@churalliya

Wednesday, January 2, 2013

1001 pengalaman baru mi-cah ke sekolah

Tak nak tertinggal abadikan entry pengalaman pertama abg long mi-cah ke sekolah.. 

Bangun pagi steady je sebab dia excited nak pakai beg dan kasut baru dia.. 

 baju sekolah tak dapat lagi.. so, pakai tracksuit dengan t-shirt putih sajork..

Sampai je sekolah, tengok semua dah masuk.. boleh tahan lah ramai murid-muridnya.. Ada sorang budak tu dah basah baju menangis tak nak masuk ke dalam.. Masa ni mi-cah tengok budak tu sebelah mata aje..

Bila kelas dah nak mula, mekchu pun keluar.. Intai dari luar aje.. Semua parents pun macam tu.. yang pakai baju biru tu semua dah 6 tahun.. yang pakai baju biasa tu 4 & 5 tahun.. Senang nak kenal..

 ni masa baca doa dan nyanyi lagu negaraku, lagu tadika kemas dengan apa ntah.. nampak mi-cah dah cembeng2 masa ni..

Belum pun habis nyanyi semua lagu dah boleh nampak air mata dia tik tik tik.. adoiii anak bujang dah start menangis.. siap bahu terhenjut-henjut lagi..


Bagi isyarat kat papa-jib. Dia kata biarkan dulu.. Mekchu syak dia sedih sebab dia tak tahu nyanyi lagu negaraku la..

So, intai je la dari luar.. Sakit2 gak la pinggang dok mengintai..

ya, dia sedang bersungguh-sungguh menangis.. 

Bila cikgu suruh duduk tempat, terus dengar suara dia meraung.. kuat oooooo... sambil menangis dan meraung sempat dia bina ayat...

"Cikgu.. boleh tolong panggil mama-mi tak.. Tadi dia kata nak amek telefon kat kereta"
"Cikgu, mi nak mama-mi.. nak mama-mi jugak"
"Cikgu, mi dah penat sangat ni.. toooooolong lah panggilkan mama-mi"
"Cikgu.. Bila nak balik ni..." ~ pada jam 9.30 pagi

Kuat tau dia cakap.. boleh dengar sampai luar.. cakap dalam sedu sedan yang dah tak tertanggung.. hahaha..

Masa tu parents lain semua dah balik.. tinggal kami aje kat situ.. So, gerak gi sarapan dulu dengan hati yang konon-konon kental..

roti canai sekeping pun tak abis.. tengah susah hati pikirkan anak der...

20 minit lepas tu datang semula.. tengok mi-cah dah ok..

tengah khusyuk mewarna.. 

Sekali ntah macam mana dia boleh ternampak mekchu kat luar.. apa lagi, dia lari keluar ikut pintu dapur..

Kena lah pujuk suruh dia masuk dalam semula.. dah dia tak bagi mekchu keluar.. bila dengar mi-cah nangis, kawan2 yang dah berenti nangis tadi semua menangis balik.. adoiii carik nahas btol..

So, terpaksa lah jadi murid paling tua kat situ.. tak boleh nak gerak langsung.. nasib tak dihalaunya oleh cikgu..

 ajar dia berkawan.. mi-cah ni kan pemalu. 4 tahun lebih duduk ngan nenek.. 

Jam 10.30pagi, tiba waktu makan..

beratur nak basuh tangan.. 

Dia masuk je tandas, terus mekchu keluar... punya lah histeria kat situ.. mekchu dengar dia cakap lagi...

"Cikgu, saya nak ambil air saya kat dapur" ~ dalam sendu yang terindah..

Tiba2 dah ada belakang mekchu sambil peluk kaki ni kuat2... dan terdengar cikgu menjerit dari dalam.. hahahaha.. pandai ngko ye keluar ikut pintu dapur..

 kena lah hantar dia masuk ikut pintu dapur jugak.. sambil tu sempat mata ni jeling2 dapur yang memang sangat bersih.. 

dan masa makan.. hari ni makan nasi kuning dengan kurma ayam.. 

Bila mi-cah leka, mekchu cuba melepaskan diri lagi.. tapi sekejap je dia dah ada kat belakang kita.. Dia suruh masuk dalam duduk sama2 dengan dia. Alasan, takut mama penat berdiri kat luar..

drama air mata sangat hari pertama ni.. budak kat belakang dia tu pulak memang duduk kat situ dari pagi sampai balik.. 

Dan ini dia maskot otromen bila dah sampai waktu balik..

kemain ngko senyum ye.. 

Harap2 esok, lusa dan seterusnya dia makin ok dan suka nak pegi sekolah.. Kita dulu pun macam tu kan.. tak jumpa kawan lagi memang rasa tak seronok..

