Mekchu pelik lah, apa sebenarnya yang bibik ni nak? Nak carik duit atau nak cari laki? Apa tujuan dorang datang sini erk?
Kali ni mintak tolong anak saudara mekchu tolong carik kan.. untung dengan dia ni sebab kalau bibik tak sesuai bleh ganti dengan yang lain.. tapi itu lah, bibik yang ada kat dia semua stok yang dah kerja lama kat Malaysia.. kiranya dorang dah tahu selok belok nak mengada dengan majikan..
Al-kisah bibik no.1.
Bibik pertama keje tak sampai seminggu.. alasan sebab tak tahan dengan nyamuk bila kena menyapu kat laman luar tu.. tahu je la rumah nenek labu banyak benoo pokoknya.. pehlissss.. najmi yang kecik tu pun main tepuk tampar je ngan nyamuk.. lama2 nyamuk pun dah tak heran.. tak logik ok bagi alasan nyamuk..
Ok fine, sebenarnya ngko tak nak keje kat kampung kan... Terus call anak saudara mekchu dan mintak ganti dgn yang lain.. Patut tak yah bayar apa pon sebab dia yang tak nak kerja.. tapi nenek labu baik hati bagi duit ehsan..aduhhh...
Al-kisah bibik no.2.
Bibik kedua pulak bila sampai je dah masalah sakit2 perut.. Satu hal nak kena bawak pegi klinik.. hari ke-3 macam tu baru bleh buat kerja.. Yang kedua ni mengada terlebih.. tak makan ikan.. banyak songeh dan paling penting dia mengaku yang dia tak suka dengan budak..
Double-yuu-tiie-effff?
Antara statement yang tak patut dikeluarkan oleh seorang yang bergelar pembantu rumah..
"Ikan.. ikan... ikan.. saya muak sama ikan.." ~ bila pagi2 nampak nenek labu keluarkan ikan nak masak
"Apaaaa lah nasib saya kena kerja jaga budak.. anak saya sendiri sudah besar, mau jaga budak" ~ ohh ini memang panasssss bila dengar..
Dengan najmi sikit pun dia tak nak jaga.. buat tatau je dgn budak tu.. nenek labu jugak yang jaga dia.. kuat bercakap sampai naik pening dgr cerita dia.. asyik2 ulang cerita yg sama.. apa lagi kalo bukan pengalaman dia kerja kat tempat lama.. konon2 dia hebat dan berpengalaman lah gitu.. memang tak suka kalo bibik yg tunjuk pandai ni.. kita ajar lain, dia buat lain..
Sepatah ditanya, 10 yang dijawab.. pulak tu jawapan memang makan hati punya.. sumpah hujung minggu tu jugak mintak tukar dengan bibik lain.. Mintak bibik baru yang memang tak pernah keje kat Malaysia.. senang nak didik dia..
Al-kisah bibik no.3. (current bibik)
Dan bibik ketiga dah sebulan lebih kerja dengan kami.. Alhamdulillah, nampak setakat ni ok tapi ada la jugak yang kita tak puas hati kan.. Dia kalo makan, memang tak ingat orang lain.. sian nenek labu 2-3 kali kena masak.. Dan suka sangat tengok tv.. dah pandai guna remote!
Buat masa ni kami masih bertahan.. Janji dia nak tinggal kampung temankan nenek labu.. Harap2 niat bibik ketiga ni ikhlas nak carik duit bantu keluarga kat Indon.. bukan niat nak enjoy atau nak cari laki..
nenek labu dan bibik yana
Bukan senang nak carik bibik sekarang ni kan.. leceh yang teramat.. nak dapat yang sama macam bibik lama memang tak akan dapat lah.. siapa yang follow blog ni memang akan dihidangkan dengan cerita2 pasal bibik ita ni.. dia memang terbaek.. kalau tidak, tak de lah mekchu termimpi-mimpikan dia..
Malam tadi pun masih termimpi bibik ita sebab baru2 ni dia ada call kata nak kerja semula dengan kami.. tapi dia agak sedih bila dengar suara bibik yana yang angkat phone.. lambat sebulan lebih je kan..
Tapi kalau betul bibik ita nak kerja semula dengan kami, memang kitorang fly ke surabaya sana pegi amek dia.. Sungguh!!
11 comments:
Ya lg sokong bibik ita tu keja dgn mekchu je...muka bibik ita tu lembut je ya tgk....
eh,eh..banyak lak songehnye bibik2 yg lain tu yeak..
ish takut le pulak nak amek bibik...dah le takde pengalaman berbibik lagi...buatnya dapat yg banyak songeh, bazir duit je huhu...
kalau betul bibik ita tu nak dtg balik, kami sokong! hihihihi...
mekchu kasi berenti jugak la bibik yana tu....mmmm..kalo masih boleh tahan, tapi buat macam umah sendiri...mmmm...better amik bibik ita...tp jgn kasi tau bibik yana dolu la...kang mengamok pulok kang...kasi alasan lain la...cian demo
mekchu, saya sokong amik bibik ita semula!
kalu nk gi surabaya, saya kirim fm ek, hahaha!
bibik yg ke3 ni mcm ada tanda2 jadik cam no 1 dan 2 tu jek, huhu
mmg dah byk pengalaman ngan bibik2 nye perangai.. demand ngalahkan majikan..
diva nye pembantu rumah indon =.="
alahaaiii macam2 kerenah mereka mekchu! haru betul..hope bibik lama call mekchu kan...haihh
x pernah ada pengalaman guna bibik dan rasa x perlu kot...omak den takut abah den kono kobeh..huhu
memang susah kan mekchu..byk cekadak toi dorang tu yer...
emmm..nak kena bibik ita tinggal bisnes bakso dia tu???
biasa tgk kawan kawan aku ngan bibik..perangai macam macam..kawan aku lg scary bibik lari rumah tinggal kan anak anak dia kat umah...giler
Post a Comment