@churalliya

Friday, April 26, 2013

Bagaimana saya menggunakan Hak Sebagai Pengguna

Sejak menjadi pembeli online tegar, baru ini lah pertama kali rasa macam gerammm sangat bila hak kita sebagai pengguna di perlekehkan hanya kerana sebuah polisi (polisi ok bukan puisi)

Hello.... dia belum kenal siapa mekchu lagi.. Mekchu tak nak bagi tau kat sini nama syarikat yang terlibat... tettttt...

So rasa baik mekchu share dengan kawan2 kot2 ada yang terkena macam mekchu ni.. Sila ambil perhatian..


Itu adalah blouse yang dibeli dari TET.. Kalau siapa tahu dari mana, diam-diam aje ok.. Bukan berniat nak tutup periuk nasi orang, tapi sekadar berkongsi..

Lepas iron dia jadi luntur.. ye la, nak pakai kena lah iron dulu kan.. 1st time iron dah rope itu.. Belum basuh lagi tu.. Esok nya mekchu terus lah emel customer service dia dan yang geram nya dia terus rejek atas alasan sebab dah IRON dan sibuk kata polisi dia begitu itu.. polisi dia begini.. Ok fine! 

Apa lagi.. mak naik hangin la nok.. mak gaduh dalam bahasa omputih.. kehlassss kannn... sebab tak puas hati punya pasal semua pun boleh.. tapi tak bleh la tunjuk sini apa yang mekchu reply tu.. hahaha..

Terus mekchu bg tau yang polisi dia hanya nyatakan boleh return dalam keadaan UNWORN, UNWASHED and UNALTERED. Tak de pun kata UNIRONED kannnnn.. haaa hambek nak sangat ikut telunjuk polisi...

Mak gunakan hak sebagai pengguna.. tapi bukan report kat tribunal.. mak share kat fanpage company TET ni..

Members dia ada la dalam 3K rasanya.. tengok lah yang reply semua naik hangin jugak. Kebetulan sekarang produk company TET ni agak mengecewakan dorang semua.. Banyak yang koyak, jahit senget benget dan macam2 lagi.. Dorang dah macam lebih pentingkan kuantiti berbanding kualiti..

Bila dah share baru lah tahu apa yang tersirat dan tersurat.. bagus betul teknologi sekarang ni..

 Ok, ni lah rupa ayat yang mekchu share tu.. tengah excited sampai typo.. hahaha kelaka..

Masa tu jugak ada member yang bagi tau tiba2 polisi dorang dah update dan ada pernyataan UNIRONED di situ.. kehlasss terus update ngko disebabkan kes perempuan ni.. Kan.. dah agak!!

Ramai yang setuju kata nak boikot company TET ni buat sementara.. Dan agaknya dia ada stalker kat dalam group tu dan tengah2 hangat reply mereply tiba2 mekchu dapat emel dari company TET ni..


Dan akhirnya permohonan diterima.. kan senang macam tu.. tak perlu nak tunggu kita share ketidakpuasan hati merata2 baru nak take action..  Sepatutnya dia sentiasa kena jaga kualiti dan jangan nak mencari keuntungan semata..

Gunakan hak kita sebagai pengguna tau.. Hati ku puas!!!!

Lepas kejadian ni, rasa2 nak shopping online lagi tak? sebelum orang lain tya soklan tu, baik mekchu tanya siap2.. hahaha..

Sekian..

by mekchuN (^_^)

16 comments:

syawalsimpsons said...

sekurang-kurangnyer ada pengalaman kan..at least boleh berhati2..

MAPPIAU said...

huishh...syabas maksu (eh apesal tetibe maksu?).

kalau saye pun memang hangin jugak ooo satu badan. Dah beli bayar gune duit bukan air liur last2 belum sempat pakai jadi cenggitu.

Akhirnya kemenangan berpihak pada yang benar ;)

Nad MamaZN said...

Itulah ganjarannya bila berani tegakkan kebenaran dan hak

UmmiAbi said...

Berani kerana benar...:)

mama_onie said...

Baru nak komen pasal typo tu tuan tanah dah perasan dulu hehe.. eeeee takut mak garangnyeeee...

ilass said...

syabas... baru dia tau sape mekcuN ni... n kuasa blogger kan.

Untuk soalan terakhir mekchu tu, diisytiharkan saya ialah seorang yang tidak membeli pakaian secara online. uhumm!

Illa Fira said...

tp nape tak nk bgtau company yg terlibat.. tkt nnt ramai lak yg terkena.. bila dah tau boleh la berhati2

anis abdullah said...

mekchu kita hangin betul dengan dealmates. sampai sekarang selai zara scraf tak tiba2...pastu beli berus ada benda free tak dibaginya,..ban dealmates!

therosputih said...

bagusla, at least dia take action kan...sy ada buat bisnes online, dan mmg kepuasan pelanggan is the highest main, not the quantity...

AiTotYati Mat said...

betul tu gunakan hak kite sebagai pengguna. syabas mekchu.

heee ni link pembelian dgn voucher Sogo yg mekchu bagi tu :D

http://bestari206yati.blogspot.com/2013/04/sogo-kl.html

Waney Zainuddin said...

betul.. betull.. kualiti kene jaga
WaneyZainuddin.com

watyz said...

syabas!! berani bersuara sbb tu hak kite... :)

Emy Omar said...

Kita kena tahu hak kita sbg pengguna kan..

QasehnyaRania said...

trima kasoh berkongsi mekchu..
amacam seik lagi tak?

lpas ni wat n3 dari pengalaman k

Nini D.. said...

Gunakn hak kita sbgai pengguna.setuju sgt!

Eliss Mie said...

oh, ni mesti the poop tengok ituhh yer :p hak kita, patut kita suarakan. x pernah beli kat situ tp member selalu beli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...