@churalliya

Tuesday, July 3, 2012

Kecik sebelum.. Kembang selepas..

Dah tahap blur tatau nak buat tajuk apa..

Kat opis kalau agak2 hari tu tak perlukan banyak bergerak, mekchu akan dengarkan ayat2 suci al-quran pada baby.. caranya dengan pakaikan headphone kat perut lah yu...

Lagi elok kalau dpt bacakan sendiri.. kalau sempat lepas solat magrib tu mekchu ada jugak baca.. tapi tak larat nak duduk lama.. baca 1-2 muka je.. sambung esok2.. lagi pun kalau baca sendiri ni khuatir jugak bacaan kita tu entah betul entah tidak..

Setakat ni mekchu amalkan surah2 bagus ketika mengandung.. macam surah Yassin(36), Maryam(19), Luqman(31), Yusuf(12), Hujurat(49) dan Taubah(9).. setiap surah tu ada maksud dia..

Masa mi-cah dulu pun mekchu lekap headphone ni.. bukan main aktif dia bila lekap kan headphone kat perut.. tapi kali ni lain sikit.. bila dah habis surah tu, baru terasa dia bergelombang.. agaknya minta dengar lagi kot..

 ini keadaan sebaik sahaja bawak keluar dari laci.. 

dan keadaan setelah beberapa ketika.. dah pakai 2 generasi.. hampir uzur keadaan nya.. 

Banyak jasa tu.. kalau lah headphone tu boleh berkata-kata.. apa agaknya dialog dia erkkkk...

Tapi itu lah, anak di dalam didengar ayat2 suci.. yang mamanya di luar ni jangan lah pulak dengar lagu bukan2 dari radio.. tak betul dah tu.. ngeh ngeh ngeh..

5 comments:

SURIA AMANDA said...

mesti headphone tu menjerit sakit...

edane said...

Hahahaha... Haku tiap malam letakkan tepon ats perut. Kdg tergolek jatuh tepon haku nih hah

amirah said...

sama. sian kat headphone smp dah takleh guna dah. masa ngandung dulu tetiap hari akan dgrkn bacaan dn mengaji. time tak ngandung ni rasanya macam dah mula lupa daratan je..muahaha...

Bitt (doubleIS) said...

hehhehe dari dalam perut sampai besar doubleIS perosak headphone! letih asik rosak memanjang...

QasehnyaRania said...

tenkiu mekchu share.
boleh dijadikan panduan utk sy nanti :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...