@churalliya

Thursday, October 23, 2014

Program CSR bersama anak2 yatim Baitul Mahabbah

CSR tu bermaksud Corporate Social Responsibility

Ok, itu kena letak kat kepala entry beserta bold supaya mekchu dan kawan2 semua ingat sampai bila-bila.. hahaha honestly dah baca banyak kali maksud dia tetap tak ingat bila ditanya..

Mula-mula nak ucap syukur Alhamdulillah sebab kerja amal yang tak seberapa ni berjalan dengan lancar.. (ngko ingat ini ruangan ucapan dapat award keeerrrrr???) Berkat usaha dan kerjasama semua opismate, semua anak2 happy dan kakak2 dan abang2 ni lagi lah berganda happy nya...

Kenapa kakak? kenapa abang? sebab dorang yang panggil kitorang cenggitu.. tak baik kan nak marah anak2 yatim.....

Rumah anak-anak yatim Baitul Mahabbah ni terletak di Seremban 2.. tak pernah sampai sana.. tetapi kami dipertemukan di Rumah Kelab SUKNS..

Kena buat program sosial. Program apa nak buat bersama anak2 yatim adalah something yang boleh stress bila pikir.. nak something yang enjoy dan terpaling penting boleh buatkan anak2 ini happy... So apa dia?

Ninnn diaaaa....

Tapi sebelum tu mekchu nak kenalkan master mind untuk program hari tu.. orangnya kurus, tapi penuh bertenaga dan penuh aura positif..

sumpah kami tak janji nak pakai satin shawl.. kalau dah 2 jiwa 1 hati tu memang tak ke mana... hahaha kannn kak piah...


Antara persediaan beberapa hari sebelum program CSR...

 alaaa.. mekchu tu menyemak je lebih.. bukan menolong sangat pun... 

 itu pun eksyen je tu... percayalah...

Mungkin tak banyak yang mekchu dapat bantu... tapi sekurang-kurangnya mekchu ada sekiranya diperlukan... mekchu ada di kala kak piah kelaparan nak pegi makan... mekchu temankan.. di kala kak piah tak muat kereta nak angkut barang2, mekchu bawak kereta lebih, di kala kak piah ketakutan ada katak melompat, mekchu tolong sama melompat kat tepi... hahahahaha...

Bukan setakat mekchu yang membantu....

wawa pun turut hadir 2 hari sebelum program...

 dan abang mi sehari sebelum program... 

Jadi eksaited lebih sebab nak meraikan anak-anak istimewa.. lain daripada program2 yang pernah buat sebelum ni...

Dan ini pulak cerita di hari kejadian (11 Oktober 2014-Sabtu)

Abang mi nak ikut, tapi mekchu tak bagi.. Mekchu kena jadi fasilitator.. so nanti tak de siapa nak jaga kan abang mi.. Kot spesis baik duduk diam tak pe.. nanti habis semua dia kacau nanti..

 terus terasa sayu hati bila tengok muka anak2 ni.. ni kat depan rumah dorang kat Seremban 2

ni dah sampai di rumah Kelab SUKNS... selamat datang adik2 akak semua... 

Dalam pukul 10 pagi kot acara pun bermula...

Bermula dengan pembahagian kumpulan.. budak2 tu dah siap-siap dibahagikan kumpulan.. jadi pagi tu hanya kumpulkan dan serahkan dorang kepada fasilitator masing2.. budak2 ni pun dah siap pakai name tag ikut warna kumpulan.. mekchu kumpulan PINK... yeyyyy..

 tengok kak sue dah siap keluarkan jari tak cukup sorang adik... hahahaha... 

1 kumpulan = 2 orang fasi. 5 hingga 6 orang adik-adik dari pelbagai peringkat umur..

Lepas dah jumpa adik2 semua, sebelum mula tugasan kami kena buat sorakan kumpulan dulu.. alahaiiii nak bersorak la pulak...

ni kak sue dan kak zana tengah berkenalan dengan adik2.. dorang panggil kami kakak.. so kami pun terpaksa la gelarkan diri kakak jugak.. nanti kecik pulak hati adik2 tu.. hahahaha... 

Tapi serius adik2 ni semua sangat sporting.. senang sangat kot nak bagi idea.. kita mintak dia bagi nama dengan buat sorakan kumpulan je, macam2 pulak idea bernas lain yang dorang bagi.. hahahaha tak terlintas dek akal..

"kita bagi nama kumpulan pink panther ok tak?"
"pink panther?" ~ muka masing2 blur dan tak puas hati
"kenapa? tak best ehhh?"
"kita bagi nama the wannababes lah kak.. the wannababes is hot to go.. H.O.T.T.O.G.O...."
~ kak sue dan kak zana tercengang (*o*)

Siap dengan sorakan dia bagi... ngko memang terbaek lah dik!!! nampak sangat kita perbezaan generasi kita.. hahaha...

tiap kali kak sue rindu, kak sue tengok video adik2 ni.. hahaha kelakar sangat....

Giliran kena present sorakan kumpulan.. hahahaha...

