@churalliya

Friday, October 18, 2013

Sinetron : Bibik Lela dan Bibik Shanti pulak

Macam yang korang semua sedia maklum, kisah bibik ni memang tiada kesudahan... Dah ada berbelas-belas jugak entry pasal bibik kat sini...

Bibik yang terakhir (bibik yana) berambus bulan June hari tu.. entry kenapa dia berambus ada kat sini.. mekchu pun baru lepas baca tadi.. Kelako pulak pasal papajib soh stand by kayu tu... hahahaha..

Diam tak diam dekat 5 bulan jugak lah nenek labu jaga budak2 ni kat rumah.. hari2 mekchu call tanya nak makan apa.. tak bagi nenek labu masak.. mekchu nak memasak pun tak boleh janji jugak.. tak bleh janji sedap.. hahaha..  itu yang call aje tanya nak makan apa..

Kat mana nak mula ehh?

Kami kan ambil bibik dengan anak saudara aje.. nak murah konon... nak jimat... jadi sabar aje lah menanti dari hari ke hari kata nak ganti bibik.. dari 10 puasa sampai lah 100 puasa pun tak nampak batang idong jugak..

Tiba di suatu petang yang indah, akak mekchu call kata ada berita baik... Dia bagi tau khairol (org indon yang selalu tolong repair longkang, extend rumah, buat porch keta, tukar atap, tukar pagar) ada datang rumah dan bagi tau isteri dia nak cari kerja.. Si khairol ni memang tahu kami mencari bibik untuk nenek labu..

Siapa yang tak nak kan... Dia yang datang menyerah mencari kerja.. Selalu kita yang berabis duit bagi kat ejen untuk carik bibik. Berapa banyak bleh jimat kat situ.. Terus setuju dan esoknya lepas keje mekchu pegi amek bibik dan terus bawak balik rumah nenek labu...

"mak.... nanti adik bawak balik hadiah besar untuk mak"
"hahhhhh?"
"tapi hadiah ni tak boleh balut sebab terlalu besar"
"bibik la tuh..."

Nenek labu pun dah boleh agak.. Nampak sangat yang dia sangat perlukan bibik...

pekenalkan bibik lela..

Al kisah bibik lela gini......... Dia kan ada suami kat ampangan tu, khairol... Jadi laki dia ni rekues dalam sebulan suruh bawak bibik lela ni kat rumah dorang kat ampangan.. Dekat dengan rumah akak mekchu aje... Nampak gaya dia nak sangat bekerja jadi kami terima sebab mekchu pun dalam sebulan konpem ada balik rumah seremban tu.. Nanti boleh je hantar dia kat ampangan tu...

Bibik lela ni ok.. Nenek labu suka.. Wawa pun suka.. Wawa kan dah kenal orang.. Tapi bila nampak bibik lela terus depa tangan suruh orang tu angkat... ewahhhh...

Bila dah ok, lain pulak ceritanya... Mekchu ingat lagi dia start keje hari Khamis.. Khamis ok.. Jumaat ok.. Tiba hari Sabtu tu dah buat hal... Dia bagi tau suami dia call minta dia balik.. Suami demam menggigil... adehhhhhhhhhh...

Baru 3 hari kerja suami dah demam gigil rindu bini... achaner tu? Itu la dia masalah kalau laki ada sekali kat sini..

Dan nak jadi cerita lagi (sinetron sangat)............. Kebetulan pagi Sabtu tu (pagi yang sama) mekchu dapat call dari anak saudara mekchu (ejen bibik yg byk kelentong tu) bagi tahu bibik baru dah sampai 2 orang.. Dia nak hantar salah sorang bibik baru petang tu jugak.. Derrrr..... ini memang dah macam drama sinetron.. Dah macam musim bibik pun ada.. sekali datang kemain banyak lagi..

