@churalliya

Friday, November 7, 2014

9 Lakes Garden Restaurant, Senawang

Ini lah tempat sambutan bithday wawa baru-baru ni... Mekchu dah janji nak review kan...



Nine Lake Garden Restaurant Negeri Sembilan telah ditubuhkan dan dibuka sekitar bulan Mei 2014 dan dimiliki oleh 100% Bumiputera, Melayu dan Beragama Islam. Pemilik restaurant ini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman di dalam bidang katering.

Nine Lake Garden Restaurant menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti Annual Dinner, Wedding Garden, Barbeque Garden dan sebagainya. Restaurant ini juga menyediakan kapasiti sehingga 1000 orang.

Restaurant ini mempunyai dua bahagian iaitu bahagian "Main Hall" dan "Garden Side".

9 Lakes Garden Restaurant provide :
  • Ala Carte
  • Western
  • Chinese Cuisine
  • Corporate Dining
  • Annual Garden Dine
  • Private Events
  • Product Launching
  • Wedding Garden
  • Anniversary Wedding
  • Barbeque Garden
  • Birthday Celebration
  • Family Day

Macam birthday wawa hari tu kami memilih menu Hi-tea sebab nya tengok menu pun dah rasa berat.. dan lagi sesuai kot untuk family kami yang tak kuat makan sangat ni.. 

kami pilih Hi-tea menu 2 full pakej.. siap mintak customize beberapa item jugak :)

Disebabkan pakej minimum 30 orang dan kami hanya lah separuh dari itu, so management bagi kami flat rate untuk semua.. Maksudnya tiada charge separuh harga untuk kanak-kanak..

Semua perbualan adalah melalui wassap aje.. Senang kan.. 

appetizer, dessert & beverages di side table
sandwich, cucur badak, tepung talam, buah dan nescafe tarik... 

main dish di hidang atas meja..
nasi goreng cina, kue teow goreng, ayam goreng sos limau, sotong goreng tepung, sayur campur, asir sirap

Adoii sedapnyaaa... dah la tengah lapar ni.. Makanan memang terlebih cukup.. Siap mintak adik tu tapaw kat dalam polestrin lagi bawak balik rumah... 

Kami guna hanya separuh dari Main Hall... jadi ada banyak lagi ruang lapang kat situ.. Kebetulan masa tu tak de orang lain kat situ.. So 9 Lakes Restaurant tu kami yang punyaaaaaa..... buwahahahahaha... 




Mekchu amek hidangan untuk 15 orang termasuk kanak-kanak.. 
Dan harga per head di kira RM28 untuk menu Hi-tea 2.. 
So total RM420.
Belon kira lain.. hihihi

Ok sangat kot untuk tempat, makanan dan layanan yang super amazing.. 

budak2 lepas makan pun selesa nak bergosip.. tu sebelah luar ruangan untuk garden..

Next time nak buat kat garden pulak lah... 

Tempat privacy, parking senang, makanan sedap, layanan superb, deco cantik....... mmm nak apa lagi??? 

Ooooo nak discount? Ok kalau berminat nak gunakan perkhidmatan 9 Lakes Garden Restaurant ni boleh lah contact mekchu.. Mekchu ada special voucher nak bagi.. Cepat ehhh sebab Expiry date sampai 31/12/2014 ni aje... 

Sila hubungi :

Nine Lakes Garden Restaurant
No. 4198 Desajaya 1, Taman Tasik Jaya
70400 Seremban
Negeri Sembilan

Contact 9 Lakes Garden Restaurant :
013-399 9928
017-639 0628
017-354 0094

Waktu Operasi :
11.00 pagi - 3.00 petang
6.00 petang - 12.00 t/malam
MONDAY CLOSE

9 Lakes Resraurant in Media Sosial :
Facebook : 9Lakes Garden Restaurant Negeri Sembilan
Instagram : 9lakesgardenrestaurant
E-mel : 9lakesrestaurant@gmail.com
Google Map : 2.719871, 101.999495



by mekchuN (^_^)

6 comments:

Eda Ejai said...

wahhh.. besttt.. makanan pon sume nampak sedapppp...

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

CuTeMiUt78 said...

sgt2 nice.. kalau dekat ni.. mau gak g..

QasehnyaRania said...

thanks mekchu berkongsi

azwar said...

Restaurant ni kena advertise lebih cerit about menu alacart n price. Kalauboleh buat mcm Restaurant cilipadi kat bdr senawang buffet lunch Rm 8. sure ramai.
Pls take note 9 lake restaurant

Mrs. A said...

Google punya google pasal 9 lake restaurant terdampar kat sini ;-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...