@churalliya

Thursday, February 3, 2011

Doakan anak setiap hari

Luangkan sedikit masa untuk baca apa yang tertulis kat bawah ni... di forward oleh kawan lama.. hye nurul :)
Sejak kebelakangan ni, kadang2 memang sangat terasa hati dengan perangai najmi.. semakin hari semakin nakal dan tak nak dengar cakap.. lagi dia jerit & sepak2 kita.. pulak tu tangan dia cepat memukul dan menampar.. sakit di kulit dan sakit jugak di dalam..... kalau dia marah, apa yang ada kat tangan semua dia lempar....

Tapi, jangan salahkan budak tu.. memang budak tu lahir tanpa peraturan.. kita sebagai parents yang tetapkan peraturan untuk dia.. kadang2 tangan ni cepat je mencubit dan menampar dia.. bila perasaan dah menguasai, macam tu lah jadinya... 

Bila dah baca artikel ni, terus rasa insaf dan berusaha kalau boleh nak ikut setiap apa yang tertulis.. memang tak boleh terus berubah hundred percen sekali gus.. tapi sekurang-kurangnya kita mencuba kan... moga najmi lepas ni akan jadi lebih behave dan dengar kata... amin...

****** the article begin *************

"ANAK saya degil, tak mahu dengar cakap!"

"Anak saya malas belajar setiap kali peperiksaan dan ujian di sekolah dia selalu dapat nombor corot!"
"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap
peringkat umur mereka saja).

"Anak saya malas solat, kalau tak suruh, dia tidak akan buat!"

Sebagai ibu bapa, pasti ada yang pernah mengeluh sebegini. Perkara ini memang biasa terjadi, lebih-lebih lagi sekiranya anak anda sudah boleh bercakap, berfikir dan menilai (walaupun penilaian berdasarkan tahap peringkat umur mereka saja).

Kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga tujuh tahun memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati 'tidak dengar kata'.

Apa yang berlaku adalah ketiadaan komunikasi dua hala antara ibu bapa dan anak. Di samping itu, kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya, perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan
alam sekeliling yang ingin diterokai.

Justeru, sekiranya anak anda degil, sering memberontak, membaling barang dan memusnahkan permainan, siapakah yang bersalah?

Sudah tentu orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak. Berikut ada beberapa panduan yang boleh digunakan bagi menangani anak sebegini.
 

  • 1. Cuba fahami bahasa anak anda dengan bertanya secara lembut kepadanya. Sebaiknya tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan sama ada sedang memasak atau membasuh baju dan berikan perhatian kepada anak.
Selalunya ibu bapa bercakap sambil lewa saja tetapi sebaiknya, pandang muka dan tatap matanya dengan penuh kasih sayang.

Berapa kali dalam sehari kita bertentang mata dengan anak? Perhubungan mata sangat penting dalam apa jua jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil. Ingatlah, kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
 

  • 2. Sebaik sahaja anda pulang bekerja dan mengambil anak dari pusat jagaan kanak-kanak, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur untuk memasak atau mengangkat kain di ampaian.
Berikan perhatian pertama kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama pembantu rumah atau di tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya yang anda sangat sayangkannya.

Bermain-main dengannya kira-kira setengah jam, barulah anda minta diri untuk ke dapur. Mudah-mudahan dia akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya sudah diperoleh.

  • 3. Ajarkan anak dengan perkataan "tunggu sebentar boleh" sekiranya anak perlukan sesuatu dan anda tidak dapat melakukannya kerana sedang sibuk di dapur.
Layan dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tidak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya anda sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan orang tua. Kita tidak boleh mengharap dia patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan dia demikian.

Ingatlah, anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula

  • 4. Cuba fahami personaliti anak anda. Setiap anak dikurniakan Allah dengan personaliti tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai inginkan perhatian.
Oleh itu, jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya atau bertepuk tangan jika dia menyanyi. Bagaimanapun, anda boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.

Sekiranya anak suka menjerit, anda boleh meminta dia menjerit di dinding berulang kali sehingga dia letih. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari.

Sekiranya dia mengulanginya semula, anda suruh dia lakukan perkara yang sama sehingga dia berhenti. Berikan dia hadiah sekiranya anda dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam sehari. Katakan padanya, "Mama berikan hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini." Dengan ini, anak akan faham bahawa ibu bapa tidak menyukai perbuatan itu.

  • 5. Sentiasa ingatkan diri anda mengenai sifat positif anak yang keletah dan kerenah anak yang menghiburkan.
Tumpukan perhatian anda kepada kelebihan itu. Jangan mengingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang. Bayangkan anak dengan semua sifat positif yang anda inginkan setiap kali berinteraksi dengan anak.

Anda juga boleh berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut pada ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan anda kepadanya.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibu bapa yang membuat peraturan, disiplin dan galakan kepada anak

  • 6. Periksa siapa yang biasa ditemui anak-anak anda setiap hari. Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah itu (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh).
Adakah terdapat mereka yang membawa unsur negatif? Jika ada, sebolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.
 

  • 7. Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras.
Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibu bapa memarahi mereka, maka semakin kuat pemberontakan mereka.

Anak-anak pada usia ini tidak 'makan' dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.

Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak serta dakap, peluk, cium, sayang dan dudukkan anak di atas pangkuan, berilah nasihat secara hikmah.

Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat itu salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi. 

