@churalliya

Tuesday, November 11, 2014

Milestone : Wawa 2 tahun

Lama sangat kot tak update milestone budak kecik sorang ni...

Bila ada appoinment dengan doktor baru lah rajin nak update..

Dah selamat cucuk Hipetatis A baru-baru ni.. gambar2 wawa masa check up dalam henfon semua dah sodokallahulazim.. Wawa, kenapa delete gambar sendiri hah? Kan susah mama nak up cerita pasal awak kat blog ni..

Nasib lah ada jugak post gambar kat Instagram.. phewww selamat.. Nampak tak kebaikan tayang gambar kat Instagram? Nampak tak? Hahahaha...


Berat 10 kilo.. Bertambah 800 gram dari last visit 6 bulan yang lalu..
Cara timbang tak accurate sangat sebab wawa tak nak diri atas penimbang tu.. So terpaksa la papajib timbang bersama wawa, lepas tu timbang tanpa wawa.. Perbezaan berat adalah berat wawa..


Mulut sangat leter... panjang muncung kalau bercakap.. Tapi cakap bahasa dia lah... Cakap pun sepatah sepatah aje.. Tu yang doktor bagi tahu, kalau masih belum pandai cakap sekurang-kurangnya 2 patah perkataan bila umur 2 tahun setengah nanti, wawa kena ada treatment khas.. eehhh treatment ke nama dia? macam berat sangat pulak bunyik nyaaa...

Doktor kata sekurang-kurang nya dia boleh cakap "nak susu....", "tu mama", "ni papa".. Lebih kurang macam tu laaa... Risau jugak sebenarnya ni..

Masa abang mi dulu, masa birthday dia 2 tahun dia dah bleh cakap "acih ayammmmm" sebab ayam KFC bagi dia hadiah birthday.. Tu pasal kami boleh ingat...

Wawa ni tak tahu lah... Harap tak de apa-apa ye sayang..


Tido malam dah bebas punting sepenuhnya.. Balik dari Kelantan hari tu terus tak nak punting dah..

Asalnya macam ni.. Dia kan suka gigit punting sampai koyak.. Tiap kali koyak mama dia baik hati pegi beli yang baru.. Geram jugak beli avent mahal2 2-3 hari dah koyak.. terus mekchu bagi je yang koyak tu... Lepas tu dia isap kejap terus pegang je.. tak nak isap lagik dah..

2-3 malam bagi yang koyak tu dia geleng tak nak.. mmmmm apa lagi, terus campak je la punting tu dalam tong sampah.. Mula2 tu gelisah jugak la time nak tido tu.. Lama2 ok je.. Alhamdulillah, tak susah sangat nak pisahkan curut dia tu..

Kain ngan bantal busuk je yang masih ada lagi.. itu pun jarang dah nampak dia menggentel..


Rambut belakang tu dah panjang dan kembang.. mekchu tak pandai nak gunting belakang.. selalu trim depan aje masa dia tgh leka main air... Sekarang bukan masa yang sesuai nak hantar kat kedai lagi kot.. Biar lah panjang gitu.. mama nak bela sampai lutut boleh?


Perhubungan dengan abang mi?

Hahahaha dah macam kena jawab soalan melodi pulak..

Macam biasa.. sentiasa bercakaran.. wawa ni pantang tengok abang ada something kat tangan.. mesti dia nak benda kat tangan abang tu.. walau pun dia tak tahu nak main menan kat tangan abang tu..

Tu yang abang selalu tension.. hahahaha..

Abang pun sama.. tak boleh tengok adik senang hati.. adaaaaa je benda dia nak sakat.. mmmm baru 2 orang dah macam 1 team bola.. papajib selalu balik rumah time keadaan dah reda.. Gamat ooo kalo dorang ni bergaduh.. papajib memang banyak miss saat mama sama bergaduh ngan dorang.. hahahaha..


Wawa ni ego tinggi.. abang ego, tapi wawa lagi ego.. Dia kalau dah merajuk tu memang susah lah nak pujuk balik.. Kot sesekali merajuk ok lagi, ini salah sikit pun dah nak merajuk..

Pa, masa mama pegnen memang kuat merajuk ke? mama dah lupa.. mungkin papajib ingat sebab dia yang tukang layan mekchu masa tu.. hahahaha..


Pejam celik kejap ke dah 2 tahun..

Mekchu sebenarnya risau bila wawa dah masuk 2 tahun ni.. Risau dengan soalan.....

"bila nak menambah? wawa dah besar boleh jadi kakak"

Haaaaa... hasrat nak menambah tu memang ada.. InsyaAllah.. doakan aje lah yeee...

Kitorang memang 'bekerja' untuk menambah, tapi 'pekerjaan' kitorang tu bukanlah penentu segalanya.. sebaliknya itu adalah 'kerja' dia yang maha Esa..


by mekchuN (^_^)

7 comments:

Chekgu Azrine said...

putih melepak tau dia..
comel!!

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

mama_onie said...

Soalan tu memang soalan lazim. Eh sama teknik berenti puting..

Ann Ishak said...

cute wawa :)

amirah said...

geramnya nengok si kecik ni..

Eliss Mie said...

comel dia. sekejap jer 2 tahun. anak2 lain2 perkembngan dia kan. nanti boleh la ckp tu..

QasehnyaRania said...

putihnya cik wa ni.smga wawa sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik.aamiin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...