Tak sangka pulak menang.. memang kreatip tau adik aisyah ni.. lepas ni akak nak hafal sorakan ni.. kalau pegi mana2 akak nak tiru aje.. hahahaha..

ok kita dah menang sorakan kumpulan.. lepas ni kalau kita kalah pun tak pe dah.. hahahaha

Secara pokoknya, akarnya tiada... hahahah... ok, secara ringkasnya, nak kata ringkas pun tak jugak sebab benda ni tak ringkas sebenarnya.. benda ni rumit.. hahaha.. perkataan apa nak guna erkk...

Ok, secara umumnya, kena buat aktiviti bersama adik2 dalam kumpulan.. kena siapkan semua task.. ada check point bagi setiap task.. setiap check point tu pulak ada penjaganya.. hahaha... kalau tak siap atau salah, so tak boleh proceed next task..

Banyak jugak task yang kena buat... ada 8 kesemuanya kalau tak salah..

Mekchu memang tak tahu langsung pasal task yang kena buat.. memang sama-sama surprised.. walau pun kemana-mana bersama dengan kak piah, tapi satu task pun dia tak bocorkan tau..

tugasan pertama kena gunting2 kertas buat props.. ala yang ada misai, bibir, janggut semua tu laa.. lepas gunting kena lekat2 kat lidi tu.. 

Pada masa yang sama kena jugak lukis nama kumpulan kat atas manila kad.. yg ini mekchu pas kat adik aisyah tu aje.. setel keje.. akak just tolong sapu gam aje.. adik yang lain tukang gunting dan tampal.. hahaha

keje mekchu buat bunga kipas kat atas tu aje.. 

Sepanjang buat task ni, keje salmi dj penyakat asyik la menyakat orang... sejuk2 tangan ni nak cepat siap.. mekchu tau je la cepat cuak... choiii sangat...

"5 minit lagiiiii....."
"3 minit lagi......"
"1 minit lagi....."
Lepas tu dia lupa kot...
"2 minit 30 saat lagi..." ~ boleh pulak makin bertambah masanya.. hahahah nampak sangat nak menyakat kannn...

Memang riuh sangat la keadaan dalam rumah tu.. seronok sangat sangat...

Bukan adik-adik je yang seronok, fasilitator pun sama seronok... terlupa kejap tujuan nak raikan adik-adik.. hahaha..

group feberet memang tidak akan terlepas dari gangguan dari group sebelah... hahahaha

Antara task lain yang kena selesaikan....

 jawab soalan..

 mencari jalan..

tiup belon.,..

origami..

Part origami ni lah group mekchu tertinggal... mekchu bebal skit bab2 nak melipat ni.. hahaha nyesal aku tak belajar lipat awal2...

Task last sekali paling best.... kena selfie kat photo booth.. kak sue sukaaaa sangat ni... hahahaha

riuh sangat masa ni.. sementara nak tunggu turn selfie kat photo booth bikin sendiri.. 

yang ini bagi akak setel kan.. korang posing cun cun ok

 adik2 ni sporting pulak tu memasing pegang props yang buat awal tadi..

budak pakai baju belang tu.. haishh comel nyaaaaa....

adik-adik dah lama 'menang' dalam hati akk sue... 

lepas selfie kena transfer gambar dan print terus...

Kesian adik2 akak... toner abis lah dik.. dorang punya lah excited nak simpan sorang satu gambar.. jangan sedih tau... nanti akak print lain bagi kat adik2 semua..

ni hasil gambar selfie dari kami.. the wannababes!! cheewahhhh

dari camera opis pulak...

Alahai.. kak sue ni dah la hantu gambar... 88 keping pun tak puas tau..

Dengan itu, selesai lah kelapan-lapan tugasan yang perlu dibereskan...

melepaskan mengah sekejap.. hahahaha

dengan adik abbad yang paling comel dalam grup... 5 tahun kot umur dia.. 

Keseluruhan group mekchu dapat no.5.. hihihi.. ala, tak kisah la dapat 2nd last.. janji hamper lagi besar dari no.4.. hahahaha... tak de la, janji adik2 happy.. 

next time kita cuba jadi juara ok... 

kenangan beramai2... cepat carik mekchu... hahahaha

Menjelang tengah hari selesai lah program paling best ni.. dan tiba lah masa untuk berpisah dengan adik2... sedih je muka masing2 nak kena balik naik bas.. macam kak sue sedih nak balik sekolah asrama dulu2... nanti kalau free kak sue datang melawat adik2 yee...

Selesai segala, kena mengemas pulak.. tu yang rajin sangat tu..

dan begini lah keadaan selepas tamat program... tak tahan weii bau masing2... 

Kepuasan di tahap maksimum. tak sama dengan event yang pernah buat sebelum ni...

Semoga adik-adik akan ingat kak sue selamanya seperti mana kak sue rindukan adik-adik semua... Doa kak sue yang terbaik untuk adik-adik Baitul Mahabbah... Amin...


by mekchuN (^_^)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...