@churalliya

Tuesday, April 9, 2013

Lama dah tak cerita pasal abam mi dan sekolah kan

Ye la.. sedar tak sedar dah masuk bulan ke-4 abam mi sekolah.. kalo mengandung dah masuk 2nd trimester dah.. hahaha..

Sekarang umur abam mi dah 4 tahun 8 bulan.. tq baby-gaga.com sbb sentiasa ingatkan saya :)

Ramai yang tanya macam mana perkembangan abam mi kat sekolah sekarang.. awal-awal dulu kemain rancak cerita pasal perangai dia yang super duper meragam nak pegi sekolah.. phewwwwww pagi2 dah berpeluh ketiak kejar keliling rumah...

Alhamdulillah, dia dah semakin ok.. nak kata ok sangat idok lerrr.. sebab bila tanya sekolah best tak, dia masih tak nak jawab BEST.. so, tandanya dia masih belum ok sepenuhnya.. kannn?

sebelum apa-apa, kena letak gambar ni yg pertama sbb nanti boleh nampak gmbr ni keluar kat bloglist recently updated korang tu.. bijak tak? hahaha

Mama gila glamer memang macam tu.. Ok, sambung.

Abam mi masih tak boleh berjalan sendiri dari kereta ke dalam kelas.. Masih nak pegang tangan kita dan jalan sama2.. lepas tu dia declare sendiri satu kotak tempat letak bag untuk dia.. kalo dah ada bag lain kat situ konpem kena alihkan.. kotak khas kat hujung tu abam mi yang punyaaaaaaaaa...

Lepas tu kiss pipi kiri, kiss pipi kanan, kiss dahi dan kiss mulut.. (lepas kiss mulut konpem dia lap mulut dia konon air liur kita melekat kat mulut dia.. cehhh) lepas tu baru hug.. kadang2 kena ulang kiss kiss lagi.. kadang tak payah.. tulis nama pada buku dan baru lah dia masuk dalam..

Babai babai lepas tu terus blah.. dah pandai skang jangan babai lama sangat sebab itu adalah tempoh kritikal untuk dia berubah fikiran melekap kat kaki kita..

Perangai pelik abam mi adalah dia tak nak makan kat sekolah... buat lah cemana pun dia tetap tak akan makan.. Dia kata cikgu masak menjijikkan.. hahahaha.. sanggup berlapar sampai pukul 12 t/hari, sampai rumah baru makan.. Ce bayang kan kita macam tu.. pukul 8 pagi dah menggelupur carik nasik lemak..

Senang nak ajar dia puasa ni nanti :D

Nenek labu cakap, dia balik je sekolah campak bag dan mesti terkam adik dia dulu.. tak kira lah wawa tengah tido ke tidak.. mesti nak kena kiss adik dia.. kendian baru carik makanan kat dapur.. nak makan masakan nenek jugak budak sorang ni tau...

Lepas tu bila bayar yuran bulanan kat cikgu dia boleh cakap macam ni...

"mama, tak payah la bayar duit makan abang mi kat cikgu.. mi kan tak makan kat sekolah"

Suka hati ngkooo je kannn..

Bila masa makan je, dia dok kat meja tengok orang lain makan.. baru-baru ni dia cerita dia kena jaga kucing masa orang lain makan.. haaaa itu lah siapa suruh tak makan.. suka pulak tu bila kena jaga kucing..

"mama, mi dah tak payah jaga kucing masa makan.. kucing tu dah balik kampung..." hahahaha


Pagi-pagi masih berdrama.. kadang2 dia paksa air mata supaya keluar... Itu belum cerita dia paksa muntah kan diri lagi... Tapi alhamdulillah, sejak cuti sekolah hari tu dan sejak dah bawak dia gi legoland, dah ok.. no more tears :) weeeeeee...

Mungkin sebab dia dah percaya akan tibanya cuti sekolah.. Selama ni dia ingat kita tipu dia agaknya.. Bila sekolah, sekolah betul-betul. Bila cuti, cuti betul-betul (itu ayat mama).. Dan dia sambung, bila berak, berak betul-betul.. ehhh apsal cakap ngan mama lak? Gi cakap kat papa awak tu.. sebab dia selalu berak lama.. hahahaha...

Pagi kami hantar ke sekolah. Otw nak gi kerja.. sebab tu masuk keje kol 8.30pagi.. Kalo ada pilihan, konpem kami ambil pukul 9 punya.. Kadang2 papa dia ada miting, boleh naik keta yang ada driver..


Tengah hari balik sekolah, acik maria yang ambil dan hantar terus ke rumah nenek labu.. kena upah orang kampung tolong hantarkan abam mi.. nasib baik jumpa yang nak hantar..


Nama anak acik maria tu ain zulaikha.. hari2 mesti nama tu ada dalam perbualan abam mi.. Yang paling tak tahan...

"mama, ain zulaikha tu comel kan... " hahahaha kita dah nak bermenantu ke papa oiiiiiii?

Bila time buat homework, mula lah macam2 penyakit keluar.. kejap sakit mulut.. kejap sakit bontot.. aduiiii cuba kalo main game kat tab.. segar bugar kannnnn...

suka dan duka ketika menyiapkan homework.. 

