@churalliya

Friday, February 10, 2012

TREND LETAK ANAK PATUNG Di BUMPER KERETA

Copy paste daripada seorang rakan di facebook.. Sememangnya setiap kali ternampak memang akan tertanya-tanya.. JANGAN mudah terikut kalau tak tahu sebabnya.. 



Saya teringat suatu perbualan dengan abang saudara saya semasa traffic jam di lebuhraya baru-baru ni. Pelbagai jenis kereta lalu melepasi kami dan abang saudara sy pun bertanya,

“Ha kau tahu tak, kenapa orang selalu letak anak patung bawah kereta dia?”

Saya lihat ada kereta lalu di hadapan, dengan anak patung Spongebob. Banyak dah orang buat, especially kereta sport. Ada tasmania devil, sylvester, tweety, pendek kata semua soft toy. kadang-kadang sampai buruk pun ada. Kesian tengok anak patung tu..

“Entah la,” saya duga. “Mungkin, nak bumikan elektrik semasa kilat kot?”

“Salah…”

“Sebab, ni budaya orang Thailand. Orang sana percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat dia mati. Takut nanti dia menganggu orang yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka pasang anak patung. Supaya roh kanak-kanak tu happy.”

“La ye ke,” kata saya. “Patutlah time saya pergi Bangkok dulu, diorg buat shrine tepi jalan. Kata tourist guide, kalau orang tu mati kat situ, buat kuil kat situ. Dia jadi penjaga jalan tu.”

“Ha tulah, orang kita ni suka ikut saja budaya luar. Asal cute je buat. Tak fikir pun sebabnya.”

Bila Google di sini saya mendapati perkara yang sama. Di sini pula, halaman blog pelancongan Thailand ni pula mengatakan bahawa trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Peehhh…nasib baik saya pun tak buat…, nanti rosak pula akidah percaya pada roh anak patung. Hari tu ada jgk terfikir nk buat mcm tu…, npk comelkan?? So…apa2 pun nk buat, kita rujuklah dgn mana2 sumber yg patut..supaya jgn nnt org ckp…

“nil ah dia..org yg suka beramal/mengikut....tapi takda ilmu…”

SEMOGA IANYA BERMANFAAT BUAT SEMUA -
credit:MBakhri Ir

20 comments:

Dee said...

dee x penah lak nmpk..but it's good to know the reason behind it..so, kita takdelah terikut2 sgt..

zietyrahman said...

oo..ini sebabnya.sangat la pelik bila tengok ramai letak teddy bear kt bumper kereta..

Anis Azalea said...

org malaysia ada yg perangai suka tiru2. tiru2 takde ilmu, bantaiiii je nak buat jugak.

anyway tq for sharing this info. tgk tajuk ingat gantung anak patung kat cermin belakang. pergh rimas tengokla...

♥MAMASYAZA♥ said...

betul akak pun penah jumpa keta yg gantung anak patung camtu, dok pkir lak, apsal le anak patung yg cumel digantung camtu, sakit mata kita yg memandang

mamyharraz said...

sebelum ni tertanya2 jugak *kenapa* dan skrg dah jumpa jawapannya tq mekchu bg info yg jelas ;)

CikSembang said...

mmg tak ambik pot pun patung2 kat kete ni..mesti ramai orang melayu yg buat..

mama_onie said...

Owh gitu rupenya. Sue nak pinjam hak entry ni boleh ramai gak kengkawan aku yg gantung patung ni... hmmmmm

LYAfrina said...

huhu... plok doh.. mcm2 la kan..dulu jenis ltk tali berseleret ...

QasehnyaRania said...

Thanks for the useful info ....
Sharing is caring

wildcutecat said...

penah tengok keta yang gantung spentot kat bawah bumper tu. huhuhu.

ratusiput said...

oooooo baru tau mekchu... :) isk igtkan nape kan...

Anonymous said...

Saya selalu nampak,tapi tak tahu kenapa.Saya pun berpendapat mcm mekchu kata tu ingatkan utk bumikan elektrik kalau time lightning kan..sekarang baru tau.Sungguh,jgn terikut2 kalau nampak orang lain buat jika kita tak pasti sebabnya

CaDLyNN said...

ooo...lin pon duk pk nape diorg duk gantung

Ako Retna said...

mmg sllau gak tertanya2..
apasal anak patung tu bertenggek kat montot kete??? kesian dia hahaa..

ghope2 nya ada makna ek..
igt sesaja suka..

tp klu niat kita saja2 x berunsurkan kerpecayaan org thai, ermm cane ek?

rasa nya yg penting tu niat kot kan..

amirah said...

aah pernah dah terbaca pasal ni.dulu pun heran gak pasal trend ni

Unknown said...

tul la la kan...
asal chumel jek nk ikut..huhu

Unknown said...

tul la la kan...
asal chumel jek nk ikut..huhu

Bitt (double IS) said...

iskandar pernah tanya "tak kotor ke patung tu letak situ??" hahahhaa

Ako Retna said...

mekcu,
kita nak share kat blog ye ;)

gadisBunga™ said...

salam singgah. tahniah sebab jadi blog pilihan dalam in trend. :)

*

bab taruk patung kat kete, penah nampak. mmg pelik tapi tak terfikir pulak kenapa diorg buat. mungkin sebab saya tak penah sampai thailand kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...