@churalliya

Tuesday, September 13, 2011

Kenapa kami terlalu sayangkan bibik?

(Entry ini agak panjang dan agak emo juga.. jadi kalo tak suka klik LIKE aje)

*Ingatkan dah tak de cerita pasal bibik.. ada jugekkkkkk.. entry ni dah lama draf.. kebetulan semalam bibik ada call rumah dan mi-cah yang angkat phone.. terus dia menangis bila dengar suara kakak dia.. selalunya kalau tanya "mana kakak?" dengan selamba je dia jawab "kakak balik indon".. tapi semalam haru pulak jadinya.. bila nenek labu amek phone, dengar suara bibik pun tengah menangis kat sana tu.. 2-2 menangis rupanyeee....*

Kami pernah dpt bibik yang hanya seminggu bekerja.. kami jugak pernah dapat bibik yang lari dari rumah waktu malam.. tapi kali ni, alhamdulillah... Tuhan tu maha adil kan.. dia telah uji kami beberapa kali dan kali ini DIA telah pertemukan pembantu rumah yang sangat baik kepada kami..

Tujuan utama amek bibik bukanlah untuk jaga mi-cah.. amek bibik sebenarnya nak temankan emak di rumah tu.. emak pernah tinggal sorang2 (masa tu arwah abah dah meninggal dan mekchu tgh sarat mengandung).. dah puas pujuk mak tinggal dengan kitowang, tapi tak nak jugak.. dia sayangkan rumah dia.. sayangkan ayam dan itik dia.. pokok orkid, pokok buah dia semua lah... dan kami sedar bahawa kami mempunyai jiran yang sangat mementingkan tanah dan sangat kedekut dgn tanah.. macam2 kejadian lah yang dah berlaku dan amat mengerikan kalo ingat balik.. opss, mekchu tak nak cerita pasal tu sbb tak sesuweiii...

Dan kami (adik-beradik) pun amek keputusan utk mencari pembantu rumah.. dan kali ni melalui ejen berdaftar.. tahun 2008, harga pembantu rumah indonesia masa tu dalam RM7-8K kot kalau tak salah.. dan oktober 2008 bertemu lah kami dengan kakak ita.. umur mi-cah masa tu 3 bulan...

ni masa mi-cah 3 bulan.. ingat lagi, gambar ni kakak ita yg tlg amek kan.. 1st time bawak dia keluar jalan-jalan bandar seremban..

Kakak ita tak pernah langsung melawan apa yg kami suruh.. dia pandai berborak dan mengambil hati emak.. dia jugak pandai buat donut, kuih pau.. lembut sangat.. dia jugak pandai mengurut.. mekchu kalau lenguh2 badan, mmg mintak tlg dia urutkan.. hari tu kaki bengkak, dia urut sekali je terus baik.. papa-jit pun pernah tangan dia bengkak sebab kena sepak masa main bola.. pun bibik yg tolong urutkan.. akak mekchu yang gastrik teruk, dia jugak yg urutkan.. masa kecik kalau mi-cah meragam (kembung perut) mmg bibik yang selesaikan.. dia mmg pandai mengurut budak kat surabaya sana..

Antara juadah yang bibik biasa buatkan untuk hidangan kami..

 kuih pau.. siap tapau bawak balik rumah seremban.. 

 pas tu selalu jugak gorengkan nasi buat sarapan kami pagi-pagi.. 

donut bibik sangat lembut.. sekali makan kurang-kurang sorang 2 bijik...

Ada jugak macam tauhu terbalik, bakso, sambal belacan surabaya, dan macam-macam lagi yang tak ingat nama dia..

Hati tu tenang je kalau hujung2 minggu nak balik rumah kami di seremban sbb emak ada yang tolong tengok kan..

Pandai jugak jaga budak.. ingat lagi kalau mi-cah demam dan meragam waktu malam.. dia suruh kitowang tido sbb esok nak keje dan biarkan dia yg jaga mi-cah.. terlalu sabar melayan karenah mi-cah yang kadang-kadang kami sendiri hilang sabar..

Dia jugak pandai bawak moto.. senang kalau emak nak ke kedai beli barang.. faham je lah rumah kampung kan.. kalau nak jalan kaki mmg jgn carik pasal lah.. dia lah harapan emak kalau nak kemana-mana.. nak ke klinik pun senang, nak ke seremban pun senang (hantar dan jemput emak ke pekan dan emak naik komuter atau bas), nak ke rumah kenduri org2 kampung pun senang..

Dalam pada masa yang sama, tolong jaga mi-cah sekali.. dan kami pun asyik tangguh je nak pindah rumah sbb amat selesa dengan dia.. dapat jugak jimatkan duit nursery bulan2 :)

Dia ada 5 orang anak dan paling kecik umur 10 tahun.. tiap kali dia rindukan anak dia, mesti dia pegi dokong mi-cah dan cium2 budak tu sampai puas.. Dia ada keluarga dia kat sana.. jadi tak boleh lah nak paksa dia supaya terus bekerja dgn kitowang.. kami pun terpaksa hormati keputusan dia..

Dia datang bekerja ke Malaysia sebernarnya nak cari modal untuk berniaga.. sebelum tu kat sana dia dah pun kerja kat kilang.. tp ntah berapa sgt la gaji dia kan.. sbb tu datang kerja kat sini.. tiap2 bulan hantar duit kat suami sehinggakan duit belanja sendiri pun tak de.. cukup masa, laki dia panggil balik untuk tolong uruskan kedai makan bakso kat sana...

