Macam mekchu, seawal hari ke-3 (hari yang sama lepas papa-jit register) nurse terus datang rumah.. terus bukak buku baby tu.. Walau pun kali ni tak check-up kerajaan masa mengandung, tapi untuk baby ni register sajork.. bukan rugi apa pon..
Najwa masa keluar hospital hari tu ada kena kuning sikit.. bacaan 7.3 pada hari ke-2 (tak sure bacaan dalam apa. tapi kalo kat klinik lain bacaan yang ratus2 tu kan). So, hari ke-3 kena datang amek darah lagi dan bacaan naik 8.6.. Sambung lagi amek darah hari ke-4 dan bacaan masih sama 8.6 (tak naik, tak turun). Menurut paed, itu tandanya bacaan tidak akan naik lagi..
Tau kan graf baby kalo kuning macam mana? Bila bacaan dah turun, makna nya dia tak akan naik lagi..
8.6 tu kuning setakat pada muka sahaja.. Alhamdulillah, tak teruk kuning baby Najwa..
ni masa tgh tggu result darah najwa di Hospital Columbia.. seronok pulak naik wheelchair sbb cepat je sampai..
Masa ni kan, satu hospital tengok kami sebab abg long mi-cah yang nak sangat tolak wheelchair tu.. bila tolak mata bukan ke depan, tapi mata tengok tayar.. menjerit2 mekchu takut langgar orang.. agaknya dalam hati orang2 tu, kejam nya suami dia.. hahahaha..
Ok, berbalik pada nurse datang rumah tu..
Bila baby kuning, lagi lah nurse kena datang rumah.. sampai lah bacaan kuning baby kurang.. Dia datang check kuning baby, check pusat baby, check BP mummy, check perut mummy, check kaki mummy.. Bukan ada apa pon.. sekadar untuk rekod sahaja..
Lepas datang 3 hari berturut, nurse datang lagi untuk timbang baby pada hari ke-10 dan hari ke-20..
ada ke yang tak pernah tengok cemana baby kena timbang? haaa begini ye.. kat atas tangan nurse tu ada jarum penimbang dia..
Hari ke-10 berat najwa 3.2 kilo dan hari ke-20 berat dah jadi 3.8 kilo..
Lepas ni kena datang hari ke-30 pulak untuk cucuk.. tak buat keputusan lagi nak sambung check-up kat Hospital Columbia atau kat Klinik Kesihatan.. 2-2 ada pro n conts dia.. najmi dulu klinik kesihatan sajork.. tau dah susah senang dia cemana..
Dan najwa di hari ke-20...
my new love :)
Ok, hari dah hujan.. kami mahu tidur.... lalalalala...
10 comments:
eeiii comel sungguh najwa... :)
Wahh.. kecik2 dah terserlah jelita nyer. Kening pun bagai dilukis :)
Part dagu tu paling geramm..hihi
ouwh...dia sungguh comel. anak untie sudi. untie pun berkenan (tetiba)
photostat muka abg long dia la...
Zakwan dulu pun kt klinik kesihatan..nayli plak,papazakwan ckp wat kt klinik swasta je huhu!
olololo...new love!!! comel jer si bambam najwa nih...muka tgk berubah2 je kan baby nih...kejap nenek labu, kejap papa jit, abg micah pun ada...
Ya lak dua2 kt kerajaan je...lgpun kt kpg ya ni xramai org..so masa menunggu pun xlama....
fotostet micahh..!! heheh...comel sesangat..
Suka tgk muka baby time tidur.. Tenang jer.. :)
Taknak singgah Blog Waney ke? :D
cutenya ;D
kiss sikit yer wawa ;D
Post a Comment