@churalliya

Wednesday, December 21, 2011

A Famosa Animal World Safari - Monkey Island, Bird Show, Chicken Farm & Elephant Show

Sebelum nak plan bercuti ke A Famosa hari tu, puas jugak gugel carik info pasal semua2 yg kita perlukan terutama sekali kalau bawak keluarga.. Result agak limited jugak. Harap2 lepas ni, dah boleh membantu siapa2 yang bercadang nak bawak family ke A Famosa. Kesian mekchu terpaksa redah je tanpa sebarang panduan..

Sambung dari entry Wild Wild West Show lepas. Sesudah itu, kami teruskan dengan mencari makanan dan makan secara ribut.. Boleh je kalo nak bawak bekal. Tapi tak larat nak angkut.. Banyak jugak mi-cah makan. tp elok je sekejap lepas tu dia muntah.. agaknya perut dah masuk angin.. Sebaiknya bawak lah makanan sendiri sbb kalo pukul 3 baru nak makan makanan mmg banyak yang dah habis..

Seterusnya kat sebelah tu ada Monkey Island.. Memang kagum sebab tak de sorang pun yang beratur nak naik boat.. Mana ntah semorang pegi.. Driver boat siap tunggu kitorang, papa-jit tak habis sap kok lagi..

Ke Monkey Island.. Pulau yang kecil tapi cantik sangat.. 

naik boat open gitu je.. kalo ada anak kecik, mmg kena tengok.. itu bila2 je dorang bleh terjun dalam air tu.. 

kaki memang kena letak gaya macam tu.. air siap naik atas boat.. tp serius cantik sangat pemandangan kat situ.. 

Ada monyet kat dalam sangkar dan ada monyet kat luar.. yang dalam sangkar tu tak nampak sangat sbb dinding kaca. Bila tengok monyet kat dalam tu ternampak muka sendiri yg jadi monyet.. hahaha.. Ni antara monyet bebas kat luar..


Tak banyak sangat pon.. tapi pada mekchu dah cukup best dah tu.. cuaca pun memainkan peranan penting jugak kot.. sejuk2 je hari tu.. tak berpeluh sangat.. pas tu angin tiup2 pulak kan.. aduhh duhh duhhh terasa nak buat rumah je kat monkey island tu..

jalan2 lagi kat sana.. tak de gambar ramai2.. ini je kot yg paling ramai :)

pas tu campurkan lah gambar tadi tu dengan gambar pasangan HOT ini.. 

kan mekchu dah kata tempat dia cantik.. dikelilingi air hijau yang membangkitkan suasana best.. ada pulak pangkin untuk lepak.. pergghhhhh.... sangat perfect kalau ada teh tarik :)

Ok, lepas puas tengok monyet dan monyet pun dah puas tengok kitorang, terus mahu pulang.. sementara nak pulang tu terlalu pulak kat tepi Bird Show.. walllaaa weeiii...

pun duduk kat belakang jugak sebab dah lambat.. show ni pun dah start dalam 10 minit macam tu.. 

Seriusly Bird Show ni sangat sangat best.. korang akan terpegun melihat kebijakan burung2 dlm mendengar arahan dan hampir menitiskan air mata.. dah start over la tu..

Burung2 dari spesis yang susah nak jumpa kat Asia.. semua pun besar gile.. paling best bila dorang terbang rendah sangat, ngam2 atas kepala orang.. rugi ahh dok belakang.. mata korang akan melilau pandang keliling stage tu sbb burung akan terbang dari mana2 arah yg dia suka.. cuak jugak takut dia terbang dari bawah kerusi :)

besar kan... burung tu crossing dari sebelah kanan pegi ke sebelah kiri..& dun worry, dorang semua dah well trained.. cehhhh, padahal cuak gile masa tu..

gambar tak banyak (again) sebab terlalu leka tengok burung2 tu semua.. lagi pun dah cuba snap tapi burung ntah ke mana.. nampak daun aje.. hahahaha... 

Habis je show, sambung cari jalan pulang.. sebab kalau nak balik memang kena ikut jalan kita datang tadi.. Layan mi-cah nak tangkap rabbit kejap..


