@churalliya

Wednesday, November 9, 2011

Ibadah Qurban di pejabat

12 Zulhijjah1432H.

Alhamdulillah, selesai sudah ibadah qurban pada tahun ini.. Secara jujur nak bagi tahu sebenarnya mekchu tak pernah terlibat secara langsung pasal ibadah qurban nih.. tapi tahun ini, syukur dapat bersama-sama dengan rakan-rakan pejabat melaksanakan ibadah qurban di Rumah Kelab Sukan SUK.

Paling best (sila kira ada berapa kali perkataan BEST yang akan digunakan) pun duduk kat dalam surau sambil tengok unta kena sembelih 4 tahun lepas.. selebihnya, duduk kat rumah sambil tunggu arwah abah bawak balik daging qurban :)

lembu tu menangis.. orang kata tak boleh cakap kesian.. cakap dalam hati tak pe kot..

lembu kami bersama-sama 3 bahagian lagi daripada kawan-kawan..

3 ekor lembu kesemuanya.. lagi sekor dah siap sembelih di Pusat Sembelihan, Kuala Pilah.

feremfuan yang cemas bila suami cakap tak dapat datang.. nasib baik ada wakil lain untuk akad qurban.. 

dah habis sembelih baru sampai..

Tiba-tiba teringat soalan SPM tahun 1996 - Bina ayat daripada perkataan di bawah : melapah, memotong, mencincang, menyiang, menghiris.. hahahaha sengal..

itu adalah aktiviti melapah daging..


dan ini adalah memotong daging.. ke menyiang daging?

Nampak senang nak potong daging tu jadi kecik-kecik.. hakikatnya amat susah okeh.. dan paling mencabar bila nak buang lelemak yang melekat kat daging.. tak sia-sia lah tangan mekchu melecet akibat sungguh-sungguh memotong daging hari tu..dah habis baru terasa tangan sakit dan nampak ada gelembung belon :(



Memang pengalaman pertama join sama-sama memotong/menyiang daging qurban.. eksaited terlebih katakooo.. kalo tak de program ni kat pejabat, alamat tak merasa la.. kat kampung tak teringin pulak nak join mungkin sebab segan dengan otai-otai kampung kan..

Paling best (semua pun best) bila kena masak daging qurban tu kat situ jugak.. 2 ekor potong2 masuk dalam plastik untuk diagihkan dan lagik sekor untuk masak..

 ini memang terbaek... daging sangat fresh berbeza daging kat pasar yang 3 bulan dah beku tu..

orang kuat di sebalik program qurban ni.. bravo.. bravo..

Lepas waktu pejabat, ada tahlil kecil-kecilan dan diikuti acara kemuncak adalah makan-makan..

tahlil..
paling berseri bila MB sudi datang ke majlis kami.. 

paling best (lagi lagi best) sup tulang tuh. ada pulak sambal kicap.. perghhhh kenyang sampai malam.. sikit pun perut tidak mintak diisi lepas tu..


Sesungguhnya ini adalah pengalaman berharga buat mekchu.. tak kisah walau pun seharian badan bau lembu moooOoooooOoo..  

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

14 comments:

Unknown said...

teringin gak join korban mcm ni mekchu.. tp bila agaknya sampai rezeki itu..sematkan azam dulu, insya allah tercapai kan

eB said...

eB tgh layan blog lps tembak lembu korban... mmg x thn la tgk mater lembu tuh... sadis. hu3

Qaseh Suhaida said...

semoga ibadat korban kita diterima oleh Allah

Munn Jaafar said...

eh akak, lau buat korban mesti kena ada akad ke? sy ada buat juga tahun ni tp xpergi pun sbb jauh...xde plak akad2 ni

CaDLyNN said...

seronoknye dpt join qurban same2...lin biasanye tunggu ayah bawak balik daging qurban jek..

Dee said...

pengalaman yg berharga ni mekchu..x semua org mau join kan buat benda2 gini..huhu..

Dr K said...

Alhamdullilah..dapat juga mekchu join ibadah korban kan...bagus opis ada buat ibadah ni...harap tahun depan opis mekchu sembelih unta pulak ;P

Mimy Hamid said...

so far dah besar ni belum merasai kemeriahan berkorban daging...kecik kecik tgk la..Insya Allah tahun depan ada rezeki lebih nak masuk korban la...

Nini D.. said...

seronokkan mekchu..(ganti kata BEST )

InaAchik said...

sebelum ni seronok raya korban sebab leh makan daging fresh...
tapi tahun peluang berkorban, menyiang daging, gotong royong masak kat masjid... feelnya JAUH LAGI SERONOK! Love raya korban banyak2 tahun ni... dan akan pastikan kesoronokan berganda di tahun2 mendatang...

Anonymous said...

singgah.

salam Aidiladha,, sonok kan menyiang daging =D. kalau da masuk freezer, da beku skit, sng nk kerat.

illafira said...

masa kecik2 dulu je penah tgk korban pastu x sanggup sebab kesian.. nnt rugi x leh makan .. hahaha

puanstoberi said...

kiterang pun kalo tak ada buat, tp sbb ramai bz ada konvo kat tpt latihan kiterang tu (IKN), maka trus tak jadi.

QasehnyaRania said...

raya korban yang best kn mekchu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...