@churalliya

Monday, December 12, 2011

Penantian seorang isteri

Semalam.

Subuh-subuh papa-jit dah keluar menebas. Banyak lagi rupanya semak samun yang belum ditebas..

Jadi berduaan je lah ngan mi-cah pagi tu.. Gurau-gurau atas katil ngan mi-cah.. Kol 8.30 mcm tu baru betul2 turun dari katil.. Siapkan b/fast dia dan b/fast mekchu jugak.. Mesin kain. Sidai kain. Mop rumah. Kemas rumah luar dan dalam. Sehinggalah membasuh lantai depan dan belakang..

Satu kepuasan bila rumah berkilat.

Dok lepak sekejap melepaslah lelah.. Pukul 1 baru hegeh gi mandi.. Papa-jit janji nak gi kenduri kawin.. Tekak memang dah terkenang-kenang nak makan nasi minyak.. saje membiarkan perut hanya beralaskan roti pagi tu..

1.30pm - siap-siapkan diri. Siapkan mi-cah jugak. Sambung lepak tengok 613..
2.15pm - dapat call dari papa-jit kata tengah penyampaian hadiah. Ok fine. Sambung menunggu dengan duduk paling sopan sebab takut baju kedut..
2.30pm - mi-cah dah tak bleh tahan. Ajak tunggu kat luar sambil tengok dia main beskal.. Ok, boleh.

tunggu kat luar.. bajet mesti kejap lagi papa-jit balik.. siap dah nak bertemakan hitam hari tu.. 

dengarnya wedding anak dato'.. terus capai baju Matase Sutera.. mengelip mak.. lengan dan leher tu siap berlabuci tau..

Maka, bersabarlah seorang isteri yang dah siap pakai baju cantik dan wangi-wangi menanti kepulangan seorang suami..

2.50pm - update status fb "Masih menunggu suami pulang dari golf tournament untuk ke kenduri kawen. Lapar nasi minyak. Cpt lah pulang sebelum perut berombak angin!" ingat filem je ke boleh berombak. Perut ni kalo tak diisi, lagi teruk berombaknya...

3.00pm - Call papa-jit. Katanya MB berucap panjang lebar. Tak habis lagi. Ok, pasrah disitu

Gile kol 3 lebih baru nak gi rumah orang kawin..

Slow2 masuk dalam. Tukar t-shirt.. Masakkan mi-cah nugget.. Sambil ternampak tin sardin kat dalam lemari.. Slow2 masuk bilik tukar kain pulak.. Capai bawang, cili, sardin semua buat sambal sardin..

Dan itulah sambal sardin yang paling sedap yang pernah mekchu masak.. Cicah sama roti.. Habis 3 keping!!

3.30pm - Papa-jit call dan tanya nak pegi wedding tak.. sambal sardin dah terhidang depan mata, baju dah siap bertukar.. malas pulak rasanya.. Biarlah keinginan nasi minyak itu digantikan dengan sambal sardin.. Merajuk habis dah tu kononnyaa... So, dia pegi wedding sorang-sorang aje..

4.30pm - Pulangnya suami dari medan peperangan sambil membawa kotak besoooOooo...

Masa tu otomatik terus senyum..

Hadiah kedua di bawa pulang selain dari hadiah bola golf :)

Terus koyakkan wrapper secara rakus.. last bukak hadiah besar masa kawin dulu rasanya..

MILUX electronic oven toaster with rotisserie and convection. 45liters.. mesin basuh pun baru 7liters.. hahaha..

Besar gile.. tak tahu nak letak mana.. ingatkan nak simpan dalam kotak tu aje.. Lepas tu blur.. reti ke nak guna ni? nak masak apa?

begitulah masakan mekchu satu hari nanti.. tunggggguuuu..

Kalau suami korang suka keluar main golf, harap bersabarlah banyak-banyak.. Kadang-kadang penantian berbaloi, kadang-kadang tidak..

Tapi kali ini tak sia-sia penantian seorang isteri.. kan... Terima kasih papa..

17 comments:

syawalsimpsons said...

mmg betul2 penantian tu..seb baik penantian yang tak sia2

ﮐذﻣﯥﺮﺍﭬﮐﺎﺮ said...

hahaha.. smlm ada baca dalam FB pasal penantian si suami mekchu ni.. sib baik dpt hadiah kan.. hahaha

Iyiana said...

wa.. x sabar nak rasa air tangan mekchu pakai oven ni.

QASEHNYA RANIA said...

mi-cah suka senget kepala..npe errkk mekchu??? hehehe..kontrok hensem plak 2..kiut

*SiRibenMerah said...

fuhyooooooooo..
hasil menebas rumput sgt lumayan..
ai jeles~

CaDLyNN said...

wooo...tak sia-sia penantian..

Mimy Hamid said...

hehehe baca FB mekchu tak sabor nak gi wedding...dah pakai baju wedding daaaa sekali tak jadi kenyang roti sardin papa jitt bawa hadiah bersar..tersengih kerang la tu...


p/s: laki mekchu main golf..laki ku ngan game bola nya...hmmm

mummy_ayu said...

ok la tu.berbaloi penantian tu...

AKO @ retna said...

wah terubat duka x dapat makan ansi minyak dengan kepulangan suami tercinta bersama hadiah beso! hehehe...

"masak mekcu, masak!" heheh

shaza said...

Kalau selalu camni, menebas tiap2 minggu pun takpe.. Boleh jimat bli barang elektrik.. Hehe..

ch@ said...

sungguh terharu bila sang suami buat sebegitu rupa. mujur juga penantian mekchu terubat dgn hasil yg owesome, buatnya tiada apa2 hasil melainkan zzzzzzzzzzzzzzz, sedih tak? terharu gila2 rasanya.

littlehumblelynn said...

bagus gak tuh kan.nxt time kot dpt hadiah tv plasma,aircond,lgk best kan?

tggu mekchu wat kek ler pasnih.huhuhu

my_irina said...

i like najmiiiiiiiiiii!!!

PUANSTOBERI said...

Nati ai datang bawak ayam okeh.. kita panggang sesama. Hahaha :D

e.l.i.z.@ said...

frust jgk bila dh bersiap bagai, laki x sampai²...tp kalau bwk balik habuan, nak marah pun x jadi hihiih

Pepel BoNda AmaNi said...

tunggu amani jadi golffer nanti la...kekekekkeke

aidil haidhir said...

Baguih dok brand milux tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...