bujang mekchu tu.. bila tgk sha ni, teringat kat kawan kitorang.. sebijik sepapan (peribahasa baru).. papa-jit pun ingatkan mekchu bawak kawan kitorang tu..

gambar gegar.. papa-jit nebes la tuh jumpa awek cun.. hahahaha... 

lepas tu jalan-jalan kejap dan dapat beli lipstik mac ngan baju elle sajork.. tidak lebih dari itu..

 
 

Cari kasut Jack Purcell dah setahun setengah.. bila dah jumpa tak nak pulak beli.. grrrrr.. cuba contohi mekchu ni ha. kalo suka, beli.. nanti dia masuk dalam mimpi.. hahaha...

Dan mekchu, sila take note.. kalau nak keluar ke mana-mana, sila pakai yang elok-elok.. sila sikat rambut kemas-kemas.. sila pastikan muka tak pucat lesi... malu weii kalo jumpa blogger.. dah sah-sah nak amek gambar kan..

Dan sejurus selepas itu kami pun meninggalkan midvalley dan menuju ke KGPA.. haussss... haussss...

13 comments:

NeenaAnuar said...

biler nak dpt channn laga vunttuuttt ngan mekchu nie!! ahahhaha..

btw memang lawa lah Sha tuu.. :)

.::WaNiE::. said...

cantikknyeee blogger tuuu

dedua cantik

Farra Dhelina said...

mekchu kalau jumpa sy jgn lupe tego tau hehe

Pepel BoNda AmaNi said...

2-2 cun meletop....

InaAchik said...

ko kalo terserempak ngan aku hagak2 wak muka sopan tanya "inaachik kan?" gak ker? kalo aku xder la... mesti jerit kuat2 ckp "ehhhhhhhhh mekchu! x sangka jmp ko kat sini kan? weiiiiiiiiiiiiiiiiii... bla2222..." ckp non-stop! hahahahaa...

Dee said...

mekchu..sy sendiri tak sanggup terjah mid time2 mcm ni..walau sekangkang kera je umah..huhu..

Mimy Hamid said...

nak bertembung ngan mekchu gak la...sha ni cantik ek..ada pasan dia jejak komen kat org...realiti lawa beb

bujal X said...

sha punya muka one of a kind~~sekali jumpa mesti kenal punya~keh keh~~

amirah said...

dedua lawa..kalo terjumpa mekchu nak larik la...malu..haha

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dua-dua chantek..:)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dua-dua chantek..:)

CuTeMiUt78 said...

dua2 cantik.. dua2 bloger glamer...
mekchu tak bermake up pun still ok tau

Bitt (double IS) said...

hahahhhaha dua sangat cantek dan gorjes...hahahhaa tak tahan baca ayat kepada papajit ituw...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...