Rasanya kalau cuaca panas sekali pun tak terasa kot bahang dia.. sebab ada banyak pokok kat dalam tu.. ada banyak lagi haiwan kat situ.. tp mekchu malas nak tunjukkan semua..

Depan sikit, nenek nak tengok ayam pulak.. rindukan ayam kat rumah la tuhhh... @Chicken Farm

 comel kannnnnnnnnnnn.... kalau tgk real kan, lagi comel.. 

Sebenarnya mekchu ada amek banyak jugak gambar kat henfon ingatkan nak update kat fb.. tp mekchu bz sgt.. tak de masa langsung pegang henfon :)

 mi-cah tak nak keluar dari situ..  dia terlalu taksub.. dah keluar basuh tangan, pas tu dia masuk balik.. komengaaaaaa..

cubaan mekchu.. mula2 takut.. kena gelak ngan mi-cah pas tu terus memberanikan diri.. ohhhh.. kalau lah nenek labu ada ayam sebanyak ini.. hehehe.. 

Bila ingat je dia ajak datang nak tengok anak ayam lagi.. tak de pun sebut nak tengok koboi ke, harimau ke, burung ke.. tp dia nak tengok anak ayam..

Sambung lagi perjalanan nak cari pintu keluar.. ada pulak Elephant Show.. harus lah singgah lagi kan..

 bijak.. siap bleh buat kelakar semua..

last sekali kena sembur air.. hehehe.. mi-cah ngan papa-jit basah sbb dorang kat depan :)

Ok, finally kitorang berjaya jumpa pintu keluar.. Multi-animal Show je kitorang tak dapat tengok.. Semua show tu kebetulan aje tu.. kebetulan kan lalu kat situ dan show dah start.. lagi pun mekchu memang suka aktiviti yg relek2 macam tu.. tak banyak gunakan tenaga :)

Terus menuju ke kereta dan check-in hotel pukul 5.30ptg..

Makin runcing jejari bila update entry panjang cenggini.. Ok kawan2.. bila dah tengok gambar, dah baca jalan cerita, dah faham dan dah ada gesaan macam nak pegi... nanti mekchu buat entry info2 penting pulak.. Tunggguuuuuuu....

Sebelum men'titik'kan entry, A Famosa Animal World Safari ni tak sama tau dengan Zoo Melaka :p

12 comments:

.::WaNiE::. said...

sakan haaa jalan kehkehkeh

Bitt (double IS) said...

owhh dah ada ayam kecik2 comel2 laa...heehhehe ehhh rimau tak de? hehhe

Bitt (double IS) said...

owhh lupa dah tengok rimau ehehhee...tak p monkey island dulu, monyet yg kat luar tu tak kacau mekchu ke..akekekke

Mimy Hamid said...

mekchuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...terus nak tutup blog ko ni...sebab ada anak ayam....terus terang aku bgtau...aku geli spesis ayam...geli geleman dah ni...mekchuuuuuuuuuu tolonggggggggg..euwwwwwwwwwwww...sangat mengelikan laaaaaaaaaaaaa

amirah said...

best2..sok sok kalo ahmad dah besar nak bawak dtg sini main ayam..huhu

AKO @ retna said...

mmg susah la nk cari info..
ok x sabar nk tahu entrance fee sumer tempat..

Alycia said...

oh tq mekchu bg info ringkas tp padat mcm ni.. mmg kompem submit kt laki den utk proposal cuti2 tahun depan ;)

chekpid said...

amboi...'sikitla' sgt gambar tu :) dlm byk2 terkesima tgk monyet ke-2 yg pose berani matik menayangkan tubuhnya itu.

tmpt yg plg sesuai bw kids..

MaMa CyDa said...

mcm best jek nih ... next week cuti smggu. nk jenjln jauh cam tak larat plak. paling dekat ngan seremban melakalah kan .. eheheh akan ku usulkan utk ke sini lah jawabnya ^_^

littlehumblelynn said...

wah menariknya..
tp pernah terdengar org kata harga makanan - adalah super cekik darah & susah ..

huhuhu :-))

Eri-chan said...

selalu tak failed nak pergi sini. padahal ke melaka berkali2 setahun

QASEHNYA RANIA said...

teringin pula nak pergi dah lama tak pergi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...