Serba salah jugak masa tu... ingatkan nak hantar bibik lela ni balik dalam 1 malam aje jumpa laki dia yag demam pus pus tu.. lepas tu nak ambil semula.. Bila dah dapat call dari anak saudara mekchu ni, nak tak nak terpaksa lah buat pilihan...  Pilihan yang terbaik (kami harapkan).. Kami melepaskan bibik lela ni setelah bekerja selama 3 hari.. Buat abis air liur je ajar dia lipat baju, gosok baju semua..

Dan petang hari yang sama kami dapat bibik baru (bibik shanti).. Ibarat patah tumbuh hilang berganti.. puiiiiiii...


Tidak mahu tertipu lagi, kali ni kami sediakan agreement.. serik dah asyik kena tipu.. Kami ni bukan cop duit.. asyik2 nak duit tapi bibiknya tak dapat2.. kalau dapat pun kemain lama kena tunggu.. Lepas tu macam2 la kena top up lagi.. Kali ni kami nekad nak setelkan dokumen dan permit sendiri.. Banyak boleh jimat kalau buat sendiri.. Dorang mark up kat situ je ntah berapa ribu...

Passport bibik Shanti ni mekchu tengok cop masuk Malaysia 27 sept. 28 sept terus di hantar ke rumah nenek labu..

bibik shanti, bibik lagi sorang nak hantar rumah cina dan omar sbg ejen bibik dalam sinetron ni

Gambar anak saudara mekchu tu biarlah rahsia... itu lah pahit manis kalau berurusan dengan darah daging sendiri.. Nak rekeman kat kawan2 pun malu...

Bibik shanti ni dah kawin... laki ada kat indon sana..



Masa baru sampai, kemain masuk je rumah terus tanya mana penyapu... tak menyempat nak salin baju, nak bukak tudung terus menyapu.... sapu rumah penuh bersemangat macam menyental lantai kekdahnyaaaa....... Seminggu bibik kerja dengan kami, wawa pulak masuk ward..

Sepanjang mekchu kat dalam ward, hari2 nenek labu call membebel tak puas hati dengan bibik shanti ni.. Dah la mekchu tension kat hospital, kena pulak dengar nenek labu bebel pasal bibik.. mekchu setakat boleh dengar aje la.. Mungkin sebab mekchu tak de, bibik dah berani tido, dah berani curik tulang, dah berani termenung sana, termenung sini, buat keje sambil lewa semua2 lah yang membolehkan majikan naik hangin...

Dipendek kan cerita (sebelum korang mual membaca), hari wawa boleh discharge Akak mekchu balik rumah nenek labu.. Nak spot check nak tengok sejauh mana bibik ni pemalas macam yang nenek labu cerita..

Bila tanya, dia cakap pening.. Nenek labu siap dah buat milo. Dah bagi makan panadol berhari2 pun masih pening... Ini dah lebeyyyyyy.. siapa yang jaga siapa pulak ni kannnn....Akak mekchu ni memang mata2 gelap wannabe... dia memang suka tanya sampai ke akar umbi.. korek punya korek punya korek.. paksa bibik bagi tau sakit apa......... sekali baru lah bibik bagi tahu yang dia hamil lalu menangis teresak-esak..... dermmmmmmmmm bibik bunting yang ngko bagi yeeee!!!!!!

Patut lah pening tak baik2... kalau pening biasa makan ubat bangun esok dah elok dah... Kalau sakit buatan orang ni 9 bulan baru baik pening kot... terus call anak saudara dan suruh dia ambil semula bibik shanti ni tapi dengan pengganti!! Dia pun terperanjat dengar bibik mengandung..

Mekchu nak aje belikan tester... tapi maca geli pulak nak suruh dia kencing... saje nak tahu dia ni betul pregnen atau cipta alasan tak nak keje sini... tapi bila tengok memang gaya orang tengah mabuk... minum air suam muntah, bau nenek labu menumis muntah.. asyik nak membutaaaaa aje...

Memang memendam sakit hati je simpan bibik mabuk ni lama-lama..


