@churalliya

Monday, July 8, 2013

Buat projek dalam kereta

Tak de tempat lain yang lebih clear selain dalam kereta..



2 hari ke persidangan kat PICC, 2 hari tu lah buat projek dalam kereta.. rasanya itu tempat yang paling selesa..

Kat dalam surau tu dah la ramai, sempit pulak kan.. pas tu nanti mekchu ni kejap nak kena selak kuih kiri, kejap lagi selak kuih kanan pulak.. lepas tu kiri balik dan kanan semula.. hermmm segan la dah ramai2 tu..

Parking pun dah paling strategik, masuk kereta kunci pintu dan projek dalam 20 minit terus zasssss dapat 8oz.. KPI memang 8oz..

susu segar.. simpan terus dalam kereta tak payah nak angkut ke hulu ke hilir masuk dewan conference.. 

National Digital Conference 2013.. 2 hari drive pegi sana.. pergi dengan opismate..

 
1st day.. my oh my.. bekas jerawat tak bleh nak cover.. 

 2nd day.. pakai blouse belang poplook dengan harapan dapat efek jadi tinggi dan kurus dan lansing :)

 dengar, berangan. dengar balik, terlelap..

Keek tak bawak cermin.. konon2 guna henfon sebagai cermin.. tapi sebenarnya rekod keek dalam surau.. 



rapiah, adieb n me.. delegate dari SUK Negeri Sembilan... 

Ada lucky draw.. bukan sebarang lucky draw tau.. kena dapatkan chop dari 26 booth baru qualify untuk masuk lucky draw.. dah macam orientation week nak dapatkan sign senior tu..

Dan Alhamdulillah, rapiah (kiri) menang iphone 5 uolsss... haruslah bangga walau pun bukan mekchu yang dapat.. sekurang-kurangnya MC announce nama opis kita kat situ.. best nyaaa lah hai..

Cakap pasal lucky draw ni mekchu memang lah tak de luck.. patut hantar papajib je kat situ.. dia kalo ke mana2 yang ada lucky draw InsyaAllah akan bawak balik hadiah.. tu voucher tu banyak jugak hasil dari lucky draw.. bukan handal sangat pon.. hahaha.. ok ok papa terror..

Hari tu patut mekchu sama2 dengan papajib meramaikan lagi orang kat Aeon. Ada member day.. tapi nak buat cemana.. ku kirim melalui angin aje..


Terus member senyap tak reply2 lagi dah lepas tu.. tak pasti sama ada bateri habis (tapi dia ada power bank kaler pink) atau pengsan bersama2 dalam keramaian tu..

Balik tu dia bagi voucher Aeon 2 keping..

voucher yang terkumpul minggu lepas.. 

Sabtu lepas balik main golp, di bawak lagi 4 keping.. kes dapat nombor corot maka sikiiiiittttttttttt aje kepingan nyaaa...


Bak kata fizza kat fb.. time papajib pegi mulut macam ada tarikan graviti ke bawah.. Bila balik bawak voucher, kemain senyum lagi.. Tengok gambar wawa senyum aje lah ye.. senyuman mama dia tak perlu di sini.. hahaha

Ehhhh meleret sangat dah ni.. dari projek dalam kereta terus cerita pasal voucher.. Ok lah bai!

by mekchuN (^_^)

6 comments:

nabila zaremi said...

bab baju,kasut,bag n lipstik tu yg tak tahan...tapi kan sma la mekchu..kalau che da pesan gini kat asben konpem diam terus...hahaha...

amirah said...

meriahnya voucher...best best

JunAina said...

Alahai...rezeki2. nanti bolehlah shopping2, ambik2 bayo pakai kertas je.

Azura Aziz said...

alaaaa.. dtg putrajaya xhelo2 huhu..

MaMa CyDa said...

Wahhh effi.. bertuahnya dpt ipong 5 huehuehuehue

Mimy Hamid said...

rindu sgt pumping...usah second baby lak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...