@churalliya

Monday, September 2, 2013

Raya selepas 4 Syawal punya cerita

Tak abis2 lagi entry raya dia..

Tat kala orang lain dah masuk kerja, kami pun pura2 pergi kerja jugak.. Pura2 kepada anak2 je la.. sebab kena tinggalkan dorang kat rumah nenek labu.. Kitorang nak balik kemas rumah seremban... memang tak boleh bawak budak2 tu.. nanti tak siap keje haku dok melayan kerenah masing2..

Sebulan jugak tak balik tido2 kat rumah sendiri.. Bulan puasa biasa la kan.. time weekend memang tak sempat balik sana.. bila lunch hari Jumaat tu ada jugak balik membuta sekejap...

So membibik kan diri di hari raya ke-5... mengemop.. mengelap.. mencuci.. mengvakum.. habuk rumah den bertingkek-tingkek.........

Tengah ku asyik mengvakum bilik belakang (nasib hall dah berkilat), sampai lah alfio dan family yang kebetulan ada kat seremban masa tu..

Dapur memang tak de apa la.. dlm peties tu semua pun dah expired.. Roti canai dan teh tarik mapley adalah penyelesaiannya... Kesian dorang datang beraya makan roti canai aje..

curik gambar ig @alfio.. adranur dalam bilik abam mi yang dah 3 tahun tak siap2.. ehhhh cantik pulak artwork tu kan papajib... walau pun ketapi jalan di atas jalan raya.. 

thanks korang sudi singgah.. sorry hidangkan menu mapley aje.. 

Tu papajib baru balik men golp.. raya ke-5 dah jejak kaki ke padang golp uols.. Walau bagaimana pun, mekchu tetap tinggalkan keje lap kipas dan basuh hall depan untuk dia...

Lepas dorang balik, sambung semula sedut habuk.. menjelang 6 petang rumah kami dah berkilattttt.. silau ok..

mereka berhak untuk makannnn banyak pada hari itu... 

Jadi kisah raya ke-5 adalah kisah bersihkan rumah semata..

Raya ke-6? errmmm jap nak tengok gambar dalam folder apa yang jadi pada hari tersebut :D

Malam tu dah boleh bawak budak2 balik rumah seremban dah.. Bila rumah dah bersih baru lah tak risau bawak dorang.. kalo tak sia2 anak2 semput sebab banyak sedut habuk..

Raya ke-6 plan nak pegi beraya kat rumah kawan2 area seremban yang masih bercuti..

dah ready nak beraya kat seremban pulak.

kitorang dah siap lama dah.. tunggu papajib pegi mana ntah pagi tu.. driving range ke apa ntah.. 

 mood abang mi yg sangat baik hari tu.. dia yang volunter soh kami posing.. kiri sikit mama.. rapat sikit papa


nyawa

Menuju ke rumah geng bas sekolah mekchu yang baru dapat baby.. tak sempat2 nak melawat bulan puasa.. terus datang beraya sekali la jawabnyaaa...

disebebkan wawa sengih, so mama baik hati letak gambar ni.. 

baby farisha.. finally dapat gegirl dah ada gang.. alhamdulillah dah selamat keluar baby yang sporting duduk dalam perut masa pegi baby expo hari tu.. 

Ehhh intan, tak de pun gambar kita kan.. tu la sibuk sangat berborak.. Lepas tu beraya kat 2 buah rumah lagi.. memang gamble redah sesiapa yang ada kat rumah..

Malam tu kawan2 papajib nak datang.. kocoh2 beli barang2 nak buat pizza.. selain kuih kodok cicah sardin, mekchu juga pandai membuat pizza.. Dah itu 2 je menu yang haku pandai pon...

Beli barang2 semua.. roti pizza je yang tak jumpa.. singgah giant gi carik sebab kedai kek biasa beli tu dah abis.. tak pe, test beli kat giant lak..

rupa roti pizza yang jumpa kat giant.. membeli dalam tempoh kurang dari 15 minit dah tiba semula kat kereta.. 

So bila kawan2 semua dah sampai mekchu pun prung prang.. prung prang kat dapor.. begitu konfiden siapkan bahan2 pizza..

Sekali... sekali............. dah siap-siap tumis bahan2 nak letak atas pizza ni.. kemain banyak letak ayam hotdog siap capsicum.. sekali.........

bukak2 je kotak pizza tu, ku lihat roti ni dah hancur lebur macam tu.. 

Penik!! ohh peluh jantan dah mula menitik... Berderai lah air mata ngko kat situ nak masak apa untuk tetamu..

Shima (baju ghimau) masuk dapur dan menyelamatkan keadaan..

Apa ku nak buat dengan hasil tumisan tu.. nak buat nasi goreng beras pun tak de...

"Kak, meh sini topung akak.. meh nima buat kuih kodok...tak de hal punya niiiii..."  ~ ohh shima memang penyelamat keadaan.. dah banyak kali sebenarnya..

Lepas tu yan pulak masuk dapur.. lepas tu enda sampai dia pun masuk dapur..

Sudahnya tuan rumah jadi tetamu :)

Fuhhhh... bukan setakat kuih kodok ayam, siap ada cendawan goreng dengan tepung megik dan nugget lagi.. terbaekkk lah korang... hahahaha susah nak carik suasana hari raya macam ni...

Tatau lah nak cakap.. nasib baik tetamu budak2 ni aje. dah tentu sempoi.. kalo dapat tetamu yang cerewet, habis di pangkah rumah ko tak nak datang lagi...

Cemana ntah nak hilangkan darah gemuruh bila masuk dapur..


by mekchuN (^_^)

9 comments:

yana said...

ohh..ada pizza segera ek..nanti tinggal wat topping jek lah..heheh..org pun blh buat ni..

syawalsimpsons said...

sama la jemah pon gemuruh bila nak masak2 untuk org datang umah reramai ni..mmg keje2 ni serah kat en asbeen je la...

Emmy said...

mekchu, orait la tu, bilik abam mi 3 tahun xsiap2 tapi tetap la ia bilik tidur. yg kitorg ni dah 3 thn sebut nak buat bilik abang min, tetap la bilik tu masih bilik stor sampai sekarang ni. Btw, kalu lenkali cari base pizza tu tak dpt, mekchu opt guna roti arab yang lebar2 atau pita bread, jadi ala2 thin crust gitu ;D

Rose Azadir said...

Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

Nad MamaZN said...

Tu baby kawan mekchu yg ada jual tudung farrina tu kan?
Penah beli thn lepas hehe
Thn ni mcm takde update pun fb pagenya
Ke saya tak perasan hehe

Comey la abam mi ngan wawa pakai kaler kuning
Cer try test pakai kaler merah gak hehe

Naseb ada geng yg sempoi
Leh masuk dapo sesama selamatkan keadaan :)

Azura Aziz said...

aku ms raya ke-6 tu ada jln2 seremban, tapi segan pulak nk singgah umah kau ehhe...

mikamusz said...

alahai.. kesiannya.. sabar yek.. dugaan raya mmg cegitu.. darah gemuruh lebih sikit.. janji happy...

Mama adaman said...

Chu...buat pizza yg mudah jer..ambik roti gardenia tu hang salute butter letak yg hang dh tumis tabur Parmesan cheese...settle... As a backup Selepas ni yeaa... Lagi satu resepi mudah ADAMAN suka bang at ialah sosej roti...roti tu hang gelek biar nipis....sosej tu goreng seketul2 letak black paper...then gunung ngan roti.... Best shiot..... Cuba lah deh....

QasehnyaRania said...

la nape erkkk jadi ceng gitu.sayang je kan..

gemuruh jiwa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...