Video abam mi sakit bontot buat homework ada upload kat keek @churalliya

Ada sekali tu tengah berborak dengan dia.. tiba2 dia suruh sebutkan 10 orang nama kawan2 dia.. nasib lah mekchu boleh ingat nama kawan2 dia hasil dari mendengar cerita dia tiap2 malam sebelum tidur.. Bila berjaya sebut 10 orang, terus lari kat papajib pulak dan sama. Suruh papajib sebut 10 nama kawan2 dia..

"Shahin, Aidil, Jason, Faiz, Adib, Aidil" 
"Aidil papa dah sebut"
"Shahin, Aidil, Jason, Faiz, Adib, Ain Zulaikha"
"Ain Zulaikha girl.. mi tak kawan dengan girl"
"errrrrr... ermmmm.. erghhhhhhh"
"mi tak nak pegi sekolah!"

Tiba-tiba sentap papa dia tak bleh sebut 10 nama.. dan ugut tak nak pegi sekolah.. hahahaha..


Ramai yang puji abam mi ensem... Ya, baru perasan yang abam mi ensem... ensem kalau tak menangis dan tak meragam.. Dan ensem kalau tak baling meja sampai pecahkan pasu.. hohoiiii lain macam panas baran dia ni.. Bila meragam, dah rasa macam lipat2, padat2 kan dan masuk kan balik dalam perut ni haaaaa... menguji kesabaran sungguh dia ni sebenarnya...

Ok, cukup dah cerita pasal abam mi.. Target kami tahun ni tidak lah tinggi mana.. Cukup sekadar dia berani bergaul dengan kawan-kawan dan tahu mengenai tanggungjawab dia sebagai budak sekolah..

semoga jadi abang yang baik kepada adik-adik.. 

Tahun depan kita cuba tingkatkan lagi keberanian, kurangkan kebaranan..  Sekian.


by mekchuN (^_^)

13 comments:

anakomak said...

Besh nya baca kisah abam mi gi skolah....MAcam-macam perangai ye.. ;-)

Nampak gaya tetiap bulan mekcu kena rajin update la pasal dia..

Anonymous said...

yeayy ! sukee !
ade pun cite micah. asik cite mama ye je kuwa. hahaha.. tq mama chuu..
suke pic yg last. teringat plak ayah kite buat lawak, nk semayang gune sejadah kecik tu.tp nk sujud muat2 mcm micah.bygkan lah.. hahaha.. mano dapek jepp..

_cik.ila_

*SiRibenMerah said...

tapi dia lovely.. balik sekolah kena kiss adik dulu.. sanggup dia tahan lapar walaupon x mkn satu hari.. semoga jadi anak yg bijak ye abg mi...

Mama Vogue said...

Oh suka ngan tagline tu..!!
Tingkatkan keberanian, kurangkan kebaranan..!!
Hihihi..
Tahap sabar tu bak kata Incik Joni bila 'berurusan' ngan Hakim
"sabar melayan kerenah awak ni sampai dah tahap ulamak tau"

syawalsimpsons said...

mcm2 suke duka abam mi ni yee

Chinta Safia said...

anak saya dulu pon macam ni jugak masa awal-awal gi sekolah,nak bgn bukan main susah mesti nagis dulu pastu suka muntah pepagi..tapi bila sampai sekolah ok.Sekarang saya tukarkan dia sekolah seisi petang, semua jadi sgt ok..boleh turun kereta sendiripergi kat teacher.

yana said...

haha..lawak micah..cute jek!
tp btl..derang mesti tnya bila cuti sklh..nanti 6 thn..percayalah...automatik blh tune ke mode berdikari!

amirah said...

hihihi...seronoknya baca cite micah. takpela, kurang2 micah nak gi sekolah. ahmad sampai la ni dah taknak pegi sekolah. baran pun lain macam jugak.

QasehnyaRania said...

alhamdulillah..

sanggup abam mi tahan perut ye..

abg yg penyayang balik carik adik dulu.. so sweet ;)

Nad MamaZN said...

Kejap jek ni..
Abg mi kan baik, gud boy :)
Kalu abg mi ada ain zulaikha
Zakwan ada hana, takpun radiah
Asek la sebut tiap2 ari huhu

Nini D.. said...

Ok.teman suko motto akhir tu.best!

Motto teman pulak..kurangkan menjegil,tingkatkan tahap kesabaran! Amacam?

aLyNnZ said...

Haha...mcm2 ragam kan anak2 nak sekolah ni kan..tau lar danish nanti camner..hopefully ok2 je lar sbb alynn n hubby keje jauh..

Seronok tgk abg mi dgn ragamnyer..tp abg mi still good boy..haah in shaa allah senanh nak latih abg mi pose kan..mula2 half day pose..lama2 full lar kan..

Suliana said...

samalah macam aqil.. lepas bawa dia bercuti blk kg, barulah dia ok sikit nak pegi sekolah. tapi setiap hari asyik duk mengira je bila nak cuti. pastu dah claim mcm2 nak pegi jusco lah itulah inilah :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...