@churalliya

Monday, September 12, 2011

Folder 6 Syawal 2011

Sambung entry raya ehh uols.. janganlah alaaaaaa.. kan tengah bulan raya lagi.. header raya pun tak turun lagi tu..

6 Syawal baru sampai rumah sendiri.. dari bulan puasa hari tu tak balik2 situ.. malam tu baru lah hegeh nak gantung langsir, mop lantai, masuk kuih dalam balang, pasang kapet baru, panggil ane mesinkan rumput.. ish, macam2 lah.. mmg tingggal tulang je yang bergerak malam tu.. daging yg tak seberapa nak banyak ni dah bertaburan atas lantai...

Dengar khabar ramai yang nak datang raya hari tu.. wahhhh nebesssss... excited dari pagi dah masuk dapur.. masak tomyam katanyaaaa... ada mee hoon jugak dgn nugget dan keropok kuantan jugak.. menu dah upgrade dari tahun lepas.. hahahaha... thn ni dah pandai masak tomyam.. tapi masam sebab tukang masak sukakan tomyam masam...

bukti mekchu ke dapur.. nak pandang camera pun tak de masa okehh..

 tetamu pertama, family akak mekchu.. 

gambar rupa bentuk tomyam tak de.. malewwww nak tayang...

kuih raya ada lah dalam 2 jenis sajork.. itu pun 2 lagi kerepek dan 2 lagi kacang dapat hamper.. hahaha..

mama-chu dan mi-cah for ever.. ecehhh...

disebabkan mood mi-cah sangat baik hari tu, maka amek kesempatan bergambar dengan dia.. kalau tidak (ayat fav dia) tak kan ada gambar yang senonoh..

anak buah mekchu.. dorang dulu masa kecik, mekchu la yg cebok kan berak.. sekarang masing-masing dah masuk asrama.. sorang kat TKC, sorang kat STJ..

Lepas family akak balik, sempat terlelap kejap.. al-kefenatan lah katakan.. malam pasang langsir, siang masak tomyam.. hahaha.. dengar ada orang bagi salam, ingatkan orang sebelah (alasan)..

Pukul 4 cam tu, sampai lah budak2 tu setelah 18 kali bagi salam.. hahaha.. sorry ehh..

 jemput makan eh korang.. berdebar lah terima tetamu ramai-ramai cam ni.. pinggan mangkuk pun tak cukup.. hahaha..

budak2 main kat bilik tak rasmi mi-cah.. tu jalan kemain tinggi lagik papa-jit lukis.. bawah tu rumput, atas tu awan.. hahahaha... layan...

Ntah bila nak start projek lukis-lukis kereta, bas, lori ntah.. dah siap nanti mekchu tayang..

Malam tu teruskan pulak dengan ke rumah jiran dan kenduri tahlil arwah pakcik papa-jit.. lepas tu sambung raya lagi rumah ASP panjang ngan cikgu norlin..

wallpaper yang cantik.. rumah lagi lah cantik baru renovate ngko.. dorang mmg sediakan kerusi tu untuk bergambar. semua tetamu pun ada gambar kat situ.. hahaha..

genetik neena gonjeng dah menular.. ehhhh... dengan norlin yang menten mengurus sampai bila-bila..

Pukul 12 gak la kitorang balik.. kesian dorang tu, esok tu nak keje.. lain lah kami yang masih bercuti dan berhoya-hoya hari raya.. 6 Syawal adalah hari yang sangat penat tapi puas...

16 comments:

CaDLyNN said...

mcm sedap je menu kat umah mekchu...
tomyam tuuuuuuuuuuuuu....jemputla kitorg beraya kt umah mekchu :)

mummy_ayu said...

meriah la ramai org dtg..Ayu tak tau la..minggu depan ada gak plan nak balik sremban..nak gak serbu umah Mekchu nie...apa2 Ayu roger key...
:-)

Mimy Hamid said...

perasmi rumah mekxhu...mriah giler...umah mekchu seronok je...lapang ...lepak santai best ni

Nina K's Luviee said...

tak der open house ker mek chu?

Nad @ MamaZakwan said...

mekchu, suka la bilik tak rasmi mi-cah tu.. :)

e.l.i.z.@ said...

terus hilang nk tanya apa kt mekchu td akibat tertengok wallpaper yg mant0p tu hihihiih

syawalsimpsons said...

yola x da open house ke...nak g gak tgk bilik tak rasmi mi-cah tu..leh bagi syawal main dalam bilik tu..kikikiki

Farra Dhelina said...

ctk nya wallpaper!

ratusiput said...

byk gambar raye mekchu..ratu cik kitol ade tetamu makin ramai sampai terlupa nak snap gambar.ni plak ratu suk spital...tggu kuo sok nk bls dendam bergambo..

ch@ said...

ok noted, serang rumah mekchu mkn tomyam. yummi2.

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

wah, sdh ke folder 6 syawal..
ai lom sempat lg nak apdet full stori 1 syawal ni.. adess...

wah, rajin sungguh kamu yer..
tp bab mengemas bler org dah takde tu yg sakit tu.. huhuhu

psst, berkenan gak wallpaper ghitu.. =)

Eri-chan said...

cantikla lukisan dinding tu walaupun ringkas..nampak sesuai utk budak2. good job papa-jit..hehehe

~ana~ said...

salam aidilfitri mekchu...:)

cantik la bilik x rasmi mi-chah tu..x sbr nak tgk siap sepenuh nya...

ieda said...

bila kita sendiri buat OH memang penat tapi seronok kan .. akak kalau mak x tolong payah sikit .. dah lah umah kecik :)

cantik wall umah kawan mek chu tuu , lain dari yg lain .. akak sukeeee

Pepel BoNda AmaNi said...

wah cantik wall bilik xrasmi mi-cah...nanti klu dah siap jangan lupa uat ulangtayang cam astro taw mekchu...

mummysyafie said...

bila nak beraya ngan mekchu ni. jauh nyer seremban tu :P hihihi..w

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...