@churalliya

Thursday, January 17, 2013

Sepanjang 3 minggu abg mi ke sekolah

Sesiapa yang follow cerita pasal anak bujang mi-cah ni dia akan tersenyum sendiri lah dengan karenahnya yang pertama kali ke sekolah.. ke nursery/baby sitter pun tak pernah, tiba-tiba terus hantar ke sekolah pada umur 4 tahun setengah. Mana tak trauma kan..

Yang mama nye pulak harus lah nak anak dia baik macam anak orang lain.. bila anak menangis, mula lah mamanya pun nak menangis.. maaaana la boleh nak samakan anak kita dengan anak orang lain yang dah biasa hidup di nursery/baby sitter.. tak akan sama dengan anak awak yang hidup dikelilingi nenek dan bibik doplohpat jam..

Tak pe, itu semua pengalaman pahit manis buat kami suami isteri..

Sepanjang 3 minggu bersekolah ni, mekchu amat bersyukur sebab abg mi dah semakin boleh terima sekolah, cikgu dan kawan-kawan dia.. pagi-pagi dah tiada lagi aksi menyorok belakang pintu atau lari keliling rumah lagi.. Cuma titis-titis air mata tu masih ada bila salam papa-jib dia sebelum melangkah masuk ke dalam kelas.. Biasa la tu, drama..

"Mama, kalau mama rasa nak menangis kan mama kena tarik nafas dalam-dalam, hembus ikut mulut.." ~ mula2 pelik tak kan cikgu ajar gitu.. rupa2 nya papa dia yang ajar cara tahan menangis.. sekarang dia pulak yang mengajar mamanya..

Mekchu nak ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan-kawan yang berpengalaman yang share tips.. memang amat membantu.. yang paling penting kena kuatkan semangat dan jangan jadi mama yang terlampau meragui..

"mama, ini lah kawan mi.. dia orang cina" ~ pandai pilih kawan yang ada iras-iras.. 

ini shahin.. mekchu 'terkena' dengan budak ni.. 

"Shahin ada adik?"
"Ada, umur dia 1 tahun 2 bulan.. tapi dia koko sikit."
"ooooo.. adik suka makan koko ye..."
"tak... dia koko... bukan suka makan koko.."
Pelik.
"koko tu maksud nya dia gelap sikit"

HAHAHAHA... 

Lepas balik sekolah je mula lah abg mi ajak gi beli menan.. susah jugak kalau dah selalu merasuah anak ni.. mekchu memang jarang belikan mainan.. tu papa dia yang selalu belikan.. mekchu selalu upah dia survey mainan aje.. hahaha.. bila kita tak ikut cakap dia mula lah...

"mama memang tak berperike-manusia-an..." hahahaha... buat bo-layan aje..

Sekarang mekchu belum mula kerja lagi.. nak ambil peluang yang ada nak biasakan abg mi dengan rutin harian dia.. pagi-pagi kejut dengan nada yang paling ceria.. nyanyi2, gurau2, geletek2, baru dia bangun dan tak moody.. main2 buih, berlakon otromen kena serang raksaksa semua.. tapi kalau dah start keje esok, harap2 dah tak perlu nak bergurau2 lagi.. nanti boss bergurau tukarkan mama keje tempat lain.. tidakkk!!!

dah boleh lambai2 nak pegi sekolah.. ehhh tiba2 kenari tu telah pulang ke sangkar.. nak tunggu keta baru entah bila.. 

Cabaran yang seterusnya adalah nak ajar abg mi balik dengan orang lain.. kami terpaksa upah orang kampung untuk ambil dia balik sekolah. Dia balik jam 12 t/hari.. tak dapat lah hari2 nak mntak boss keluar awal nak ambil anak.. melampaui batas la tu kan..

Minggu depan dah mula kena ajar dia.. tak boleh terlalu drastik.. dia baru mula boleh terima sekolah.. nanti semua pun nak ajar pada waktu yang sama takut dia memberontak pulak..

Oleh itu, mekchu sambung lagi cuti kasik setel urusan abg mi ni.. beruntung sebab dapat bosh dan boss yang sangat memahami..

Kesimpulannya, mekchu masuk kerja awal bulan Feb nanti.. dah rasa seronok pulak jadi suri rumah uruskan anak-anak..

by mekchuN (^_^)

2 comments:

Nad MamaZN said...

MekchuN,
Byk persamaan micah ngan zakwan
4 thn xpenah berpisah@dok nursery, tibe2 kene p skool..huhu!

Micah tgk upin ipin la tu yg berperi-ke-ma-nu-sia-an tu, hehe

Ya ALya said...

Alhamdulillah....syukur ada perubahan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...