@churalliya

Thursday, October 4, 2012

Mengandung tetapi ingin ber Poplook?

Ramai yang tanyakan pasal dress poplook.. yang tanya semua pun perempuan yang mengandung.. mekchu syak korang mesti malas nak beli baju mengandung kan.. dah la mahal, pas tu tak bleh pakai lepas selim nanti..

Mekchu pun agak lambat baru nak berani mencuba.. selama ni asyik dengar je dan terus buat andaian "alaaaa.. baju tu tak sesuai lah utk org mengandung.. macam kelakar je...kesian pada perut kot"

Bila baca entry noknoks mona ni terus segala-galanya berubah.. terus nak mencuba walau perut yang semakin membesar..

Mula-mula beli yang kaler biru - Crimped Chiffon Maxi ni dulu.. suka sebab design dia yang kedut2 tu boleh menyorokkan perut (mungkin).. walau dah tahu design dia ada getah di perut..

Dan bila perempuan mengandung 33 minggu memakainyaaaa...

 abg man glamer masuk blog kuning oren :) disebabkan dia pakai baju same kaler masa jamuan hari raya dulu.. 

 nampak kan getah kat perut tu kejap naik, kejap turun? sepatutnya getah tu di pinggang, tapi perempuan mengandung mana ada pinggang.. itu yang tak tentu arah kejap atas, kejap bawah.. 

kalau nak nampak ok, kena cover tangan macam ni.. tapi larat ke nak buat gaya gitu sepanjang masa... pegi toilet tangan gitu, pegi pantry tangan gitu.. pegi cafe pun tangan gitu... hahahaha.. buang tebiat namanya... 

Ini mekchu bila dah selim nanti.. hahahaha #pitammmmm....


Lepas tu macam tak cukup satu.. terus terrrrr order lagi selai tapi kali ni yang tak de getah.. Suri Print Maxi Dress - Grey Polka

dah selim nanti boleh pakai dengan belt.. penjimatan berganda.. 

 
memang selesa... tak yah nak cover-cover getah..

Lepas tu kan. mata ada terjeling2 lagi (setiap Selasa dan Khamis jam 11.00 pagi akan ada update baru di poplook).. Tapi istigfar banyak-banyak.. dah nak hujung sangat ni kan.. rugi lah kalo beli banyak-banyak.. cukup lah 2 helai plus baju pegnen dah banyak :(

yang ini sesuai utk perempuan mengandung sbb tak de getah.. tp design dia agak menggelebeh pulak.. ada tali ikat kat pinggang yang boleh bukak-bukak..

yang ini memang gerammmm je tengok.. tapi confius dengan tali kat pinggang tu boleh bukak ke tidak.. 

Tips dari mekchu (dah last2 baru nak bagi tips), kalau nak beli dress poplook (khas untuk ibu mengandung), sila pastikan design tak de getah kat perut dan cutting tu biar lah jenis yang loose sikit.. sbb ada yang cutting ngam2 badan.. nanti takut tetas kat perut... hihihihi..

Dah dah la tu.. bukan apa.. kalo beli memang lah tak rugi.. lagi pun harga dia tak sampai seratus pun kan.. lagi murah dari blause mengandung.. itu belum campur skirt mengandung lagi..

Tapi disebabkan lepas bersalin nanti nak mengepam dan menyusu, celah mana mekchu nak selak? ce cakap!!! lepas setahun dua baru boleh pakai balik.. time tu ntah zaman boblook ke apa.. tsk tsk..

19 comments:

Nini D.. said...

hahahha.......cantik tau!

Unknown said...

yg polkadot tu cantek..terserlah keayuan mekchu..haha..

Unknown said...

gorjes cam mekchu sesuai sangatlah berpoplook..hihi.
kalau mekchu pakai yg pink tu gerenti bertambah jelita *batuapi*

mamavogue rendang tak berbuah ni, nnt dress bertuka jd jubah :D

Chekpid said...

aku tak caya je kalo ko nak pakai lepas pegnen..penjimatan berganda? huh lagi aku tak caya (sila sahut cabaran dan buktikan)...

serius mmg jeles dengan dress kt situ..aku dah hangkut 3 tp belum satu pun yg dirasmikan...lagi giler dari org pegnen..ini dinamakan giler nak pegnen...
eh, bukan...giler kentang je :p

SURIA AMANDA said...

mak aiii....rajinnya menyoping online...

syawalsimpsons said...

mmg akan terjah ni...

shuhadah Zainol said...

mekchu!!!!!!!!!

comeynya tgk mekchu berdress...=)

Lynn Huraiza said...

suka tengok mek chu berpoplook...

-anidaothman- said...

chantik tau mekchu...:))

therosputih said...

cantik2 dress nya, tp tu lah, kekgi nak mengepam dan menyusu bagai camno kekdahnya nanti...kang tak pasal2 alter tengah2 dada buat butang...ekekeke

nad said...

saya teringin sangat nak berpoplook ni
tapi bile memikirkan nak nysukan nayli ikut celah mana?
pastu sesuai ke utk saya yg bersaiz L-XL tggi 165cm ni?
huhuu...memandang sepi saje la... ;(

Anis Azalea said...

mmg cantik. nampak gojes ketika pregnant

amirah said...

hehehe...kita kan mekchu, tak kiraaa.,.. nak pakai dress jugak punya pasal aritu, selakkk..haha..tp dalam kena pakai long skirt ke suar la.masa nak pump ok la lagi, masa nak nyusu, baby sket punya rimasss.. haha..gasakkk

Bitt (doubeIS) said...

cantik!
mekchu bubuh zip bahagian tengah, hanto otter suh bubuh zip tersorok bahagian tengah hehehe

yana said...

boleh pakai lagi lps ngandung..cuma kena pakai legginglah..jd bila nak selak tu nmpk mcm pakai blouse..hihi

Dee said...

dee tadi pun nyaris je shopping poplook lagi..walhal baru je shopping 3 tops last month..huhu..

kemma said...

hahaha...baru nak tnya utk org yg x mengandung tp nmpak cam mngandung bleh ke pakai..kihkih..seram jerk jadinya

Myalycia said...

kelasss kau berpoplook...

QasehnyaRania said...

biru itu menyerlahkan keayuan hot mama ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...