Event Fun & Fabulous dari Biro Wanita Persatuan PTD Negeri Sembilan.. segan bebenor nya nak join.. ye la kan, kita bukan PTD.. suami kita je yang PTD.. segan la nak join event orang ni..
Bila dah timbang tara, dan papajib pun tiada halangan dan kata boleh nak jaga anak2... so bebeh.. i'm in.. yeyyyyy.. seronok dapat berjimba..
Bila baca ada talk pasal wellness dengan helbalife, free facial party, mekap-mekap terus dah terkinja2 nak join.. Dan yang paling seronok bila dengar ada zumba pagi tu.. mekchu tak pernah berzumba.. selalu join erobik je kan.. nak jugak tahu apa beza zumba dan erobik ni sebenarnya..
baru sampai.. mata bengkak lagi.. jerawat pun ikut sama bengkak.. time2 nak bersosial ngan kawan2 time tu lah muncul dengan gemoknya bawah bibir.. tak sporting sungguh kamu..
Pedulik la dia di situ, dia pun nak berzumba jugak.. hahaha..
ok, dah nak start zumba..
Kelam kabut ok.. tak tentu arah nak keluarkan kaki yang mana, tangan yang mana.. sambil tu montot nak kena gelek jugak.. so funny 1st time berzumba.. dan yang penting memang sangat best.. Best. Tak tipu.
Sambil tu kat luar sana coach Am sedang sibuk sediakan Herbalife shake untuk wanita2 anggun bila dah abis zumba nanti..
dan sebenarnya dia adalah senior mekchu kat STJ dulu.. dah lebih 10 tahun tapi badan menten slim.. ye la kan, coach Herbalife harus la sentiasa sihat..
Syabas senior.. bukan setakat hebat bawak pedang panjang (tak salah dia mejar askar melayu diraja), dia jugak coach Herbalife yang berjaya..
Ada buat Intagram Video masa zumba.. tapi hilang pulak tak sempat upload.. cisssss sangat.. Keek pun ada record tapi hanya untuk tontonan kawan2 aje.. hahaha kenot upload.. kenot..
nah... ni wajah sejurus selepas sejam berzumba.. memang saje tak lap peluh sebagai bukti kat uols semua yang mekchu keluarkan peluh..
masing-masing mengah.. ehh tatau la yang lain tapi yang pasti mekchu memang mengah.. orang jarang bersukan memang macam tu.. pakai baju kuning tu our zumba woman :)
kami the angels menikmati Herbalife shake sambil tunggu giliran nak timbang umur sebenar dalam badan..
debarrr ohh jantung ku..
dan tengok2 alat penimbang tu bagi tahu umur dalam badan mekchu 6 tahun lebih muda dari umur yang sebenar.. wah wah wah..badan dah keding gini memang lah orang akan kata muda.. dah, jangan stress stress.. tu yang malas nak tayang gambar ni..
Menurut coach, siapa yang makan banyak tapi tak gemok2 yang patut risau daripada yang makan banyak dan kelihatan gemok.. Something wrong.. mana pergi makanan yang dimakan tadi tu? Ada belaan dalaman kah? hahahaha.. Phewww nasiblah mekchu ni memang jenis makan ciput2 aje..
si belang kat belakang yang sangat khusyuk..
Dari pukul 9 membawa ke pukul 10 dan seterusnya pukul 11.. kami tertunggu bila dia nak panggil untuk sarapan..
sekali tak de makna nak bersarapan ok.. herbalife shake itu lah sarapan kami pagi tu.. kami yang tidak pernah tidak bersarapan ni pun macam erkkkkkkk...
Tapi sebenarnya memang kenyang pun.. macam tak de la kebulur sangat walau pun dah berzumba.. cumanya dah nak dekat pukul 12 macam tu mekchu dah start diam.. tak banyak bercakap sebab perut ku dah macam kembunggggg minum shake sampai 3 cawan.. hahahaha..
It's facial party time.. party party lets go party...
dengan ju.. sesekali aje baru dapat jumpa ju ni..
sedang menenyeh muka.. sambil sebelah tangan cover jerawat..
Guna produk Herbalife.. baru tahu Herbalife pun ada produk penjagaan muka rupanya..
Habis je berfacial, kitorang break lunch n solat.. tapi mekchu tak dapat join sampai petang.. kena balik uols.. sedih bebenor dengar suara suami dalam telefon yang penat jaga anak.. itu baru separuh hari ye papa.. sila tabahkan lagi hati mu untuk benarkan mama bersosial lebih lama lepas ni ok (^_^)
Petang tu lagi best.. ada sesi fesyen2 bersama Azura Couture dan mekap-mekap dari Avon.. uwarghhhh sedeyyyy tak dapat join.. ambek gambar dari IG amyduffy aje..
Best best.. dah pesan organizer soh buat lagi.. Copy paste ayat organizer..
Kami dari biro wanita pptdns mengucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada suami2 mithali yg memberi keizinan kepada isteri2 anda untuk turut serta dalam event fun&fabulous hari ahad ni! Andalah permata hati, anda juga penghulu kami! Kami akan pulang dengan badan yg sihat dan wajah yg cantik berseri bak bidadari! We love u!
Tapi papajib gelakkan mekchu malam tu... jahat tau dia.. tapi tak boleh nak cerita kenapa kena gelak.. hahahaha.. tak boleh.. tak boleh.. ini rahsia rumahtangga.. HAHAHAHA..
7 comments:
Hahaha..! Apa la agaknya tu :)
Mekchu stj teknik tuanku jaafar ke?
Eh klu teknik sttj kan?
Adik saya skolah situ dulu
Klu stj ada gak 2 org kwn sblm ni skolah situ
apa laaaa agaknya yg papajib gelak sakan tuuu
takkan sakit pinggang tergeliat urat kot...heheheh
bestnyeeeee.....nak join jugak tapi lakiku bukan PTD.hukhuk
agaknyo apo yg di golakkan tu yee
Mekchu gambau last tu bukan ker dia keje kat suk... hehe dulu sy keje kt n.9... skrg pindah da ke perlis... ermmm best kan...
alah, macam best jer kira umur dr berat tu..
Post a Comment