******* the article end *******

ada benarnya kan??? sebab itu lah dalam Islam menuntut kesabaran dalam setiap insan... kalau tak sabar, memang banyak yang buruk dari baik... 

najmi, bila dah besar dan boleh baca nanti, mama harap najmi bacalah blog mama nih... print dah jadikan panduan untuk didik cucu-cucu mana pulak nanti... hahahaha... ke situ pulak dah... 
jangan lah serius-serius sangat... tau la mekchu tak pernah wat entry serius... jom tengok gambar mi-cah masa umur 7 bulan tu... comel nye anak mama..... prektis.. prektis.. ingat, selalu lah puji anak korang sebagai tanda yang kita hargai dia... errmm dah lupa la tu.. dah, gi baca balik no.1 sampai 7 tu..

16 comments:

cikceriacorner said...

comelnye mi cah akak..

anak memang kene ckp elok2 setiap perkataan tu satu doa..:)

CaDLyNN said...

sumpah comel sgt mi-chah ni..gerammmm...rase nk cubit2..7 bulan pon mi-chah dah praktis posing bahu senget ek...hahahaha

yana said...

bgsnya artikel ni...nti bole copy paste kt sejuta wajah x? hehehe..
org bru hbs baca buku ni..
To Kill A Mockingbird..
ada satu certa dlm tu yg bole kite tiru tuk didik ank2 kite...
memandangkan malas nk hapdet lg sejutawajah..tulis jeklah kt sini dulu ek..
1. bila ank wat salah. jgn hukum dgn hukuman yg sakitkan fizikal n mental derang...cuba hukum dia suruh baca buku..kalo ade adik2..srh die bacakn buku sblm tido pd adik2 die,kalo xde adik lg...then bile dh pndai baca,bacakan tuk nenek atau atuk die..suruh wat tuk seminggu ker....15 min setiap kali baca..kan msg2 dpt mnfaatnya.hati pon x skt...org try dh wat kt angah aritu..bgslah..
2. bila ank tnya sesuatu...cuba jwb dgn jujur n yg mudah derang pahami ikut level umur msg2..
cth,kalo ank tnya,mama,orbit tu apa?jgn jawab tak tahu..atau jwb..ermmm nanti adik dh bsr cikgu ajarlah...kalo btl mak x tau..ckp dkt ank..mak tgh ade kerja,nti 5 min lg,mak bg jwpn die(snbl tu google lah cpt2 ya!)sbb..ank2 yg pertanyaannya slalu dijwb pertanyaan dia,sel2 otak itu akn cpt berhubung,kn dh jimat duit beli enfagrow..bole guna tuk drg masuk u nti...:)
3.ibu bapa kna bnyk baca buku ya...ank2 skang lg pintar dr kita..derang gen-IT..mcm techno dh ada masa drg lhr..jd kita kna mix n match cara2 didik ank2 antara yg mak kita guna dolu2 ngan cara skang..kt kedai buku bnyk buku2 psl parenting ni..pastu general knowledge pn kna tau..jd bila ank2 tnya soalan2 killer..kite bole trs jwb..lg cpt jwb..lg cptlah sel2 itu berhubung..dan akhirnya dptlah melahirkn ank2 yg mampu berfikiran secara analitikal..bkn main spoon feed jek..
4. DOA..yg itu mekchu dh pon tepek..kt atas tu..thx to nurul..(tataulah ni nurul perwaja ker?

p/s utk mek chu n kwn2...maaflah enterframe bnyk kemain...hehe..kebetulan masa bnyk arini...

Ako Retna said...

najmi mmg comei laaa ;)

tiefazatie said...

mi cah mmg comel sis..
aah..btol jg..kte xleh marah2...
kata2 seorang ibu tue doa buat c anak..

s.y.a.r.q said...

salam mekchu...

mekchu kene tag n dpt award..
sile ambik award kat blog syarq :p

http://syarq.blogspot.com/2011/02/you-are-sweet-blogger-like-candy.html

ann @ hatiberbunga said...

thanks!

kekadang manusia perlu diingatkan perkara yg beliau lupa.. - bukan tak tau fakta tu.. tp lupa je manjang. huhu...

Farra Dhelina said...

info yg sgt bagus la kak..

Najwa.H said...

mcm pernah baca artikel ni. anyway, mengingatkan semula...memang anak kecil ni bole buat kita hilang sabar kalau tak pandai handle..kan..kan..

moga kita semua jadi ibu yg berjaya ;)

KakD said...

oh saye pun kadang2 kalau dah tergeram sangat ngan irfan cepat je tau tangan ni nak piat die, pastu die memberontak balas balik buat kat kite.

anyway mekchu artikel sungguh bagus untuk dipraktikan (peringatan untuk diri sendiri jugak nih)

thanks mekhu sebab kongsi :))

mekchu said...

masa baby comel, sekarang dah comot :)

semoga artikel menjadi panduan jugak kepada yang lain

pn.rozana : ini komen ke entry? hehehe... thanks a lot dear... penambah perisa tu yg jadi sedap tu kan... org paling tertarik part mix yg dulu & sekarang tu..

ch@ said...

bila buat salah, denda baca buku? errr, mcm mana cikOni baca buku eh? bergulung-gulung lidah dia membebel. but, nice info mekchu, terima kasih kerana ingatkan =)

CikSembang said...

tersadai baca no 1 smpi 7 tu.. ada yg tak terbuat.. bila anak besar sikit denda dia tulis semula alfatihah..dapat tak? tambahan tips

Myalycia said...

aku baca benda ni kat metro.. dh siap simpan artikel tu, nk wat enty.. tp kau dh buat dulu hehe.. mmg byk yg kt xbuat.. mmg bagus info ni.. mmbuat aku terjaga dr mimpi yg pnjg hehe.. insya allah, aku nk buat jgk entry ni.. utk ingatan aku sama ..

jesnita_ns said...

tips yg amat berguna..tq kak..

Noreen Syafira said...

akk nk copyyea tips amat berguna...tq yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...