@churalliya

Sunday, October 16, 2011

Belajar pasal emas 916 (betul-betul punya)

Kesinambungan daripada entry yg mendapat kemarahan ramai tempoh hari.. dan 'semalam' yang dimaksudkan kini, tidak membawa maksud yang sama lagi :)

Tiba-tiba semalam kami berada di salah satu kedai emas yang mahsyur di seremban.. hahaha.. mashsyur lah sangat kan...

Flash back. Masa beli gelang yang hancur berderai tu harga emas RM197/gram.. kenapa la beli waktu harga tengah tinggi kan.. tak agak-agak nak survey harga emas dulu sebelum pegi tukar barang..  berlagak pandai.. main terjah je macam banyak duit..

Len kali, kalo korang nak pegi beli emas atau paling IN sekarang nak tukar barang kemas, tolong amek tahu beberapa perkara penting nih..

1. Semak harga pasaran emas semasa. Korang boleh semak di sini. Setakat hari ini harga emas adalah RM189/gram.. Dan harga dijangka mencecah RM250/gram menjelang tahun depan.. "fuhh, nasib baik dah kawin" kata papa-jit.. hahaha.. pengsan sape yg tgh cari barang kemas buat batal air semayang..

2. Sampai2 je kedai, minta amoi kedai timbang barang kemas yang nak tukar tadi tu dan culculate sendiri harga emas tersebut.

Contoh : Nak tukar gelang yang dah pecah berderai. Berat gelang 10gram. Harga emas RM189/gram. Oleh itu, harga gelang dianggarkan RM1,890. Tapi tidak bermaksud korang boleh amek gelang baru pada berat yang sama.. no no no.. mekchu pun baru belajar ni..

3. Kedai akan tolak 20 - 25% daripada harga emas tadi.
Amek balik contoh tadi.

Contoh : RM1,890 - 20% = RM378. Makanya RM378 akan ditolak daripada harga gelang yang kita nak tukar tadi. Dan harga bersih yang korang boleh claim adalah RM1,890 - RM375 = RM1,512 sahaja.. opss itu belum campur dengan harga upah tau.

4. Harga upah pulak. Selalunya bergantung kepada design sesuatu barang tu.. kalo complicated susah nak ukir, maka mahalnya harga upahnya.. Korang WAJIB kena tahu berapa banyak harga upah yang dikenakan. Selalu pelanggan tertipu di situ.. Amek contoh trade in gelang emas yang tadi tu.

Contoh lagi. Harga bersih selepas ditolak tadi RM1,512. Kalo ikutkan harga emas sekarang korang bleh amek barang berat dalam lingkungan 8gram. Tapi akan ada harga upah disitu. Selalunya kedai akan ambil dalam 7 - 10% sahaja dari nilai emas kita tu. Kalo lebih2 makanya korang kena rampas culculator dan kira semula.

Perbandingan :
Memang akan ada kerugian disitu.. Tengok sini.. Eh, baca sini...

Berat asal gelang yang kita nak trade-in tadi RM1,890 dengan berat 10g.. Dan bila beli gelang yang baru (kalau tak nak tambah duit) korang hanya boleh dapat gelang dengan berat 8g sahaja.. Itu anggaran lebih kurang kasi senang nak paham.

Kenapa begitu? Ada 2 sebab utama . Kedai akan tolak 20 - 25% tadi tu (#3) dan harga emas adalah semakin menaik dan menaik. Tiada menurun, semua menaik...

Oleh itu, kalau ada duit lebih daripada beli henbeg coach sampai 7-8 bijik lebih baik kita beli emas buat pelaburan.. Nak ulas pasal pelaburan emas kat bank tu mekchu tak pandai..

Tiba-tiba semalam..... (hahahaha baru nak sambung cerita)


Korang buat lah ayat sendiri ehhh... :)

Walau pun halusssss... tapi amat bermakna.. aaa aaa aaa aaaii sheteruu papa ;p

20 comments:

mamyharraz said...

rumit sekali mahu faham~tapi tak mengapalah sekurangnya dpt info dr penerangan mekchu yg baik hati :)

halus besar bukan ukuran janji sesuatu tu hadir penuh bermakna utk diri kita ;)

therosputih said...

cantik...sape y pilihkan tu?

Lynn Abd Latib said...

Cantik rantai tgn baru tuh:-P

ratusiput said...

ish makin naik eh..bru plan nk bli rantai bulan 1 cik kitol ganti yg dulu buat pelaburan dia nk g saudi.kalau naik lg mak ai tipissssla nanti.thanks mekchu atas info berguna ni.

SYANI said...

Thanks for the info mekchu. Memandangkan emas dah mahal, hasben belikan emas masa kahwin tu jer la. Lepas tu nan hado laie...

Anis Azalea said...

rumit la mekchu..pengsan la nak beli emas tahun depan. oh nasibla aku perempuan,..tukang bayar bakal suami, akekekeekek..

CaDLyNN said...

lin pon bile tuka gelang sebb da bosan dgn design tu..sekali tuka..dapat yg baru halussssss je..hahah..

illafira said...

tau la skit2 nak kira harga emas nie.. slalu beli kat Wan Chan.. bila time promosi upah RM1 jerk.. byk kali trade in emas lama.. untung sgt sbb harga emas dah naik..

Ya ALiya said...

ya paham penerangan mekchu tu,sb ya selalu temankan kwn g beli emas,dia memang suka kira2 dulu.....bab upah tu kwn ya selalu bodek2 tokey emas bg murah sikit.....

Bitt (double IS) said...

wohohoho gud info la...selalu mak jek yg kira...akekekeke
perghh bling bling u....hehehhee cantekk

Unknown said...

bagus la info ni...mmg pening pasal jual beli emas ni...emas pulak makin mahal...tapi for investment mmg bagus sgt

watyz said...

cantik nye gelang baru... :)

Mimy Hamid said...

lol ada tolak 25 percent lak...hmmm kalau camni kena tambah duit lg la....

Myalycia said...

mmg cantik gelang tu.. terpikat jap..

Pepel BoNda AmaNi said...

maktok amani pun terror bab2 info barang emas nie..kekekekek...mami jarum katanya.. :P

nad said...

tq share info
tq gak share gmbo gelang baru, haha!

InaAchik said...

nampak gayanya kena melabur emas la plak ni...

gambar last tu tetiba mak silau beb! :p

Rina Comell said...

I suka la dger cite emas2 ni..hikhik ^_^

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

mengerrrliipp!!!

Unknown said...

Klau nk hrga murah emas jenguk di sini www.lubukemasmurah/zairoljutawan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...