Bila tengok muka bibik ni pun gerammmm aje... asal tidokan wawa dia yang tido dulu... suruh basuh pinggan pun bermuka sakit... suruh lipat baju pun bermuka sakit... apa aje la keje yang boleh suruh dia buat... Tu belum nenek labu suruh mesin rumput lagi tu.. Kemuncup dah mula panjang dah kat laman luar tu... Baik pulangkan aje laaaaaa....

Memang kami mengharapkan bila pulang terus dapat pengganti bibik shanti ni.. tapi sementara nak tunggu pengganti takut pulak kalau jadi apa2 kat dia.. kami tak nak bertanggungjawab... Buatnya gugur ke, pengsan ke eiiiiiii takot.... Dah la x amek apa2 supliment awal2 mengandung. Makan pun tak nak... So, jln terbaik adalah pulangkan aje... Ntah tahun ke berapa pulak nak dapat pengganti wallahualam....

haaa macam tu la muka dia sepanjang kat sini.. muka sakit.. dah selamat hantar semula kepada ejen dia semalam.. pandai2 ngko la hantar dia balik indon...

Tu la dia... macam-macam perangai... macam-macam ragam... bibik demi bibik... tetap berdoa agar suatu hari nanti kami dapat bibik sebaik bibik ita (bibik yang jaga micah dulu).. Ohhyeee ramai yang cadangkan suruh call bibik ita tu tya nak kerja semula ke tidak... Kami awal2 dah tanya kat dia.. Laki dia sekarang tengah sakit... kena jaga laki dia kat sana.. Dia memang nak keje semula dengan kami.. Dia bagi tahu akan datang kembali ke sini lepas laki dia mati... hukkk aloohhhhhh....

Hadoiiiii tiba2 migrain!!!!


by mekchuN (^_^)

13 comments:

PUANSTOBERI said...

baca pun boleh rasa pening..apa tah lagi yg merasainya kan..
apa pun moga masalah mekchu ni di permudahkan.. Insyaallah..nati ada la yg sesuai cam bibik ita tu.. :)

Nurzakiah Hanum said...

sabar je la

wildcutecat said...

kelakar baca ragam bibik-bibik mekchu ni. macam macam hal. semoga akhirnya nanti dapat jumpa bibik macam bibik ita tu.

syawalsimpsons said...

adoi steatment bibik ita mmg kelakr la..tunggu mati..kakakakkak...adoi sabar la besan moga jumpe bibik yg sebaik ita yee

Ayu azmir said...

Macam macam kan.... saba je la...

Siti Shuhadah said...

mekchu..itu bibik lela.. xnak keja dah ke?

mikamusz said...

alamak... laki kak ita tu sakit apa.. sampai cakap pasal mati.. sadislah pulak...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

adeh, aku pun jd migrain jugak baca crita bibik demi bibik mekchu nih.. susah nak dpt yg betul2 baik.. mcm2 perangai depa nih..

Anonymous said...

Hi Sis Mekchu.... lucu plak bc story bibik ni.. mcm sebijik citer indon ptg2 tu.. mmg byk ragam dgn bibik ni.
sy dlu nasib baik x terpengaruh nak ambik bibik..dek sbb kan nak jg ank yg sorang ni. kwn hubby rekemen, indon sorang ni. dah kawin tpi laki di KL. sy ckp.. x nak lah.. biarlah sy susah pyh buat keje umah asalkan x pening kepala dgn perangai bibik ni.. last2 hantar ank kat bby sitter, jiran sebelah umah je.. senang sgt.. syukur

ch@ said...

adeih...kesian dgn mekchu tapi kelakar dgn keletah bibik2 ni. kita slalu bc dan dengar je kisah bibik ni, blm pernah ada bibik lg stakat ni.
smg mekchu dpt bibik yg terbaik slps ini. mcm2 perangai.

Dee said...

alahai mekchu..dee baca pun stress..sabar ajelah ye..

Mimy Hamid said...

perangai bibik bibik..aduyai mmg migrain la weh aku baca...sinetron sgt

QasehnyaRania said...

full stop pasai bibik ita.
mai la bibik su pi jaga wawa, boleh..hahhah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...