@churalliya

Monday, December 31, 2012

Kerna kami punya pilihan

Saje kasi tajuk ada bunyik indon skit :)

Entry penutup 2012 mekchu nak cerita pasal abg long mi-cah la.. Tahun ni umur dia 4 tahun dan lagi 2 hari dia akan mula bersekolah iaitu pada umur dia 5 tahun (4 tahun setengah sebenarnya).. Kira halal lah kira umur genap2 terus walau pun dia lahir bulan Julai..

Sememangnya sebelum ni kami tak pernah ambil kisah pasal persekolahan dia.. Bagi kami dia masih kecik dan sila nikmati masa kecik anda puas-puas.. sebab sekali ngko dah ke sekolah, maka ko tak boleh nak mengada dan manja2 lagi.. Masa kecik hanya datang sekali sahaja..

Tercabar jugak diri ini bila tengok anak kawan2 yang lain yang lebih kecik dari mi-cah dah mula bersekolah dan dah mula pandai menulis dan membaca.. Memang kami tak nak pikir dan bandingkan semua itu kerna kami punya pilihan.. Tinggal dengan nenek labu selagi mana belum sampai masa nak pegi sekolah.. ngeee ;)

Dan bila ketika MASA itu sampai, akan ke sekolah jugak anak bujang kami itu... Itu pun kalau ikutkan tahun depan aje nak masuk kan dia ke sekolah.. tapi zaman sekarang dah tak sama dengan zaman kita dulu-dulu kan.. papa-jib tu langsung tak tadika pon..

ada jugak survey beberapa sekolah kat bandar tu.. yang dekat2 dengan opis.. 

Ada beberapa faktor jugak yang perlu dipertimbangkan.. Bincang punya bincang dan pikir punya pikir, kami mengambil keputusan untuk melepaskan sekolah di bandar dan menghantar mi-cah sekolah di kampung sahaja demi kebaikan dia yang pertama kali nak ke sekolah..

Pikir positif.. Sekolah kat mana-mana pun sama as long sekolah tu mengikut silibus yang dah ditetapkan.. cuma tak glamer la kot sekolah kampung khennnn... Tiada Genius Aulad atau Smart Reader mahu pun Q-dees juga Krista. Kalau boleh memang kami nak hantar anak ke Pre-Islamic School.. InsyaAllah, kalau ada rezeki tahun depan ye sayang...

Kalo orang tanya...
"Hantar anak sekolah kat mana?"
"Tadika KEMAS!" ~ seharusnya akan dijawab dengan rasa bangga..

Bila dah decide nak hantar mi-cah sekolah mana, baru lah hegeh pegi carik keperluan sekolah macam anak-anak orang lain..

mencari beg sekolah.. 

beg otromen jugak yang menjadi pilihan.. 

"mama, i'd told you.. no camera please..." jangan percaya mi-cah cakap omputih.. mama dia je yang berangan..

carik kasut pulak.. dia suka ada angry bird kat situ..

memang pengalaman pertama untuk kami semua..

Balik tu mi-cah tak habis-habis try kasut sambil kendong beg baru dia ke hulu ke hilir.. balik kampung pilah pun di bawaknya kasut dan beg sekolah tu..


Nenek jah (mak mertua) kata, macam tu lah perangai papa-jib masa kecik-kecik dulu.. belum mula sekolah, kasut dah kepam..

Sementara cuti bersalin masih berbaki ni, dapat lah mekchu tengok-tengok kan mi-cah...

Harap-harap mi-cah suka dengan sekolah, kawan-kawan dan cikgu dia nanti.. Dan lepas ni harus lah akan ada cerita pasal abg long dan sekolah dia pulak.. Tatau la macam mana kerenah dia nanti.. Tak sabar jugak nak tengok perkembangan dia.. mungkin akan ada ayat yang makin menggeletek dari ayat hagemaru.. kikiki..

Bila anak dah mula sekolah ni, terus terasa diri dah semakin berusia..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat kawan-kawan semua..




9 comments:

Unknown said...

Terserlah sangat dah besa abg long micah ye.. Dah masuk sekolah dah.
Ape salah nyer tadika Kemas mekchu :)

Suria Amanda said...

Mi cah dah besar....yeayyyyyyy..dah boleh sekolah......belajar rajin2 eh bang long..

Lokman said...

sekolah dah nak bermula.. rindu rasanya nak pergi ke sekolah seperti dulu..

Nini D.. said...

btol kata mekchu..yang penting silibus..
cikmat masuk PASTI lagik tahun nih...well,PASTI tetap dihati :)


Happy NewYear mekchu!

Ya ALiya said...

Ank ya lg la masuk prasekolah je....mmg kpg terus...

Samala dgn sara 5y baru school...

yana said...

Cakap kat Mi Cah..acik Yana dulu Tadika Kemas jugak tau..best student lagi..hehe..ank puan 5 tahun masuk Pasti dekat2 ngan area kampung ni jek..nanti 6 tahun baru masuk Pra..

Cyda Acme said...

Betul mekchu, Adli pun last2 kami daftar kat KEMAS jugak. Byk faktor yg perlu diambil kira. Paling penting dekat ngan taska dia, so senang dia nk transit situ tgh hr nnt :-)

QasehnyaRania said...

as-salam selamat tahun baru ;)

alhamdulillah dah besar yer abang long..
semoga baik2 aja;)

Nazirah Azeman said...

Sy bekas pelajar tadika kemas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...