@churalliya

Thursday, January 3, 2013

Najmi di hari kedua sekolah

Nak kejut bangun mandi pun dah nak dekat sejam.. Celik mata memang tak de masalah.. Memang dari dulu senang bukak mata.. Celik je mata terus carik adik dan cium.. Tapi nak masuk bilik air punya lah payah.. Sempat gi dapur makan biskut bagai, tapi tak jugak nak mandi.. macam2 skill memujuk dah guna, dia masih tak nak mandi..

Sudahnya pukul 8.20 pagi baru setuju nak mandi.. Kelas start pukul 8.. Bagusnya wahai anak..

Sampai je sekolah semua dah start buat chicken dance.. Dia xcited, tapi pemalu yang amat!!

Hari ni mekchu hantar mi-cah sorang-sorang.. Jadinya tiada siapa yang nak tegur mekchu bila terlalu ikutkan cakap anak.. Dia mintak mekchu duduk kat sebelah dia sepanjang masa. Semalam kuat sikit semangat sebab ada papa-jib sama-sama..

Nak dekat 4 jam jugak duduk atas lantai betul2 sebelah mi-cah.. sama-sama kembali belajar.. Nak lunjurkan kaki pun dia ingat kita nak balik..

nak suruh makan pun sedih.. semua pun sedih.. tak salah pakcik dia panggil mat sedih.. huhuhu.. 

Hari ni menu mee hoon sup.. Siap ada udang, sotong, daging, karet semua.. Telah air liur je tengok.. Perut ni dari pagi tak berisi..

Mekchu perasan, bila mekchu ada sama-sama dalam kelas dia tak berani bersuara lantang macam hari sebelumnya.. Macam-macam ayat rayuan keluar.. Hari ni tak dengar suara langsung..

bila duduk jauh sikit, mula lah meraung.. tu tengah menangis la tu sebab mekchu duduk jauh.. 

Dia ni kan kalau menangis sikit2 ok lagi.. boleh tahan lagi.. ini menangis jenis meraung tu sambil muka alahaiiiiii.... runtuh hati kalau tengok..

Bila dia keluar toilet dan tengok mekchu ada lagi kat situ, dia punya lah peluk mekchu.. siap cium dahi, pipi, mulut semua.. terharu sangat lah tu mama dia masih setia menanti..

Entah lah hari-hari esok macam mana.. nak suruh cikgu kunci pintu, dia lari lagi laju dari cikgu..

Tak dapat keluar pintu depan, dia ikut pintu dapur.. Mungkin esok nak kena kaw team dengan cikgu kot..

13 comments:

Nad @ MamaZN said...

In shaa Allah, lama2 ok...

Chekpid said...

Kena kuat mekchu sayang...kalo ko berat hati anak lg susah nk biasakan diri. Budak2 ni nanges kejap je. Tp kalo kita ada lagi lamaaaa dia nangis. Kesian kt cikgu dia nanti. Lg lama cikgu tu ambil masa nk memujuk...effect pula kt masa dia n student y lain. Kena consider jg benda2 mcm ni ;-)

Chekpid said...

Kena kuat mekchu sayang...kalo ko berat hati anak lg susah nk biasakan diri. Budak2 ni nanges kejap je. Tp kalo kita ada lagi lamaaaa dia nangis. Kesian kt cikgu dia nanti. Lg lama cikgu tu ambil masa nk memujuk...effect pula kt masa dia n student y lain. Kena consider jg benda2 mcm ni ;-)

JIVEBUMZ said...

Seminggu nie dia baru nak biasakan diri so mekchu kene bertabahlah..

Nini D.. said...

teman udah merasa taun lps...jenuh belajo sesama 3minggu.

yana said...

A.a suraya..kena tinggalkan..micah mesti lg independent rasanya kalo mamanya x ade

Alycia said...

Takpe Mekchu.. dia baru 1st time nk mengenak sekolah.. Adam lain sbb dia dr usia 2 bulan dah dihantar rumah pengasuh terus ke taska.. so, dia dah independent, siap bole lambai2 time kita tinggalkan dia...

Lps ni kau kena keraskan hati.. sebenarnya budak2 dia bole independent sendiri kalau kt xde.. xpe, biar mula2 dia menangis.. nnt pandailah cikgu tu handle.. lama2 dia pasti ok.. Gud luck my friend..

Amanda Suria said...

mekchu kena tegas skit...xper mula2 jer tu...

Aiza Haris said...

seronok baca pengalamann mekchuuu anta anak ke sekolahh.... takpe lama2 nanti ok la tu

Ya ALya said...

Kena kuat...cam kami kt pra cikgu mmg xbg family ada sekali dlm kelas...mula2 je budak tu nangis nk ikut balik..tp nangis sekejap je.. Cuba esok mekchu tinggalkn dier kt sekolah...klu dia nangis biar cikgu yg handle..t time nk amik dia mekchu tanyer la cikgu pasal micah..

therosputih said...

nanti mekchu kena update, entry pasal hari pertama sekolah dari sudut mekchu yang sekolah plak...ekekeke...

mama adaman said...

mekchu... sama laa..,.. wani antar angah sekolah ..aduh serius...sedih tension semua ada..asyik nangis jer sampai pagar sekolah mula laa buat drama king... air mata berjurai2x..mana laa emaknya tak sedih... dah 4 hari sekolah still mcm tugaks...

QasehnyaRania said...

pelan2 mekchu..lama2 ok latu, bila dah dapat kawan ;D

mi-cah baik kan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...