Tadi dia dah dapat hadiah mainan dari salah sorang kawan yang cuba memujuk..

19 comments:

Aiza Haris said...

waaaaaa dramanyerrr...hehehe seronok baca.... teringat plakk zaman dulu2 masa sekolah tadika kemas ni.. rindunyaaa

Ya ALya said...

ya hari ni ada sorang pelajar pra menangis,tapi sekejap je,dah penat dia behenti...ok je pastu...

ya mmg takde pengalaman lagi,sebab sara ni mmg maknyer keja kt sekolah sara...mmg ada je la depan mata dia...

tunggu sara sekolah agama tahun depan baru tahu dia nangis ke tak tinggalkan sara sorang2...

sok mst michah dah ok punyer....t dah dapt kwn seronok la tu....

Nory Zoulkefle said...

alaalaaa...ciannyer die...

Alycia said...

hehe.. mmg wajib buat entry anak pertama kali ke sekolah.. nasib adam dah 4 tahun tinggal dgn teacher yg sama..

xtaulah taun depan camne sbb taun dpn nak carikkan di skolah lain pulak..

Suliana said...

haha.. lawaklah micah ni.. tergelak saya baca sorang2.. macam ni gayanya anak 1st day gi school kan. happy schooling micah :-)

therosputih said...

alahai...kemain lagi bajet mi-cah tak nangis2...upenya, dengan mama2nya sekalik bertadika...hehehe...tak sabar nak tau perkembangan esok, lusa macam mana...

-cinta soFiaSafiya- said...

hebat abanglong mie nieh bedrama :)
sib bek sofia masa awai pagi g tadika ok jaa ....
cuma xmenahan siap melalak xmau balikk..itu lagik haruu biru..hahahahaha

JIVEBUMZ said...

Kahkahkah micah oii gelak guling2 auntie baca n3 nie tau... Sgt comel kamu!!!

Nurhayati Mohd said...

Hehehe..kelakar pun ada kesian pun ada..harap2 michah nk gi skolah la esok ya..

Azfaliza Abd. Latif said...

kesian ada, kelakar pun ada...ayat2 puitis dia tu yg tak tahan hahaha...takpe la, bagi dia masa sesuaikan diri dgn persekitaran luar...sblom ni asik memerap je kan...nanti ok la tu... :)

Nini D.. said...

oh mi-cah....oh mi-cah...sebijik macam cikmat.
hari 1st sekolah,..umie & ayah sesama excited!
xpe mi-cah..u can do it!

mikamusz said...

Sue
Sama je macam kes Darin masa we all 1st time hantar nursery umur 1 thn setengah kes bibik balik emergency. Nangis depan grill. Then 2nd time masa umur 2 thn lebih.. sampai masuk hospital. But then bila dah dpt kawan and cikgu favorite dia dah ok dah. Sekolah memana pun sama jer kan..
Tapi hari tu we all ada dgr, we all ni tak layak nak masukkan Darin tadika KEMAS because of gaji. So takdelah we all survey tadika KEMAS. Tapi kalau dapat masukkan mi-cah pre-school bebetul pun best jugak aku rasa. Cer try survey dari skang utk register tahun depan. Darin x sempat, asyik ketinggalan keretapi jer.

anis abdullah said...

ala cian mi-cah. nangis tak hingat ya...takpela dah dapat kawan mesti best..

aini shahroni said...

seronok tengok mereka..terasa nak jdi macam mereka pulak >__< ehiks

btw..
tahniah!! sebab tersenarai dalam favourite lifestyle blog!!
^____^
semoga berjaya! dah vote awak >_<

from ::Arkitek Hati::

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

hahaha.. super cute la michah ni..

harap sminggu dua jek nih.. ilham anak sy dulu dkt dua bulan, sampai ada masanya sy pun menangis jugak..hehehe.. tp buat2 kental jek depan dia.. at last lemala, ok dah, bila cuti skolah dia plak yg bising rindu nak g skolah..

yana said...

Org kan pernah jadi assistant cikgu tadika..biasanya budak yg betul2 nangis sampai pegang2 kaki ni..dialaah yg akn jadi pelajar plg sopan n baik lps ni..sbb dia berani lepaskan n luahkan perasaan dia bersungguh2.. Dia xandai selindung..Sabarlah..kejap jek..seminggu dah baik...

Amanda Suria said...

alamak abang long..mcm brutal jer tp ada taman la dalam hati...ayooo...be strong mekchu..

aLyNnZ said...

alolooo ciannyernyer berderai2 airmata..muka putih jadik merah..takper abg mi good boy kan..

QasehnyaRania said...

sedeynya tgk mi cah nangis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...