Dan dia tak datang semula ke sini kecuali suami dia izinkan.. Kalau dia balik sekejap tak de lah kami sedih beria macam ni.. dah hampir 2 bulan bibik balik indon, tapi masih terasa-rasa lagi dia ada dengan kami..

Bangga dengan kehidupan dia sekarang.. dah bukak kedai bakso.. semoga kehidupan dia kat sana akan lebih senang dan kami disini pun kena teruskan kehidupan jugak.. dia bukan hak milik kami pun.. dan sentiasa berdoa agar dapat pengganti pembantu rumah yang sama atau pun lebih baik dari kakak ita..


Dan ucapan untuk kakak ita.... "Kakak, mama-nazemi rindukan kakak laaa..." ya, dia panggil mekchu mama-nazemi. tak pandai sebut najmi elok2 :)

Kini, tempoh bertenang kami selama 3 tahun telah tamat.. 

Ohh.. air mata dah mula bergenang =(( nak buat lagi entry kenangan kami dengan bibik pulak.. nak buat jugak untuk simpanan dan kenangan kami..

23 comments:

marinahunny said...

ye lah mekchu, walaupun dia bibik tp kalu baik mcm tu mmg sayang sgt kan. dh anggap mcm keluarga sendiri..bertuah mekchu dpt bibik mcm dia..

mama tisya said...

bertuah kalo dpt bibik yg baik..kalo yg mcm hantu tu yg pyh...

InaAchik said...

sayang itu tak pandang darjat dan keturunan...
jika hati baik dan ikhlas, pasti disayangi... kan?????????????????

Najwa.H said...

tetiba saya pun mcm bergenang air mata..apehal? hehe.


susah nak dpt bibik mcm bibik mek chu..

Mek Rose said...

sonot kan dapt bibik camtu
tak semua org bertuah cam mekcu..

Bitt (double IS) said...

alhamdulillah mekchu dpt bibik yg bagus...mesti dia seorg yg ikhlas dan baik...yg baik tu harus dihargai...kalau semua perangai bibik mcm mekchu dpat tu sangat aman dunia nehhh...aminnn

Suliana said...

sedih la kak.. huhu.. bertuah nya dpat bibik yg baik cam kak ita ni..

ratusiput said...

sabar mekchu...dah kna start blajar environment baru pasni...insyaAllah lelama ok la tu...

mummy_ayu said...

memang sedih....untung la dpt bibik yg baik..

mamyharraz said...

bertuah mekchu dpt bibik mcm tu

dann

bertuah juga bibik tu ber majikan kan mekchu :)

eB said...

bkn sng nk dpt maid baik cenggitu kan?

Nini D.. said...

takmo tulih mcm2..tulih ni aje..

"dlm hati teman ada taman"..

selesema baru nak baik..takmo join nangeh

Mimy Hamid said...

mekchu tak salah pa sayang bibik..dia pun manusia biasa ada perasaaan...bila dia baik jasa dia dikenang...bukan senang jumpa bibik camni..jujur, mneghormati majikan...bibik macam ni akan di ignati sepanjang masa...dan tahniah juga kat ko mekchu sebab ko dan papa jit juga sebenarnya memainkan peranan mengapa bibik disayangi..sebab korang hormat kan bibik ...ada setengah aku tengok maki hamun bibik sesuka hati je dpn kawan kawan..aku hilang respek

Pepel BoNda AmaNi said...

tengah planning nak amik bibik jugak...

CaDLyNN said...

sedihkan bile kite dah rapat tapi kene pisah pulak..mekchu pasni kene independent sikitlah :)

Lynn Abd Latib said...

mekchu

kakak saya ada sorang maid..sgt bagus keja dia..anak2 pun suka dgn dia..

skrg tgh nak mintak kakak carikan sorang jugak..dh x larat htr anak ulang alik puchong-ampang..semata2 anak hanya serasi 1 taska jek..

syawalsimpsons said...

sue ada sorang kawan kat opis pon ada bibik nama dier ita gak..dah 3 tahun gak ngan member tu...yg bestnyer dier pon kami wat kawan gak...best kawan ngan bibik member tu...baik sgt..mcm mek chu punyer bibik gak la...

Nida n' Hanafi said...

olorrrr.. Kak Nida baca pun turut sedih.. bila dah banyak kenangan kita bersama.. pasti tatkala kerinduan menjengah sangat menyeksakan..

mummysyafie said...

bertuah dapat bibik yang baek. nor plak sedih baca entry ni. mesti micah tengah rindu kat kakak dier..sian micah. nanti ada rezeki mekchu bawak la micah gi jenguk bibik kat sana yer..

mummysyafie said...

bertuah dapat bibik yang baek. nor plak sedih baca entry ni. mesti micah tengah rindu kat kakak dier..sian micah. nanti ada rezeki mekchu bawak la micah gi jenguk bibik kat sana yer..

mikamusz said...

sabarlah sue, ketentuan dia... since we all dah takde bibik yg byk membantu.. sangatlah mencabar kehidupan, tapi tetap kena teruskan jugakkan... hopefully dapat pengganti utk teman mak ko nanti

NeenaAnuar said...

sesungguhnya bukan mudah nak dpt bibik yg benar2 ikhlas bekerja dengan kite... kebanyakkan nya yg dtg keje kat sini just nak carik duit tapi wat keje ala kadar then tak lama buat hal..

tapi mekchu sangat beruntung dpt bibik yg sgt baik cam kak Ita.. cuma sayangnya jodoh kalian tak lama.. takpe lah.. mudah mudahan lepas nie mekchu bakal dpt bibik yg sebaik kak ita jugak...

nad said...

mekchu, tak teringin pegi surabaya melawat bibik ke?
=p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...